Ahad, 26 Jun 2011

Suatu Masa Dahulu

Memandangkan angin dan ribut taufan yang telah menyebabkan banjir idea melanda diriku sekarang, maka aku pun memulakan langkah untuk mengemaskini blog kesayanganku ini dengan topik yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek zaman untuk diriku sendiri. Cerita ini berkaitan dengan zaman sewaktu aku bersekolah menengah dahulu. 

Dipendekkan cerita, aku mula menjejak alam sekolah menengah pada tahun 2005 di SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. Sekarang ni, kalau sebut je nama sekolah tu dekat kawasan yang berdekatan dengan Bangi ni rasanya semua orang tahu. Maklumlah, dah dapat title Sekolah Berprestasi Tinggi baru-baru ni. Masa zaman aku masuk sekolah ni dulu ramai orang tak tahu pun akan kewujudan sekolah ni walaupun sekolah aku ni dalam kategori Sekolah Rancangan Khas (SRK)<----bukan Shah Rukh Khan tau~! Mungkin ramai yang mengetahui kewujudan Kelas Rancangan Khas dalam sesebuah sekolah menengah di mana pelajar-pelajarnya terdiri daripada mereka yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR ataupun PMR. Sekolah aku ini bukan sahaja ada kelas seumpama itu, malah kesemua kelas dan pelajarnya tertakluk di bawah program tersebut. Maka hanya mereka yang ditawarkan tempat sahaja layak masuk ke sekolah ini.

Tapi aku bukan nak cerita pasal sekolah aku ni sangat tapi lebih kepada apa yang aku lalui sepanjang keberadaan aku di sekolah itu dari tahun 2005-2009. Paling aku kenang sekali ialah sewaktu aku berada dalam tingkatan tiga. Masa tu satu sekolah excited sebab kitorang dapat sebuah bas untuk kemudahan pergerakan kami. Semua orang cari peluang nak naik bas tu sampaikan rombongan pertama yang diadakan selepas bas itu tiba disekolah kami menjadi sesuatu yang hot stuff untuk minggu tu padahal sebelum ni tak ada sape yang begitu minat nak ikut rombongan sekolah sebab pergi tempat dekat-dekat je. Betapa hebatnya penangan sebuah bas kepada rakyat SMK Jalan Empat!

Satu lagi pengalaman yang aku tak akan lupa sampai bila-bila adalah pengalaman aku pergi bertanding syarahan Bahasa Melayu untuk Karnival Tilawah Al-Quran peringkat daerah. Start dari tingkatan 3 aku di beri kesempatan untuk menjejakkan kaki ke peringkat seterusnya selepas peringkat zon Bangi. Sehinggalah aku berada di tingkatan 5. Selalunya sekolah aku akan hantar 3-4 orang saja untuk peringkat daerah sebab yang menang pun memang 3-4 orang je. HEHEHE~ Maklumlah, sekolah baru kan. Kurang latihan apatah lagi sekolah aku memang mementingkan prestasi akademik. Maka setiap kali aku pergi peringkat daerah, aku memang lone ranger la sebab aku sorang je peserta perempuan dari sekolah aku. Yang lain lelaki. Oleh itu, aku akan bersahabat baik dengan peserta-peserta daripada sekolah lain yang sama Zon dengan aku. Selalunya memang cliche setiap tahun untuk acara syarahan Bahasa Melayu perempuan; pesertanya akan datang dari SMK Jalan Empat dan juga SMKA Maahad Hamidiah yang akan mewakili zon Bangi.

Mahu tak mahu memang muka yang sama sajalah yang aku jumpa setiap tahun. Secara tak langsung kami menjadi kawan untuk mengisi masa senggang sebelum keputusan diumumkan. Ala-ala 1 Malaysia, 1 Zon gitu! Ibaratnya, kalau nak cari peserta Jalan Empat carilah dalam kelompok peserta Maahad Hamidiah. 

Satu lagi situasi ala-ala 1 Malaysia, 1 Zon yang ketara semasa pertandingan ini adalah ketika aku nak pergi untuk pertandingan yang sama peringkat daerah. Ketika itu, aku terpaksa menumpang rombongan peserta dari SMK Bandar Baru Bangi sebab sekolah aku hantar 3 orang sahaja dan tiada guru yang boleh menghantar kami dengan kereta disebabkan ramai yang pergi kursus ketika itu. Maka guru pengiring yang ikut kami tu memutuskan untuk tumpang sekaki naik bas dengan mereka sebab mereka bawak rombongan nasyid dan yang lain. Yang bestnya, bila aku diumumkan mendapat tempat kedua je pun hari tu, mereka turut bersorak sampai gegak-gempita dewan tu dibuatnya. Begitulah semangatnya kami sebagai satu pasukan walaupun berbeza sekolah. Macam-macam pengalaman best ada masa kami dalam perjalanan menuju ke tempat pertandingan di SMK Taman Tasik, Ampang. Paling best sebab ikut jalan Hulu Langat, jadi masa nak naik bukit tinggi sebelum turun ke Ampang tu bas mendak sampaikan semua cuak! Hahahaha! Yang nak 'jual minyak' dalam bas tu pun tak kurang hebatnya jugak~

Walau apa pun yang terjadi semua itu meninggalkan kenangan terindah untuk hidupku sepanjang  bergelar pelajar sekolah. Pengalaman demi pengalaman aku timba sepanjang proses itu. Aku harap pelbagai lagi pengalaman menarik bakal kutempuhi sepanjang aku bergelar seorang mahasiswa pula. InsyaAllah.

p/s: Bas tu sekarang nie dah remuk redam dah. Teringat pulak pengalaman pergi kem kat Beranang masa bas tu baru je digunakan. Pak cik driver tu memang hebat sebab dapat lalu jalan semak yang betul-betul sempit. Sampai sekarang aku gelar dia Pak Cik Hebat! Sayangnya dia dah tak bawak bas dah tak lama lepas tu..:(

Miau Miau ^_^

Okay. Control yourself, Hidayah~ Tak tahulah kenapa, tapi minggu ni aku memang bersemangat! Siap bangun pagi sebab nak masak breakfast for my parents! Incredible me huh? Agaknya penyakit lama dah datang balik kut. maklumlah dah lama tak makan ubat. HAHAHAHA! Didorong oleh semangat juang yang begitu tinggi kala ini dan juga dorongan dan galakkan yang diberikan oleh Cik Izzah Azhani, maka aku pun mengambil keputusan untuk update entry kali ini dengan sesuatu yang cliche dan pada masa yang sama boleh merebakkan penyakit gatal. Hahahaha!

Sebenarnya perkara ini juga turut didorong oleh keriangan aku kerana dapat membeli sepasang sepatu baru untuk diriku selepas aku memperoleh wang hasil penyertaan aku dalam Program Bakti Puteri kat Kg Bahagia, Bangi hari tu. Best betul program tu. Bukan sebab dapat duit je, tapi aku jugak dapat sebuah keluarga angkat yang sangat mesra! Ok leave it. Back to the main point! Disebabkan oleh kasut yang baru aku beli tadi tu, maka muncullah angan-angan yang tidak diundang tentang kasut idaman aku for my wedding. Teruk kan?? Ada ke tengok kasut pun boleh berangan jauh macam tu sekali. Well, that is me!

Aku suka sangat dengan kasut! Well, I do believe that all women love shoes very much right?? An American actress, Amy Adams once said 'I do love shoes that make my legs longer. I have the upper body of someone who's 5ft 8in, so high heels help me even out the discrepancy.' Nampak tak betapa pentingnya kasut untuk orang perempuan? Maka, tidak hairanlah jika ada yang mengambil masa berjam-jam untuk membeli sepasang kasut dan sanggup menghabiskan sejumlah wang untuk sepasang kasut yang berkualiti. Untuk aku sendiri, aku mengimpikan sepasang kasut yang menawan dan berkualiti sebagai salah satu barang hantaran aku masa kahwin nanti. Kalau dapat aku nak kasut Jimmy Choo. Bukan sebab branding tapi aku tau kasut-kasut dia direka khusus berdasarkan tahap keselesaan yang ditetapkan dan sebab Jimmy Choo akan mereka kasut yang selamat untuk dipakai! Cantik tak payah cerita.



