Rabu, 3 November 2010

Musim Yang Kembali

Dalam putaran alam ini sentiasa ada pasang dan surutnya,perubahan musim dan pelbagai lagi.Tidak terkecuali putaran kehidupan manusia.Sentiasa akan ada perubahan musimnya.Aku juga turut mengalami fenomena yang sama dan musim yang paling kubenci telah tiba kembali.Musim yang membuatkan aku sentiasa dilanda ribut taufan dan angin monsoon yang tidak menentu.Kadangkala aku terfikir,boleh tak kalau aku tak perlu untuk merasa begini.Haih..Keluhan demi keluhan terlepas daripada mulutku.Aku tak tahu bagaimana untuk menyingkirkan perasaan ini daripada bertamu di kalbu.

Setiap kali musim keputusan peperiksaan keluar tiba,aku akan jadi begini.Serba tak kena.Niatku sekadar untuk menjadi anak yang dapat membanggakan kedua orang tuanya.Namun selalu aku merasakan aku gagal untuk berbuat demikian.Aku tahu telah berjuta kali aku mengecewakan hati mereka.Walaupun riak wajah mereka tidak menunjukkan apa2,namun aku tahu,jauh disudut hati mereka,mereka ingin anak mereka untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.Aku jadi cemburu dengan keputusan semua rakan2ku yang jauh lebih baik daripadaku.Aku paranoid dengan diri sendiri.aku rasa sangat tercabar dan rendah diri dengan semua orang.Selalu aku bertanya pada diri sendiri,mengapa ini selalu terjadi kepadaku?kenapa aku tidak pernah dapat merasa seperti apa yang rakan2ku rasa?Sebuah kejayaan yang boleh dibanggakan !mungkin terlalu banyak yang aku harus perbaiki,namun mungkin juga aku tak akan pernah merasa erti kejayaan yang sebenar.Semua ini menjadi tanda tanya yang akan terus menghantui aku setiap kali musim ini kembali lagi.

Bukan aku tidak bersyukur dengan apa yang aku perolehi dan bukan jua aku tidak mahu mengalah,tetapi sudah puas aku lelah .Sudah puas aku merasa kekalahan.Aku cuma insan yang ingin merasa secebis kemenangan.Mampukah aku??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan