Selasa, 26 April 2011

Diri Yang Dirasakan Rendah

Bila dah besar panjang macam nie barulah aku mula rasakan macam-macam yang tak kena dengan aku. Biasalah, bila kita dah besar baru kita reti nak fikir pasal apa yang ada dan tak ada pada diri kita. kadang-kadang aku rasa lebih baik kalau semua orang tak ada dalam dunia ini dan hanya aku seorang je yang ada atas muka bumi ini supaya aku tak akan rasa rendah diri dengan sesiapa dan aku juga tak akan rasa bongkak dengan sesiapa pun.

Aku tahu manusia memang serba kekurangan dan kita perlu sentiasa belajar untuk mengurangkan kekurangan itu dan berubah ke arah yang lebih baik. Tetapi mengapa amat sukar kurasakan untuk mengelak daripada menjelmakan kekurangan diriku daripada menjadi sindiran tajam orang lain dan kutukan hati sendiri?? Mungkin juga kerana aku ini fkirannya pendek. Selalu beremosi dalam membuat sesuatu keputusan dan kenyataan. Tapi bagaimana pula dengan persoalan yang lain?? Satu yang selalu aku rasa, aku ini tidak layak untuk mempunyai sahabat sejati dan tidak layak pun untuk menyukai dan disukai!

Pertama, sebab aku selalu rasa aku bukanlah tergolong dalam kalangan orang yang akan dipandang orang. Kalau ada pun yang suka padaku, itupun setelah sekian waktu kenal dengan aku. Tapi selalunya perempuan saja yang boleh terima aku seadanya (tak ada maksud lain tau!). Aku tahu suatu hari nanti akan kutemu jua yang serasi denganku tapi aku takut dia yang suka padaku itu tak betah untuk bertahan sebab aku bukanlah jenis yang diimpikan oleh setiap lelaki!

Kedua, tolak tepi soal pilihan hati, sekarang pasal diri sendiri. Aku selalu rasa aku tak mungkin boleh jadi pandai macam orang lain walau macam mana aku belajar sekali pun. Aku tak akan nampak pandai dan akan sentiasa nampak bodoh walau macam mana aku cuba sekalipun! Sampai satu tahap aku rasa mungkin aku tak akan boleh hidup senang seperti yang aku impikan sebab hati yang tak pernah bersyukur ini selalu merasakan yang nasib tak pernah menyebelahiku padahal Allah dah kurniakan macam-macam untukku. Cuma ada sesetengah perkara yang betul-betul aku idamkan, tak berkesempatan untuk kumiliki.

Ketiga, sahabat sejati yang seakan jauh nyata dari mimpi. Apa maksudnya?? Maksudnya aku selalu rasa aku tak layak pun nak mimpi ada kawan sejati ataupun kawan rapat sebab aku ni tamak! Aku mahu dia kongsi semuanya dengan aku! Aku tak suka kalau dia rapat dengan orang lain! Aku tak nak dia buat benda yang aku tak suka. Maka dengan itu, aku lebih suka untuk menjarakkan diri agar aku tak ada kawan yang rapat supaya aku tak berperasaan seperti itu.

Oleh yang demikian, terserlahlah segala perkara yang membuatkan aku rasa rendah diri dan setakat ini aku masih dalam proses untuk menyingkirkan semua itu.

p/s: Susah rupanya jadi manusia atas muka bumi ini!

Ahad, 17 April 2011

Tolooooooooooooooonnnggglaaaah!

Setelah sekian laam aku tak menulis di blog tersayang ini, hari ini aku dah dapat petunjuk nak tulis apa untuk entry terbaru aku. Bukan apa, selama nie aku dah kekeringan idea setelah marathon tulis blog oleh aku yang berlangsung selama aku selesai pengajian Asasi Undang-Undang ini. Tapi hari ini post aku lebih kepada nak menegur sikitlah.

