Jumaat, 15 Jun 2012

Zaman Kegemilangan

Masing-masing pasti mempunyai suatu ketika di mana di saat itu kita menikmati kehidupan sepenuhnya kan? for me, I called it as Zaman Kegemilangan! sebabnya, zaman kegemilangan adalah waktu kita merasakan keseronokan melakukan semua perkara dan yang paling penting pengalaman berharga yang tidak dapat kita lupakan sepanjang hayat. Sehinga satu tahap, kita akan mengenang kembali detik-detik tersebut dan rindu untuk kembali semula ke waktu tersebut. Basically, I missed my Zaman Kegemilangan soooooooo much! Zaman di mana the world seems to be with me all the time. Zaman kenakalan yang tidak bersempadan.

Zaman Kegemilangan 1


Bermula sekitar tahun 1997-2004. Alam pra-sekolah dan sekolah rendah yang terlalu hebat pengalaman dan kenakalan yang melanda diri. Siapa sangka kanak-kanak yang suci murni dari pandangan luar (kononnya) telah melakukan tamparan sebanyak dua kali. Hah amek kaw! Yup, dua kali pernah merasai pengalaman menampar orang disebabkan keceluparan mulut mereka yang tidak habis-habis ingin memprovok aku yang lone ranger sentiasa ni. Paling best masa kat tadika tu, semuanya bermula bila si A (bukan nama sebenar) yang terkenal dengan kedivaannya di tadika tersebut mula memprovok aku yang selalu tiada teman bersamaku kerana perwatakanku yang berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mempunyai geng sendiri. Sampailah satu hari yang menyakitkan bagiku( sebab malam semalamnya baru lepas tindik telinga), saat kata-kata provokannya menampar telingaku, tanpa berlengah tamparanku pula menjawab semua provokasinya! HAHAHA! Walau apa pun, sekiranya anda yang berkenaan terbaca post ini, saya mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki atas perbuatan melampau saya itu.

Semasa sekolah rendah pula, cuba tanya cikgu siapa pengawas perempuan yang serupa dengan pengganas militan? Mesti cikgu sebut nama den punyo! Bergayut atas daun pokok kelapa depan pintu pagar sekolah sambil mengahyun ke udara dan melepaskan daun tersebut untuk mendarat dengan posisi kaki  terbuka 180 darjah. Ala-ala senaman stamina taekwondo gitu.

Zaman Kegemilangan 2


Basically masa sekolah menengah I turned out to be ala-ala pelajar cemerlang gitu( kononnnnnn sangat padahal SPM tak straight A pun). Tiada kekejaman mahupun penindasan yang berlaku. Yang ada hanya pengalaman berharga menikmati hidup sebagai pelajar sekolah dengan menyertai pelbagai pertandingan. Jadi zaman kegemilangan kembali pada waktu Asasi! Tell me, semua benda yang student universiti buat masa degree aku dah buat masa Asasi. Panjat pagar kolej, karok setiap minggu kat Bintang Gemilang belakang Giant Seksyen 7 tu, stay up kat KL sampai pagi, sampailah ke misi melarikan diri daripada pak guard Mawar sebab balik lambat ramai-ramai pergi karok hilangkan tension habis assignment. Phew, kalau nak senarai semua memang boleh buat senarai tatatertib UiTM. Hahaha!

Tapi sekarang sejak dah masuk degree, langsung tak ada masa pun nak betul-betul rehat. Semester ni sampaikan wayang pun tak sempat tengok walaupun satu movie. Karok memang dah lama tinggal sejak Asasi habis. Mungkin itu juga perlindungan Allah kepada diriku daripada terus melakukan perkara-perkara yang melalaikan, namun aku menikmati hidupku kini dengan cara yang tersendiri. Nikmatnya ketika aku berpersatuan dan melakukan aktiviti bersama semua ahli keluarga di Shah Alam. Itulah zaman kegemilangan yang tiada berperi keindahannya dan akan menjadi satu lagi lipatan memori yang ada pahit dan ada manisnya namun yang paling penting, lebih bermakna di sisi Allah s.w.t daripada melakukan perkara yang sia-sia.

p/s: Kepada semua adik-adik Asasi, nikmati hidup anda sebagai pelajar Asasi dengan cari yang betul. Pelajaran diutamakan, namun carilah kebahagiaan menjadi sebahagian pelajar universiti dengan belajar meneroka benda-benda baru (ingat! yang baik je ok ). Good Luck!

Sabtu, 2 Jun 2012

Segaris Pelangi Dikelilingi Awan Mendung

Kesian diari buruk saya nih. Terbiar memburuk dimamah hari. Eh? Hahaha. Mungkin begitu jugalah nasib diri ini bila sudah tidak diperlukan lagi. Terbiar sehinggalah ada yang masih sudi memandang kembali. Eh???? Apa-apa pun, hanya Allah yang tahu betapa hebat dugaan yang menimpa diri ini di samping pelbagai nikmat yang dikurniakanNya. Semester lepas hanyalah penghangat suasana setelah enam bulan otak membeku dalam kedinginan dan keasyikan cuti setelah tamatnya tempoh pengajian peringkat asasi. Satu demi satu dugaan datang macam orang yang datang beli tiket wayang box office. Cuma bezanya ini adalah wayang realiti hidup dan penonton yang datang bersilih ganti itu adalah dugaan dan kegembiraan yang akan datang setiap kali ada wayang baru dalam kehidupan.

Begitu  juga dengan hidupku. Bermula dengan cabaran dan dugaan yang menimpa ibuku yang harus akur dengan ketentuan Allah bahawa kelancaran pembedahan matanya tidak berjalan lancar seperti yang dijangkakan. 3 hari terlantar di hospital bermula dengan Hospital Putrajaya kemudian disusuli Hospital Selayang. Entah berapa banyak air matanya dan air mataku sendiri yang tumpah ketika mengenangkan nasib ibuku itu. Maafkan Dayah mama kalau sepanjang mama sakit, Dayah tak mampu jadi anak solehah dan terbaik buat mama. Alhamdulillah, cuti sebulan untuk semester 1 itu dapat kuhabiskan menjaga ibuku yang tersayang memandangkan dirinya tidak berupaya untuk membuat semua kerja rumah, kesan daripada pembedahan yang berlanjutan sebanyak dua kali itu.

Naik semester 2, macam-macam perkara yang tidak diduga hadir. Bermula dengan pengalaman duduk luar kampus selama seminggu diikuti dengan konflik rayuan kolej dan deposit sewa rumah (hahahaha yang ni sangat lawak bila difikir balik) sehingga kepada pengalaman berharga menjadi sebahagian daripada warga Sekretariat Mahasiswa Fakulti Undang-Undang dan juga Institut Pemimpin Muda UiTM. Paling tidak dapat dilupakan pengalaman hilang sesuatu yang berharga dalam hidup. Ya, aku diduga dengan kehilangan telefon bimbitku yang merupakan impian aku selama ini. Kehadirannya selama 3 bulan sahaja dalam hidupku masih belum cukup untuk aku menikmati kehadirannya. Namun, Allah lebih mngetahui apa yang terbaik untukku. Kecuaian diri ini sendiri yang menyebabkan kehilangan itu berlaku. Namun, trauma yang tinggal padaku kekal buat selamanya. Betapa aku menggunakan simpanan hasil titik peluhku bekerja selama 4 bulan semasa cuti panjang tempoh hari untuk membeli barang idamanku itu tersia begitu sahaja. Sedih, perit namun dengan kehadiran keluarga dan rakan-rakan sejati (ayu, shira, shasha,izzah, aliff and all of myclassmates) yang tidak henti-henti memberikan sokongan moral memberi ketabahn dalam hati ini. Thousands of thanks to all of you! Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan budi baik kalian semua.

Kalau nak cerita pasal pengalaman duduk luar yang teramatlah singkat tapi rasa macam bertahun itu memang boleh jadi lawak super spontan! Bayangkan bila 4 anak dara kena mulakan hidup baru dekat luar tanpa sebarang pengalaman beraksi seperti suri rumah sejati ke sana sini menguruskan barang keperluan rumah tangga? Tak kecoh dibuatnya? Gaya Selangor + gaya Melaka + gaya Negeri Sembilan + gaya Perak. Hah amek kau! Nasib baik tak masuk Sabah Sarawak, kalau tak dah boleh buat drama 1 Malaysia! HAHAHA! Perang emosi dengan geng lelaki kat supermarket Giant bila nak pilih senduk dengan periuk, lari lintang pukang bila hujan masa pergi pasar malam (konon-konon nak carik lauk ayam nak masak, tapi hehh x de ayam pun kat pasar malam tuh), berlawan dengan kuali dan sudip sambil masing-masing menunjukkan skil dan gaya memasak masing-masing, semua tu kitorang sempat buat dalam masa seminggu duduk luar! Paling aku rasa super spontan sangat bila semua gadis ayu 4 orang ni dengan berbaju kurungnya, di pagi hari yang mendung diiringi hujan rintik-rintik berlari tak menyempat lintas jalan bergadai nyawa semua sebab nampak bas Rengit datang. Hahahaha! Terus lupa time tu pakai kain sebenarnya (hilang control ayu!).

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman dan pengajaran yang dapat aku kongsikan untuk kali ini. kalau nak cerita dengan detail memang boleh buat novel Tsunami Rindu bagai. Ketentuan Allah untuk hidup kita sememangnya rahsia yang hanya dibongkar apabila tiba waktunya. Redha dan syukur dengan apa sahaja ketentuan yang diberikanNya adalah jalan terbaik untuk setiap muslim.

p/s: Ketika hadir rasa sayang dalam hati, itu jua diuji Tuhan dengan rasa perit sekali lagi. ketentuan yang lebih baik itu pasti, namun luka dalam hati hanya Allah sahaja yang mengerti apabila rasa yang sekian lama sepi muncul kembali, terpaksa kuhalau pergi atas rasa sedar akan diri..