Rabu, 10 November 2010

Cerita Sekeping Hati

Nampaknya agak berhabuk blog aku yang satu ini..Hahahahaha!Ok,fuh,fuh..hilang sikit habuknya..hahaha!Aku selalu tiada pencetus kata setiap kali aku mula menulis catatan yang baru untuk blog ini.Banyak kali aku berfikir sebelum aku memutuskan untuk menulis catatan ini.Akhirnya,desakan hati mendorong aku untuk duduk dan melarikan jari jemariku dia atas papan kekunci ini bagi mencoretkan rasa yang berbaur asa.Dahulu aku pernah berlipurlara tentang ketulusan hati,kini sekali lagi ketulusan hatiku teruji.Semakin aku melewati hari-hari dalam hidupku,semakin aku merasakan kerapuhan hatiku untuk menerima semua norma alam.Oh Tuhan!Mampukah aku untuk terus hidup dan menyaksikan semua kecurangan alam?

Semalam aku dikejutkan dengan keluhan seorang lagi rakanku yang kesal atas keterlanjuran perbuatannya.Aku juga terkejut kerana dia bukan sebarang orang.Dia seorang pentilawah.Seorang pengalun ayat-ayat suci Al-Quran.Perasaan pertama yang hadir dalam hatiku adalah jelik dengan apa yang telah terjadi.Disitu,Allah menguji ketulusan hatiku.Lantas,aku tersedar,aku tidak sepatutnya berasa begitu.Lalu,kata istighfar kulafaz dalam hati.Tersentuh hatiku tatkala dia menyatakan kekesalan atas perbuatannya itu dan berjanji pada dirinya sendiri untuk mengubah dirinya menjadi seperti dahulu.Seorang yang tahu menjaga batas2 agama.Seorang yang layak untuk dijadikan khalifah yang bakal memimpin keluarganya sendiri ke jalan yang lurus walaupun dia akui dia telah tersasar seketika.Betapa syaitan itu ada dalam pembuluh darah manusia dan boleh menjadi pihak ketiga tatkala lelaki dan perempuan berdua2an.Sesungguhnya Rasulullah sendiri pernah berpesan kepada kita semua bahawa terdapat seketul daging dalam diri manusia yang perlu dijaga sebaiknya kerana daging itu boleh menyebabkan pelbagai perkara berlaku.Daging itu tidak lain dan tidak bukan hati manusia itu sendiri.Aku sangat terharu dengan azam yang dibina rakanku itu dan aku doakan semoga dia berjaya mengubah dirinya semula.Amin.Namun,aku jua dilanda keresahan sendiri tatkala aku memikirkan hal itu.Aku takut dan sangat takut aku jua akan tercampak ke dalam kancah seumpama itu kerana harus kuakui,imanku ini bisa menjadi senipis kulit bawang seandainya aku dalam situasi seperti rakanku itu.Ya Allah,hindarkanlah aku daripada menghampiri semua itu,beratkanlah kakiku untuk melangkah ke arah itu dan palingkanlah pandanganku ketika aku menghampiri perkara terkutuk itu.Amin ya rabbal alamin.

Lalu kutinggalkan cerita itu daripada terus menghantui fikiranku.Namun,kenangan masa silam kembali menerpa di saat aku ingin melelapkan mata.Kenangan itu muncul bagaikan pita rakaman yang bermain tanpa diminta.Kenangan yang membuatkan aku mengakui suatu perasaan yang selama ini aku tidakkan kehadirannya.Lalu,saat itu aku ketahui bahawa hari itu sememangnya meningatkan aku tentang ketulusan hatiku sendiri.Betapa hatiku ini penuh dengan rasa yang acapkali mekar dan tumbuh subur sehingga melingkari tangkai hatiku ini lantas mencoretkan suatu ceritera yang panjang bertunjangkan kepada satu perkara iaitu ketulusan hati.

Dahulu duniaku hanya di sekolahku.Persekitaranku hanyalah mereka yang berada di sekolahku itu dan isi dalamnya.Lalu cara aku berfikir menjadi batas kepada perkembangan perasaan aku.Suatu ketika dahulu,sekolahku pernah memiliki apa yang dianggap guru-guruku sebagai 'mutiara di dasar laut dalam'.Sangat bernilai hinggakan semua guru2 membandingkan dirinya dengan kami semua.Aku jadi cemburu,aku jelak,aku menyampah dengan dia.Ditambah pula dengan perwatakannya yang tidak begitu mesra dengan pelajar yang lebih muda daripadanya.Namun sebagai atasan aku dalam badan pengawas sekolah,aku harus tunduk pada arahannya.Namun,setelah dia tamat pengajian di sekolahku,aku berasa sedikit lega.Tetapi,apabila dia datang menjenguk guru-guru di sekolahku,aku menghindarkan diri daripada bertemu dengannya kendatipun semua rakan2ku mengajak aku bertemu dengannya,tetapi aku mengasah kerikil hatiku dan mengeraskannya.
Sungguh,aku benci padanya.Hatiku tidak tulus menerima arahannya ketika masih dibangku sekolah.Pun begitu,setelah aku menjadi semakin dewasa,aku mulai berfikir dan aku sedar,semua itu hanyalah bisikan syaitan yang telah berjaya mempasak hembusan dendam dalam hatiku selama bertahun-tahun lamanya.Bila difikir-fikirkan kembali,aku rindu padanya.Aku rindu mendengar suaranya.Sebenarnya sebahagian suara hatiku yang tidak kudengari selama ini menyatakan bahawa aku kagum padanya.Kebolehannya pelbagai.Dia juga cemerlang dalam akademik.Aku harus menjadi sepertinya.Bukan memusuhi dan membencinya sedangkan dia tidak tahu sekelumit pun akan hal itu.

Kini aku menyesali semua itu,namun aku harus hindarkannya kerana Rasulullah tidak suka orang yang menyesal di kemudian hari.Lalu aku ingin menyuarakan kemaafanku ini kepadanya.Kepada kak Maisara Sofia Ismail,sekiranya akak terbaca blog ini,dayah nak mintak maaf dengan akak sebab berperasaan macam tu dengan akak.Mohon maaf dunia akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan