Sabtu, 20 November 2010

Sulam-bersulam

Bulan purnama tampak berbalam,
   Tersusun mawar kudup-berkudup;
Sulam-bersulam impian kusulam,
   Menjadi pedoman penyeri hidup.

Hahahaa!wah...seronok pulak rasanya dapat buat pantun pagi2 buta nie!Apa2pun,aku tak nak lah cakap pasal impian aku lagi sebab aku dah cakap dulu.Saja nak ceriakan blog aku nie yang asek mendung dengan cerita2 sedih jek slama beberapa minggu nie.Satu hal lagi,aku tak nak la post entry baru setiap seminggu pada hari yang sama lak tu..Haih..Sebenarnya aku baru perasan,sejak akhir2 nie aku asyik wat post baru lepas genap seminggu pada hari rabu jek..Haih..Nyampah la pulak teman nengoknya.Jadi,untuk mengelakkan semua itu,aku pun tergerak hati untuk menulis pada malam ini.

Bingkisan aku hari ini kan lebih kepada cerita aku zaman aku muda2 dulu.Seperti yang pernah aku cerita dalam post aku yang lepas,zaman muda2 aku x lah seindah mana,namun ada la jugak benda2 yang sampai hari nie aku tak boleh nak lupakan.Memandangkan sekarang nie dah nak masuk kepada musim orang kahwin dan aku pun baru jek pakaikan pengantin inai tadi,maka aku pun nak kongsikan sesuatu pasal majlis perkahwinan yang bagi aku agak lucu dan agak memalukan semasa sepupu aku kahwin 3 tahun yang lepas.


nie bukan gambar sebenar majlis sepupu aku.hahaha!


Alkisah,maka tersebutlah kisah.Kisah apa?Kisah hari akad nikah sepupu aku nie..Oleh sebab sepupu aku nie lelaki,maka kami semua kenalah pergi ke tempat pihak perempuan di mana majlis akad nikah tu diadakan dimasjid dekat dengan rumah pengantin perempuan.Bila nak berarak ke sana,maka semua hantaran pun hendaklah di bawa bersama ke masjid tu.Nak dijadikan cerita,aku pun turut menjadi mangsa untuk angkat hantaran,aku dah cop baekk punya,coklat!Tapi mak kau buat muka sedih cakap dia tak larat nak angkat barang berat dan suruh aku angkat benda lain and bagi coklat tu kat dia.Haduihhh..Melepas aku..Aku pun tengoklah kalau ada pape yang aku boleh angkat lagi.yang tinggal hanyalah tepak sirih.Aku buat2 bodoh jek sebab aku tau benda tu berat!Sama berat dengan tanggungjawab untuk bawak benda tu yang ada cincin kahwin kat tengah2 tu.Tiba-tiba(jengjengjeng!)sedara mak aku dengan bangganya suruh aku angkat benda tu sebab semua orang dah keluar.Maka,aku dengan rasa penuh rendah diri dan separuh rela pun angkat jugak lah benda tu.Lepas tu,sekali lagi,dengan bangganya sedara mak kau tu usik aku,"ha,orang yang angkat tepak sireh nie,tak lama lagi ada la orang nak masuk meminang!terutamanya anak dara!".Apa lagi,semua pakat dok gelak and usik aku la!haiiihhhhh..maluunyaaaaaa!


Macam niela lebih kurang tepak sireh yang aku bawak tu.humangai,boghek nyo bondo tu,tuhan ajolah yang tau!

Maka,berangkatlah kami ke masjid yang dijanjikan.Aku naik kereta dengan mak cik aku,asing dengan parents aku.Disitu lah kesabaran dan skill aku diuji.Bila sampai part corner,pak cik aku denagn baiknya buat drift..Maka aku pun berusaha semaksima mungkin untuk tahankan cincin dengan tepak sireh uh daripada jatuh sebab cukannya dorang lekat benda tu,just letak macam tu jek.Dibantu dengan jeritan mak cik aku,"dayah!!!jaga cincinnnnn..jangan bagi jatuhhhhh..tak elok nantiiiiii!!!!"Perghhh!memang superb la!
Maka aku dengan susah payahnya berjaya menghadapi rintangan dan cobaan itu.Fuhh!legaa..Sesampainya kami di masjid,sekali lagi kesabaran dan kekuatan fizikal serta mental aku diuji.Kena tunggu tercongok kat depan pintu masjid tu sambil menatang tepak sireh tu untuk jangka waktu yang boleh mengkebaskan kai dan tangan aku yang dah nak naik bengkak!Alasannya sebab orang baru lepas sembahyang isya' and imam tengah baca doa.Wah!memang hebat.teras macam aku tengah bina badan pulak masa tu,angkat berat!Sesudah tu,masa nak masuk pulak.Sah2 la aku kena duk depan sekali sebab aku bawak tepak sireh yang disusun di depan pengantin.Mallluuuunnnyaaaaaaa!macam Fashion show pulak rasanya kena catwalk tapi yang berbezanya kena bawak tepak sirehhh!baru nak control ayu tapi x boleh sebab tepak sireh tu dah buatkan aku nampak sangat miserable!Nie sume mak aku punya pasal la!Huh!Lepas je letak benda tu,aku terus duk belakang sorang2 untuk sementara waktu bagi melepaskan lelah.

Itulah pengalaman yang aku tak boleh nak lupakan sepanjang hayat aku.Malunya aku time tu hanya Allah saja yang tahu.Kena usik,kena jerit,kena control,semuanya kenalah!Lepas tu,seminggu aku demam urat n x leh nak angkat tangan aku.Kaki aku pulak kejang memanjang sebab aku pakai heels aku paling tinggi malam tu.Haduihhh..

Rabu, 17 November 2010

Kabut Yang Semakin Berkabus,Tawar Yang semakin Hambar

Mengantuknya hari nie,tapi rasa macam nak menaip kat blog ni,maka aku pun meluangkan sedikit masa untuk blog tersayang ini walaupun aku hanya tidur selama 3 jam sahaja semalam!Hari ini seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha untuk tahun 1431 Hijrah.Namun bagi aku dan keluargaku,hari ini hanyalah hari yang biasa dan disambut dengan kedukaan.

Ajal,maut,jodoh dan pertemuan semuanya terletak ditangan Tuhan.Namun apabila perkara tersebut hadir dalam hidup kita,pastinya pelbagai perasan bisa menyelubungi jiwa.Bagi aku dan seluruh keluargaku,tahun ini raya tidak membawa erti kemeriahan atau kegembiraan.Kehilangan orang2 tersayang cukup memilukan hati.Bermula dengan Hari Raya Aidilfitri yang pertama kali disambut tanpa nenda tercinta yang meninggalkan kami semua tanggal 1 hb Jun 2010.Disaat kami baru ingin menyesuaikan diri dengan kehilangan tersebut,kami dikejutkan sekali lagi dengan kehilangan pak cik yang amat kami kasihi.Pemergiannya yang kuanggap 'mengejut' pada 3 hari yang lepas sungguh mendukacitakan dan meluluhkan hati kami semua.Dia seorang pak cik yang sangat baik.Sangat prihatin dengan semua anak saudaranya.Pemurah dan murni hatinya menyebabkan aku terasa suatu kehilangan yang besar,apatah lagi ibuku dan seluruh kerabatnya yang sememangnya rapat dengannya.Pendarahan berlebihan akibat pembedahan kecil yang meragut nyawanya menyebabkan kami sukar untuk menerima kenyataan pemergiannya.

Lantas,hari ini kurasakan sangat hambar dan tidak bermakna.Hajatnya untuk menyambut hari raya haji bersama kami dirumahnya tidak kesampaian.Namun kami tetap merealisasikan impiannya dengan mengadakan perhimpunan keluarga dirumahnya untuk menziarahi dan menemani balunya dirumahnya sendiri.Sungguh,aku masih menganggap bahawa dia masih ada sehinggakan aku tidak sanggup untuk mengucup jenazahnya kerana aku merasakan bahawa dia bukan meninggal tetapi sedang tidur dengan nyenyak kerana sememangnya dia gemar untuk tidur seketika disiang hari!Tatkala aku menziarahi pusaranya yang jelas lagi nyata masih merah tanahnya,aku seakan sudah tidak berperasaan.Pandangan kosong kulemparkan ke arah pusaranya yang berdekatan dengan pusara arwah nenekku.Aku tetap yakin yang dia hanya tidur buat sementara waktu.Namun,sebaik tiba di pusara nendaku,air mataku tidak tertahan lagi.Segalanya kucurahkan disitu dan sejurus aku meninggalkan kawasan perkuburan itu,tangisan kesedihan mengalir tanpa henti.

Aku sedar,segala yang hidup pasti akan mati suatu hari nanti,cuma aku tidak bisa menerima punca kepergiannya yang kuanggap mampu dielakkan sekiranya lebih cepat dibawa ke hospital.Walau bagaimanapun,harus kuakui,segalanya telah ditentukan Allah.Setiap anak manusia yang lahir dimuka bumi ini telah berjanji semasa di dalam rahim ibunya tentang segala2nya tentang perjalanan hidupnya di muka bumi ini..Lalu kubiarkan saja kabut yang semakin berkabus untuk terus menyelubungi perjalanan hidupku yang masih panjang(insyaAllah) kerana aku yakin tawar yang kurasakan semakin hambar ini pasti akan menemui kemanisannya kembali!

Rabu, 10 November 2010

Cerita Sekeping Hati

Nampaknya agak berhabuk blog aku yang satu ini..Hahahahaha!Ok,fuh,fuh..hilang sikit habuknya..hahaha!Aku selalu tiada pencetus kata setiap kali aku mula menulis catatan yang baru untuk blog ini.Banyak kali aku berfikir sebelum aku memutuskan untuk menulis catatan ini.Akhirnya,desakan hati mendorong aku untuk duduk dan melarikan jari jemariku dia atas papan kekunci ini bagi mencoretkan rasa yang berbaur asa.Dahulu aku pernah berlipurlara tentang ketulusan hati,kini sekali lagi ketulusan hatiku teruji.Semakin aku melewati hari-hari dalam hidupku,semakin aku merasakan kerapuhan hatiku untuk menerima semua norma alam.Oh Tuhan!Mampukah aku untuk terus hidup dan menyaksikan semua kecurangan alam?

Semalam aku dikejutkan dengan keluhan seorang lagi rakanku yang kesal atas keterlanjuran perbuatannya.Aku juga terkejut kerana dia bukan sebarang orang.Dia seorang pentilawah.Seorang pengalun ayat-ayat suci Al-Quran.Perasaan pertama yang hadir dalam hatiku adalah jelik dengan apa yang telah terjadi.Disitu,Allah menguji ketulusan hatiku.Lantas,aku tersedar,aku tidak sepatutnya berasa begitu.Lalu,kata istighfar kulafaz dalam hati.Tersentuh hatiku tatkala dia menyatakan kekesalan atas perbuatannya itu dan berjanji pada dirinya sendiri untuk mengubah dirinya menjadi seperti dahulu.Seorang yang tahu menjaga batas2 agama.Seorang yang layak untuk dijadikan khalifah yang bakal memimpin keluarganya sendiri ke jalan yang lurus walaupun dia akui dia telah tersasar seketika.Betapa syaitan itu ada dalam pembuluh darah manusia dan boleh menjadi pihak ketiga tatkala lelaki dan perempuan berdua2an.Sesungguhnya Rasulullah sendiri pernah berpesan kepada kita semua bahawa terdapat seketul daging dalam diri manusia yang perlu dijaga sebaiknya kerana daging itu boleh menyebabkan pelbagai perkara berlaku.Daging itu tidak lain dan tidak bukan hati manusia itu sendiri.Aku sangat terharu dengan azam yang dibina rakanku itu dan aku doakan semoga dia berjaya mengubah dirinya semula.Amin.Namun,aku jua dilanda keresahan sendiri tatkala aku memikirkan hal itu.Aku takut dan sangat takut aku jua akan tercampak ke dalam kancah seumpama itu kerana harus kuakui,imanku ini bisa menjadi senipis kulit bawang seandainya aku dalam situasi seperti rakanku itu.Ya Allah,hindarkanlah aku daripada menghampiri semua itu,beratkanlah kakiku untuk melangkah ke arah itu dan palingkanlah pandanganku ketika aku menghampiri perkara terkutuk itu.Amin ya rabbal alamin.

Lalu kutinggalkan cerita itu daripada terus menghantui fikiranku.Namun,kenangan masa silam kembali menerpa di saat aku ingin melelapkan mata.Kenangan itu muncul bagaikan pita rakaman yang bermain tanpa diminta.Kenangan yang membuatkan aku mengakui suatu perasaan yang selama ini aku tidakkan kehadirannya.Lalu,saat itu aku ketahui bahawa hari itu sememangnya meningatkan aku tentang ketulusan hatiku sendiri.Betapa hatiku ini penuh dengan rasa yang acapkali mekar dan tumbuh subur sehingga melingkari tangkai hatiku ini lantas mencoretkan suatu ceritera yang panjang bertunjangkan kepada satu perkara iaitu ketulusan hati.

Dahulu duniaku hanya di sekolahku.Persekitaranku hanyalah mereka yang berada di sekolahku itu dan isi dalamnya.Lalu cara aku berfikir menjadi batas kepada perkembangan perasaan aku.Suatu ketika dahulu,sekolahku pernah memiliki apa yang dianggap guru-guruku sebagai 'mutiara di dasar laut dalam'.Sangat bernilai hinggakan semua guru2 membandingkan dirinya dengan kami semua.Aku jadi cemburu,aku jelak,aku menyampah dengan dia.Ditambah pula dengan perwatakannya yang tidak begitu mesra dengan pelajar yang lebih muda daripadanya.Namun sebagai atasan aku dalam badan pengawas sekolah,aku harus tunduk pada arahannya.Namun,setelah dia tamat pengajian di sekolahku,aku berasa sedikit lega.Tetapi,apabila dia datang menjenguk guru-guru di sekolahku,aku menghindarkan diri daripada bertemu dengannya kendatipun semua rakan2ku mengajak aku bertemu dengannya,tetapi aku mengasah kerikil hatiku dan mengeraskannya.
Sungguh,aku benci padanya.Hatiku tidak tulus menerima arahannya ketika masih dibangku sekolah.Pun begitu,setelah aku menjadi semakin dewasa,aku mulai berfikir dan aku sedar,semua itu hanyalah bisikan syaitan yang telah berjaya mempasak hembusan dendam dalam hatiku selama bertahun-tahun lamanya.Bila difikir-fikirkan kembali,aku rindu padanya.Aku rindu mendengar suaranya.Sebenarnya sebahagian suara hatiku yang tidak kudengari selama ini menyatakan bahawa aku kagum padanya.Kebolehannya pelbagai.Dia juga cemerlang dalam akademik.Aku harus menjadi sepertinya.Bukan memusuhi dan membencinya sedangkan dia tidak tahu sekelumit pun akan hal itu.

Kini aku menyesali semua itu,namun aku harus hindarkannya kerana Rasulullah tidak suka orang yang menyesal di kemudian hari.Lalu aku ingin menyuarakan kemaafanku ini kepadanya.Kepada kak Maisara Sofia Ismail,sekiranya akak terbaca blog ini,dayah nak mintak maaf dengan akak sebab berperasaan macam tu dengan akak.Mohon maaf dunia akhirat.

Rabu, 3 November 2010

Musim Yang Kembali

Dalam putaran alam ini sentiasa ada pasang dan surutnya,perubahan musim dan pelbagai lagi.Tidak terkecuali putaran kehidupan manusia.Sentiasa akan ada perubahan musimnya.Aku juga turut mengalami fenomena yang sama dan musim yang paling kubenci telah tiba kembali.Musim yang membuatkan aku sentiasa dilanda ribut taufan dan angin monsoon yang tidak menentu.Kadangkala aku terfikir,boleh tak kalau aku tak perlu untuk merasa begini.Haih..Keluhan demi keluhan terlepas daripada mulutku.Aku tak tahu bagaimana untuk menyingkirkan perasaan ini daripada bertamu di kalbu.

Setiap kali musim keputusan peperiksaan keluar tiba,aku akan jadi begini.Serba tak kena.Niatku sekadar untuk menjadi anak yang dapat membanggakan kedua orang tuanya.Namun selalu aku merasakan aku gagal untuk berbuat demikian.Aku tahu telah berjuta kali aku mengecewakan hati mereka.Walaupun riak wajah mereka tidak menunjukkan apa2,namun aku tahu,jauh disudut hati mereka,mereka ingin anak mereka untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.Aku jadi cemburu dengan keputusan semua rakan2ku yang jauh lebih baik daripadaku.Aku paranoid dengan diri sendiri.aku rasa sangat tercabar dan rendah diri dengan semua orang.Selalu aku bertanya pada diri sendiri,mengapa ini selalu terjadi kepadaku?kenapa aku tidak pernah dapat merasa seperti apa yang rakan2ku rasa?Sebuah kejayaan yang boleh dibanggakan !mungkin terlalu banyak yang aku harus perbaiki,namun mungkin juga aku tak akan pernah merasa erti kejayaan yang sebenar.Semua ini menjadi tanda tanya yang akan terus menghantui aku setiap kali musim ini kembali lagi.

Bukan aku tidak bersyukur dengan apa yang aku perolehi dan bukan jua aku tidak mahu mengalah,tetapi sudah puas aku lelah .Sudah puas aku merasa kekalahan.Aku cuma insan yang ingin merasa secebis kemenangan.Mampukah aku??