Isnin, 26 September 2011

Tatih Anak Kecil

Mesti semua orang pernah tengok macam mana anak kecil atau bayi bertatih kan? Selangkah demi selangkah dan mereka akan terjatuh seketika sebelum bangkit semula untuk melakar langkah yang baru dan maju ke hadapan. perkara yang sama juga berlaku kepada diri kita yang sudah cekap berlari ini. Setiap hari adalah satu langkah yang baru untuk kita pelajari dan semalam adalah satu kejatuhan sekiranya kita terkhilaf. Kita akan bangun semula dengan langkah yang baru dan maju ke hadapan pada keesokan harinya!


Seperti itu juga, kehidupan baruku bermula di sini. Setiap hari, akan ada perkara yang berubah dan semakin maju ke hadapan. Paling jelas, dari aspek minda dan cara berfikir. Peda hemat aku, setiap hari-hari yang aku lalui di dunia baruku ini akan ada perubahannya dari segi cara aku menilai seseorang dan cara aku mentafsirkan sesuatu perkara. Seperti tajuk baharu dalam buku, pelajaran tersebut berterusan dan pelbagai maklumat tambahan dijana otakku. Segalanya tampak menarik dan keterujaan untuk mencuba adalah sangat tinggi! Kalau boleh semua aku nak masuk! Siap berangan nak jadi MPP *ok yang tu over*! Tapi the worst part is, kemahuan untuk balik ke rumah setiap minggu masih menebal dalam qalbu.. Macam mana nak aktif kalau asyik nak balik. Well, I do love my home as much as I love myself!



Pun begitu, setiap hari aku akan bangun dengan satu azam untuk cabar diri aku sendiri dengan tidak pulang ke rumah sekurang-kurangnya 2 minggu. Walaupun sering kali dihalangi oleh pelbagai alasan yang menerjah benakku dengan tombak dan spears, tapi aku tetap menyalakan sumbu azamku setiap kali aku bangkit dari tidur untuk hari yang baru! Mampukah aku lakukannya?? Aku akan cuba lakukannya seperti tatih si anak kecil *_^~!

p/s: Rasa macam dah kering idea nak tulis kat blog ni. Atau lebih tepat lagi MALAS NAK MENAIP. Sekian, terima kasih.

Jumaat, 16 September 2011

Dunia Baru Di Bumi Yang Sama

Kalau tuhan tidak menjadikan perhambaan dan perbudakan,tentu tidak akan timbul keinginan hendak mengejar kemerdekaan.Memang kalau tiada kesakitan,orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan.Oleh itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan. (Hamka)

Ya. Sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan. Mungkin inilah yang harus kupegang selama aku ingin terus mencari dan menimba ilmu pengetahuan. Walau ke mana pun aku berlari atau melarikan diri, namun sakit dan pedih itu tetap akan mengekori ibarat bayang-bayang disiang hari. Kendatipun, aku tetap memanjatkan kesuyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah memberikanku peluang untuk sampai ke satu lagi alam baru di dunia ini sebelum ke persinggahan terakhir yakni hari akhirat.

Buat diriku sendiri, alam ini ibarat dunia baru di bumi yang sama. Jika dahulu aku menjejakkan kaki di sini dengan impian untuk meletakkan namaku dalam senarai pelajar sarjana muda, hari ini aku menjejakkan kaki di sana sebagai mahasiswi sarjana muda untuk universiti itu, Universiti Teknologi MARA. Serasa bagai melangkah ke suatu tempat dan persekitaran yang asing ketika aku dan rakan-rakanku disambut dan diraikan sebagai mahasiswa baru yang akan bersama mendaki puncak menara gading demi segulung ijazah! Berbeza ketika asasi dahulu, semuanya tampak biasa sahaja dan perasaan anak-anak sekolah itu masih menebal di jiwa masing- masing. Kini, segalanya lain daripada waktu itu. Semuanya nampak begitu menyeronokkan dan pada masa yang sama beban telah mula dirasai terpikul di atas jemala masing-masing.

Pada suatu sudut yang lain pula, duniaku yang dahulu berubah 360 darjah kerana banyak benda yang tidak kusangka berlaku dan banyak anggapanku meleset. Jika dahulu aku mempunyai tanggapan yang kurang baik terhadap seseorang, kini aku mampu merubah tanggapan tersebut sepenuhnya~! Namun, tak kurang juga yang selama ini tidak menjadi kudis bagiku, kini menjadi nanah terbesar untukku. Namun, Allah sudah pun membuat ketetapan seumpama ini untukku. Maka akan kuterima dengan sedaya-upayaku dan akan kuikhlaskan takdir ini untukku. Semoga takdir ini akan menjadi kenangan yang boleh membuatkan aku tertawa suatu hari nanti. InsyaAllah..

p/s: Hopefully aku boleh get along dengan my new classmates macam my previous classmates and may this G preserve the excitement and joy brought by the previous G! It's crucial because for me, classmates are the key to a good assignment, a good study environment and a good reason to come to class! hahaha!