Isnin, 13 Oktober 2014

Susur Pemecah Infiniti

Assalammualaikum. Hello!

Hujan lebat ketika entri ini ditulis. Terdetik rasa hati nak menukilkan sedikit isi hati yang mungkin tampak biasa di pandangan orang lain. Tak mengapa, ini ruanganku sendiri, jadi walaupun isinya biasa sahaja namun ia dinukilkan dengan caraku sendiri.

Pasti kita semua pernah melalui satu saat ini --> kesukaran untuk memulakan sesuatu ayat/ucapan/karangan dalam pelbagai situasi rawak. Contohnya seperti sekarang, walaupun aku sudah punyai idea pokok untuk menukilkan entri ini namun aku masih menghadapi kesukaran untuk menyusun ayat yang menjurus ke arah idea pokok itu. Samalah juga halnya dalam mencari dan memaknakan kehidupan kita. Pada dasarnya, setiap daripada kita sudah pasti mempunyai target/matlamat/jangkaan hidup masing-masing bukan? Walaupun anda mengatakan bahawa anda tidak tahu arah tuju hidup anda, itu juga menunjukkan bahawa anda telah menetapkan hidup anda untuk tidak mempunyai hala tuju hidup yang tetap. Pening? Mungkin sepening itu jugalah intuisi hati anda dalam mencari makna hidup di atas muka bumi Allah s.w.t. Sepening menyelsaikan sesuatu perkiraan yang berjawapan infiniti!

Bagiku, seorang muslim, aku dilahirkan dengan perkataan pertama yang kudengari adalah kalimah 'Allah Maha Besar'. Secara asasnya, aku tidak perlu lagi mengharungi perjalanan mencari agama dan jalan hidup yang benar kerana aku terlahir sebagai umat Islam, yakni agama yang memberikan jalan hidup menuju Allah Yang Esa. Aku dibesarkan dengan didikan agama yang sempurna, aku diajar tentang yang wajib mahupun yang sunat, pendek kata, serba serbi lengkap. 


Namun, semakin aku membesar, kematangan akalku menguji diriku dengan kemusykilan tentang perkara paling asas dalam hidupku. Aku mulai tersedar bahawa selama ini aku tak ubah seperti burung kakak tua yang mengikut dan mengajuk sahaja setiap perkara yang diajarkan kepadaku. Aku sering dibentak dengan persoalan: Siapa sebenarnya Allah? Apa sebenar-benarnya bukti yang paling sahih bahawa al-Quran itu kalam Allah? Soalan-soalan sebegitu seakan aku langsung tiada iman di dada. Astaghfirullahalazim. Namun, makin dibiarkan makin hatiku memberontak. Aku pesismis dengan bicara agama kerana aku membutuhkan jawapan asas kepada kepercayaan terhadap apa yang aku anuti, yakni: apa bukti kebenaran Islam? Bukan mudah mendapatkan jawapan yang sempurna dan meyakinkan untuk itu. Aku bukan mencari agama yang lain untuk melunasi jawapan itu, tidak juga aku terfikir untuk menidakkan kewujudan Tuhan, namun aku perlu mencari Tuhanku iaitu Allah s.w.t!


Aku mula temui sedikit demi sedikit petunjuk tentang Tuhanku. Allah mengajarkannya kepadaku melalui takdir hidupku sendiri. Aku ditemukan dengan pelbagai orang yang membawa pelbagai watak realiti kehidupan manusia dan kejadianNya di atas muka bumi. Pertama, melalui diriku sendiri. Aku akui, pernah satu ketika, lama sungguh aku meninggalkan al-Quran. Saat aku kembali menyentuhnya dan dalam kelunya lidahku menuturkan kembali firman-firman Allah itu, saat itu aku dapat rasakan bahawa sesungguhnya aku sedang diajar oleh Allah dan Allah sedang menjawab salah satu pertanyaanku iaitu: Sejauh mana sahihnya al-Quran?. Jawapan yang menyentap lubuk sanubariku tentang persoalan tersebut kutemukan dalam surah Al-Baqarah ayat 23. Allah berfirman yang bermaskud: 

"Dan jika kamu tetap dalam keraguan tentang al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surah sahaja yang seumpama dengan al-Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang yang benar." 

 Lantas, aku mengaitkan ayat ini dengan satu kuliah agama di televisyen yang kudengari. Kata panelis tersebut: al-Quran ini bukan buku sejarah yang terperinci, namun ia sebuah kalam dan bahasa kesusateraan yang paling indah, dikarang Allah s.w.t sebagai panduan kita mencari kewujudan dan keesaanNya. Jika al-Quran dikarang manusia, sudah pasti laras bahasanya tidak setinggi larasa bahasa al-Quran yang perlu dikaji untuk difahami. Subhanallah! Cabaran Allah dalam surah al-Baqarah ayat 23 untuk manusia menwujudkan satu sahaja surah seperti dalam al-Quran itu sendiri menunjukkan bahawa manusia bukanlah pengarang al-Quran kerana tidak akan sama perkataan yang dikarang manusia dengan susunan firman Allah s.w.t sendiri. Perlahan-lahan, hati mulai tunduk pada kebenaran al-Quran sebagai kitab yang sahih daripada Allah s.w.t.. Lalu, aku mula mencari Allah melalui bukti sains. Semakin aku telusurinya, semakin aku temukan jawapannya sama seperti yang disebut dalam al-Quran. Sains tentang tubuh manusia itu sendiri bukti sebenar-benar esanya Allah s.w.t. Hebat sungguh ciptaanNya!


Cara kedua Allah mengajarku adalah melalui orang-orang yang hadir dalam hidupku setiap hari. Setiap daripada mereka menukilkan satu makna realiti kehidupan manusia di atas muka bumi ini, Juga sama seperti yang disebut dalam al-Quran. Aku bertemu dengan mereka yang bermegah dengan kemewahan, mementingkan diri sendiri, tersasar dari jalan yang lurus dan juga mereka yang tidak pernah putus harapan dengan Allah s.w.t walau seringkali ditimpa musibah yang maha dahsyat! Namun aku mulai menyedari seperkara, Allah mengajarku untuk mendekatinya dengan mengurniakan perasaan sayang terhadap manusia. Aku mula mengadu padaNya setiap kali aku rasa dikhianati orang-orang yang kusayang, aku menangis padaNya setiap kali aku rasa bahagia, aku merintih padaNya setiap kali aku kecewa dengan orang-orang yang kusayang. Lalu, akalku menemui sebuah kesimpulan, ya, aku sedang diajar Tuahnku tentang erti kasih sayangNya. Setiap kali dia mengujiku dengan orang-orang yang kusayangi, setiap kali itu jugalah aku mencari kasih sayngNya dalam setiap sujudku. Tanpa sedar, aku sedang rapat dengan Tuhanku sehingga aku merasa seperti dipujuk hatiku setiap kali ditampar rasa pilu dan merasa lapang dadaku berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan walau sebentar cuma. Pada tahap ini, aku tersedar, aku telah peroleh keyakinan yang kucari terhadap Allah s.w.t.


Akal yang membentak mulai berfikir, apa kata jika aku mencuba lakukan sedikit perubahan? Alhamdulillah, berkat persekitaran yang mendorong ke arah itu, aku mulai temui sedikit demi sedikit ketenangan dalam perubahan itu. Ditambah dengan keyakinan yang mulai kubina, aku bertatih sedikit demi sedikit ke arah jalan menuju Allah s.w.t. Tak mudah, memang tak mudah, tapi aku pasti, ini jalan yang terbaik. Mendekati Allah telah membuatkanku ditunjukkan pelbagai realiti yang membuatku terfikir untuk mencari sedalam-dalam dan sebanyak-banyak ilmu tentang agama yang benar dan murni ini dan langkahku sebenarnya baru sahaja bermula!



p/s: Lahir sebagai seorang Muslim bagiku sebenarnya memberikan cabaran yang lebih besar untuk mencari siapa sebenarnya dirimu. Kenapa? Kerana kita terlalu leka akan nikmat lahir sebagai seorang Muslim. Leka dengan status Islam di atas kad pengenalan kerana kita mendapat segala manfaat dan nikmat yang dinikmati Muslim lain di muka bumi seperti nikmat  menyambut lebaran, berpoligami, menerima zakat dan sebagainya. Lupa sebenarnya tanggungjawab kita lebih besar di atas muka bumi. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan petunjukNya. Ameen.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Paris Dari Jawa

Assalammualaikum. Hello!

Cuti semester merupakan perkara yang amat membahagiakan bagi setiap manusia yang masih bergelar pelajar. Pelbagai rencana disusun untuk memenuhi setiap slot cuti tersebut. pendek kata, sebelum cuti lagi macam-macam ko dah berangan nak buat masa cuti sem, padahal depan mata ko masa tu assignment baru satu patah perkataan ko taip. Hahaha! Untuk aku, aku juga tidak terlepas daripada merencanakan pelbagai pengisian untuk kulakukan sepanjang cuti semester kali ini. Namun, apakan daya, manusia hanya merancang, tetapi Allah s.w.t yang menentukan pelaksanaannya. Cuti semester kali ini aku diuji dengan sedikit kedukaan tentang kesihatan ibuku. Tak mengapalah, dugaaan dan ujian itu tanda Allah masih sayang pada hambaNya.

Kalau dah tengok semua kawan-kawan melancong sana-sini, terusik jugaklah di hati ini tentang keinginan yang sama juga. Maka, kutitipkan sedikit kenangan cuti semester lepas tentang percutian saat akhirku ke kota Paris dari Jawa atau lebih dikenali sebagai Bandung buat pengubat keinginan untuk menjengkit~! Oh, kenapa Paris dari Jawa? Kalau yang pernah berkunjung ke sana mesti tau sebab apa kan? Paris dari Jawa adalah terjemahan daripada frasa Parijs van Java yang merupakan jolokan diberi oleh Belanda kepada Kota Bandung. Hal ini disebabkan oleh lokasi Bandung yang terletak di kawasan dataran tanah tinggi yang berhawa dingin. Benar, daerah Bandung ini sememangnya sangat sejuk dan nyaman udaranya. Kalau di Malaysia, ala-ala Cameron Highlands gitu tapi Bandung ni Cameron Highlands yang sebesar negeri Selangor (approximately)! Memang kena dengan jiwa aku.

My First International Boarding Pass. *jakun*

Perjalanan kali ini juga amat bermakna bagiku kerana ini kali pertama aku melancong ke luar negara (jadilah kann walaupun dekat!). Allah makbulkan doaku untuk keluar dari Malaysia buat pertama kali dan diletakkan takdir itu untuk bersama-sama keluarga pertamaku di UiTM, keluarga SCLC! Semuanya memang tak dirancang. Keputusan membeli tiket penerbangan aku lakukan tanpa diduga dan dalam sekelip mata setelah Chot pelawa aku untuk mengikuti mereka ke Bandung. Semuanya disebabkan tweet aku yang menyatakan hasrat untuk ke sana jika berpeluang dalam masa terdekat! Menaiki penerbangan Air Asia QZ8598 dari LCCT ke Bandara Hussien Sastranegara yang mengambil masa 2 jam, ini juga merupakan pengalaman pertama menaiki pesawat di malam hari. Mendarat sahaja di Bandara, udara sejuk menampar pipiku (acah-acah ayat novel sikit. Hahahaha!). Pemandangan pertama yang dapat kulihat sejak dari atas pesawat lagi adalah keunikan lapangan terbangnya yang dikelilingi rumah-rumah penduduk kota Bandung yang dibina rapat-rapat antara satu sama lain. Rasanya kalau terlajak sikit kapal terbang tu, memang habis dilanggornya ghumoh orang.

Sepanjang berada di kota Bandung, kami menginap di Mine Home Hotel yang terletak di Cihampelas. Hotel yang dikendalikan oleh Pak Dwi dan isterinya yang peramah ini bagiku menyediakan kemudahan yang sangat memuaskan untuk pengembara bajet seperti kami. Pakej yang beserta  dengan kemudahan pengangkutan ke mana-mana destinasi pilihan kami di sekitar Kota Bandung ditawarkan dalam harga yang berpatutan iaitu sekitar RM325/pax termasuk sarapan pagi dan makan malam untuk 4 hari 3 malam.

Tepi hotel, bergambor kenangan dengan Bang Irwan (3 dari kiri), pemandu ramah yang membawa kami berjalan-jalan dan mengaku dirinya Irwan Shah. Hahaha!


Keesokan harinya, kami mulai pengembaraan di Kota Bandung dengan mengunjungi Pasar Baru. Sebenarnya aku rasa silap jugak pergi tempat shopping on the first day sebab duit habis awal T____T. Tapi memandangkan cuaca tidak begitu baik untuk kami ke Tangkuban Parahu pada hari pertama, maka kami ubah jadual untuk berkunjung ke Pasar Baru dan berjalan-jalan sekitar tempat membeli-belah yang popular di kota Bandung. Maklumlah, Kota Bandung juga dikunjungi kerana syurga membeli-belahnya! I must admit, perempuan memang kena pakai penapis kat mata tu untuk mengelakkan habis duit macam tu je kat Bandung ni sebab semua barang-barangnya buatkan kita jadi rambang mata nak memilih! Kain sulam yang pelbagai warna, corak dan jenis fabrik dijual pada harga yang amat berpatutan yakni serendah RM45 sepasang untuk jenis kain kapas atau satin. harga yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Kalau pandai tawar, boleh dapat lagi rendah daripada tu sebenarnya~


Tapi, perlu diingat, kebanyakan daripada peniaga di Pasar Baru penah bekerja di Malaysia dan kebanyakan pengunjung di pasar tersebut juga merupakan warga Malaysia. Jadi, kebanyakan peniaga di sana amat arif dengan harga barangan yang dijual mereka apabila dijual di Malaysia. Maka, kebanyakan daripada mereka enggan menurunkan harga terlalu banyak kerana sudah arif dengan harga di Malaysia. Kebanyakan daripada mereka juga meminta 'kenang-kenangan' daripada pelancong Malaysia seperti duit not Malaysia sebagai tukaran kepada harga yang ditawar. Well, it's a total new experience for me in bargaining for items. Jadi, sediakanlah duit RM1 tu banyak-banyak bila berkunjung ke Pasar Baru. Anggaplah sebagai sedekah. Tapi, tawarlah harga banyak-banyak sikit!

Selfie di tengah-tengah Kota Bandung. Tergamam orang jual magnet depan kitorang tengok orang Malaysia gini. Hahaha!
Kunjungan kami ke Pasar Baru tidak berakhir pada hari pertama sahaja. Kami kerap kembali ke Pasar Baru pada hari kedua dan ketiga untuk mencari pelbagai kiriman dan fabrik yang diingini oleh saudara dan hadai di Malaysia. Kunjungan yang kerap kali itu juga memerlukan kami menunaikan solat waktu di Masjid yang terletak di aras rooftop Pasar baru. Apa yang ingin aku tekankan adalah sistem pengurusan Masjid tersebut. Masjid tersebut menyediakan urusetia untuk menyimpan kasut, telekung, sejadah dan kain pelikat untuk digunakan para jemaah yang ingin bersolat di Masjid tersebut. Yang membuatkan kau kagum, walaupun jemaah yang hadir setiap hari jumlahnya amat ramai, namun kain telekung yang digunakan sentiasa berbau wangi dan bersih! Ya, untuk tiga kali kunjunganku ke Masjid tersebut, telekung yang kupinjam amat bersih dan berbau wangi sedangkan aku juga pernah meminjam telekung yang sama pada hari sebelumnya. Ternyata, mereka sangat menitikberatkan soal kebersihan ketika bertemu Allah. Hal ini sewajarnya menjadi contoh dan ikutan masyarakat di Malaysia terutamanya urusetia-urusetia masjid.

Makanan di Bandung, masya-Allah, pedas yang amat! Lawannya pulak dengan teh panas. Meletup mulut rasanya! Tapi hilang pedas tu cepat. Paling menarik bila dapat makan di satu restoran dalam perjalanan pulang dari Tangkuban Parahu. Kami makan ala-ala di dalam pondok atas pohon di atas bukit. Memang superb view dia! Kalau berkunjung ke Bandung, jangan lupa juga dapatkan kerepek pisang sale (salai). Kalau di Putra, Cihampelas, ada juga kerepek pisang sale pelbagai perisa. Paling best: Perisa Oreo Karamel! Brownies juga antara specialities di Bandung. Paling popular, brownies di Kartika Sari. Eh, pendek kata memang meletops lah makanan kat Bandung ni!

Muka kekenyangan lepas makan kat tempat superb tu! This was taken at floating market. Bandung pun ada tau!

Antara tempat yang WAJIB menjadi kunjungan apabila berkunjung ke Kota Bandung sudah tentulah Tangkuban Parahu. Tangkuban Parahu merupakan antara gunung berapi yang masih lagi aktif di Kota Bandung dan Indonesia secara amnya. Ketika aku berkunjung ke sana, masih jelas dapat dilihat keaktifan aktiviti pengeluaran gas beracun di bahagian bawah kawahnya yang dikatakan kembali aktif sejak Oktober tahun 2013. Namun, pemandangan di Tangkuban Parahu ni memang spectacular! Subhanallah! Sangat Menakjubkan! Kehadiran kami disambut dengan hujan yang agak lebat serta udara yang amat dingin dan kata orang sejuk sampai ke tulang. Terdapat juga perkhidmatan pemandu pelancong di kawasan Tangkuban Parahu ini yang membolehkan anda dibawa ke kawasan Kawah Domas yang mana anda boleh merendam kaki atau mengambil sedikit lumpur larva daripada kawasan kawah tersebut yang terbukti baik untuk kesihatan.

Inilah Kawah Ratu, Tangkuban Parahu. Nampak tempat yang asap tebal tu? itulah tempat yang keluarkan gas beracun tu. Dulu boleh turun sampai situ, tapi sejak ia aktif kembali, pihak berkuasa tak benarkan dah.

Leka punya duk tengok celah mana yang bentuk perahu terbalik sampai diberi nama tempat tersebut Tangkuban Parahu, aku tak sedar masa bila aku kena tinggal dengan group aku. Yang tinggal dengan aku, 'pemandu pelancong' tak berbayar yang juga merupakan peniaga disekitar kawasan tersebut yang bernama Hermawan. Dialah yang cerita kat aku sejarah disebalik nama Tangkuban Parahu ni (mungkin dia nampak muka curious aku kot?). Menurut Hermawan, pada suatu masa dahulu, ada seorang pemuda bernama Sangkuriang yang mempunyai kuasa sakti  jatuh cinta pada ibunya sendiri dek kerana ibunya yang berwajah awet muda. Bila ibunya mengatakan bahawa wanita yang dicintainya itu merupakan ibu kandungnya sendiri, dia tetap tidak percaya. Dia tetap dengan pendiriannya untuk menikahi ibunya sendiri. Maka, ibunya yang berwajah awet muda lagi bijak itu menetapkan satu syarat kepada pemuda tersebut. Syaratnya, dia hendaklah membina sebuah bendungan yang mampu menutupi seluruh bukit di situ dan menyediakan sebuah perahu besar untuk menyusuri bendungan tersebut. Semua itu perlu diselesaikan sebelum ayam jantan berkokok tanda terbitnya fajar. Dengan kuasa sakti yang dimiliki, Sangkuriang berjaya menebang sebuah pohon yang dimiliki dan hampor menyiapkan perahu besar untuk menyusuri bendungan yang telah siap. Lantas, ibunya berdoa kepada dewa dewi untuk mempercepatkan waktu siang dan doanya diperkenan kerana ayam jantan berkokok lebih awal dari waktu sepatutnya. Demi mendengarkan ayam jantan yang berkokok itu, kecewalah hati Sangkuriang dan kekecewaannya itu dizahirkan juga dengan menterbalikkan perahu besar yang dibinanya itu lalu terbentuklah Tangkuban Parahu. 

(Kata Hermawan, cerita ni ada banyak versi. Untuk versi yang lebih lengkap, boleh rujuk link ini--> http://legendakita.wordpress.com/2007/10/08/asal-usul-gunung-tangkuban-perahu/)
Nampak tak benda yang terlangkup kat belakang tu, itulah gunung yang digelar Tangkuban Parahu. Gambar ni Hermawan yang ambilkan. Hehehe

Gambar ni pun Hermawan yang ambil kan ;)

Kalau ikut storyline tadi, macam lama jugaklah aku lepak dengan Hermawan ni. Memang lama pun. Sampai sempatlah dia bukak cerita lagi pasal 'Pohon Siti Nurhaliza' kat situ. Katanya, pokok tu Siti Nurhaliza tanam masa datang dengan Kris Dayanti kat situ. Naik tandu katanya Cik Siti kita masa tu. Hehehe. Selain kisah Tangkuban Parahu dan Pohon Siti Nurhaliza, Hermawan juga membuatkan aku kagum dengan semangat peniaga-peniaga barangan daripada hasil gunung berapi di situ. Mereka tidak berputus asa dengan barangan dagangan mereka walaupun hasil sehari-hari kadangkala lumayan kadangkala tiada langsung. 

Pohon kat belakang tulah Pohon Siti Nurhaliza. Eh, kenapa pose aku sepesen je ni? Nabil nampak mesti marah. Hehehe

Selain Hermawan, sementara menunggu rakan-rakan lain membeli cenderamata, aku ditemani pula oleh seorang lagi peniaga lain selepas Hermawan beredar. Tapi aku lupa apa namanya. Cuma yang pasti, bapak ini penuh dengan semangat patriotisme dia terhadap Indonesia. Bayangkan, gigihnya mereka berulang-alik ke kawasan pergunungan bersebelahan Tangkuban Parahu untuk mendapatkan batu andhesit (sejenis batu gunung berapi) bagi menghasilkan barangan seperti tasbih, gelang tangan dan sebagainya untuk dijual kepada pelancong yang datang. Yang membuatkan aku kagum dengan pandangan beliau tentang hidup adalah katanya "Biar hidup aku tampak kayak gangster, bertindik di telinga, rambut panjang mengurai satu masa dahulu, namun pelikat (kain pelikat) tetap ada dalam tas ku. Pabila aku mendengar ajan dilaungin, pantas aja aku ke musholla, sarungin pelikat dan sholat". Kata dia lagi, hidup kalau nak fikir susah sahaja, sampai bila pun tetap susah. Jadi, bersangka baiklah selalu dengan Allah, pesan dia. 

Dalam lebatnya hujan di Tangkuban Parahu tu dan sejuknya air bukit yang mengalir bawah kaki kami, aku tak berkutik sedikit pun dengar luahan isi hati bapak itu. Banyak betul pesanan dia buatku walaupun aku tidak membeli satu pun barangan jualan dia. Aku tanya pada dia, "Kenapa bapak tidak ke negara lain mencari rezeki?" Kata dia, "Biar apapun yang terjadi, takkan luntur cintaku terhadap Indonesia." Tabik! Sungguh, aku terharu kerana bapak tersebut menghantar aku sampai ke kenderaan untuk pulang dan beliau sempat berpesan agar aku hargai kesempatan yang aku dapat untuk belajar di universiti kerana dia disisihkan daripada layak untuk ke universiti hanya kerana kekurangan wang dan masalah pendengarannya. Sedih, sebak dan dalam kesejukan dek kekuyupan, tertitis air mataku. 

Sesungguhnya aku mengerti bahawa kunjungan aku ke Kota Bandung diizin Allah dengan penuh hikmah disebaliknya. Allah ingin berbicara denganku tentang kehidupan melalui hamba-hambaNya di tempat selain tanah kelahiranku. Di bumi Wali Songo. Harus aku akui, selepas kunjungan ke Tangkuban Parahu, terdetik pelbagai rasa di hati untuk lebih menikmati kurniaan Tuhan. Kunjungan aku pada waktu itu mungkin lebih banyak kepada aktiviti membeli belah. Namun, aku berjanji, jika ada kesempatan wang dan waktu, aku akan kembali lagi ke kota Bandung untuk ke Kawah Putih pula. Another magnificient place to visit!

Kawah Putih. Ohhhhh MAGNIFICIENT!


p/s: Benar kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan. Aku mungkin masih belum mengembara ke banyak tempat-tempat menarik di dunia, namun ketenangan yang kurasa ketika berada di Kota Bandung mungkin takkan sama di tempat lain. Azan dari segenap penjuru yang kudengari dari kamar hotel tempat kumenginap setiap pagi sepanjang di Bandung memberiku suatu ketenengan yang infiniti untuk diungkap. Bandung, aku pasti kembali!


Isnin, 24 Mac 2014

Kit Sang Setia Berusaha (Bahagian 1)

Assalammualaikum, Olla, Annyong, Hello, Bonjour and Guten Tag!

Untuk entry kali ini, den nak guno bahaso santai. Sonang sikit nak sampaikan maklumat. Hehehe.

Bila sebut pasal setiausaha, apa agaknya perkara pertama yang terlintas difikiran korang? For me, menjadi seorang setiausaha hanya akan menyusahkan dan menyerabutkan hidup. Prinsip 'I wanna live my life happily' yang aku tanam dalam diri sejak dari sekolah lagi menjauhkan aku dari perkara-perkara teknikal seperti menjadi seorang setiausaha untuk apa-apa persatuan atau program. [Kato nak guno bahaso santai tadi, tapi dah macam novel dah hah prolog nyo!] 

Tapi tu lah kan, langit tak selalunya cerah (eh? hahaha), takdir Tuhan tak siapa yang tahu. Aku ingat lagi, untuk program pertama aku dengan SCLC [Namely: Ceramah Secret Success of The Golden Region], terus kena jadi setiausaha. HAH! DANGGG! Nga ngo den dibueknyo. Maso kek sekolah dulu, memang tak ponah dapek bau-bau bacang pun untuk jadi setiousaho. Maklumlah, dulu-dulu kan kalau kat sekolah selalunya orang lantik S/U berdasarkan siapa yang empunya tulisan menawan qolbu [Den kek sekolah dulu memang kerawit je tulisannyo]. Tapi bilo dah kek universiti, mano ado main tulis-tulis dah. Semuo pakai komputo. Sah-sah lah tak payah ambil kira soal cantik ke tak tulisan kau. Yang penting, kau boleh buat surat dengan baik,uruskan sistem fail keluar masuk dengan cekap dan boleh marathon menulis (terutamanya kalau kau dapat pengarah/presiden/pengerusi/YDP yang cakap laju mengalahkan bullet train!).


Maka bermulalah episod menjadi seorang setiausaha sehinggalah selesai menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha 2 Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013. Bak kata orang, benda yang kita tak suka tu lah yang kita akan dapat selalunya. Hahaha! Tanpa sedar, aku membesar di UiTM dengan menjadi seorang setiausaha persatuan/program sepanjang 3 tahun tempoh pengajianku. To be frank, I've learned A LOT on this administration thingy especially on salutations, how to make a short and compact letters, the structure for various types of letter and most importantly aku belajar banyak prosedur penting dalam menganjurkan sesebuah program.


Oh! That's me and Pen. Setiausaha 3 MPP UiTM Sesi 2012/2013, Cik Syuhada Tarmizi!
Oh kenangan lama menggamit kalbu =')
Big Family of Mine Consists of Many Diferent Portfolios!


Jadi, dalam entry kali ini, aku sebenarnya nak berkongsi dengan sesiapa yang sudi nak baca entry ni tentang perkara-perkara dasar yang WAJIB  korang tahu untuk menjadi seorang setiausaha persatuan/organisasi/program.

1. BUAT KERTAS KERJA

Secara dasarnya, kertas kerja selalunya pengarah program yang buat. Kertas kerja adalah satu usul yang dibuat untuk menyatakan matlamat/objektif serta perbelanjaan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu program/penambahbaikan. Untuk organisasi yang lebih besar (contohnya: MPP/JPK,etc.) dan juga program-program yang besar, khidmat setiausaha untuk membuat atau mengedit kertas kerja adalah amat diperlukan. Format kertas kerja bergantung kepada sistem yang dipraktikkan di fakulti/universiti anda. TOLONG, TOLONG DAN TOLONG rujuk kepada Presiden/Pengarah/YDP /Ketua anda untuk format terbaru kertas kerja yang diterima di fakulti/universiti anda kerana ini akan memudahkan dan melancarkan urusan kelulusan program/usul anda! Kertas kerja juga ada pelbagai jenis. Paling kerap diperlukan adalah kertas kerja untuk program dan kertas kerja Jawatankuasa Eksekutif (untuk sebarang usul berbangkit di fakulti/universiti anda). Oh satu lagi! Jangan main kopi pasta sahaja kertas kerja program-program terdahulu terutamanya pada ayat-ayat pendahuluan kertas kerja. Nampak sangat korang maleh. So, orang yang nak luluskan program korang tu pun maleh nak menengok kertas kerja korang.

2. BUAT SURAT LE!


Surat yang perlu anda hasilkan juga bergantung kepada pelbagai keperluan. Bila keperluan dah berbeza, susunan ayat dan juga salutasinya pasti berbeza. Kebanyakan persatuan/organisasi pasti mempunya kepala suratnya sendiri (the letterhead). Nak guno kopalo sughek pun ado caghonyo. Bila dah ada kepala surat, korang tak perlu tulis nama dan alamat penghantar surat (macam dalam format karangan surat rasmi yang korang belajar kat sekolah dulu!). Mulakan dengan no.rujukan surat anda dan tarikh surat yang ditulis begini (contoh):

Rujukan kami    : SCLCUiTM-SSE/01/01 
Tarikh               : 24 Mac 2010

Cara menulis rujukan juga bergantung kepada sistem yang dipraktikkan organisasi anda. Sila rujuk ketua anda untuk maklumat lanjut atau lihat contoh-contoh surat terdahulu. Selepas menulis dua benda kat atas tu, terus tulis nama dan alamat penerima surat tersebut. Pastikan salutasi yang digunakan adalah tepat! Selepas tu takyah nak garis-garis kat bawah tu, terus sahaja kepada salutasi surat seperti YBhg Tan Sri/Dr.,/Prof./Tuan/Puan (pilih yang bersesuaian je tau).

Seperkara yang aku paling belajar ketika menjadi seorang setiausaha dalam organisasi adalah cara untuk menulis surat dengan pendek dan padat (short,sweet, &amp gittew). Cuba tengok contoh surat yang fakulti bagi kat korang atau sebarang surat rasmi daripada syarikat/pejabat kerajaan, ayat semua pendek-pendek je. Jadi, cuba kurangkan ayat sebanyak mungkin dengan cakap straight to the point terus. Toksah pusing sampai London dulu baru nak cakap naa~

Antara contoh surat yang crucial untuk buat satu-satu program:

1. Surat Jemputan
2. Surat Mohon Kebenaran Penajaan (in UiTM, we must have this before proceed with sponsorship. Surat ni hantor kat TNC HEP thru TD HEP korang, kalau selain kelab dalaman fakulti, hantar terus melalui penasihat kelab korang)
3. Surat Mohon Makluman Pertukaran Tarikh (kalau ada)
4. Surat Mohon Peruntukan Kewangan Tambahan (kalau ada)
5. Surat Mohon Penajaan (to be distributed together with an edited version of your paperwork + sponsorship appreciation)
6. Pelbagai Surat Permohonan Lain Yang Diperlukan (Fasiliti, Kenderaan, Pengecualian Kuliah, Kebenaran Ke Luar Negara, etc.)

Oh, lagi satu! Jika surat ada lebih dari satu muka surat, hanya muka surat pertama sahaja kepala surat digunakan. Untuk muka surat seterusnya, gunakan kertas kosong sahaja.

3. MINIT MESYUARAT


Contoh tulis minit mesyuarat. Abaikan isi dalam gambar tu. Hahaha~!
Ramai sebenarnya pandang enteng dengan kepentingan adanya minit mesyuarat untuk apa sahaja program atau perbincangan dalam organisasi yang korang buat. Minit mesyuarat sebenarnya merupakan catatan agenda-agenda penting termasuk keputusan dan cadangan yang dilontarkan ahli mesyuarat ketika mesyuarat diadakan. Minit mesyuarat akan digunakan sebagai bahan bukti kesahihan perkara yang diputuskan dan dibincangkan dalam mesyuarat untuk rujukan masa depan dalam menentukan sesuatu perkara yang berkaitan. Cara menulis minit mesyuarat juga berbeza-beza mengikut organisasi. Yang penting perlu ada tarikh dan tempat mesyuarat, masa mesyuarat bermula dan ditangguhkan, kehadiran ahli mesyuarat dan agenda yang dibincangkan (meliputi sebarang cadangan dan keputusan) serta tindakan siapa. Buatlah sesingkat dan sekemas yang mungkin untuk memudahkan pemahaman orang yang merujuk minit mesyuarat itu kelak.

Minit mesyuarat akan disahkan oleh pengerusi mesyuarat/pengarah program/presiden. Pastikan dihujung minit mesyuarat anda, disediakan ruangan untuk validasi minit mesyuarat tersebut dan ruangan untuk validasi daripada anda sendiri sebagai setiausaha!


BERSAMBUNG......Dalam entry seterusnya!

Isnin, 17 Februari 2014

Titik Bersambung

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Nasib baik ingat lagi password blog ni. Hahaha! Sudah hampir lupa rasanya bagaimana untuk menulis di laman ini (padahal baru berapa bulan je tak tulis, ceh! Hahaha lagi). Untuk orang yang hidup dengan kenangan macam aku ni, pelbagai memori sentiasa di ingatan tapi jarang sekali dapat dinukilkan dalam perkataan. Maka, jika ada kesempatan, tercoretlah apa yang terlintas difikiran itupun perlu disertai dengan mood untuk menukilkannya. 

Macam yang aku pernah sebutkan dalam post yang lama, hidup aku mengalami transformasi yang agak besar dari tahun ke tahun. So, this year,  the same range of transformation is going to happen in my life. InshaaAllah, bakal bergraduasi pada bulan November sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian) dan bakal melangkah ke alam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (ameen ya rabb!). Tahun ini juga bakal menyaksikan salah satu impian hidupku dicapai lagi iaitu melangkah keluar dari Malaysia! Yes, finally I am going to somewhere out of Malaysia! Walaupun cuma ke Bandung, Indonesia, tetapi ini akan menjadi pengalaman pertama dan antara yang berharga dalam hidup aku sepanjang 22 tahun ni. Mungkin perkara ini biasa-biasa sahaja pada hemat orang lain, tetapi bagi aku, it is precious. Alhamdulillah, doa selama ini Allah makbulkan. Semoga Allah permudahkan urusan ini dan izinkannya berlaku, ameen!

