Selasa, 26 Julai 2011

Aku Ke Yang Tak Bersyukur? :(

Kadangkala manusia amat sukar untuk terima kenyataan bahawa mereka tidak ditakdirkan untuk perkara tersebut. Mungkin pada awalnya mereka tidak mahu untuk memiliki perkara tersebut, namun apabila melihat orang lain memilikinya, maka Yang Bertanduk Dua itu mula memainkan peranannnya dengan meletakkan firus-firus dengki dan kufur nikmat.

Dua hari yang meruntun hati tak mampu aku tepis. Luarannya seperti perkara remeh yang terlalu diperbesar, tapi sebagai anak Adam yang biasa, aku tak mampu lari dari hakikat yang sebenarnya aku sukar nak terima hakikat bila nampak orang bahagia sebab dapat menjejak kaki ke universiti paling top dalam Malaysia walaupun sebenarnya aku yang memutuskan untuk tidak meletakkan universiti itu sebagai pilihan pertama dalam UPU. Mungkin kerana ibuku yang kelihatan kesal dengan pilihanku. Entahlah. Walaupun suatu ketika dulu, aku pernah berimpian untuk ke situ demi membanggakan kedua orang tuaku, tapi aku telah memilih untuk menidakkan impian itu. Lalu aku kesal sendiri.

p/s: Dan air mata sentiasa menjadi peneman diri...Ya Allah,ampunilah dosaku yang kufur nimat yang telah Engkau berikan. Amin.

Ahad, 24 Julai 2011

Panaskan Besi, Lenturkan Menjadi Keris!

Seperti juga keris yang asalnya daripada besi yang dilentur oleh api yang panas, aku juga sering kali perlukan batu loncatan untuk aku terfikirkan sesuatu yang boleh dimuhasabahkan buat diriku. Sedar akan hakikat bahawa bukan semua perkara akan ada batu loncatannya, aku akan cuba sedaya upaya untuk muhasabah diri sendiri tanpa ada sesuatu untuk mengingatkanku selalu.

Apa-apa pun, aku cuma nak kongsi rasa tentang satu perkara yang cetusan ilhamnya datang daripada rancangan Sejuta Impian yang aku tengok tadi. Ada satu contestant yang ada banyak sangat ideas and he wish to grant it all and become a billionaire. Apa yang buat aku tertarik untuk segmen dia adalah komen Thiran Roshan, one of the judges for this show.


Thiran buka cerita pasal Thomas Edison yang owned his own electrical company based on invasion dia untuk create mentol. Thomas Edison tried 9999 times and only succeed on his 10 000th times. Tapi dia fokus untuk buat satu benda saja iaitu mentol dan dia tak habiskan masa untuk cuba banyak benda dalam satu masa. The point is, Thomas Edison hanya cuba untuk memastikan yang dia berjaya untuk melaksanakan idea yang dia mahu dengan sepenuh fokus terhadap idea tersebut. bagus jika kita mempunyai banyak idea yang bernas untuk dilaksanakan tetapi adalah lebih baik untuk kita fokus pada satu idea dalam satu-satu masa supaya kejayaan idea tersebut berada di tahap yang tertinggi dan segala kelemahan dapat diminimakan.


Perkara ini memberi aku satu inspirasi bahawa untuk berjaya itu bukannya mudah dan juga untuk berjaya di tahap tertinggi, tidak perlu bersikap tamak haloba dan terburu-buru untuk mencapai impian kerana tiada jalan yang mudah untuk berjaya. Apa yang harus kita lakukan adalah berusaha untuk menyempurnakan tugasan yang ada sebelum melompat untuk melaksanakan tugasan yang lain. apa yang penting juga (selain kerjasama, hahaha!) adalah sesuatu yang kita lakukan itu bukan sahaja akan membawa keuntungan kepada kita semata-mata tetapi akan membawa makna yang besar untuk masyarakat di sekeliling kita.


