Ahad, 30 Januari 2011

Sedetik Lebih

Macam tajuk lagu Anuar Zain pulak ye. Tapi tak ada kena mengena pun dengan lagu tu. Entahlah, bila aku muhasabah diri aku sendiri, aku macam nak ubah segala-galanya tentang diri aku. Kadangkala aku rasa macam nak jadi jahat sangat, tapi aku tahu tak cium bau syurgalah aku jawabnya. Tapi aku selalu terfikir yang aku nak ubah rasa lembut hati aku yang selalunya memakan diri aku sendiri. Walaupun orang nampak aku macam kerek je all the time, tapi itu semua luaran je. Selalunya bila aku marah kat orang atau aku moody, aku akan rasa bersalah sampai terbawa-bawa dalam tidur. Bila aku fikir dan ikut dark side of my heart nie, aku teringin sangat nak jadi orang yang tak fikir apa-apa pun pasal orang lain dan biarkan saja semua yang dah jadi berlalu begitu saja tanpa ada apa-apa yang berubah.

Kadangkala juga aku teringin nak jadi seorang yang mampu menahan rasa amarah tanpa berlembut hati. Bukan lama tapi cuma sedetik lebih! Aku ingin berdiam seribu bahasa walaupun sedetik lebih. Walaupun aku tahu kelak perkara itu akan memakan diri aku sendiri kerana aku mungkin akan hidup dalam kesunyian tetapi aku rasa mungkin itu lebih baik daripada aku terus menyakiti hatiku dan hati orang lain.
Aku selalu mengimpikan supaya semua orang-orang disekelilingku memahami apa yang aku rasa. Kenapa aku jadi begitu, kenapa aku jadi begini. Semuanya itu bersebab! Aku belum sampai lagi ke tahap untuk marah dan merajuk tanpa sebab. Mungkin orang tak akan perasan apakah sebabnya tapi itulah hakikatnya. Jika aku berubah hari itu, pasti ada asbab di sebaliknya. Katalah apa sahaja pada diriku, namun itu tak akan merubah apa yang telah semula jadi berada dalam diriku.

Tapi aku sedar, Allah murka pada hambaNya yang berniat ke arah kejahatan. Lalu aku pasakkan dalam diriku agar mencipta suatu azam yang perlu kucapai dalam tahun ini juga! Azam itu adalah untuk menjadi seorang yang lebih ceria dan kurang bercakap walaupun cuma sedetik lebih... Bukan apa, aku selalu berasa terkhilaf setiap kali aku membuka mulutku ini. Setiap hari pasti akan ada hati yang kulukai. Oleh itu, aku perlu mendidik diriku untuk mengurangkan percakapan dan hanya bercakap perkara yang perlu. Ya Allah, bantulah hambaMu ini dalam mengubah dirinya sendiri!

p/s: Maaf kepada sesiapa yang selalu kulukai hatinya selama ini!

Sabtu, 29 Januari 2011

Demam~

OHHH dah lama rasanya aku tak kena demam macam ni. Demam yang naik turun panasnya. Selalunya kau kena demam sekejap je panasnya. Jarang dah aku nak kena demam macam ni. Tapi dulu masa aku kecik-kecik selalu kena demam macam nie. Yang tak best nya kalau dah demam mesti diikuti oleh batuk dan selsema. Batuk kalau tak kuat tak apa la jugak. Ini kalau dah batuk sampai sebatu boleh dengar. Sampai hilang suara aku dibuatnya. Bila dah hilang suara, mulalah semua orang mengajuk. Haihhh... Dugaan sungguh!

Tapi satu je yang aku paling suka bila time aku demam! Extra attention daripada parents aku. Aku rasa yang ini pun mesti semua orang pun suka and parents korang pun mesti buat kalau korang demam kan?? Semalam dalam telefon lagi bapak aku dah dapat detect aku demam (yelah kalau dah cakap pun macam orang dalam kelambu!). Balik rumah lak bila panas aku naik balik mak aku sibuk bagi makan ubat,bapak aku pulak kelam kabut carik air kelapa nak bagi turun panas. Bila malam lak, lepas makan ubat mestilah mengantuk dan tertidur, bila aku tersedar mak aku dah selimutkan aku dengan gebar tebal sebab aku kerekot  macam duduk dalam ais. Masa aku bangun pergi tandas, aku tengok kat atas dressing table depan katil tu mak aku dah siap letak ubat dengan air takut kalau panas aku naik lagi. Sungguh terharu!

Semua benda nie membuatkan aku teringat masa aku kecik-kecik dulu. dulu aku selalu kena demam panas. Lama pulak tu. Jadi mak bapak aku mesti cuak setiap kali aku demam. Maka mereka pun amalkan satu petua orang dulu-dulu yang sangat terbukti berkesan dalam menurunkan panas badan. Lidah buaya! Selalunya bapak aku yang rajin buat benda nie. Mula-mula dia potong duri kat tepi daun lidah buaya tu. Kemudian, dia ramas daun lidah buaya tu sampai keluar lendir dia. Lepas tu sapulah kat atas dahi. Percayalah,  tak lama lepas tu kebah la demam korang! Bila aku demam masa bapak aku kerja malam, maka mak ku pun akan gunakan alternatif lain untuk tyurunkan panas badan sebab dia takut nak pergi belakang rumah malam-malam ambil lidah buaya. Hahahaha! cara yang mak aku gunakan adalah menyapukan lendir daun bunga raya. Ramaskan daun bunga raya (tak kiralah apa jenis bunga raya sekali pun) dan letak kat atas rambut dengan dahi. InsyaAllah berkesan! Sangat sejuk bila benda tu atas kepala terutamanya daun lidah buaya tu.

Satu lagi demam yang aku rasa melanda semua budak asasi undang-undang yamg terlibat ialah demam mooting! Aku pun rasa sebab benda inilah aku demam macam nie sebab kena duduk dalam PTAR 2 yang sanagt sejuk itu! Aku bukan boleh tahan sangat sejuk pendingin hawa ni. Kalau sejuk sebab hujan tu lain cerita. Tapi tak apalah. Demi carrymarks aku! Disebabkan semua classmates aku yang ada blog dah cerita pasal mooting nie, aku pun tak nak ketinggalan untuk bagitau sape yang akan berjumpa dengan team aku dalam mahkamah konon-konon tu nanti~

Aku dan team aku dalam team Appellant iaitu Encik Jimmy Offkey yang dah mati. Hahahahaha! Dia nie penyanyi duet terkenal yang berduet dengan kawan sehidup semati dia nie Mendiang Encik Johnny Sumbang yang kena langgar dengan lori disebabkan lampu isyarat yang berkelip-kelip. Masalahnya Jimmy Offkey nie kena nervous shock disebabkan dia ada kat tempat kejadian dan dia tahu kawan dia tu dah mati. Lpeas tu sebab dah tak tahan lagi dah, dia pun bunuh diri. Maka penjaga Jimmy nie saman la Jalan Selamat Sdn Bhd kerana menyebabkan kesan yang membawa maut kepada Jimmy Offkey ini disebabkan oleh kecuaian diorang menyelenggara lampu isyarat sampai Johnny Sumbang mati dan Jimmy Offkey sengsara. Masalah utama untuk kitorang menang kes nie adalah dua-dua penyanyi nie BUTA!Haihh..macam mana nie?? Tapi aku yakin mesti ada jalan penyelesaiannya. Inilah team LWA02G yang akan membela nasib Encik Jimmy Offkey yang sangat malang  ini:

1.Cik Syafiqah Shafie 

2.Cik (ke Puan ek??) Siti Murni Atiqah

3.Cik Adibah

4.Cik Syakirah Shamsulzaman

5.Cik Nur Hidayah

Respondent kitorang pulak bukan calang-calang orangnya. Semua jenis yang rajin mengkaji dan berfikiran jauh. Pandai bercakap pulak tu! Haihh... Maka inilah respondent team for LWA02G yang akan mempertahankan kemenangan Jalan Selamat Sdn Bhd:

1.Encik Muhammad Zaki

2.Encik Abdul Khaliq Nazeri

3.Encik Asraf Tahir

4.Encik Farhan Sapian Sauri

5.Encik Hazazi

Semuanya hebat-hebat..Paan pandai bercakap + banyak fakta + rajin cari maklumat, Khaliq pulak diam-diam ubi berisi walaupun nampak dia selamba jek, Acap pulak pandai sangat argue sampai orang terdiam, Zaki pulak pandai bercakap + banyak sumber maklumat, jajie nie pun sama macam khaliq,diam-diam ubi berisi. Kesimpulannya untuk torts LWA02G, kumpulan lelaki melawan kumpulan perempuan~!

p/s:Aku rasa satu lagi sebab aku demam adalah pemankbulan kata-kata aku sendiri sebab aku selalu cakap yang kalau aku tak cakap dengan asraf tahir satu hari, aku mesti demam punya. Memang betul-betul jadi sekarang nie lepas satu hari aku tak cakap dengan dia sebab nak kenakan dia! Tapi tak sangka pulakj dia ingat aku betul-betul marah dekat dia. Sorry Acap! Aku main-main jela. Jangan marah tau!













Jumaat, 21 Januari 2011

Teman Terulung

Dulu masa aku naik naik tingkatan satu, aku ada satu dilema. Nama dilema tu Antara Jalan Dua Atau Jalan Empat. Hati aku lagi berat untuk sambung sekolah menengah kat SMK Bandar Baru Bangi @ JAlan Dua sebab ramai kawan aku ada kar sana dan sebab sekolah tu tak lah nampak spooky macam Jalan Empat (sebab masa tu sekolah tu baru jek bukak and tak ramai students lagi). Lalu, atas nama anak yang solehah, aku pun ikutlah cakap mak aku untuk melanjutkan pelajaran tahap menengah aku di SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.

Aku akui, aku macam kena cultural shock sikit bila masuk kat sini sebab mostly kat sini semua orang pandai-pandai and anak orang kaya. Ambil masa jugaklah untuk aku setup diri aku kat sini. Aku masih ingat lagi, ada seorang cikgu lelaki yang semua orang cakap beliaulah yang paling handsome kat dalam sekolah tu oleh sebab matanya yang nampak macam pakai contact lens. Beliau mengajar subjek sivik yang pada masa itu diperkenalkan semula dalam sistem pembelajaran sekolah di seluruh Malaysia. First impression aku, cikgu nie memang kelakar. Bayangkan, masuk kelas setiap hari tak pernah pakai kemeja melainkan seluar track dengan tshirt sukan. Memang dia kelakar pun. Aku rasa semua orang suka dengan cara beliau mengajar. Yang paling aku respect kat cikgu nie sebenarnya beliau ada degree untuk ajar bahasa inggeris, tapi sanggup ambil opsyen sebagai guru sivik dan PJK sebab beliau kata beliau kena selalu keluar untuk aktiviti sukan kat luar.

Walaupun macam-macam cerita aku dengar pasal cikgu ni (not to mention here!), rasa hormat aku padanya tak pernah luntur walau sedikit pun. Bagi aku beliaulah wira kat Jalan Empat nie sebab dia berjaya menaikkan nama sekolah kami dalam persada sukan dnegan usaha gigih beliau melatih skuad bola dan sofbol Jalan empat sehingga berjaya menempa kejayaan tanpa mengira penat dan lelah. Aku rasa kalau beliau tak wujud di sekolah tu, mungkin nama kami tak akan dikenali dalam bidang sukan melainkan hanya dalam bidang akademik sahaja. Bukan aku tak tahu, skuad bola kami pernah disindir kerana tak pernah dikenali dalam mana-mana kejohanan. Masa itu team bola kami baru je nak naik namanya. Tapi berkat sentuhan cikgu ni, maka kami berjaya dikenali dalam arena kejohaan bolasepak MSSDHL malah sampai ke peringkat negeri pun dah.

Dari segi kebajikan pelajar, aku tak nafikan cikgu nie memang ambil berat tentang semua pelajar-pelajar. Walaupun dia selalu tak ada kat sekolah, tapi dia tetap ambil tahu tentang anak muridnya. adapun kadangkala cara dia kasar dalam menegur dan mendisiplinkan pelajar terutamanya pelajar lelaki, tapi dia tidak pernah berdendam dengan pelajar itu. Semua pelajar pun tidak pernah berdendam dengan dia sebbab kami rasa dia sayangkan kami. Dan kami juga menyayanginya.

Tapi, sekarang Jalan Empat sudah kehilangan wira mereka. Tiada lagi penyeri suasana. Tiada lagi legend kat sekolah tu yang mampu disayangi semua pelajar. Walaupun aku sudah tidak menjadi pelajar di sekolah itu, namun aku tetap merasa dukacita atas pertukarannya ke sekolah lain. Aku tak pasti mengapa dia bertukar walaupun aku tahu dia pernah menyatakan hasrat hatinya untuk bertukar ke sekolah lain suatu masa dulu. Namun aku pasti, ada sebab yang kukuh di sebalik itu. Semoga berjaya cikgu di sekolah yang baru! Selagi adanya Encik Muhammad Hanafi Bin Md Yaasin saya yakin pasti akan ada wira sukan handalan!

handsome kan??

p/s: Paling saya tunggu setiap minggu masa sekolah dulu ialah masa sivik. Tapi bila cikgu tak masuk frust jugaklah. Walaupun cikgu mungkin tak kenal dan ingat saya macam cikgu kenal dan ingat anis, arif,hilal,yusof,helmi dan yang lain, tapi saya tetap akan ingat cikgu sebagai salah seorang teman terulung saya!

Sabtu, 15 Januari 2011

Ingat-ingat

Sebenarnya aku nak cerita pasal benda yang lain sikit hari nie, but it turns out the other way. Sebabnya dari semalam aku perasan satu perubahan yang agak menakutkan dalam diri bapak aku which scares me a lot! Sejak akhir-akhir ni baru aku perasan yang bapak aku banyak lupa apa yang dia pernah cakap dekat aku. Tapi tak lah nampak sangat perubahan tu. Cuma yang paling aku terkejut sekali tadi dia ulang balik cerita yang sama dia cerita kat aku semalam and bila aku angguk dia tanya, "babah dah cerita ke benda nie dekat dayah??" Bukan apa, bapak aku nie bukan jenis yang pelupa kecuali letak barang kat mana tu memanglah dia selalu lupa. Aku pun selalu lupa benda tu. Tapi sekarang ni banyak dia lupa. Aku takut sangat. Aku takut dengan kata-kata orang pasal lupa nie. Ya Allah, hindarkanlah penyakit lupa dalam diri kedua orang tuaku dan panjangkanlah usia mereka sehingga dapat melihat aku berjaya dalam hidupku ini. Amin~

Ok lah, untuk tak nak menampakkan kesedihan dalam post ini, maka aku pun nak share dengan anda, anda dan anda semua satu benda yang aku baca kat facebook tadi. Link yang diletak oleh Wati2 @ Azwa Asham pasal memilih pasangan hidup kerana Allah S.W.T. Sangat menarik artikel tu. Benda tu aku rasa sangat memberi inspirasi untuk membentuk dan melenturkan rasa cinta yang datang dalam diri kita setiap kali kita jatuh hati pada seseorang. Pada pendapat aku sendiri, aku lebih suka memikirkan Allah setiap kali aku rasa suka pada orang. Sebabnya rasa damai yang sangat indah akan datang dengan semulajadi setiap kali aku berbuat begitu. Aku pun tak tahu apa erti sebenar benda tu tapi aku yakin mungkin itulah rasanya bila kita mencintai Allah dan tidak mustahil itulah rasa cinta Allah kepada kita setiap kali kita mencintaiNya. Tak percaya korang try sendiri! Selain itu, aku buat macam tu sebab aku takut kalau aku akan lari dari landasan yang betul apabila kita suka pada seorang manusia. Aku tak nak jadi obses atau menyanjung orang yang aku suka lebih daripada aku menyanjung Allah di mana sahaja. Aku takut perbuatan yang aku canang aku tak suka pada orang lain akan terjadi pada aku sendiri. 

Aku jenis orang yang suka bercakap dalam hati apabila aku nampak sesuatu yang berlaku depan mata aku. Aku jugak suka cakap dengan diri aku sendiri, berfikir, menganalisis, membuat kesimpulan dan memendam rasa dalam hati bila sesuatu yang baru berlaku kepada aku. aku belajar benda baru daripada pengalaman hidup kau sehari-hari. Oleh itu, aku harus kuatkan minda aku supaya  mengingati Allah setiap waktu agar aku tak terhanyut dibuai perasan dan rasa yang datang dalam diri. Supaya aku tak menjadi kata dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih. Aku tahu bukan senang nak suka orang yang kita temui kerana kita sama-sama mencari keredhaan Allah sebab kita akan lebih terdorong untuk jatuh hati pada keindahan fizikal orang tu. Oleh yang demikian, pada pendapat aku adalah lebih baik jika kita tetapkan hati kita untuk sentiasa mengingati Allah pada setiap kali kita rasa diri kita terlalu suka dan sayang pada seseorang itu kerana nescaya Allah akan membimbing hati kita dengan sendirinya sama ada lelaki itu tepat buat kita atau tidak.


Kadangkala kita jugak tak boleh nak tunjukkan yang kita terlalu riak dan angkuh dalam mengggambarkan betapa alimnya hidup kita nie. Cukuplah bercakap sekadar dengan niat untuk mengingatkan diri sendiri dan pada masa yang sama boleh beri pengajaran kepada orang lain atau dalam erti kata lain berhikmah. Sebab ada seorang hamba Allah ini yang kukenali dulu sangat memandang serong terhadap mereka yang berbuat dosa dan cenderung untuk memilh kawan yang tertentu. Tetapi akhirnya dia sendiri terjebak dalam dosa yang suatu ketika dulu dipandang serong olehnya. Tambah parah, perkara tersebut dibesarkan lagi di facebook dengan menunjukkan betapa dia menyayangi kekasihnya itu. Terkejut sungguh aku bila tengok kat wall boyfriend dia tu yang merupakan junior aku masa sekolah dulu. Jika Allah nak terbalikkan perasaan itu, sekejap je Allah boleh buat. Maka janganlah kita terlalu angkuh dan riak dalam menyebarkan ajaran Islam yang suci ini.

p/s: Aku juga ingin mengingatkan diriku sendiri kerana aku hanyalah manusia biasa yang lancang bertutur kata, mudah bereaksi dan tak lari dari kesilapan duniawi dan syarie..

Ahad, 9 Januari 2011

Impian,Anganan,Harapan~

Walaupun aku tahu tujuan aku tulis blog nie dah tersasar dari tujuan asal aku, tapi masih jugak aku nak tulis benda nie dalam post baru aku. Aku harap nanti aku dapat kembali ke tujuan asal kau tulis blog nie sebenarnya. Ok! Cukup dengan itu. Sekarang aku nak cakap pasal topik hari ini. Pernah tak korang ada angan-angan?? Angan-angan yang disulami dengan harapan lalu menjadikan ia sebagai satu impian! Aku pernah dan masih lagi begitu. Aku bukan nak cakap pasal impian biasa macam yang aku dah pernah cakap dalam previous post tu. Tapi inilah impian aku yang aku sulamkan dengan impian-impian aku yang lain dan jarang sekali diceritakan.

Aku sulam benang emas sayang dalam impian itu,
Aku songketkan selembar harapan dalam impian itu,
Aku hiaskan dengan sejuta anganan untuk impian itu.

Aku cantingkan warna dan corak yang indah sebagai pelengkap impian itu,
Walaupun terpaksa menunggu beribu tahun untuk kulihat hasilnya,
Mungkin akan luntur warnanya,
Tapi tak mengapa,
Kerana aku akan sentiasa peliharanya,
Sehingga ke hujung nyawa.

Kata orang sehari selembar benang lama-lama menjadi kain,
Begitu juga aku memintal kesetiaan,
Membentuk kain kasih yang tak reput dek hujan tak lekang dek panas,
Walaupun kutahu kain itu hanya aku yang maklum kecantikannya,
Walaupun aku tahu, kain itu mungkin tidak akan pernah sampai ke tangan penerimanya.

Walaupun nampak macam jiwang betul entry kali nie, tapi itulah yang aku pendam selama ini. Aku menangguk di air keruh. Kata semua, jangan membuang masa menanti pada yang tak pasti, tapi dah bertahun aku menanti dan aku masih lagi ingin menanti walaupun aku tahu mungkin ia akan menjadi belati untukku kelak. Kerana aku yakin dengan kata hatiku dan segala petunjuk yang diberi Allah.

p/s: Sebab itulah aku suka dengan batik sutera dan songket! Kerana aku merasakan dua benda itu sangat simbolik untuk kasih dan sayang!

Jangan Bersedih Lagi!

Macam mana nak start post kali nie yek?? Awkward sungguh rasanya. Tapi cukuplah dengan pengalaman yang dulu. Aku dah tak nak pisang berbuah banyak kali. Aku tahu perasaan yang pelik tu mesti datang ketuk pintu hati and cakap dia nak masuk duduk kat dalam tu selama mungkin setiap kali musim2 keputusan peperiksaan ni keluar. Aku dah rasa banyak kali dah. Tapi sebagai manusia biasa, mana mungkin kita dapat hindarkan perkara ini dari menjenguk ke tangkai hati kita sebab benda tu memang lumrah manusia. Cuma kita boleh atasinya dengan memperbanyakkan mengingati Yang Maha Esa. Tapi Cik Siti Murni Atiqah, tolonglah jangan buat lagi kerja gila tu depan saya ye. Kalau nak buat jangan sampai saya tahu langsung pun pasal kerja gila awak tu supaya saya tak susah hati kenangkan nasib awak tu!

Bukan apa, aku faham kadangkala kita perlukan masa untuk bersendirian dan jauh daripada orang yang mengenali kita sebab aku pun selalu rasa macam tu. Tapi aku meladeni benda tu semua dengan cara aku sendiri. Cara yang aku rasakan lebih baik dan tak akan menyusahkan sesiapa. Apakah cara itu?? Menangis dan menangis dan menangis dengan penciptaku, Allah S.W.T. Bagi aku itu cara yang terbaik untuk aku melepaskan segala yang terbuku dalam hati aku sampai aku rasa puas. Walaupun bengkak bengkil mata sebab menangis, tapi aku dapat merasakan suatu perasaan sejuk dan damai yang menyelinap dalam sanubariku. Perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Some sort of persuasion yang sangat indah dan lembut. Lalu, di saat itu aku berasa sangat dicintai dan disayangi oleh pencipta diriku ini. Bahagia yang jarang kutemui. Melimpah-limpah kasihNya tiada tandingan. Maka untuk apa kita masih lagi mencari jalan yang boleh memudaratkan diri kita??