Gorgeous isn't it??ahhh gonna faint!

Kasut-kasut Jimmy Choo juga turut di reka khusus buat keluarga di Raja British ketika majlis perkahwinan Putera william dan Puteri Kate. Hebat kan anak watan Malaysia?? Kalau tak selesa masakan diorang nak pakai, betul tak?

Bukanlah aku menaruh harapan setinggi gunung Everest untuk dapat semua ini masa wedding aku nanti as my bridal gift sebab aku tau siapalah aku sampai nak berhabis duit beli kasut Jimmy Choo buat hantaran kan?? Bukan nak kahwin dengan anak raja pun! Tapi insyaAllah, aku akan berusaha jugak untuk dapatkan sepasang kasut Jimmy Choo ini untuk majlis perkahwinan aku walaupun dengan menggunakan duit aku sendiri. I'm gonna start saving now~!

Walau apapun yang terjadi kita hanya mampu merancang tapi hanya Allah S.W.T yang akan menentukan kejadian sesuatu perkara itu. Jadi, maka jadilah ia! Tapi firman Allah dalam Surah Ar-Ra'ad ayat 11 (correct me if i'm wrong) yang bermaksud, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang berusaha untuk mengubah nasibya sendiri. Oleh hal yang demikian, kita hendaklah selalu berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan dan perancangan untuk merubah nasib itu sendiri amatlah penting demi masa depan yang lebih sempurna. InsyaAllah.

p/s: Nanti rasa macam nak update pasal benda lain yang aku nak on my wedding la. Well wedding is just my favourite topic! (Matilah aku lepas ni kalau tak ada yang nak masuk meminang sebab baca demand aku nie~)

Selasa, 21 Jun 2011

Yang Terlepas Pandang

ahak ahak ahak uhuk uhuk~ banyak  betul habuk!!! euww siap ada telur labah-labah lagi!Nyah kau dari sini! Ok. Now it's better. Bukan sengaja nak biarkan blog ni jadi hutan dan semak samun atau rumah hantu, tapi lumrah hidup aku sepanjang tempoh aku tak update blog ni tak mengizinkan aku untuk terus berkarya (???) walaupun selalunya aku syok sendiri je dekat blog aku ni. So, I guess it's more like abandoning your own diary as if you put it in a box and keep it in a dark and ugly cupboard. But then, after attending a talk on last saturday, i got an idea to wirte again! 


Pernah tak kita terfikir macam mana boleh wujud frasa ketuanan melayu tu? atau pernah tak kita terfikir macam mana Tunku Abdul Rahman boleh fikir nak letak semua keistimewaan yang ada dalam perlembagaan persekutuan tu?? Semuanya berbalik kepada sejarah penjajahan British itu sendiri. For me, it's a surprising fact bila aku dengar perkara ini diceritakan dalam ceramah yang aku dengar malam Sabtu lepas. Bukan nak masukkan unsur-unsur politik atau perkauman tapi sekadar nak berkongsi ilmu yang baru diperoleh.


Percaya atau tidak, pokok pangkal kepada persoalan di atas bermula daripada detik ketibaan Francis Light untuk membuka loji di Pulau Pinang pada tahun 1786. Hal ini demikian kerana ketibaan Francis Lifght yang mewakili Syarikat Hindia Timur ke Pulau Pinang menjadi titik tolak kepada penjajahan British di Tanah Melayu. Jadi, persoalan tentang asal usul frasa ketuanan melayu itu sendiri ada simboliknya yang tersendiri semasa Francis Light hendak menuju ke Pulau Pinang.


Ketuanan Melayu


Seperti yang diceritakan oleh penceramah malam itu, berdasarkan kajiannya untuk tesis Ph.D beliau,semasa Francis Light hendak menuju ke Pulau Pinang, beliau telah melalui Lautan Hindi dan Teluk Benggala sebelum sampai ke perairan Seberang Perai. Semasa beliau melalui perairan-perairan tersebut beliau mendapati bahawa penduduk yang berada di peraiaran tersebut kulitnya berwarna gelap. Namun, setelah tiba di perairan Seberang Perai, beliau melihat penduduk yang berada di perairan tersebut kulitnya tidak putih tetapi tidak juga gelap yakni kulit sawo matang. Sama juga situasinya apabila beliau mendarat di Seberang Perai. Penduduk di tanah tersebut semuanya berkulit sawo matang dan apabila disiasat bangsanya ternyata mereka ialah bangsa Melayu yang menghuni keseluruhan tempat tersebut. Maka bermula dari peristiwa itulah tercetusnya frasa ketuanan melayu kerana kaum Melayulah satu-satunya kaum yang menghuni tanah ini sebelum British membawa masuk kaum Cina dan India.

Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan : Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan


Semasa Tunku Abdul Rahman ke London bersama peserta Rombongan Kemerdekaan, beliau telah berjaya berunding dengan pihak British dengan menggunakan peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa Francis Light membuka Pulau Pinang. Salah satunya, perkara pertama yang didengari oleh Francis Light ketika beliau berjalan-jalan di sekitar kawasan Seberang Perai yang baru dimilikinya. Perkara tersebut adalah azan yang berkumandang menandakan masuknya waktu solat bagi orang Islam. Hal ini telah membuktikan bahawa sebelum British datang menjajah Tanah Melayu, agama Islam telah lama bertapak di bumi bertuah ini. Maka adalah sewajarnya agama Islam dijadikan agama rasmi bagi persekutuan Tanah Melayu dan dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Hal ini diakui sendiri oleh wakil British ketika itu.

Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan : Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan


Sewaktu Francis Light tiba di Seberang Perai, beliau mendengar penduduk tempatan berbual dalam satu bahasa yang tidak difahaminya. Namun, setelah beberapa ketika mempelajarinya dan ketika beliau menghadap sultan Kedah untuk meminta kebenaran membuka loji di Seberang Perai, beliau bertutur dalam bahasa yang dituturkan oleh penduduk tempatan tersebut yakni Bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, sudah terang lagi bersuluh bahawa empunya Tanah Melayu ini iaitu kaum Melayu itu sendiri bertutur dalam bahasa Melayu dan amat wajarlah jika ia dijadikan sebagai bahasa utama dalam persekutuan ini.

Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan : Hak istimewa orang Bumiputra dan Raja-raja Melayu


Tunku Abdul Rahman juga turut menegaskan bahawa sewaktu Francis Light menghadap Sultan Kedah, beliau mengiktiraf Sultan Kedah sebagai pemerintah dengan memberikan sagu hati setiap bulan kepada Sultan Kedah atas penguasaannya di Pulau Pinang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa British pernah mengiktiraf hak istimewa Raja-raja Melayu sebelum hak tersebut dikurangkan satu persatu. Begitu juga hak Bumiputra sebagai penduduk asal Tanah Melayu yang banyak dinafikan oleh British sebelum ini. Maka sewajarnya hak ini dikemabalikan semula melalui Perlembagaan Persekutuan dan hal ini dipersetujui oleh semua.

Sebagai penamat kalam, kisah-kisah di sebalik sejarah ini bukanlah tidak kita ketahui, namun sering kali kita terlepas pandang akan perkaitannya dengan peristiwa-peristiwa penting yang lain. Penting untuk kita ketahui sejarah seumpama ini agar kita lebih memahami perihal yang telah tersurat supaya tidak akan timbul isu-isu yang boleh mengganggu-gugat kesejahteraan negara kita ini. Bersama menghayati sejarah!

p/s: Now, I have faith that I love History so much!