Bukan apa, aku sekadar nak menasihati diri aku dan juga yang lain (insyaAllah) untuk lebih bersikap seperti junjungan kita Rasulullah S.A.W yang selalu berfikir dan menyiasat sesuatu perkara secara menyeluruh sebelum  menyimpulkan sesuatu keadaan. Apa yang aku dapat lihat sekarang ramai muda-mudi zaman sekarang sangat mudah buat kesimpulan sedangkan dia bukannya tahu semua benda. Memang betul kita kena dengar kedua-dua pihak dalam apa keadaa sekali pun, tapi biarlah apa yang kita dengari itu diperhalusi sehalus-halusnya. Bagi aku biarlah kita cuba untuk lakukan terlebih dahulu apa yang kita fikir orang lain patut buat tapi diorang tak buat. Ini lebih baik daripada kita cakap je orang ini tak adil, sucks dan sebagainya tapi apa yang kita buat hanyalah menyatakannya di facebook, twitter dan blog tanpa ada sebarang perlakuan fizikal yang kita lakukan untuk mengubah perkara tersebut. Bercakap memang mudah, mendengar dakyah memang mudah, meyebarkan dakyah juga memang mudah pada zaman sekarang, TETAPI melaksanakan yang payah!

Perasan tak apa yang aku cakap nie ada kena dengan dengan politik?? Inilah isunya, menggunakan laman sosial khasnya dan teknologi amnya sebagai tempat melemparkan pandangan politik dengan mengutuk sistem politik itu dan sistem politik ini. Kadang-kadang aku rasa memang betul apa yang British buat dulu dengan menyekat hak untuk rakyat bersuara, Sebabnya bila dah dapat kebebasan untuk bersuara, sesuka hati sahaja mereka melemparkan pandangan yang sinis tanpa ada bukti menyeluruh. Hanya bersandarkan kepada bukti buruk yang mereka nampak. Benar kata orang, sejuta kebaikan sekalipun orang tak akan nampak tapi sebesar zarah kesilapan orang akan ungkit sampai mati. 

Sudahlah gunakan laman sosial untuk berekspresi tentang ketidakpuasan hati terhadap sistem kerajaan negara, bila orang memberikan pendapat sendiri, dikatakannya tidak menggunakan otak dalam memberikan pendapat dan senang-senang nak label orang dengan persepsi mereka sendiri. APA NIE??? Toloooooooooooooooooooonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnngggggggggggggglaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhh..
Macam mana nak ubah negara kalau diri sendiri pun tak boleh terima pendapat orang lain?? Inikah bakal pemimpin masa depan?? Pemimpin ikut kepala sendiri?? Andalah yang tentukannya!

Satu lagi, sekarang ni baru sahaja dikeluarkan statistik terbaru bahawa 1.9 juta Melayu layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pengundi dan daripada hasil tinjauan yang dilakukan, ramai muda-mudi sekarang yang kurang kesedaran tentang pentingnya mendaftar sebagai pengundi dan mengundi terutamanya dalam kalangan bangsa Melayu! Ini bukan aku yang cakap tapi statistik itu sendiri yang menujukkan hasil yang sebegini. Kalau tak percaya silakanlah tengok semula siaran berita dan akhbar-akhbar yang lepas ataupun korang boleh tengok link ini :




See??aku bukan bercakap atau omong kosong tapi berdasarkan bukti sahih yang tak payah susah-susah perah otak untuk berfikir! Kalau macam ini, layakkah korang nak cakap pasal ketidakadilan dalam kepimpinan sekarang kalau diri sendiri pun masih lagi terawang-awang! Aku tak nak dikatakan sebagai memalukan diri sendiri dengan mengeluarkan kenyataan seperti ini sebab aku masih belum layak mengundi.. hahahahaha! Tapi pokok pangkalnya aku merasakan diusia seperti kita ini, kita masih mentah untuk menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah. Apa yang kita boleh lakukan adalah dengan belajar bersungguh-sungguh dan bila tiba masa dan ketikanya gunakanlah pengalaman hidup yang telah kita dapati sepanjang kita melalui fasa hidup ini untuk mengubah mana yang perlu. itu pun tidak perlulah secara radikal, cukuplah sekadar melakukan mana yang termampu! Sekiranya semua orang melakukan dan melaksanakan apa yang dirasakan mampu membawa negara ke arah yang lebih baik sebelum berkata itu dan ini, aku pasti kita mampu membawa perubahan baik kepada negara! Lagi satu, biarlah perubahan yang ingin kita lakukan dan laksanakan itu tidak menyalahi norma dan undang-undang sedia ada!

p/s: Kalau nak cakap negara ini tidak ikut pentadbiran Islam yang sebenarnya, better watchout your statement sebab kalau negara ini ikut hukum hudud dah lama awok tu kena hukum tau sebab terang-terangan buat maksiat tayang diri dengan boyfriend!Jadi gunakan OTAK dulu sebelum berkonklusi ye!

Sabtu, 9 April 2011

Ketenangan Abadi

Aaarrrrghhh....Penatnya minggu ni. aku pun tak taulah apa yang penat sangat tapi yang penting aku memang penat! Untuk aku, macam-macam jadi dalam minggu ini sampai menitik air mata aku dibuatnya setiap kali aku sujud pada Yang Esa. Tekanan, gembira dan duka semuanya ada dalam minggu ini dan serasa macam jadi serentak pulak. Baiklah, untuk memotong hikayat saya yang selalunya panjang berjela mengalahkan hikayat 1001 malam ini, aku nak tanya kepada sesiapa yang terbaca @ memang nak baca @ buat-buat baca post ni, apa yang korang akan buat kalau korang rasa stres sangat?? Bila korang rasa macam berat sangat beban yang korang ada macam bawak batu besar kat atas bahu??

Aku selalunya memang akan menangis jela sebab itu memang hobi aku. Hahahahahahaha! Tapi satu lagi yang aku suka buat bila tengah tension sangat yakni baca Al- Quran. Walaupun taklah sedap mana suara aku baca dan taklah sehandal mana pun aku baca, but still aku rasa tenang sangat bila baca kalimah Allah tu. Walaupun tak faham apa yang dibaca (sebab tak bukak tafsir), tapi ketenangan yang diperoleh memang luar biasa! Itulah keajaiban ayat Al-Quran yang datangnya daripada Allah S.W.T.. Lagi satu, kalau aku tension aku suka gelak kuat-kuat! Lepas semua beban atas kepala dan bahu. Aku akan gelak sampai rasa puas padahal benda tu tak lah lawak mana pun. Sebabnya, kalau aku tak gelak nanti nampak sangat kat muka aku ketegangan yang melanda dan aku tak nak mak bapak aku tahu kalau aku tengah tension sebab nanti diornag pun tension.

Apa pulak cerita korang?? Share with me okay, so that I can learn from you!


p/s: Patutlah A'an cakap kat ziehan hari tu, 'kalau bosan Dayah akan suruh kau update blog'. Memang betul rupanya, kalau aku bosan aku akan update blog. Baru perasan..hahahahahaa!

Rabu, 6 April 2011

Target 25

Setiap hari ada sahaja benda yang aku rancang nak buat dalam hidup aku. Bak kata Ziehan, aku kalau berangan memang no. 1! Tapi kali ini, memang aku haraaaaaaaaaaaaap sangat dapat lakukannya sebelum umur aku cecah 25 tahun. Ada beberapa target untuk dicapai dalam tempoh waktu 6 tahun ini selain daripada menghabiskan degree dan master.


Melawat ke Pusat Dunia Pandu Puteri!


Sejak aku balik dari Girls' Summit hari tu, aku memang pasang impian untuk pergi melwat dan berjumpa dengan pandu puteri-pandu puteri yang lain di dunia di Pusat Dunia Pandu Puteri. Ada 4 Pusat Dunia yang boleh dikunjungi yakni di Mexico (Our Cabana), India (Sangam), London (Pax Lodge) dan di New Zealand (Our Chalet). Yang bestnya, kalau kita aktif dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan banyak hadiri kursus-kursus yang dianjurkan Pandu Puteri Malaysia, kita berpeluang besar untuk ditaja sepenuhnya ke Pusat Dunia tersebut untuk menghadiri conference atau forum. For me, memang best sangat especially bila dah tengok pemimpin-pemimpin muda yang dah pergi sana baru-baru ni.


Building
Sangam, India
Pax Lodge
Pax Lodge, London
Our CabaƱa, Mexico
Our Cabana, Mexico




Our Chalet, New Zealand



Jadi Kurus dan Ramping~~

Oh, yang ini memang selalu ada dalam list tapi susah sangat nak capai sebab selalunya tak serius. Tapi entah kenapa aku teringin nak cabar diri sendiri and torture myself untuk kurus dan ramping sebelum umur 25 tahun. Misi utama aku, kalau aku dah kerja after 23 years old, aku nak kumpul duit and use my wages for slimming package at slimming centre sekiranya aku masih lagi seperti sekarang atau lagi besar dari sekarang! Tak kisahlah, Keep Slim ke Slim World ke London Weight Management ke, janji aku kurus!

Pakai Baju Rekaan Hatta Dolmat!


Bila dah kurus, mestilah boleh bergaya dengan pelbagai gaya! Memandangkan dah kerja dan kalau diizinkan Allah ada poket yang penuh, aku memang nak pakai baju rekaan Hatta Dolmat untuk setiap event yang aku pergi. Aku suka sangat rekaan baju dia selain rekaan Jovian!


Jejak kaki di Terengganu


Gelaklah kalau korang nak gelak tapi memang aku dari kecik tak pernah sampai Terengganu dan aku memang sangat teringin nak sampai ke Terengganu dan jelajah semua pantai yang cantik kat sana. Susah sangat aku nak sampai ke sana atas pelbagai halangan dan rintangan yang sentiasa menghantui hidup aku sebagai manusia di atas muka bumi ini. Hahahaha! But i believe i will visit and have a holiday at Terengganu before 25!


Banyak lagi benda nak aku nak buat dalam tempoh 6 tahun ini, tapi ini antara yang utama yang aku nak buat dalam tempoh waktu tersebut. Semoga Allah memakbulkan impianku ini. Amin~

p/s: Harap-harapnya aku beroleh kerja yang lumayan sikit gajinya untuk aku tunaikan semua impianku ini.

Selasa, 5 April 2011

Pheww! What the????

Penat giler hari ini (ayat lame giler~).. Bukan penat apa, tapi penat bercakap! Lebih tepat lagi penat lawan cakap. Ok, lets go straight to the point.  Now, I'm wondering why people keep saying that a lawyer should marry an engineer??Based on my real experience today, taklah seindah dan seromantis mana pun orang-orang yang terlibat dalam dunia kejuruteraan ni. Instead, aku rasa sepatutnya diorang yang jadi lawyer. Maybe aku yang tak reti nak jawab or memang diorang yang kaki menjawab? Hahahahahaha!

Alkisahnya begini, untuk memendekkan cerita yang tak berapa nak panjang, aku nak bagitau sebenarnya tadi aku pergilah berjumpa dengan seniorku yang akan berangkat ke Perancis 18 hb nie which is on my birthday (nak cakap jugak!) demi mencapai cecita dia untuk bergelar jurutera elektrik yakni Encik Ihsan Fahmi. Aku juga turut mengundang bersama rakannya yang turut menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan elektrik yakni Encik Raja Asyaari. Nak dijadikan cerita, aku bukak je topik semua aku kena bantai balik dengan dua-dua orang seniorku ini. Yang aku tak fahamnya, putaralam dia tu lebih daripada Karpal Singh tau! Cakap dengan Shawn, Karpal Singh Jr. tu pun tak macam tu. Pelik nau aku, diorang nie nak jadi engineer ke nak jadi lawyer?? Sampaikan asal-usul perkataan engineer dengan lawyer tu pun diorang boleh jadikan isu untuk rebut aku balik. haduihhh.. Sabor jela!

