Rabu, 29 Disember 2010

Suri Rumah Berjaya

Uaaaaaaaaaaaarghhhhhhhh! Sakit belakang aku nie x hilang2 lagi dari minggu lepas. Macam orang mengandung jek gayanya asyik pegang pinggang. Walaupun sekarang ialah masa untuk semua pelajar asasi UiTM berbulan madu selama seminggu, tapi aku bukannya boleh berbulan madu sangat. Tapi aku tak lah pernah rasa sepenat hari ini dalam hidup aku. Sampaikan sakit kepala and sakit pinggang aku yang baru nak tidur dari buat kerja diorang (yakni menyakitkan kepala, pinggang dan hati aku!), tak dapat nak ambik cuti walaupun sehari. Sudahnya 2 biji panadol, terbaik dari ladang, jugak yang terpaksa buat part time tolong aku uruskan cuti  Encik Sakit Kepala dan Encik Sakit Pinggang. Sekarang nie barulah aku faham betapa penatnya menjadi seorang suri rumah tangga yang berjaya!

Hari aku bermula dengan cuaca yang agak mendung yang memberi aku 99% rasa yang sangat enak untuk tidur. Malangnya, itu tidak boleh berlaku sebab aku kena teman mak aku pergi ke klinik untuk buat routine medical check-up dia. Tak apalah, bila lagi aku nak jadi anak solehah kalau bukan dari sekarang kan?? So, pagi-pagi yang sedap untuk tidur tu aku dah jadi driver mak aku bawak dia pergi klinik and tunggu dia selesai jumpa doktor. Kebosanan melanda. Aku cakap dengan mak aku yang aku nak pergi beli surat khabar kejap. Masalah pertama: Kat mana nak beli surat khabar?? Aku bukan selalu beli surat khabar kat sini,bapak aku yang tau. Putus asa dan berpatah balik ke dalam klinik setelah separuh jalan keluar. Duduk sekejap tiba-tiba mentol berkarat pun muncul atas kepala. Kan bagus kalau aku call je bapak aku tanya kat mana dia selalu beli surat khabar. 'Apalah ko hie hidayah?? benda senang macam nie pun ko tak boleh fikir awal2!'

Bapak aku  pun bagitau yang dia selalu beli surat khabar dekat orang yang jual kuih kat depan gate klinik tu. Lalu kaki pun melangkah keluar kat depan gate klinik tu dengan sejuta harapan dapatlah aku beli surat khabar Berita Harian @ Utusan @ NST @ The Star. Sesampainya aku kat gerai tu, yang ada cumalah Harian Metro , Kosmo dengan surat khabar politik. Aduhai.. Macam mana nie?? Lalu aku nekad untuk berjalan kaki menuju ke kawasan kedai2 yang terletak lebih kurang 500 meter dari klinik tu. Nasib baik  ada satu kedai macha tu still ada surat khabar yang aku nak. Kalau tidak kenalah aku berjalan sampai ke petronas yang letaknya 50 meter lagi. Maka aku pun pulang membawa segulung surat khabar kembali ke klinik tadi. Mak aku masih setia menanti di depan pintu bilik doktor. Aku pun mulakan pembacaan. Baru nak feeling baca surat khabar, mak aku ajak masuk dalam bilik doktor sebab nombor dia dah naik. Haduih.. Penat pun tak hilang lagi. 

Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi

Selesai satu bab, aku pun pulang ke rumah dengan hati yang biasa2 jek. Lepas sembahyang zohor, aku teringat yang aku tak bayar yuran UiTM lagi. Eh,tak boleh jadi nie! Hari nie dah 29 hb. Nanti lagi lama aku lupa terus pasal yuran. Maka aku usulkan kat bapak aku nak pergi cc print bil yuran and bayar kat bank islam. Bapak aku kata tunggu pukul 3 ptg sebab dia nak tengok Alisa (cite indon kat tv3 tu). Lalu, aku memutuskan untuk melelapkan mata sekejap sementara menunggu pukul 3 petang. Baru aku nak terlelap sekejap, bapak aku panggil. jiran aku telefon tanya internet dah ok ke belum. lepas tu bapak aku pulak bukak cite yang ada orang TM telefon dia bagitau yang diorang nak upgrade pakej internet kitorang kepada yang lebih mahal. Bapak aku yang ala-ala faham nie terus iyakan aje. Patutnya dia cakap tak nak! aduhhhh.. satu lagi masalah menimpa. Mak aku da start bising2 benda makin mahal sume. Maka aku pun terpaksa telefon TM balik nak batalkan offer tadi. Tapi tak dapat nak buat complaint sebab semua operator tengah sibuk. Berkali-kali aku try tapi tengah sibuk jugak.

Sudahnya aku kena jugak pergi TM Point kat Kajang yang sememangnya susup sasap tu lepas aku uruskan yuran aku. Bapak aku pulak mogok tak nak cakap apa-apa dengan orang TM tu sebab dia takut silap lagi. Aku jugak lah yang kena turun kat tempat tu and tunggu 45 minit kat situ dengan penuh ketidaksabaran sebab risau mak aku tak boleh bukak pagar kalau mak budak yang mak aku asuh tu balik since kunci rumah semua kitorang terbawak. Nasib baiklah pak cik kat kaunter betul-betul mengahadap aku tu faham setelah aku buat filem hindustan dengan dia kat depan tu (faham-faham jela yek!). Aku dapat turn awal sikit sebab dia pun tengok aku dah macam cacing kat depan dia menunggu. Kesudahannya dia janji akan check akaun bil nanti and akan batalkan tawaran tu. Fuhh! legaa!

Sampai jek kat rumah, aku terus mandi dan rehatkan diri.....Begitulah payahnya menjadi suri rumah tangga yang berjaya!

p/s: Sebenarnya Encik Panadol pun mogok kerja hari nie. Maka Encik Sakit Kepala dengan Encik Sakit Pinggang terpaksa kerja jugak...

Jumaat, 24 Disember 2010

Kerja Kanak-Kanak Riang!

Kalau orang lain cuti sekolah sampai dah tak tahu nak buat apa kat rumah,yang nak ambik result PMR tengah berpeluh-peluh, guling-guling atas katil sebab nak ambik result keesokan paginya, lain pulak cerita bagi sekumpulan kanak-kanak riang yang baru nak kenal erti 'bebas'. Kanak-kanak ini begitu riang semalam sebab baru sahaja selesai menduduki ujian Introduction To Law 3 yang sememangnya digeruni oleh seluruh kanak-kanak riang yang ambil subjek ini. Selesai je semua kanak-kanak riang nie isi kantung makanan diorang, maka mereka pun terfikirlah untuk melakukan satu kerja yang boleh release tension mereka2 ini.Karok ataupun dalam istilah betulnya karaoke menjadi pilhan kanak-kanak riang ini sebagai kudap-kudapan selepas makan. Alkisah, maka mereka pun berangkatlah menuju ke tempat karok nie.

Sesampai sahaja di tempat kudap-kudapan kanak-kanak riang nie, maka salah seorang daripada mereka pun mula berfikir dan berkata,

"weh,karok nie rm15 untuk 15 lagu. Masalahnya sekarang dah pukul 10 (malam). Kalau nak nyanyi 15 lagu tak sempatlah nak masuk gate Mawar sebelum pukul 11! "  

Lalu mereka pun berfikir sejenak. Setelah mengambil kira semua rintangan dan halangan yang mungkin akan berlaku, maka mereka pun memutuskan untuk meneruskan rancangan mereka untuk menikmati kudap-kudapan itu.

Setelah selesai menghiburkan hati, tibalah saatnya untuk kanak-kanak riang ini berpisah dan membawa haluan ke kolej kediaman masing-masing. Yang menjadi masalahnya waktu ketika itu ialah jam 11.10 malam. Pintu pagar utama masih lagi dibuka sampai pukul 12 tengah malam. Sesampainya sekumpulan kanak-kanak riang perempuan di persimpangan jalan menuju ke kolej kediaman mereka, satu perbincangan kecil diadakan.

"So, macam mana sekarang?? Nak masuk ikut gate pak guard ke ikut gate kompleks sukan yang dah roboh tu??" kata salah seorang daripada mereka @ ketua kanak-kanak riang itu.

"Apa kata kita try ikut gate pak guard dulu. Mana tau kot-kot dia bagi je masuk. Bukan lewat sangat pun." seorang daripada ahli kanak-kanak riang itu memberi cadangan.

Maka mereka pun memutuskan untuk ikut jalan yang menuju ke gate pak guard tu. Sesampainya mereka di pertengahan jalan, sebuah skuter meluncur laju masuk ke dalam kawasan kolej. Malangnya skuter itu ditahan oleh pak guard yang jaga gate Mawar tu. Sekalian kanak-kanak riang itu pun terhenti langkahnya dan melihat senario yang berlaku antara pak guard dan kakak yang membonceng skuter itu. Malangnya, pak guard tu ambik nama akak tadi sebab balik lambat dan terus tutup pagar besar tu. Kanak-kanak riang itu pun teruslah berpatah balik dan menggunakan plan B mereka.

Sesampainya mereka di Dataran Cendikia, mereka dikejutkan dengan kerliapan lampu daripada sebuah kereta di tepi DC tu. Almaklumlah, orang dah buat salah, takut kena kejar dengan pak guard je la jawabnya! Lalu, mereka pun dengan hati-hatinya mengatur langkah memanjat tangga2 kejayaan kat DC tu. Sampai pulak kat atas, ada la pulak seekor anjing yang dengan riangnya melintas di depan mereka. Terkejut gajah la kanak-kanak riang ini sekali lagi. Sesampainya di pagar belakang kompleks sukan yang telah roboh itu:

"jap, slow2. Takot ada pak guard kat belakang surau tu."

"scary nya!"

"Ok, line clear!"

Maka dengan itu mereka pun berlari dengan lintang-pukang melintas untuk menuju ke blok 1A bersaksikan seorang pak guard yang terpacak melijhat ke arah mereka. Atlit sukan olimpik pingat emas pun kalah! Acara sukan olimpik UiTM pecut 100 meter ini berakhir di garisan penamat bawah tangga blok 1A kolej Mawar. Selesai melepaskan lelah seketika mereka pun mula mendaki tangga2 kegemilangan untuk pulang ke bilik masing2. Masalah timbul apabila dengan tidak semena2 terdengar pak guard dengan motor kapcainya sedang menuju ke arah tangga yang sedang dinaiki kanak-kanak riang ini kerana tangga ini menghadap ke arah jalan keluar. Sekali lagi acara pecut 100 meter sukan Olimpik UiTM bermula untuk kategori menaiki tangga. Malangnya salah seorang kanak-kanak riang ini tersekat di tingkat dua kerana kepenatan. Lalu, dia pun mengambil keputusan untuk lari ke tandas agar pak guard tak nampak kelibat orang sedang menyorok (sebenarnya dia memang nak terkencing!). Telefon pun berbunyi:

"weh **y*h, ko kat mana??"

"aku kat dalam tandas la.. dah tak tahan sangat nie!"

"oooohh... Tak pe la kalo macam tu"

Setelah pasti pak guard telah pergi dari kawasan bangunan, maka kanak-kanak riang yang tertinggal tadi itu pun kembali meneruskan acara lari pecut tadi. Kesimpulannya semua kanak-kanak riang itu selamat  daripada ancaman pak guard tadi dan live happily ever after.


Khamis, 16 Disember 2010

Mimpi atau Realiti??

Alkisah.. Maka tersebutlah satu kisah... Hikayat ini bukan rekaan.. Tapi satu kenyataan yang jelas nyata. Hahahahaha! Semalam merupakan hari yang sangat chaos untuk sesetengah daripada budak kelas aku. Ada yang hilang dompet la(acap), ada yang kusut(mun), ada gak yang asyik nak naik angin je semalam(aku la tu!). Despite having a bad day, aku, eika ngan mun sempat jugak menganyam dan menyulam tapi tak menyongket satu cerita yang kami bayangkan akan terjadi pada suatu hari nanti. Ceritanya pun bermula seperti berikut:

Pada suatu hari yang hening lagi damai, cuaca cerah yang redup dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa (ceh,tak leh bla betul ayatnya!), satu kenduri kahwin berlangsung dengan gilang-gemilangnya. Majlis perkahwinan ni merupakan kenduri salah satu daripada penuntut-penuntut dalam kelas LWA02G nie. So, kalau dah nama pun yang kahwin tu kawan2 kitorang,sah-sah la penuh je muka budak kelas G dalam kenduri kahwin nie. Untuk menambah perencah, pengantin nie turut menjemput semua budak2 kelas gabung dengan kami masa semester kedua nie. Baru meriah katanya. Hahahaha! Baiklah, untuk memudahakan kerja semua yang membaca hikayat seribu satu malam nie, aku akan list kan watak2 yang terdapat kat dalam kenduri kahwin ni dan peranan mereka masa tu.

Dan watak-wataknya ialah:

  1. Pengantin perempuan dan pengantin lelaki: yang nie aku nak biar rahsia dulu. Kalau sape yang pandai,cuba teka siapakah gerangannya!
  2. Aku dan Din: Menurut kata mun dan eika(bukan aku tau!), Aku akan pegang watak sebagai pengapit untuk pengantin nie. dan kata mun, dia dapat bayangkan aku main selendang dengan din kat belakang pengantin masa diorang nak naik pelamin ala-ala cita hindustan gitu. Aku pun tak tahu kenapa mun boleh fikir macam tu. Well, biarlah dia dengan angan2nya. Nama pun berangan kan!
  3. Ziehan:Berdasarkan kajian dan analisa bukti-bukti yang telah kami bertiga lakukan, maka kami mengagak bahawa ziehan akan datang ke kenduri kahwin kawan kitorang nie dengan suami dan anak2 mungkin? Hahahaha! Sehingga updates yang terkini, kami menyasarkan bahawa ziehan mungkin akan datang dengan Encik Salman nya! Eika turut menambah yang ziehan akan datang bersama bakal anak baru yang bak kata Pn Nazida "satu 1/2 lagi dalam perut~". Ooops! sorry ziehan. Gurauan semata-mata! Tapi x tau la kalau nak jadi kenyataan kan??
  4. Kery: Ha,part kery nie best sikit sebab role dia dalam kenduri kahwin nie ialah sebagai pemegang payung pengantin! Berdasarkan ukuran yang telah kami bertiga buat,kami rasa kery lah orang yang paling sesuai untuk pegang payung pengantin yang kilau2 tu~! Sebabnya dia tinggi dan untuk menjimatkan tenaga, pengantin nie telah memutuskan bahawa kery akan duduk kat tengah2 antara pengantin perempuan dan pengantin lelaki sambil pegang payung berkilau tu. Dan of course la payung tu ditempah khas sebab nak muatkan dua2 pengantin sekali. Specially made for kery and the bride and groom!
  5. Shawn dan Daus: Oleh sebab kekurangan tenaga kerja,maka pengantin nie terpaksa ambil daus untuk bergandingan dengan shawn untuk pegang bunga manggar! Walaupun ada tendency untuk nampak pendek sebelah paras ketinggian bunga manggar itu diangkat, namun itu semua ditanggung beres sebab pengantin perempuannya bukan tinggi sangat. Rendah lagi dari daus tu. So, daus boleh duduk selari dengan pengantin perempuan.Kalau bagi shawn pegang payung pengantin dengan kery,nanti tak selari pulak ketinggian bunga manggar tu dengan ketinggian pengantin lelaki sebab dia nie ala2 renjung gitu. Kesimpulannya ada pros and cons untuk pemegang bunga manggar yang akan menampakkan keunikkan majlis perkahwinan ini.
  6. Neddy dan Intan: Menurut eksperimen yang telah kami jalankan, nadia dengan intan akan memegang watak sebagai Mak Andam dan penasihat fesyen. Nadia sebagai Mak Andam sebab kehandalannya menyolek wajah orang lain manakala intan pulak akan menjadi penasihat fesyen untuk pengantin perempuan memandangkan kata pengantin perempuan nie,intan pandai bergaya dan menggayakan orang! Maka khidmat mereka berdua akan merealisasikan lirik lagu Adam dengan Stacy dalam lagu Menggegar Dunia tu: "nadia....intan...bergabung,meletup ah!"
  7. Zaki: Dalam hikayat nie,zaki akan jadi ketua pesilat masa pengantin nak naik pelamin. Kitorang dapat bayangkan betapa vouge de vaas nya kenduri nie bila zaki datang dengan pesilat2nya sambil berkata, "Hey you the bride and groom! Wanna be on top (sambil menunjuk ke arah pelamin)?? See this first okay!"
  8. Aiya: Jurutol yang sangat funky dan rock! (hidup loga!). Kenapa jurutol?? sebab pengantin nie nak buat ala2 tradisional sikit dengan mengekalkan tradisi kutip duit tol sebelum naik pelamin! Aiaya ialah calon yang sangat tepat untuk memegang watak nie oleh sebab kehandalannya dalam bab2 macam nie! Aku dapat firasat yang mungkin aiya nie siap boleh bertekak dengan pengantin lelaki tu sebab buat pengantin kopak! Kat kelas pun selalu gak diorang telagah!
  9. Eika: Pada masa ini,eika akan datng bersama suaminya yang lebih dikenali sebagai Mr. F(bukan nama sebenar).Hahahaha! Seperti ziehan,eika juga membawa makhluk Allah yang baru setengah kejadiannya bersama dia. Oleh sebab eika nie aktif sangat, maka suaminya sempat memarahi dia supaya duduk diam-diam demi kebaikan kandungannya. Maka eika pun hanya mampu menurut kata-kata suami tercinta dan hanya mampu duduk dan menikmati makanan yang terhidang dengan begitu berselera sekali. walaupun eika tak dapat nak tolong apa2 dalam majlis perkahwinan kawan baiknya ini disebabkan kandungannya yang semakin sarat, namun kebahagiaan jelas terpancar di wajahnya!
  10. Khaliq: Ha! Ini part yang aku suka dan aku rasa semua pun tak akan lupa apa yang khaliq buat dalam majlis perkahwinan ni. Bertemankan handphone kesayangan yang masih lagi terjaga rapi walaupun dia masa tu dia dah ada handphone baru, khaliq masih lagi mengekalkan gaya 'lumous' nya. Dipanggil untuk menepung tawar pengantin di atas pelaminan indah, khaliq sempat lagi main lampu handphone dia tu sambil suluh2 kat depan pengantin! Mun mengaharapkan masa nie khaliq akan datang bersama liya lisa dan kerlipan lampu handphone dia tu sebagai memberi isyarat bahawa dia datang bersama liya lisa!
  11. Ahad @ Sabtu: Kami sepakat mengatakan bahawa ahad datang sebagai pelengkap majlis yang akan diadakan pada hari ahad atau sabtu (sebab sabtu nama glamour ahad yang diberikan oleh Puan Nazida!)
  12. Nik,Izzah,A'an: First of all aku tahu Izzah mungkin akan datang dengan pujaan hatinya khalid zukri(insyaAllah). Nik ,Izzah dengan a'an akan duduk semeja sebagai tetamu VIP pengantin perempuan bersama pasangan masing2.
  13. Paan: Pasangan pengantin ini menjemput khas paan sebagai pembaca doa dan pengalun selawat nabi masa pengantin masuk ke dalam dewan.
  14. Jajie,Nazreev,Shira,Nina,Rizal,Kiera,Diba,Fatin,Shikin,Eira,Meng: Ada yang akan datang dengan pasangan masing2 dan ada juga yang berseorangan, still dalam waiting list untuk naik pelamin pulak lepas nie. Tapi rizal mungkin akan datang dengan anies yuyu! Yang pasti semua dah pun berjaya masa nie!
Begitulah alkisahnya ceritera yang kami bayangkan semalam.Kemeriahan majlis perkahwinan tu jelas terpancar dengan gelagat2 dan karenah budak2 kelas gabung masa asasi undang-undang kptm sesi 2010/2011 yang turut hadir memenuhi jemputan. Kalau nak taip semua mau sampai esok pun aku masih terpacak lagi menaip macam nak buat tesis je gayanya!

p/s: Sesiapa yang dapat teka siapakah gerangan pengantin perempuan dan pengantin lelaki dalam cerita nie, aku salute ar~!

Kelas Suka Suki!

Wah, kemabali bersawang di sana sini blog aku nie. Sebenarnya dah lama aku nak buat post nie, tapi masalahnya ada je rintangan yang meranjaui sepanjang perjalanan aku untuk duduk depan komputer nie dan siapkan benda nie. Baiklah, seperti yang anda semua tahu (kalau tak tahu pun buat2 tahu jelah yek!), lecturers untuk semester 2 nie semuanya handal2 belaka. Tak terkecuali dengan lecturer untuk subjek BEL 332 @ English For Pre-Law Student, Madam Fairoz Salleh. Bukan apa, dulu kalau nak pergi kelas BEL nie la yang paling malas sekali. Tapi sejak madam Fairoz nie ajar kitorang, aku rasa semua orang x bosan pun nak pergi kelas dia sebab dia nie fun sangat2! Speaking american english, dia buat semua orang rasa macam tengah cakap dengan orang putih or tengah duduk kat oversea study law! Hahahaha! Pada tanggal 10 Disember 2010, kitorang kena present club or society yang kitorang wish nak buat kalau ada peluang. Maka perjuangan pun bermula untuk tarik penyokong masing2. Ada macam2 kelab yang pelik2 budak2 kelas aku usulkan. Paling menarik perhatian confirm la Snack Food Society! Kelab impian aan,nik ngan izzah! ok.aku x nak caakp panjang2 lagi sebab aku nak tunjuk gambar je untuk entry kali nie.. Enjoy!




misz nina skang da banyak sikit cakapnya...da x mcm dulu!










The One and Only Stalker Of G!





Top-To-Toe Society!


Izzah sekarang pergi kelas pakai contact lense! Comel sangat!

Snack Food Society!



LIsa Surihani Fan Club..OMG sangat!


p/s:memang banyak gambar mun dengan eika sebab kebosanan duduk kat belakang!

Isnin, 6 Disember 2010

Yang Berlalu,Yang Kembali,Yang Menanti


Pertama sekali aku ingin mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1433 bersamaan dengan 2010 masihi kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia terutama sekali kepada keluarga, rakan2 dan semua yang mengenali diri ini. Tanpa kita semua sedari telah banyak perkara yang telah berlaku sepanjang tempoh tahun yang lalu dan barang diingat bahawa lebih banyak yang menanti untuk diselesaikan dan ditemui. Namun, pernahkah kita perasan tentang perkara yang akan kembali dalam hidup kita setiap tahun, setiap bulan, setiap hari, setiap masa dan setiap saat?? Kalau nak teliti sebenarnya ada banyak perkara yang seumpama itu. Contoh yang paling ketara ialah solat. Walau apa pun yang berlalu, tetapi solat tidak akan pernah berlalu dalam kamus hidup seorang manusia selama mana ia masih bernafas di atas muka bumi ini. Malah, solat akan sentiasa datang dan menjelma setiap waktu bila sampai masanya. Selain itu, tanggungjawab sebagai seorang pelajar juga akan tetap kembali kepada semua manusia tak kira yang masih menuntut di sekolah ataupun universiti kerana ilmu itu tiada batasannya terumtamanya ilmu Allah S.W.T. Setiap kali maal hijrah menjengah kembali, azam baru akan ditanam. Tapi pernahkah kita terfikir untuk terus menanam azam agar dapat menambah lebih banyak ilmu didada tanpa mengira usia?? Soalan itu juga kutujukan pada diri sendiri.



Tirai 1433 hijri ini juga hendaklah dibuka dengan penuh keceriaan agar menjadi pendorong kepada azam yang baru dibina kerana banyak perkara yang menanti di hadapan untuk diterokai. Untuk aku, tahun ini aku mengimpikan untuk mencapai perkara yang paling aku inginkan sejak dari kecil iaitu melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang sekaligus menunaikan amanat arwah nenekku yang baru sahaja berlalu pergi pada tahun 1432 hijri. Banyak yang aku perlu lakukan untuk itu. Aku juga berazam untuk menurunkan berat badan aku semaksima mungkin! (Azam yang selalunya tak pernah mencapai sasaran...). Patut ke aku beli jusmate5 ddr uh?? hahahahaha! Memang tak la kan. Aku akan lakukannya dengan cara aku sendiri (kalau berjaya aku leh promosi pastu kalahkan DDR!!). Aku juga nak cabar diri aku sendiri untuk sentiasa menjadi pelajar yang sentiasa berada dalam senarai dekan sepanjang tempoh pengajianku jika diizinkan Allah..




Untuk perkara yang berlalu pula, terlalu banyak yang pergi meningglkan aku dan seluruh ahli keluargaku pada tahun 1432 hijri. Nenda tersayang dan  pak cik yang sangat pemurah dan penyayang, mereka pergi menjadi tetamu Allah di alam barzakh di saat kami semua masih mendambakan mereka di samping kami. Namun Allah lebih menyayangi mereka. Tidak kurang juga dengan kegembiraan semester satu yang berlalu pergi  namun meninggalkan sesuatu yang tidak akan pergi dari diriku iaitu kenangan terindah,suka dan duka sepanjang perjalanan semester satu sebagai pelajar asasi undang-undang~!

Sebagai mengakhiri kalam, aku pasti cabaran yang menanti dalam tahun yang baru ini lebih menguji kesabaran dan keutuhan iman. InsyaAllah aku akn sedaya upaya pastikan diri aku bersedia untuk menghadapi  semua kemungkinan itu. aku akan cuba mengubah diriku ke arah yang lebih baik. Firman Allah dalam surah Ar-Ra'ad  yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mungubahnya sendiri.



Ahad, 5 Disember 2010

Kisah Seribu Cerita

Uhuk3! OMG... Berhabuk giler blog nie. Sawang sume da menjalar2 di sana sini. So, setelah hampir 2 minggu aku meninggalkan halaman ini, maka aku kembali dengan membawa cerita yang aku sendiri tak tahu macam mana boleh terjadi kat aku dalam masa yang sesingkat ini!

Kembali ke UiTM untuk semester kedua,aku macam kena kejutan budaya pun ada gak..Semuanya sama sekali turn upside down. Masa sem 1 dulu aku tak nangis setitik pun masa nak pergi UiTM. Tapi bila nak masuk sem 2, aku nangis macam orang tak pernah duduk asrama! Kalau nak cerita sebab musababnya, sampai esok pun aku x habis menaip lagi. hahahahaa! Maka semester kedua pun bermula dengan penuh ketegangan..


nie aku tak tipu..memang aku sayang uitm!


Namun Allah masih sayangkan orang2 macam aku. Nasib aku baik sebab Izzah, classmate aku, duk kat sebelah bilik aku jek. Kalau tak, mau sasau gak aku dibuatnya sebab dah la duduk kat tingkat 4, x dapat roomate yg aku sayang, floor yang kekurangan serba-serbi dan macam2 lagi la masalah kat mawar tersayang nie! Kelas aku macam biasalah,tetap happening macam selalu. Cuma penat sikit la sebab kelas hari2 start pukul 8.30 isnin sampai jumaat, pheww~! Walau bagaimanapun, aku tetap gembira sebab lecturer yang mengajar kelas kitorang kali nie semuanya handal2 belaka. Alhamdulillah..Bersyukur sangat sebab subjek yang paling susah untuk sem nie diajar oleh lecturer yang paling best bagi aku! tapi rindu sangat kat lecturer sem lepas!



Seperti biasa,kelas aku masih lagi kelas yang sama, orang yang sama, namun ragam yang berbeza. Tapi,yang lebih meriah sebab kelas untuk subjek law sume gabung 4 kelas kecuali subjek economy. Haih..I hate  numbers! tapi pe leh wat kan.. Terpaksa jugak belajar. Result: first class aku dah nak terlelap! hahahahaha! Mun kata dia rasa ada yang tak kena dengan kelas kitorang untuk sem nie, tapi aku rasa mungkin sebab baru mula sem kot. Masing2 tercarik2 lagi aura yang ada masa sem lepas. Hahahaha! Cuma aku dapat merasakan bahang-bahang gosip yang mula melanda kelas kitorang yang kini dikenali sebagai LWA02G! Walaupun ada yang mengatakan kelas kitorang hidup dalam dunia kitorang sendiri but who cares man! As if  I care??(macam kenal jek ayat tu..hurm..) Aku tetap merasakan yang aku sangat suka dengan semua gosip2 menggembirakan ini! Tapi dalam masa yang sama. aku tetap terfikir yang semakin masa berlalu, semakin dekatlah masa untuk kelas G  Asasi Undang-undang KPTM sesi 2010/2011 berpisah. What a sad story to tell!


sangat benci dengan kira2 dan nombor!