Perkara yang sama juga aku nampak berlaku pada peserta pertama untuk episod hari ini yang ingin mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang dan menempa nama sendiri dalam bidang seni reka fesyen tanpa memikirkan alternatif lain dan manfaat yang mampu di bawa kepada masyarakat umumnya. Jika di lihat pereka fesyen sedia ada yang telah pun berjaya menempa nama, jalan yang mereka lalui untuk sampai ke tahap ini bukanlah jalan yang singkat dan mudah di mana semuanya mampu dilaksanakan dengan mendapatkan sejumlah wang.

Usaha yang berterusan dan kesabaran adalah kunci yang paling utama sebagai asas kejayaan mereka. Kejayaan mereka itu bukan sahaja memberi pulangan balik kepada diri sendiri tetapi turut di rasai oleh seluruh masyarakat kerana kepakaran mereka dalam mereka cipta pakaian dengan gaya mereka sendiri mampu membawa revolusi seni fesyen di negara kita. Contohnya, Datuk Jimmy Choo yang mampu mereka kasut tinggi yang selesa dan selamat untuk dipakai wanita serta Jezmine Zaidan yang tampil dengan idea vintage untuk muslimah bergaya dengan sopan. Bukankah mereka telah meyumbangkan sesuatu yang berguna untuk masyarakat??

Konsep yang sama juga boleh diaplikasi kepada semua kategori kerjaya juga. Malah dalam kehidupan kita sehari-hari. Sama seperti seorang peguam yang berusaha menegakkan keadilan bagi mereka yang tertindas, seorang jurutera yang berusaha membina bangunan yang selamat untuk diduduki dengan ciri-ciri kesalamatan yang moden, seorang doktor yang cuba menyelamatkan nyawa pesakit hatta seorang tukang angkat sampah yang berjasa membersihkan persekitaran (ini dapat ilham tengok Upin Ipin- episod Bila Besar Nanti).


Pokok pangkalnya, jadilah seperti sebatang keris yang tajam. Kenapa keris??? Kerana keris merupakan senjata kecil namun mampu membawa manfaat besar menumpaskan musuh suatu masa dahulu. Walaupun di serang musuh yang lengkap dengan meriam, namun orang melayu tetap gagah menghunus keris dengan gaya yang tersendiri! Lihat saja kehebatan Taming Sari yang menjadi ingatan sehingga sekarang kerana keampuhannya. Asalnya sebatang keris itu cumalah besi yang dipanaskan dan di bentuk alurnya serta diketuk dan kemudian di panaskan berkali-kali sehingga menjadi senjata yang ampuh! begitu juga dengan diri kita. Bakat yang ada dalam diri perlu di gilap dan dilentur menjadi sesuatu yang boleh berguna kepada semua! namun usaha itu haruslah dilakukan berkali-kali agar kejayaannya mantap dan terbilang!


p/s: Harapnya suatu hari nanti dapat aku sumbangkan sesuatu untuk masyarakat dan kalau boleh negara as well~!

Sabtu, 23 Julai 2011

Satu Impian Saya Dah Capai!

Gembira rasa hati bila kita dapat capai apa yang kita impikan selama ini. Begitu juga yang kualami apabila salah satu impian dalam Target 25 aku telah aku capai sebelum usia aku 25 tahun! Impian itu merupakan target aku yang keempat dalam list top 10 aku. HAHAHAHA! Menjejakkan kaki ke Terengganu! Seperti yang aku cakap sebelum ni, memang susah nau aku nak sampai ke Terengganu ni atas pelbagai sebab dan alasan. Walau bagaimanapun, takdir Tuhan lebih memihak kepada aku untuk melunaskan target itu sebelum usiaku mencecah 25 tahun untuk sampai ke tempat impian aku sejak dari kecik lagi!