Anyway, aku harap mereka berjaya dalam bidang yang mereka ceburi dan semoga mereka dikurniakan isteri yang bukan daripada kalangan peguam, hakim dan pengamal undang-undang. Hahahahahaha! Mau runtuh bumbung rumah tiap-tiap hari! Nevertheless, aku memang seronok and enjoy sangat keluar dengan mereka tadi. Thanks jugak kat jiranku yang sudi menemankanku dan turut gelak ketawa bersama!

p/s: Had a really good time today and hope to see both of you Mr Ihsan Fahmi and Mr Raja Asyaari again in future together with your wife!

Sabtu, 2 April 2011

Awan-awan Larat dan Encik Mohd Ridhwan

Ok, aku tak tahu kenapa dengan diri aku sebab sekarang aku memang tak stabil dari segi emosi mahupun jasmani! Sekarang ni mood aku lebih kepada berbunga-bunga tak tentu pasal dan penuh dengan awan-awan larat yang tetiba datang entah dari mana entah. Seperti biasa mood ini disulami dengan angan-angan melampau yang sentiasa menghiasi rona hidup aku ini (tengok tak pasal-pasal keluar ayat mat bunga!). akhirnya blog ini jugak yang jadi mangsa. Tak apalah. Yang penting aku bahagia!

Aku rasa kemungkinan besar awan-awan larat ni muncul lepas aku mula tengok cerita You're Beautiful tu. Cerita korea tu memang best! Aku suka sangat jalan cerita dia dan yang penting aku memang suka tengok gelagat dengan riak wajah hero dia tu. Unik! Paling best kereta yang dia drive dalam cerita tu nampak sangat sesuai dengan dia. Oh! aku suka semuanya pasal cerita tu!! Daripada hero, heroin sampailah ke soundtrack dia pun aku suka jugak! Lagu dia semuanya sedap-sedap belaka. Oleh yang demikian, aku pun mulalah mereka-reka awan larat yang ada kat dalam otak aku sekarang ni. Biasalah, hidup Hidayah kalau tak berangan sehari boleh demam! 

Fenomena ini pula ditambah dengan rancangan-rancangan televisyen yang menambahkan lagi sarat awan-awan larat tersebut. Kalau diperhatikan sekarang ni kat TV3 kalau pagi-pagi banyak show untuk surirumah dan yang paling aku suka tengok Mahligai Cinta , setiap hari Khamis pukul 11.30 pagi. Sebab apa??? Ha nielah yang nak cerita ni. First, sebab aku memang suka tengok wedding event yang ada tema dan diuruskan oleh wedding organizer. Secondly, sebab pengacara show tu ialah Jovian Mandagie @ Encik Mohd Ridhwan! Nama melayu dia Mohd Ridhwan. aku pun baru tahu pasal ni bila aku terbaca kat satu blog orang masa aku cari info @ google pasal dia. Aku memang suuuuuuuuuuuuukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat dengan dia ni. Baju-baju rekaan dia sumpah cantik! Surprisingly, umur Jovian ni baru je 26 tahun tau! Sangat terkejut bila aku dapat tau. At the age of 26, he has everything that a man should have in his working life! Untung sape jadi wife dia ni. OMG! Hahahahahaha! Aku harap sangat aku dapat gunakan khidmat dia sebagai wedding planner bila aku kahwin nanti sebab based on apa yang aku tengok dalam  Mahligai Cinta tu and komen-komen client dia, kerja dia sebagai wedding planner memang superb! Tak rasa rugi walaupun bayar mahal sikit sebab memang dia akan realized impian pengantin serba-serbi. Dari baju sampailah pelamin!





Amacam?? Lawa tak?? Bagi aku memang lawa. It always been in my dream to wear his wedding dress during my wedding and also to use his service as a wedding planner. Tapi mampukah aku?? Hurm tak taulah macam mana.. Nampaknya kenalah kerja keras kalau nak jugak guna khidmat Jovian Mandagie ni. InsyaAllah.. Where there is a dream, there is a way!

p/s: Oh how i adore wedding so much! Nampak macam gatal but that's the fact! I love talking about weddings!