Berbalik kepada topik asal pasal gosip tu, sekarang nie aku rasa time untuk most of the G's untuk berbunga-bunga! tau maksud berbunga2 tu kan? kalau xtak tau or korang wat2 tak faham maksud yang lebih jelas untuk itu adalah ANGAU. TAk tahulah aku kalau sekarang nie memang musim mengawan ke or nak kata valentines memang tak la kan (harammmm...x boleh sambut pun!).. Tapi yang pasti bunga2 cinta yang mekar subur dalam kelas G nie aku harap tak lah layu setengah jalan atau kena pukul ngan taufan morakot ke katrina ke ape2 taufan jela. Yang pasti aku tak terlibat, so cerita ini tak ada kena mengena dengan aku! hahahaha! Untuk menghangatkan lagi suasana, aku akn list kan sape yang aku rasa tengah kena sindrom bunga nie. Sebelum korang kutuk aku, aku nak cakap pe, ni blog aku, suka hati akulah nak cakap apa pun! hahahahaha(nada kejam)!

So, here is the list:
  1. Ziehan: sekarang nie dia asyik dengan handphone jek 24/7.Berdasarkan angin yang sampai kat telinga aku nie, aku dapat tau dia ada yang menanti di taring anu..hurm..
  2. Mun: Well, i guess she already knew who she should like!
  3. Eika: Entah kenapa tapi aku rasa ika jadi hot stuff untuk pembukaan sem baru nie! Macam2 gosip kena kat dia.
  4. Kery: Apa yang aku perasan setakat nie, kery dah pandai tunjuk feelings dia kat someone tu. Wow! impressive!
  5. Jajie: Tergamam sekejap semua orang bila jajie tuka relationship status dia kepada married kat fb. Pulak tu ada nama tengku aliya ke apa entah. Tapi yang pasti ada tengku! Tapi x tak lama lepas tu dia tukar single balik.Haih...
Lima orang punya cerita pun da cukup menghangatkan suasana dalam kelas LWA02G nie. Itu belum lagi tambah dengan skandal2 seperti skandal khaliq dengan ehem..ehem.., skandal kelas2 lain dan gosip panas semua budak asasi termasuklah TESL! Meriahnya hidup!


Walau apa pun yang terjadi, aku tetap tak akan lupakan kerja gila yang aku, mun, eika, khaliq ngan acap buat hari khamis lepas.Pergi cari Seoul Garden kat Bukit Bintang. Selama aku hidup 18 tahun dan 4 tahun aku duduk kat K.L, tak pernah aku jalan kaki pusing K.L tau! Tapi puas hati sangat sebab akhirnya jumpa jugak restoran tu kat OU and most importantly, khaliq nak datang  lagi! Wow~ bukan senang khaliq nak suka something!

Baru 2 minggu sem baru dibuka tapi dah macam2 cerita yang aku tak dapat nak ceritakan kat sini. Dalam kedukaan, ada juga terselit kegembiraan yang seakan dah menjadi lumrah untuk kelas aku nie yang memang nature nya gembira!

p/s: Lama betul masa yang aku ambil untuk siapkan post nie..

Sabtu, 20 November 2010

Sulam-bersulam

Bulan purnama tampak berbalam,
   Tersusun mawar kudup-berkudup;
Sulam-bersulam impian kusulam,
   Menjadi pedoman penyeri hidup.

Hahahaa!wah...seronok pulak rasanya dapat buat pantun pagi2 buta nie!Apa2pun,aku tak nak lah cakap pasal impian aku lagi sebab aku dah cakap dulu.Saja nak ceriakan blog aku nie yang asek mendung dengan cerita2 sedih jek slama beberapa minggu nie.Satu hal lagi,aku tak nak la post entry baru setiap seminggu pada hari yang sama lak tu..Haih..Sebenarnya aku baru perasan,sejak akhir2 nie aku asyik wat post baru lepas genap seminggu pada hari rabu jek..Haih..Nyampah la pulak teman nengoknya.Jadi,untuk mengelakkan semua itu,aku pun tergerak hati untuk menulis pada malam ini.

Bingkisan aku hari ini kan lebih kepada cerita aku zaman aku muda2 dulu.Seperti yang pernah aku cerita dalam post aku yang lepas,zaman muda2 aku x lah seindah mana,namun ada la jugak benda2 yang sampai hari nie aku tak boleh nak lupakan.Memandangkan sekarang nie dah nak masuk kepada musim orang kahwin dan aku pun baru jek pakaikan pengantin inai tadi,maka aku pun nak kongsikan sesuatu pasal majlis perkahwinan yang bagi aku agak lucu dan agak memalukan semasa sepupu aku kahwin 3 tahun yang lepas.


nie bukan gambar sebenar majlis sepupu aku.hahaha!


Alkisah,maka tersebutlah kisah.Kisah apa?Kisah hari akad nikah sepupu aku nie..Oleh sebab sepupu aku nie lelaki,maka kami semua kenalah pergi ke tempat pihak perempuan di mana majlis akad nikah tu diadakan dimasjid dekat dengan rumah pengantin perempuan.Bila nak berarak ke sana,maka semua hantaran pun hendaklah di bawa bersama ke masjid tu.Nak dijadikan cerita,aku pun turut menjadi mangsa untuk angkat hantaran,aku dah cop baekk punya,coklat!Tapi mak kau buat muka sedih cakap dia tak larat nak angkat barang berat dan suruh aku angkat benda lain and bagi coklat tu kat dia.Haduihhh..Melepas aku..Aku pun tengoklah kalau ada pape yang aku boleh angkat lagi.yang tinggal hanyalah tepak sirih.Aku buat2 bodoh jek sebab aku tau benda tu berat!Sama berat dengan tanggungjawab untuk bawak benda tu yang ada cincin kahwin kat tengah2 tu.Tiba-tiba(jengjengjeng!)sedara mak aku dengan bangganya suruh aku angkat benda tu sebab semua orang dah keluar.Maka,aku dengan rasa penuh rendah diri dan separuh rela pun angkat jugak lah benda tu.Lepas tu,sekali lagi,dengan bangganya sedara mak kau tu usik aku,"ha,orang yang angkat tepak sireh nie,tak lama lagi ada la orang nak masuk meminang!terutamanya anak dara!".Apa lagi,semua pakat dok gelak and usik aku la!haiiihhhhh..maluunyaaaaaa!


Macam niela lebih kurang tepak sireh yang aku bawak tu.humangai,boghek nyo bondo tu,tuhan ajolah yang tau!

Maka,berangkatlah kami ke masjid yang dijanjikan.Aku naik kereta dengan mak cik aku,asing dengan parents aku.Disitu lah kesabaran dan skill aku diuji.Bila sampai part corner,pak cik aku denagn baiknya buat drift..Maka aku pun berusaha semaksima mungkin untuk tahankan cincin dengan tepak sireh uh daripada jatuh sebab cukannya dorang lekat benda tu,just letak macam tu jek.Dibantu dengan jeritan mak cik aku,"dayah!!!jaga cincinnnnn..jangan bagi jatuhhhhh..tak elok nantiiiiii!!!!"Perghhh!memang superb la!
Maka aku dengan susah payahnya berjaya menghadapi rintangan dan cobaan itu.Fuhh!legaa..Sesampainya kami di masjid,sekali lagi kesabaran dan kekuatan fizikal serta mental aku diuji.Kena tunggu tercongok kat depan pintu masjid tu sambil menatang tepak sireh tu untuk jangka waktu yang boleh mengkebaskan kai dan tangan aku yang dah nak naik bengkak!Alasannya sebab orang baru lepas sembahyang isya' and imam tengah baca doa.Wah!memang hebat.teras macam aku tengah bina badan pulak masa tu,angkat berat!Sesudah tu,masa nak masuk pulak.Sah2 la aku kena duk depan sekali sebab aku bawak tepak sireh yang disusun di depan pengantin.Mallluuuunnnyaaaaaaa!macam Fashion show pulak rasanya kena catwalk tapi yang berbezanya kena bawak tepak sirehhh!baru nak control ayu tapi x boleh sebab tepak sireh tu dah buatkan aku nampak sangat miserable!Nie sume mak aku punya pasal la!Huh!Lepas je letak benda tu,aku terus duk belakang sorang2 untuk sementara waktu bagi melepaskan lelah.

Itulah pengalaman yang aku tak boleh nak lupakan sepanjang hayat aku.Malunya aku time tu hanya Allah saja yang tahu.Kena usik,kena jerit,kena control,semuanya kenalah!Lepas tu,seminggu aku demam urat n x leh nak angkat tangan aku.Kaki aku pulak kejang memanjang sebab aku pakai heels aku paling tinggi malam tu.Haduihhh..

Rabu, 17 November 2010

Kabut Yang Semakin Berkabus,Tawar Yang semakin Hambar

Mengantuknya hari nie,tapi rasa macam nak menaip kat blog ni,maka aku pun meluangkan sedikit masa untuk blog tersayang ini walaupun aku hanya tidur selama 3 jam sahaja semalam!Hari ini seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha untuk tahun 1431 Hijrah.Namun bagi aku dan keluargaku,hari ini hanyalah hari yang biasa dan disambut dengan kedukaan.

Ajal,maut,jodoh dan pertemuan semuanya terletak ditangan Tuhan.Namun apabila perkara tersebut hadir dalam hidup kita,pastinya pelbagai perasan bisa menyelubungi jiwa.Bagi aku dan seluruh keluargaku,tahun ini raya tidak membawa erti kemeriahan atau kegembiraan.Kehilangan orang2 tersayang cukup memilukan hati.Bermula dengan Hari Raya Aidilfitri yang pertama kali disambut tanpa nenda tercinta yang meninggalkan kami semua tanggal 1 hb Jun 2010.Disaat kami baru ingin menyesuaikan diri dengan kehilangan tersebut,kami dikejutkan sekali lagi dengan kehilangan pak cik yang amat kami kasihi.Pemergiannya yang kuanggap 'mengejut' pada 3 hari yang lepas sungguh mendukacitakan dan meluluhkan hati kami semua.Dia seorang pak cik yang sangat baik.Sangat prihatin dengan semua anak saudaranya.Pemurah dan murni hatinya menyebabkan aku terasa suatu kehilangan yang besar,apatah lagi ibuku dan seluruh kerabatnya yang sememangnya rapat dengannya.Pendarahan berlebihan akibat pembedahan kecil yang meragut nyawanya menyebabkan kami sukar untuk menerima kenyataan pemergiannya.

Lantas,hari ini kurasakan sangat hambar dan tidak bermakna.Hajatnya untuk menyambut hari raya haji bersama kami dirumahnya tidak kesampaian.Namun kami tetap merealisasikan impiannya dengan mengadakan perhimpunan keluarga dirumahnya untuk menziarahi dan menemani balunya dirumahnya sendiri.Sungguh,aku masih menganggap bahawa dia masih ada sehinggakan aku tidak sanggup untuk mengucup jenazahnya kerana aku merasakan bahawa dia bukan meninggal tetapi sedang tidur dengan nyenyak kerana sememangnya dia gemar untuk tidur seketika disiang hari!Tatkala aku menziarahi pusaranya yang jelas lagi nyata masih merah tanahnya,aku seakan sudah tidak berperasaan.Pandangan kosong kulemparkan ke arah pusaranya yang berdekatan dengan pusara arwah nenekku.Aku tetap yakin yang dia hanya tidur buat sementara waktu.Namun,sebaik tiba di pusara nendaku,air mataku tidak tertahan lagi.Segalanya kucurahkan disitu dan sejurus aku meninggalkan kawasan perkuburan itu,tangisan kesedihan mengalir tanpa henti.

Aku sedar,segala yang hidup pasti akan mati suatu hari nanti,cuma aku tidak bisa menerima punca kepergiannya yang kuanggap mampu dielakkan sekiranya lebih cepat dibawa ke hospital.Walau bagaimanapun,harus kuakui,segalanya telah ditentukan Allah.Setiap anak manusia yang lahir dimuka bumi ini telah berjanji semasa di dalam rahim ibunya tentang segala2nya tentang perjalanan hidupnya di muka bumi ini..Lalu kubiarkan saja kabut yang semakin berkabus untuk terus menyelubungi perjalanan hidupku yang masih panjang(insyaAllah) kerana aku yakin tawar yang kurasakan semakin hambar ini pasti akan menemui kemanisannya kembali!

Rabu, 10 November 2010

Cerita Sekeping Hati

Nampaknya agak berhabuk blog aku yang satu ini..Hahahahaha!Ok,fuh,fuh..hilang sikit habuknya..hahaha!Aku selalu tiada pencetus kata setiap kali aku mula menulis catatan yang baru untuk blog ini.Banyak kali aku berfikir sebelum aku memutuskan untuk menulis catatan ini.Akhirnya,desakan hati mendorong aku untuk duduk dan melarikan jari jemariku dia atas papan kekunci ini bagi mencoretkan rasa yang berbaur asa.Dahulu aku pernah berlipurlara tentang ketulusan hati,kini sekali lagi ketulusan hatiku teruji.Semakin aku melewati hari-hari dalam hidupku,semakin aku merasakan kerapuhan hatiku untuk menerima semua norma alam.Oh Tuhan!Mampukah aku untuk terus hidup dan menyaksikan semua kecurangan alam?

Semalam aku dikejutkan dengan keluhan seorang lagi rakanku yang kesal atas keterlanjuran perbuatannya.Aku juga terkejut kerana dia bukan sebarang orang.Dia seorang pentilawah.Seorang pengalun ayat-ayat suci Al-Quran.Perasaan pertama yang hadir dalam hatiku adalah jelik dengan apa yang telah terjadi.Disitu,Allah menguji ketulusan hatiku.Lantas,aku tersedar,aku tidak sepatutnya berasa begitu.Lalu,kata istighfar kulafaz dalam hati.Tersentuh hatiku tatkala dia menyatakan kekesalan atas perbuatannya itu dan berjanji pada dirinya sendiri untuk mengubah dirinya menjadi seperti dahulu.Seorang yang tahu menjaga batas2 agama.Seorang yang layak untuk dijadikan khalifah yang bakal memimpin keluarganya sendiri ke jalan yang lurus walaupun dia akui dia telah tersasar seketika.Betapa syaitan itu ada dalam pembuluh darah manusia dan boleh menjadi pihak ketiga tatkala lelaki dan perempuan berdua2an.Sesungguhnya Rasulullah sendiri pernah berpesan kepada kita semua bahawa terdapat seketul daging dalam diri manusia yang perlu dijaga sebaiknya kerana daging itu boleh menyebabkan pelbagai perkara berlaku.Daging itu tidak lain dan tidak bukan hati manusia itu sendiri.Aku sangat terharu dengan azam yang dibina rakanku itu dan aku doakan semoga dia berjaya mengubah dirinya semula.Amin.Namun,aku jua dilanda keresahan sendiri tatkala aku memikirkan hal itu.Aku takut dan sangat takut aku jua akan tercampak ke dalam kancah seumpama itu kerana harus kuakui,imanku ini bisa menjadi senipis kulit bawang seandainya aku dalam situasi seperti rakanku itu.Ya Allah,hindarkanlah aku daripada menghampiri semua itu,beratkanlah kakiku untuk melangkah ke arah itu dan palingkanlah pandanganku ketika aku menghampiri perkara terkutuk itu.Amin ya rabbal alamin.

Lalu kutinggalkan cerita itu daripada terus menghantui fikiranku.Namun,kenangan masa silam kembali menerpa di saat aku ingin melelapkan mata.Kenangan itu muncul bagaikan pita rakaman yang bermain tanpa diminta.Kenangan yang membuatkan aku mengakui suatu perasaan yang selama ini aku tidakkan kehadirannya.Lalu,saat itu aku ketahui bahawa hari itu sememangnya meningatkan aku tentang ketulusan hatiku sendiri.Betapa hatiku ini penuh dengan rasa yang acapkali mekar dan tumbuh subur sehingga melingkari tangkai hatiku ini lantas mencoretkan suatu ceritera yang panjang bertunjangkan kepada satu perkara iaitu ketulusan hati.

Dahulu duniaku hanya di sekolahku.Persekitaranku hanyalah mereka yang berada di sekolahku itu dan isi dalamnya.Lalu cara aku berfikir menjadi batas kepada perkembangan perasaan aku.Suatu ketika dahulu,sekolahku pernah memiliki apa yang dianggap guru-guruku sebagai 'mutiara di dasar laut dalam'.Sangat bernilai hinggakan semua guru2 membandingkan dirinya dengan kami semua.Aku jadi cemburu,aku jelak,aku menyampah dengan dia.Ditambah pula dengan perwatakannya yang tidak begitu mesra dengan pelajar yang lebih muda daripadanya.Namun sebagai atasan aku dalam badan pengawas sekolah,aku harus tunduk pada arahannya.Namun,setelah dia tamat pengajian di sekolahku,aku berasa sedikit lega.Tetapi,apabila dia datang menjenguk guru-guru di sekolahku,aku menghindarkan diri daripada bertemu dengannya kendatipun semua rakan2ku mengajak aku bertemu dengannya,tetapi aku mengasah kerikil hatiku dan mengeraskannya.
Sungguh,aku benci padanya.Hatiku tidak tulus menerima arahannya ketika masih dibangku sekolah.Pun begitu,setelah aku menjadi semakin dewasa,aku mulai berfikir dan aku sedar,semua itu hanyalah bisikan syaitan yang telah berjaya mempasak hembusan dendam dalam hatiku selama bertahun-tahun lamanya.Bila difikir-fikirkan kembali,aku rindu padanya.Aku rindu mendengar suaranya.Sebenarnya sebahagian suara hatiku yang tidak kudengari selama ini menyatakan bahawa aku kagum padanya.Kebolehannya pelbagai.Dia juga cemerlang dalam akademik.Aku harus menjadi sepertinya.Bukan memusuhi dan membencinya sedangkan dia tidak tahu sekelumit pun akan hal itu.

Kini aku menyesali semua itu,namun aku harus hindarkannya kerana Rasulullah tidak suka orang yang menyesal di kemudian hari.Lalu aku ingin menyuarakan kemaafanku ini kepadanya.Kepada kak Maisara Sofia Ismail,sekiranya akak terbaca blog ini,dayah nak mintak maaf dengan akak sebab berperasaan macam tu dengan akak.Mohon maaf dunia akhirat.

Rabu, 3 November 2010

Musim Yang Kembali

Dalam putaran alam ini sentiasa ada pasang dan surutnya,perubahan musim dan pelbagai lagi.Tidak terkecuali putaran kehidupan manusia.Sentiasa akan ada perubahan musimnya.Aku juga turut mengalami fenomena yang sama dan musim yang paling kubenci telah tiba kembali.Musim yang membuatkan aku sentiasa dilanda ribut taufan dan angin monsoon yang tidak menentu.Kadangkala aku terfikir,boleh tak kalau aku tak perlu untuk merasa begini.Haih..Keluhan demi keluhan terlepas daripada mulutku.Aku tak tahu bagaimana untuk menyingkirkan perasaan ini daripada bertamu di kalbu.