Cakap pasal travelling, it makes me ponder what is actually my wishlist for this year? Here are some of it:

1. Bergraduasi untuk BLS tepat pada masanya- Haruslah kaann! Semoga Allah mudahkan segala urusan.


2. Masuk LLB tepat pada masanya- Semoga Allah beri aku kesempatan itu


3. Spare some money for my parents' holiday


4. Boost up my pointer every semester- Target: 3.5 above 


5. Spare some money for myself and travel to Mabul!



Again, cakap pasal Mabul, teringat pengalaman selam skuba di Pulau Perhentian. Ya, antara pengalaman paling berharga semasa menuntut di UiTM sudah tentu pengalaman mendapatkan lesen selam skuba. Jika diajak aku menyelam skuba lagi, mungkin aku akan teragak-agak untuk mengatakan, ya. Bukan apa, aku ni jenis senang sangat trauma. Bayangkan, anda dah sebulan mengalami selsema yang berterusan, perlu menyelam skuba dan melakukan rutin wajib untuk mendapatkan lesen skuba bersama-sama hingus yang meleleh BUKAN KERJA YANG MUDAH! The pain is like sedut air masin dalam hidung sambil bernafas. Mau tak cuak?? Panik tu sentiasa ada. Ditambah pulak dengan kesukaran bernafas yang anda alami dan perlu mengangkut kelengkapan menyelam dibahu serta dalam keadaan tercungap-cungap selepas melengkapkan semua peralatan dibadan, anda harus terjun backwards dengan pantas. I tell you, rasa nak habis nyawo tak benapeh! 




Sepanjang 3 hari melakukan rutin wajib untuk mendapatkan lesen skuba tu, aku rasa akulah trainee paling susah nak diajar. HAHAHA! Sampaikan instructor aku putus asa tau. Aku lagi lah bertambah-tambah rasa menyesal nya. Hehehe. Tetapi (ahah, here comes the most memorable part) semangat dan sokongan daripada semua teammates yang berada di bawah seliaan instructor yang mengajarku membuatkan aku terus tabah dan gigih untuk menghabiskan semua rutin wajib. Paling banyak memberikan sokongan, sudah tentu 'buddy' selam skubaku, Fatihah! Walaupun dia dua kali ganda kecil dariku, tetapi semangatnya besar dan aku turut menerima tempias semangatnya itu. Tak lupa juga kepada Habib dan Akmal a.k.a Buu yang selalu bertanyakan keadaan aku semasa dalam tempoh melakukan rutin wajib dan Bos Azraful Azman serta Firdaus yang tak putus-putus berikan aku semangat untuk menghabiskan semua rutin tatkala aku ingin menyerah kalah. Kami semua datang dari kelab dan persatuan yang berbeza, namun kami tetap dalam semangat berpasukan yang sama ketika beraktiviti. Melalui program ini jugalah aku membina ukhuwah bersama mereka. That's the best part of the program for me!

Me and my buddy, Teha!

Rutin atas darat- Buddy check

Some of the routines underwater- Out of breath situation, sharing oxygen using Octupus

Walau apa pun yang terjadi, trauma yang kualami itu tidaklah setakut mana. In fact, ada yang hampir habis nyawanya kerana kehabisan oksigen (Nebby, we still love you tau, don't do that again!). Terpulang kepada penerimaan masing-masing. Aku tak nafikan suatu hari nanti aku pasti kembali menyelam. Cuma masa dan ketikanya bukanlah dalam waktu terdekat ini. Sukar kerana aku sering dihinggapi selsema and my advice, do not ever dive when you're having flu! Suffocating! Pengalaman berada di dunia dasar laut sememangnya menakjubkan. Indahnya ciptaan Allah dan bagaimana Allah memberikan nikmat kesempurnaan akal kepada manusia sehingga bisa menjengah alam di dasar laut benar-benar menginsafkan aku. Perbuatan manusia yang sering menjahanamkan fungsi otak dengan perbuatan seperti menyalahgunakan dadah dan enggan menggunakan nikmat berfikir dengan baik sememangnya perbuatan yang memalukan! Banyak yang boleh dikembangkan dengan kesempurnaan akal yang Allah beri. 

Some of the beauty of Perhentian Island underwater lives

My teammates! Untung jadi group paling awal lengkapkan semua rutin akhir, dapat bergambor sakan! From left, Habib, Me, Cikgu, Teha, Mas, Abang Shah, Teha, Ultraman(tak ingat nama, ingat gelaran masa tu je hahaha!) and depan sekali Buu

Akhir kalam, hargailah nikmat hidup yang Allah berikan. Rancanglah hidupmu sebaik-baiknya dan walaupun hidupmu tidak menjadi seperti yang dirancangkan, anggaplah ia sebagai ubahsuai daripada Allah untuk impak yang lebih baik buatmu.

p/s: Kita sering melihat kedukaan orang lain tanpa benar-benar dapat merasakannya. Apabila tiba giliran kita merasakannya, barulah tergambar keperitan sebenar. Keinsafan dan kesungguhan yang mutlak itu tidak dapat dirasai dengan hanya menyatakannya dalam hati. Ia akan datang secara semulajadi apabila dugaan tiba kepada diri. Oleh itu, berlapang dadalah apabila dirimu diuji kerana waktu itulah tahap keimanan akan diketahui.Feeling it right now via exam result. Trying my best to accept it.