Berkat usaha aku membanting tulang empat kerat aku dua bulan lepas, maka trip ini kurancang seawal bulan pertengahan bulan Jun lagi yakni sebulan sebelum tarikh keramat aku jejak kaki di bumi Terengganu! Disokong oleh kedua ibu bapaku memandangkan aku tidak pernah lagi ke sana dan juga diserikan lagi dengan kesudian Cik Izzah azhani dan Encik Nazreev untuk turut serta dalam kembara Puteri Mahkota Tak Jadi ini, maka kata sepakat diambil untuk mengambil penerbangan pergi balik Air Asia untuk ke Kuala Terengganu. Setibanya di sana aku bakal dibantu dan diuruskan oleh Cik Nazihan Athirah serba serbi! (serius rasa macam ambik agensi pelancongan pulak!)

Tiba hari yang dijanjikan, kami bertolak dengan pesawat Air Asia AK5384 ke Kuala Terengganu tepat pada jam 12.45 tengah hari (betul,memang on time Air Asia ni, lambat mesti kena tinggal~!). Layanan yang diberikan memuaskan (aku tak nafikan stewardess dia memang HOT kotttt,tapi aku kan straight , tak heran la kalo stewardess HOT tapi steward tak HOT~!). Disambut dengan landing yang menggoncang organ dalaman, maka kami pun SELAMAT tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmood, Kuala Terengganu. 10 minit kemudian, Ziehan pun tiba dan kami dikejutkan dengan seorang lagi tetamu di rumahnya(mula-mula ingatkan abang dia, baru nak try masuk jarum tapi tak sempat nak masuk dah patah jarum.. Adehh~) iaitu Encik Salman a.k.a tourist guide tak berbayar kitorang! HAHAHAHA!

Setelah menikmati hidangan lazat di rumah Ziehan, maka kami berehat sebentar bersama beg-beg kami di tempat penginapan masing-masing (Nazreev tinggal kat rumah rehat dekat dengan rumah Ziehan, aku dengan Izzah tinggal kat rumah Ziehan). Sejurus petang menjelma, kami di bawa bersiar-siar di kawasan sekeliling rumah Ziehan yang berdekatan dengan pantai! (aku tak ingat nama pantai tu~hahaha!) Tidak ketinggalan, kami turut menikmati juadah petang yang biasanya dinikmati oleh penduduk di kawasan Pantai Timur iaitu makanan laut celup tepung dan juga keropok lekor yang menjadi trademark negeri Terengganu. (Apasal aku bagi info macam Tourism Malaysia??) 

Hari kedua kami mulakan dengan melawat Masjid Kristal dan kawasan sekitarnya. Rombongan Che Kiah 2 dimeriahkan lagi dengan kehadiran Cik Najibah dan juga Encik Fitri sebagai Pembantu Penerangan Pelancong tak rasmi kami! Perjalanan diteruskan ke Muzium Negeri Terengganu yang merupakan muzium terbesar di Malaysia (sah, aku boleh buat part time dengan Tourism Malaysia~). Terasa nak putus semua urat kaki tawaf muzium ni! Pun begitu, Cik Izzah dan Encik Nazreev masih lagi bersemangat untuk menghayati sejarah! Tabik springgg! Tak rugi bawak diorang ni berjalan~! Lepas melawat muzium dan bersantap serta menunaikan kewajipan, kami meneruskan kembara ke Taman Tamadun Islam dengan menaiki basikal~ Dah lamo sei tak naik basikal jang!

Masjid Kristal yang marvellous cantiknya!

Muzium yang amatlah BESAR~

Ini dari tingkat paling atas muzium tu

Bukan dekat India ye, dekat Taman Tamadun Islam tu je~

Hari Ketiga kami temanya 'Pantai Sokmo'. Selepas dibawa menikmati nasi dagang yang sedap, kami dibawa ke tempat menjual keropok kering yang amatlah sedappppppp! Rugi pulak tak beli banyak! HAHAHA! Usai membeli, kami bergambar sebentar di sekitar kawasan Masjid Terapung Kuala Ibai sebelum bertolak ke rumah atuk Ziehan untuk menikmati juadah Roti Paung yang terkenal di Terengganu! Rasa tak payah cakaplah, SUPERB!!! Atuk dia pulak memang sporting!<---(Hello Darlingg~!) Tetiba teringat pulak kat arwah nenek aku, kalau dia ada lagi mesti best.... Lepas tu, shopping dekat Pasar Payang sampai urat kaki separuh tercabut dah. Nasib baik automatik sambung balik lepas lepak dekat Pantai Batu Burok sambil makan juadah negeri Terengganu; Sata, Pulut Lepa dan Keropok Lekor. Berselera Nazreev makan! Aku?? Kena sakat ada lah sebab tak makan makan sata yang memang ikan bahan asasnya~~ Memang kalah lah kan sebab 4 orang Terengganu lawan aku sorang!! Tapi aku tetap steady~ Hahahaha! Selepas itu, kami terus menuju ke Pantai Pandak (sorry kalau salah eja~!hahaha) yang sangat cantikkk!!!

Roti Paung~ Yummyyyyy!


Pantai Batu Burok

Tak senonoh sikit~hahaha

Pantai Pandak-cantik kan??


Sebelum pergi Pasar Payang kami tengok orang tenun songket dengan canting batik!

membeli belah di Pasar payang - tengok muka Izzah dengan Ziehan dah penat!
Malam tu, parents Ziehan belanja makan kat satu restoran ni. Nak dijadikan cerita, menu malam tu ada ikan siakap! Diorang ingat aku tak akan sentuh la ikan tu, tapi ikan siakap one of my favourite tau sebab tak ada tulang. Bukan aku tak makan semua ikan, tapi aku choosy sikit! Hahahaha! Fobia time kecik tercekik tulang! berselera semua orang makan sampai tiga kali Nazreev dengan Izzah bertambah nasi!hahahaha! Aku?? Makan nasi sepinggan pun berjam, jangan la berangan nak tambah! hahahaha!

Keesokannya kami pulang dengan berat hati menaiki pesawat Air Asia AK5381 seawal jam 8.15 pagi. Terharu sangat dengan layanan mesra yang diberikan sepanjang trip aku di Kuala Terengganu! Aku tak tahu macam mana nak describe tapi ini kenangan terindah yang akan aku ingat sampai bila-bila~ Thanks to all of you yang telah menjayakan impian aku ini; Cik Izzah Azhani dan Encik Nazreev (sebab sudi ikut aku jalan! sorry kalau tak best sebab bagi aku best~hahahaha!), Cik Nazihan dan Encik Salman serta Cik Najibah dan Encik Fitri (yang tak jemu-jemu layan karenah 'orang kampung' macam kitorang ni.. Hahahaha! Serta atas layanan superb korang!) serta parents Ziehan yang layan kami macam anak-anak sendiri! Mesti nak datang lagi Terengganu lepas ni! Harus! Wajib!

p/s: Lupa nak cakap, flight balik memang best! Steward yang hot lagi baik~ Landing yang sempurna daripada kapten yang friendly walaupun peylart oureng puwteyh..Dan penerbangan yang paling pantas pernah aku rasa sebab sampai awal 20 minit daripadsa waktu yang dijangkakan tiba. Hahahahaha! Tisu yang steward tu bagi, aku simpan sebagai kenangan! Nagahahahaha! Terbaekkk! Jom pergi Terengganu lagi!!!

Selasa, 12 Julai 2011

Bestnya!!!!!!!!!!!

Aaarrrrrrrghhh bestnya kalau aku bangun pada suatu pagi dan aku mendapati diri aku dah kurus slim melim~

Bestnya kalau aku makan satu benda yang dalam sekelip mata buang semua lemak aku yang berlebihan ni.