Setiap kali musim keputusan peperiksaan keluar tiba,aku akan jadi begini.Serba tak kena.Niatku sekadar untuk menjadi anak yang dapat membanggakan kedua orang tuanya.Namun selalu aku merasakan aku gagal untuk berbuat demikian.Aku tahu telah berjuta kali aku mengecewakan hati mereka.Walaupun riak wajah mereka tidak menunjukkan apa2,namun aku tahu,jauh disudut hati mereka,mereka ingin anak mereka untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.Aku jadi cemburu dengan keputusan semua rakan2ku yang jauh lebih baik daripadaku.Aku paranoid dengan diri sendiri.aku rasa sangat tercabar dan rendah diri dengan semua orang.Selalu aku bertanya pada diri sendiri,mengapa ini selalu terjadi kepadaku?kenapa aku tidak pernah dapat merasa seperti apa yang rakan2ku rasa?Sebuah kejayaan yang boleh dibanggakan !mungkin terlalu banyak yang aku harus perbaiki,namun mungkin juga aku tak akan pernah merasa erti kejayaan yang sebenar.Semua ini menjadi tanda tanya yang akan terus menghantui aku setiap kali musim ini kembali lagi.

Bukan aku tidak bersyukur dengan apa yang aku perolehi dan bukan jua aku tidak mahu mengalah,tetapi sudah puas aku lelah .Sudah puas aku merasa kekalahan.Aku cuma insan yang ingin merasa secebis kemenangan.Mampukah aku??

Rabu, 27 Oktober 2010

Kek Ada Kepala!

Hahahahaha!Entah nape excited ungguh aku sampaikan sanggup buat dua post untuk hari nie..Kalau post yang tadi dah sedih2,sekarang aku nak wat post yang best sikit and kalau boleh nak share ngan korang.Bukan apa,bila aku tengok cerita My lovely Sam Soon uh,aku teringat lak nak buat post nie memandangkan cerita tu pasal anak dara tua yang pandai buat kek!

Pernah dengar tak pasal kek kepala meja?ha..sebenarnya aku pun baru tahu pasal kek nie masa aku tengok berita kat tv3 pukul 1.30 petang masa raya hari tu.Kek ini bukan sebarang kek tau!Sebenrnya kek ini merupakan kek biasa yang diletak icing cantik2 dan pelbagai hiasan kat atas kek tu.Kek ini biasanya diletakkan masa hari raya dekat atas meja makan bersama dengan makanan2 lain.Masa tahun 40-an dan 50-an dulu,amalan meletakkan kek ini sangat terkenal!Yang istimewanya pasal kek ini adalah kek ini harus dibuat oleh anak dara yang ada kat dalam rumah tu.Jadi,kalau ada 10 orang anak dara yang dah besar kat dalam rumah tu,maka ada 10 lah kek kepala meja.Cara nie macam nak promosikan anak dara kat dalam rumah tu la.Tapi barang diingat,jangan potong sebarang potong!Kebiasaanya,orang yang memotong kek ini terdiri daripada orang2 yang berkenan dengan anak dara dalam rumah itu.Mereka akan memotong kek itu sebagai tanda berkenan dengan anak dara tersebut dan meletakkan sedikit duit dibawah alas kek itu sebagai tanda setuju dan cenderahati.Huhuhuhu..Sekarang masih ada juga yang mengamalkan adat ini,tapi kebanyakannya akan tanya kat boyfriend masing2 bila nak datang as a sign nak bagitau kat parents diorang yang ada orang dah berkenan kat anak dara mereka!Tujuan kek ini dibuat adalah untuk menunjukkan kepada bakal mertua ataupun orang yang datang bertandang itu bahawa anak mereka telah pandai memasak dan boleh dijadikan menantu!

Contoh kek kepala meja

Mula2 aku dengar benda memang excited n rasa unik sangat cara orang dulu2 nak promosi anak dara dorang dengan cara yang halus.
Soalan:Macam mana nak bezakan tuan yang buat kek itu kalau ada ramai anak dara dan kek kepala meja
           kat dalam rumah tu??

Jawapan:Kek itu biasanya akan dihidangkan apabila tetamu datang.So orang yang buat kek itu akan
              hidangkan kek itu sendiri.So,pandai2lah tengok yang mana berkenan dan jangan salah potong
              sudah!
Hahahaa!unikkan??Aku pernah ternampak kek kepala meja nie kat rumah kenalan keluarga mak aku kat Klang masa raya hari tu..Masalahnya diorang tak ada anak dara pun kat dalam rumah tu.Semua anak teruna!hahahahaha!Sebenarnya,kek yang diletak atas meja tuan rumah yang aku pergi tu hanyalah kek kepala meja hiasan yakni kek kepala meja yang tipu la.Bukan untuk dimakan tapi sebagai hiasan meja makan di hari raya!Jadi begitulah keunikan dan kehalusan budaya orang2 Melayu.Sambil menjamu tetamu makan,mereka memperkenalkan 'harta' mreka dengan cara yang begitu halus.Aku bangga jadi anak Melayu!

Gerah Hidup

Sebelum aku nak mula cakap pasal post hari nie,aku nak ucapkan takziah kepada rakan sekelasku di UiTM Shah Alam,Abdul Khaliq Nazeri yang baru sahaja kehilangan nenda tercinta 2 hari yang lepas..Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman dan sentiasa dicucuri rahmatNya..Amin..Baiklah..Apakah yang dimaksudkan dengan gerah??Menurut kamus Komsas KBSM olahan Dr.Othman Puteh nie,gerah bermaksud kemalangan @ kecelakaan @ nahas.Seperti peristiwa yang baru dialami oleh sahabatku,kita smua tak lepas daripada mengalami kemalangan dalam hidup.Kemalangan itu sendiri membawa maksud yang sangat universal.Segala2nya harus kita tempuhi selama mana kita masih bernafas atas muka bumi nie.

Setiap orang ada kemalangan dalam hidup yang berbeza situasinya.Kadangkala kita kemalangan yang menimpa itu langsung tidak tercapai dek akal waras kita..Namun itulah takdir tuhan yang harus kita lalui dengan tabah.Dalam hidup aku,masih belum banyak gerah yang aku lihat sepanjang usia kehidupan aku dan aku tahu aku akan menghadapi dan melihat pelbagai lagi rintangan dan onak dalam hidup.Setakat ini,kemalangan yang paling berat menimpa hidup aku juga sama seperti sahabatku itu.Kehilangan nenek aku pada hari pertama dan kuliah pertama semasa aku memulakan pengajian di UiTM Shah Alam.Walaupun aku tahu,usianya yang sudah mencecah 82 tahun itu tidak memungkinkan dirinya untuk terus hidup lebih lama lagi walaupun kemungkinan itu tetap ada.Tapi,apa yang membuat aku terkilan,aku tidak sempat untuk membacakan walaupun sebaris ayat surah Al-Fatihah untuknya,apatah lagi membacakan surah Yaasin untuknya.Aku masih keuuzuran ketika itu.Sedangkan sepupu2ku yang lain sempat membacakan surah2 Al-Quran untuknya semasa nenekku terlantar sakit di ICU Hospital Putrajaya.Paling menyedihkan,ketika aku melawatnya di rumah mak cikku 2 hari sebelum dia koma semasa aku pulang bercuti sempena hari wesak.Walaupun keletihan selepas menjalani orientasi di UiTM,aku gagahkan diri aku untuk berjumpa dengannya.Nasib baiklah aku pergi juga bertemu dengannya kerana itulah kali terakhir aku mendengar suaranyaSebelum masuk waktu Maghrib hari itu,dia memanggil2 namaku.Apabila aku datang,dia memelukku sambil mengatakan "Hidayah,nani rasa dah sampai masa nie,jaga diri baik2,belajar betul2,jaga mama dengan babah,nani dah tak ada dah nie.."sambil mengerling kepada ibu dan ayahku dia juga sempat berkata,"mak dah tak ada nie Mah,Anuar.."Betapa pilunya hati aku..Aku menangis semahu2nya dalam pelukannya.Sungguh,semangatnya untuk hidup memang kuat.Arwah nenekku sempat berpesan kepadaku semasa aku mengkhabarkan kepadanya tentang tawaran yang aku terima untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan.dia cakap aku mesti belajar course tu dan jadik macam bapak dia,seorang majistret!Dia jugak berhasrat untuk melihat aku mengambil segulung ijazah dalam bidang undang2.Namun hasratnya tidak kesampaian..

Aku tahu,itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan mereka yang pernah kehilangan ibu bapa atau adik beradik sendiri.Pastinya lebih perit rasanya.Bagi aku,perkara yang paling banyak akan menimbulkan gerah dalam hidup ialah apabila kita mengingkari suruhan Allah S.W.T..Percaya atau tidak,telah banyak ornag2 seperti ini kulihat dan hidup mereka sentiasa dirundung malang.Ingatlah bahawa mereka yang mereka yang mengingkari suruhan Allah itu sentiasa termasuk dalam golongan orang2 yang rugi..Hurm,itu sahaja post untuk hari ini..Maaf kalau post ini mengguris hati sesiapa.Yang baik dan sempurna datang dari Allah..Yang kurang dan buruk itu datang dari kekhilafan diri aku sendiri sebagai seorang manusia biasa.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Futuristika

Semilir dongengan mari dipalu,
  Bulan kuharap jatuh ke riba;
Apa diharap masa nan lalu,
  Hadapan menanti menunggu tiba.

Huh!Berpeluh nak wat pantun balik setelah setahun otak aku beku.Hahahaha!Hari ini aku nak cakap pasal masa hadapan.Masa aku nak ambil SPM dulu semua cikgu kaunseling dengan penceramah yang datang kat sekolah mesti akan cakap tentang peri pentingnya mempunyai perancangan masa hadapan setelah kita menduduki SPM.Hurm,bagi aku,aku ada perancangan aku yang tersendiri.Tetapi harus aku sematkan dalam hati bahawa hanya Allah yang akan menentukan takdir aku nanti.Walau bagaimanapun,aku akan teruskan dengan usaha untuk melaksanakan perancangan yang telah aku rangka selama ini.


Baiklah.Hari nie aku rasa macam best and nak share aku punya impian kat semua yang membaca aku punya post untuk hari nie.Pertama sekali mestilah aku nak jadi seorang peguam yang berjaya!Tapi sebenarnya aku bukanlah nak betul2 jadi peguam sepanjang hayat aku.Aku cuma nak jadi peguam sampai aku rasa aku dah kutip sikit sebanyak pengalaman jadi peguam.Lepas tu,aku ingat aku nak sambung pengajian aku untuk jadi pensyarah dalam bidang undang-undang.Bila aku dah jadi pensyarah dan berjaya simpan duit sampai cukup untuk aku laksanakan impian aku yang kedua aku akan laksanakan.Impaian kedua aku ialah untuk hantar mak bapak aku naik haji dan kalau boleh aku nak pergi sekali dengan diorang.Lepas semua tu selesai,aku nak round Europe!Tempat pertama aku nak tuju mestilah Holland!Lepas tu aku nak jalan2 kat Vienna,Italy,New Zealand dan mana2 negara Eropah yang sempat aku pergi.Semua nie kalau boleh aku nak laksanakan sebelum aku kahwin.Bukan apa,bila aku dah kahwin,aku nak fully concentrate dengan keluarga yang aku baru nak bina.Insyaallah,kalau aku ada rezeki aku nak jugak bukak satu butik dengan jenama aku sendiri.Kalau boleh aku nak bukak butik tudung n baju muslimah.Konsep yang aku impikan ialah konsep moden tetapi dalam masa yang sama mengikut garis panduan syarak.Barangan yang dijual dalam butik yang aku impikan ini adalah mampu untuk dimiliki oleh semua orang tanpa mengira perbezaan pendapatan!Lepas semua2 ini barulah kahwin masuk dalam list aku..Tapi mungkin yang bukak butik uh akan muncul lepas aku kahwin la kot sebab mungkin ambil masa untuk aku setup butik dengan jenama aku sendiri.Karang x kahwin pulak anak pak cik Annual nie!hisy!nauzubillah!

Macam nielah lebih kurang konsep butik yang aku idamkan!

Cakap pasal kahwin ,aku macam nak share gak ngan korang pasal ciri2 future husband yang aku idam2kan!hurmm....hahahahahaha!Harus aku ingat sekali lagi bahawa ini semua terletak dalam pertimbangan Allah S.W.T...Cuma sebagai manusia aku x boleh lari daripada mengimpikan sesuatu yang istimewa dalam hidupku!Ok,ciri2 yang aku paling sukai untuk ada dalam diri seorang lelaki ialah lelaki yang pada dasarnya x nampak yang dia itu tinggi agamanya tetapi apabila dia bertutur kata2nya penuh hikmah dan perbuatannya luhur namun terpelihara daripada pandangan mata kasar orang..Hanya mereka yang mengenalinya akan mengetahuinya.Maksud aku kat sini,aku suka lelaki yang warak tapi cool jek bila dengan khalayak ramai.Warak dia hanya nampak di pandangan Allah S.W.T..Lepas tu,aku mengimpikan seorang lelaki yang berjari runcing dan berkaca mata!Aku x tau kenapa tapi aku memang suka tengok lelaki yang macam tu.Tapi bukan semua lelaki yang bercermin mata aku suka(sebenarnya bahaya wat statement nie sebab kawan2 laki aku ramai yang pakai cermin mata!haduihhh..)tetapi yang tertentu sahaja yek.HAHAHAHA!Pasal jari runcing tu aku rasa macam smart pulak tengok lelaki yang berjari panjang.Walaupun ada yang kata kalau lelaki yang jarinya runcing nampak macam jari perempuan,tapi bagi aku ada perbezaan antara runcingnya jari perempuan dengan runcingnya jari lelaki.Kalau lelaki biasanya mereka yang berjari runcing bentuk jarinya lebih panjang dan kurus,tapi kalau perempuan jarinya lebih pendek dan agak berisi walaupun nampak runcing.Oh!lagi satu,biasanya bila aku tengok lelaki aku x akan nilai dari rupa dia dulu.Walaupun mulut aku cakap orang tu handsome ke kacak ke,tapi tu sume kat mulut jek.Kriteria yang aku akan pandang pada seorang lelaki yang aku pandang ialah kakinya!Kalau orang dulu2 nak pergi meminang anak dara orang,biasanya mereka akan tengok kaki anak dara tu dengan tandas kat rumah tu(nie menurut cerita arwah nenek aku la).Kalau kaki anak dara tu bersih dan x berdaki,tandas rumah dia pun bersih,maka boleh dianggap bahawa anak dara itu seorang yang pembersih begitu juga dengan keluarganya.Bagi aku ada juga kebenarannya sebab kalau kita mandi n macam mandi kerbau jek mesti kita x akan belek keseluruhan badan kita tu dan akan ada part yang kita lupa nak 'touch up' terutama sekali kaki sebab dia kat bawah.Jadi kalau kaki lelaki tu aku pandang berkarat semacam jek,aku tau 'dia nie mesti belek muka jek setiap hari sebab nak control handsome,tapi yang lain setahun sekali agaknya baru nak belek!'Paling aku menyampah kalau kuku kaki mengalahkan kuku pontianak,siap pakej dengan karat warna hitam lagi kat dalam kuku tu!euwwww!Jadi,kesimpulannya kalau aku tengok laki,aku akan pandang kaki dia dulu walau macam mana handsome sekali pun dia.Kalau x handsome pun,x putih gebu pun tapi kaki dia terjaga rapi,bersih,maknanya dia prihatin terhadap diri dia.Itu bagi aku la...Ha!itu antara ciri2 yang aku harap ada pada bakal suami aku nanti..Bukan aku minta kesempurnaan cuma biarlah bakal suami aku melengkapi apa yang kurang pada diriku ini..


kalau handsome macam nie pon tapi kaki x bersih,huh!x hadap aku!(tapi kenichi matsuyama sangat comellll!)
 Begitulah angan2 yang aku impikan selama ini..Walaupun ada seorang kawan aku pernah cakap yang berangan nie akan melembabkan otak,tapi aku tetap akan berangan kerana angan2 akan menjadikan kita lebih bersemangat untuk meneruskan hidup dan merangka pelan seterusnya!Lagipun,berangan kan satu2nya perkara yang kita leh wat secara percuma kat dalam dunia ini selain daripada menghirup udara Allah ini.So,manfaatkanlah peluang yang ada!

Khamis, 21 Oktober 2010

Ketulusan Hati

Hari nie agak jiwang sikit post aku.Tetiba lak tangkap jiwang.Hahahaha!Bukan apa,cuma nak berkongsi rasa ngan korang sume.Sejauh manakah hati anak cucu Adam nie mampu menunjukkan dan mendapatkan ketulusan hatinya sendiri??Ketulusan hati bagi aku sangat liberal dan x mampu diukur dengan mata kasar.Hati yang tulus datang dari jiwa yang ikhlas dan suci murni.Ketulusan hati bukan sahaja perlu dalam sesuatu perhubungan,malah ketulusan hati kita dalam segala aspek kehidupan termasuklah semasa beribadat,melakukan amal jariah dan juga menjalani rutin hidup sehari-hari.Huh,kadang2 aku terfikir,untuk apakah kita perlu mempunyai hati yang tulus dalam semua benda??Cukuplah semasa kita beribadat dan melakukan amal jariah.Tapi ternyata aku salah.Orang2 disekeliling aku telah memberikan aku jawapan kepada soalan aku tadi.Kadangkala tanpa kita sedari perbuatan kita itu sendiri yang akan mengajar kita untuk menjadi lebih tulus dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Hearts With Roses Love

Ada satu kisah yang nak aku kongsikan pada semua dan aku harap dapat dijadikan iktibar buat semua.Kisah ini berlaku di depan mataku sendiri.Kecundangnya orang ini terhadap kekasih hatinya telah membuatkan dia lebih dekat dengan Allah kerana menyedari kesilapannya sehingga sanggup meninggalkan suruhan dan kewajipan sebagai umat Islam ketika dilamun asmara.Betapa sebelum itu dia sering ke surau tepat pada waktunya sebelum memulakan kelas tambahan.Tetapi setelah hati kekasihnya berjaya ditawan,seolah2 dia terlupa akan kewajipannya yang satu itu sehingga ternampak akan kesannya dalam hidupnya sendiri.Setelah kecundang,maka dia kembali memuhasabah diri dan disitu,ketulusan hatinya mulai terbit tatkala dia menyerahkan dirinya kepada Yang Maha Mengetahui dan sampai sekarang,alhamdulillah,dia berjaya mengekalkan ketulusan hatinya itu.


Kemudian aku mula berfikir lagi.Adakah benar lelaki yang baik, hanya untuk wanita yang baik??Dalam Al-Quran telah jelas mengatakan hal tersebut,namun hati kecil yang satu ini seolah2 tidak mahu mengerti.Lalu sekali lagi Allah telah membuka mataku untuk melihat lagi keadaan yang menyebabkan aku mengubah keraguanku itu dan mengakui kebenaran yang telah Allah nyatakan.Dalam hidupku ini telah kulihat pelbagai situasi yang menunjukkan bahawa lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik.Tidak mahu aku membuka kisah yang pernah kulihat ini tetapi cukuplah sekadar aku mengatakan bahawa awasilah perbuatan kita itu kerana terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata badan binasa!Perbuatan kita akan mencerminkan keperibadian kita lantas menunjukkan ketulusan hati kita yang sebenar2nya.Ketidaktulusan hati ketika menerima seseorang dalam hidup kita boleh menjadi duri yang sangat tajam dan hanya akan menyakiti kita kembali.Natijahnya,hidup akan sentiasa dirundung ketakutan dan kesengsaraan.Kenapa aku cakaap macam nie??Sebab perkara ini pernah terjadi dalam kalangan orang2 yang berada disekitarku.Bukan apa,aku sendiri pun belum tentu dapat memastikan bahawa diriku ini terhindar daripada melakukan perbuatan yang boleh menghurur-harakan diriku sendiri kerana aku hanyalah manusia biasa yang selalu khilaf!Oleh itu,aku ,menulis ini untuk mengingatkan diriku sendiri dan juga semua agar sedaya upaya memelihara perbuatan kita agar kita semua beroleh habuan yang baik.


Untuk lebih specific,jika sayang pada seseorang itu,maka tunjukkanlah dalam cara yang betul dan terimalah dia seadanya ia kerana menyukai seseorang itu haruslah kerana apa yang ada padanya dan bukan sekadar kebaikan dan kelebihan yang ada padanya..Jika hati kita bercelaru untuk menerima seseorang itu,maka hindarkanlah untuk menyatakan atau melakukan sesuatu yang boleh memberi harapan padanya kerana apabila kita melakukan hal yang sedemikian dan pada akhirnya kita bertemu dengan orang yang benar2 kita sukai,bukankah kita hanya akan melukai hatinya dan pastinya akan menimbulkan dendam!Jika kita terlalu benci pada seseorang yang menyukai kita itu,maka hindarkanlah perasaan benci itu.Disinilah ketulusan hati memainkan peranan yang penting dalam hidup kita.Benci-membenci itu merupakan suatu perkara yang ditegah oleh Rasulullah seperti yang disebut dalam hadisnya yang bermaksud,"janganlah kamu benci-membenci dan berpaling muka sesama manusia".Terimalah dia sebagai saudara sesama Islam jka kita tidak mampu untuk menerimanya dalam hati.

Namun bagaimana pula dengan orang yang setia menanti pada yang tidak tahu akan kehadiran mereka itu amat dinantikan oleh seseorang??Jika mereka tahu akan perkara tersebut adakah mereka akan menerima orang yang menanti mereka itu atas dasar simpati atau kerana mereka memang menyukainya??bukankah kedua2 dasar itu melibatkan ketulusan hati??bagi mereka yang menanti,sudah pasti ketulusan hati berpihak kepada mereka.Tetapi mungkinkah ketulusan hati juga yang akan mengecewakan mereka??Jawapan itu masih belum kutemui....


Jadi,kesimpulannya ketulusan hati adalah sangat liberal dan amat sukar untuk dinilai dengan mata kasar.Maka fahami dan selamilah erti sebenar2 ketulusan hati kerana aku sendiri masih mencari jawapan yang sebenar untuk perkara ini...Perjalanan belum berakhir tetapi baru sahaja bermula...

Rabu, 20 Oktober 2010

De Schoonheid Van Holland!

Hallo iedereen!hahahaa...speaking dutch sket..Dutch???Oh!Lupa lak nak bagitau yang sebenarnya topik untuk hari ini adalah pasal Holland!Kenapa Holland??sebab dari kecik sampai la aku besar aku memang tertarik dengan keindahan negara bawah paras laut nie...Kalau kat Malaysia nie ada juga yang mengenali negara nie dengan nama Belanda.Even dalam peribahasa pun ada cakap pasal Belanda yakni Seperti Belanda minta tanah.Nak tau x sebab pe orang dulu2 wat peribahasa macam tu??Walaupun aku tau mesti ramai yang dah tau tapi aku nak bagitau jugak,sebabnya Belanda nie kan terletak di bawah paras laut dan air laut selalu membanjiri negara ini yang sememangnya x cukup tanah.So Belanda nie akan cuba sedaya upaya untuk mencari tempat2 untuk dijajah sebagai negara yang baru.Tapi tu sume dulu...Sekarang nie Belanda dah sangat maju dan terkenal dengan keunikan bunga tulipnya sebagai salah satu mercu tanda negara ini selain daripada kincir angin!

Tulpen

First of all aku nak bagitau pasal sejarah negara nie.Negara nie mula dijumpai sekitar tahun 3000 BC oleh Far East and Asia people.Mereka nak cari settlement sendiri sebab dorang nie hidup nomad.Bila paras air laut mula naik,penduduk tempatan diarahkan untuk membina penempatan di tempat yang lebih tinggi.Lepas tu muncullah zaman penjajahan Holland(masa tu belum ada lagi nama Holland tu)yakni zaman Julius Caesar,Empayar Trajan(bukan trojan tau!hahahaha!) dan ramai lagilah..Tapi masa pemerintahan Romlah negara nie berkembang sampai ke pesisir sungai.Diorang merdeka masa tahun 1932.Tu la sebabnya dorang leh wat penjajahan kat tempat lain..Mesti ada yang keliru sama ada nama negara nie Holland or Netherlands kan??Sebenarnya sama jek dua2.Sebenarnya dulu ada dua pemerintahan kat dalam negara nie,satu kat utara satu kat selatan.Tetapi officiallynya kerajaan ini dikenali sebagai The Kingdom of Netherlands.Tapi ada juga yang memanggil negara nie Holland...Macam nama jolokan la gitu..

Netherlands atau lebih dikenali sebagai Holland

                       

Agama yang paling top kat sini ialah Christianity.Mostly dorg anut yang roman catholic punya.Tapi macam kat Malaysia semua orang bebas beragama dan Holland pun ada gak penganut agama lain yang tinggal kat sana.
Sint Jans cathedral Den Bosch


Holland pun mengamalkan sistem pemerintahan raja berpelembagaan @ constitutional monarchy.Bezanya dorang Queen pun boleh memerintah.Sistem kerajaan pun sama dengan Malaysia iaitu demokrasi berparlimen.Pilihan raya empat tahun sekali and ada dewan negara dengan dewan rakyat.Ok..x mau cite pasal tu banyak sangat sebab nanti ingatkan aku kat MTC 016 lak..hatoyy!Nak tau tak??Orang2 Holland ialah tallest people in europe!lagi satu kat holland mostly dorang naik basikal untuk ke mana2 so ada 15 000km laluan basikal!
Met klompen op de fiets



Now aku nak cerita part yang paling menarik dan kenapa aku suka sangat kat negara nie!First of all kat Holland ada bunga tulip!hehehehe...kat Holland kebun bunga tulip dikenali sebagai Kaukenhof.Selain bunga tulip ada gak bunga lain kat kebun nie macam hyachints ngan daffodils.Setiap tahun akan ada satu flower show kat kebun nie yang terletak di Lisse dan hanya dibuka selama dua bulan dalam setahun!Tema yang biasa untuk susunan bunga kat sini selalunya pasal cinta!huuuu...mesti best kalau gie bulan madu kat sini kan???Beranganlah pulak!Kalau nak tahu lagi,nama Kaukenhof tu bermaksud herba.Nama nie diambil sempena taman itu sendiri yang membekalkan sumber herba untuk istana Jacoba van Beieren yang terletak dekat2 situ.Musim bunga kat Holland start dari akhir Mac sampai awal Mei.Pada pertengahan April,sume bunga akan start kembang dengan penuh warna warni!
Keukenhof, Lisse
Tema kat Kaukenhof!


Selain daripada itu,Holland juga terkenala dengan penghasilan keju.Paling menarik ialah Alkmaar's Cheese Market.Kat sini pengunjung boleh timbang berat badan diorang dengan cheese!wow!cheese dia besar2 tau!Selain itu ada banyak lagi kedai2 cheese yang terkenal dan menawarkan jualan dan timbang berat badan dengan cheese secara traditional seperti Edam Cheese Market ngan Gouda Cheese Market.

Alkmaar Cheese Market
Besar kan cheese dia???Kalau aku datang sini melantak benda nie jela keje aku


Satu lagi yang best pasal Holland yang membuatkan aku termimpi2 nak pergi sana ialah kincir angin!Fungsi kincir angin nie untuk menghalang air daripada masuk ke daratan negara Holland nie.Almaklumla,dorang kan terletak kat bawah paras laut.Tetapi selain untuk halang air masuk,kincir angin juga digunakan unrtuk membuat kerja2 penghasilan kertas,potong kayu dan bermacam2 lagi.Tenaga elektrik juga boleh dijana melalui kincir angin!Salah satu kincir angin yang terdapat kat Holland yang popular ialah kincir angin kat Kinderdijik.Kincir angin kat sini telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.
Mill, Kinderdijk
Kincir angin kat Kinderdijik



Oklah..sampai sini jela post untuk hari nie..aku harap korang enjoy baca n dapatla sikit sebanyak pengetahuan tentang negara Holland @ Netherlands yang beribu negara di Amsterdam.Harap2 suatu hari nanti aku akan dapat jejakkan kaki ke sini selain daripada ke tanah suci Mekah..insyaAllah.Tot die tidj,vaarwel!

Oh ya lupa lak nak bagitau maksud ayat dutch tu:

De Schoonheid Van Holland : Keindahan Holland
Hallo iedereen : hello semua!
Tot die tidj,vaarwel : sehingga itu,bye2!