Bestnya kalau aku banyak duit dan boleh pergi slimming centre~

Bestnya kalau aku makan banyak tapi tak gemuk

Bestnya kalau aku tak payah rasa lapar dan tak payah makan lepas tu dalam seminggu aku dah kurus!

Bestnyaaaaaaaaaa kalau aku dapat buat semua tu~!

Jumaat, 8 Julai 2011

Tinggi-tinggi Timangku Tinggi, Ke Dapur Jua Harus Kupergi

Olla~ Belakangan ini, aku selalu fikir nak masak apa untuk sarapan pagi memandangkan aku sekarang nie kerap bangun pagi untuk mengembalikan rutin harian aku yang dah berubah sejak aku berhenti kerja hari tu. Jadi, aku pun mulalah mereka- reka untuk memasak sarapan pagi yang pernah aku tengok orang buat sebelum ini. Lagipun tak lengkap rasanya blog perempuan kalau tak letak pasal masak-memasak. Tak nak cakap banyak, tengok gambar jelah~

agak-agak apa benda nie??

bentuk macam cucur..tapi cucur apa??

tadaaaaaa~inilah cucur kangkung @ tepung malas!

Bukan susah pun nak buat cucur kangkung nie... Buat macam cucur biasa je tapi tambah kangkung. Lagi satu kalau nak rangup jan letak telur tapi letaklah Bicarbonate Soda @ Soda Bi-Ca bak kata oranglah. Confirm rangup~  Selain itu ada satu benda favourite aku yang aku memang teringin sangat nak buat dan berjaya aku buat~!

Hahaha~inilah puding roti! masa ni belum kukus lagi.

Puding nie memang favourite aku sebab dia roti dan satu lagi sebab makan ada susu dan makan dengan susu! I love milk! Rasanya memang tip top! (angkat bakullah pulak~) paling aku suka makan time bulan puasa. Kalau nampak je benda nie kat bazar ramadhan mesti nak beli ounya. Tapi tahun ni bolehlah aku buat sendiri je! Ok lah. Nanti kalau ada benda baru aku buat lagi mesti letak dalam ni punya. InsyaAllah~

p/s: Setinggi mana pun pelajaran, kerjaya atau darjat seorang wanita itu, tempatnya tetap di dapur jua~




Ahad, 3 Julai 2011

Kadangkala Hidup Ini Rumit Yang Tak Nampak Rumitnya

Pernah tak kita terfikir yang mungkin hidup kita dan orang disekeliling kita ini semuanya rekaan minda kita semata-mata?? Aku berani jamin tak ramai yang tahu dan sedar akan perkara ini sebelum mereka didiagnosis sebegitu. Begitu juga halnya yang terjadi kepada Sir John Forbes Nash Jr. atau lebih dikenali sebagai John Nash yang didiagnosis menghidap skizofrenia. Aku rasa ramai yang tahu kisah hidup dia ni sebab ada filem yang dibuat tentang kisah hidup dia yang bertajuk 'A Beautiful Mind'. Hit jugak filem ni suatu ketika dulu tapi aku baru je tengok hari Jumaat lepas. Aku tahu pasal filem ni pun melalui satu rancangan kesihatan minda yang disiarkan kat TV2 tak lama dulu.

John Nash ni genius dalam subjek Matematik. Dia ni anak orang pandai-pandai jugak dan kepandaiannya itu menyebabkan dia selalu mengasingkan diri daripada orang ramai dan sentiasa menginginkan penghargaan atas ciptaan yang dibuat olehnya. Dipendekkan cerita, semasa beliau di Princeton Unviersity untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran kalau tak salah aku, dia mulai mereka dunianya sendiri. Watak pertama yang direkanya ialah rakan sebiliknya yang bernama Charles. Rakannya ini merupakan segala-galanya untuk John Nash kerana hanya Charles yang sentiasa memberikan sokongan dan selalu berada di sisinya ketika beliau memerlukan teman. didorong oleh itu, akhirnya beliau berjaya menghasilkan teori matematiknya sendiri dan menumpaskan lawannya yang merupakan salah seorang bijak pandai di universiti itu juga, Martin Hansen yang sering mencabar kepandaiannya. 

Selepas berjaya dalam hidupnya dan menjadi terkenal maka wujud seorang lagi watak rekaanya iaitu William Parcher, seorang ajen kerajaan di Jabatan Pertahanan Amerika. Pada Nash, William ini mengambilnya menjadi seorang ajen kerajaan dan memerlukan kepandaiannya menghurai kod melalui abjad di dalam majalah dengan menggunakan teori matematik untuk mengesan pergerakan bom yang dihantar oleh Rusia bagi menentang Amerika. Sepanjang tempoh itu juga beliau bertemu dengan isterinya Alicia yang merupakan salah seorang pelajarnya dan mendirikan rumah tangga dengannya. Setelah beberapa ketika, wujud lagi seorang watak rekaan Nash di dunianya iaitu Marcee, anak saudara kepada Charles, rakan sebiliknya. Nash sangat menyayangi kanak-kanak itu seperti anaknya sendiri.

Tak lama selepas Nash merasakan dirinya diancam oleh perisik Rusia yang konon-kononnya telah mengetahui rahsianya menjadi ajen kerajaan Amerika, John Nash akhirnya berjaya dibawa ke hospital mental selepas melarikan diri ketika memberi ceramah dalam Persidangan Matematik Kebangsaan Amerika. Ketika itu, isterinya sarat mengandungkan anak mereka. Disitulah terbongkar segala-galanya mengenai 'dunia' rekaan Nash. Setahun selepas itu, John Nash kembali normal dengan bantuan ubat yang diambilnya selepas menjalani rawatan di hospital. Namun kesan sampingan ubat tersebut menyebabkan Nash mulai berhenti mengambil ubat tersebut dan kembali mendapat halusinasinya dulu. Sehinggalah terjadinya satu insiden yang hampir meragut nyawa anaknya menyebabkan Nash mulai tersedar yang semua itu tidak wujud dan akhirnya John Nash kembali menjalani rawatan melalui terapi sosial.

Berkat pertolongan seterunya di universiti dahulu, Martin Hansen yang ketika itu telah menjadi Ketua Jabatan Matemaik Universiti Princeton yang memberikannya peluang untuk menghabiskan masa di perpustakaan dan kembali mengajar di universiti, John Nash berjaya menepis gangguan halusinasinya walaupun beliau masih nampak watak-watak rekaannya itu memerhatikannya. Kisah hidupnya diakhiri dengan kejayaannya memperoleh Nobel Prize dalam bidang Matematik yang disifatkan sebagai kejayaan terbesar dalam hidupnya sebagai seorang bijak pandai dan penghidap skizofrenia.

Bagi aku, cerita ini meruntun perasaan aku kerana keikhlasan yang ditunjukkan oleh Martin Hansen menerima John Nash walaupun sedar akan risiko penyakit yang dihidapi Nash dan walaupun suatu ketika dulu mereka pernah bermusuh. Satu lagi kerana kesetiaan yang ditunjukkan oleh isteri Nash, Alicia yang sentiasa memberikan sokongan padu buat suaminya dalam apa jua keadaan. Oleh itu, sebagai kesimpulan adalah wajar untuk kita belajar mengawal stres dan sentiasa memberi ruang untuk diri kita bergaul dengan orang ramai walaupun dalam kesibukan kita menimba ilmu dan bekerja supaya kesihatan minda dapat dikekalkan kerana penyakit otak boelh dihidapi sesiapa sahaja tanpa mengira tahap kepandaian, status, umur atau jantina seseorang itu.

p/s: Mendekatkan diri dengan Allah bagi umat Islam adalah jalan terbaik menghindarkan diri daripada kekusutan fikiran dan gangguan syaitan...