Kembalilah kepada penciptamu apabila diri rasa tersisih dan terpinggir. Maka esok hari akan jadi hari yang baru untukmu!

p/s:  Kalau kau buat lagi kerja macam tu depan aku, jangan anggap aku kawan baik kau lagi! dan satu lagi, jangan mudah terikut ajakan orang kala hati tengah bercelaru!

Ahad, 2 Januari 2011

The Executive

Post hari nie dalam Bahasa Inggeris?? Oh tidak...tidak.. Tajuk je tapi bukan bermakna aku nak cerita pasal eksekutif ke apa. Tapi aku nak cerita satu pengalaman yang aku tempuh hari nie yang man bagi aku cukup bermakna!

Dulu masa aku form 2, kalau aku keluar dengan kawan-kawan aku pergi Alamanda, mesti diorang nak masuk Parkson kat dalam Alamanda tu. Tau-tau jela kalau dah masuk Parkson tu mestilah merayau sana-sini.Tempat yang mesti disinggahi adalah bahagian baju dengan beg. Dah nama pun perempuan kan. Tapi aku selalu kena tinggal dengan diorang kat belakang sebab malas nak ikut diorang yang dah macam lipas kudung tu. So, favourite place yang akan aku pergi kat bahagian baju tu adalah kat tempat The Executive punya baju. Dah nama pun gempak kan, harga baju-baju yang ada kat situ pun mestilah gempak kan. Aku berkenan sangat dengan baju-baju kat situ sebab semuanya nampak elegan. Almaklumlah, The Executive nie hanya menjual baju-baju korporat. Aku nak try pun x berani sebab buat sakit hati je. Bukannya ada duit dan keperluan pun nak beli baju kat situ. Maka aku pasang niat dalam hati yang suatu hari nanti aku akan beli jugak baju dekat sini.

Siapa sangka Allah makbulkan jugak doa aku untuk beli baju dekat situ. Hari ni, aku carik baju kemeja putih untuk aku buat mooting nanti. Bukan aku tak carik kat tempat lain, tapi kat Bangi susah nak jumpa baju kemeja putih. Satu Bangi tu aku dah pudfing cari baju kemeja putih tapi tak bertemu jugak. Kalau ada pun, tak muat dengan aku ataupun terlalu besar sampai nampak macam baju pinjam jek. Maka hari ini, memandangkan aku pergi ke Putrajaya sebab nak hantar something kat rumah sepupu aku, terlanjur tu singgah la dekat Parkson Alamanda tu. Aku tak niat pun nak cari baju kat The Exectutive tu sebab aku tau dia jarang ada sale. Tapi bila dah tersinggah dekat situ, maka aku pun membelek-belek la baju kemeja putih yang sememangnya banyak style dan pattern dekat The Executive tu. Akhirnya aku jumpa jugak dengan satu baju kemeja putih nie yang memang sangat selesa dipakai dan ada pattern jugak. Yang paling aku terkejut, ada sale! Mula-mula aku hesitate jugak sebab walaupun dah lepas diskaun, harga dia tetap lebih dari bajet aku. Tapi masih mampu la untuk aku beli. Since bapak aku pun sokong aku beli baju tu (selama nie dia susah nak sokong aku beli baju mahal sikit) sebab kata dia biar selesa sikit. Lagipun bukan selalu aku beli baju mahal. Maka dengan itu, aku pun berjaya membeli baju itu! Yeay! Akhirnya aku miliki jugak sepasang baju daripada The Executive yang selama ini aku idam-idamkan. Terima kasih kepada duit elaun KPTM. Kerana anda, saya berjaya memilikinya!

p/s: Tak nak letak gambar baju tu.. Biar surprise~!

Rindunya Kamu Semua!

Bila dah masuk tahun baru nie mulalah terasa macam-macam perasaan dalam hati. Ada suka, ada duka, ada gembira dan ada juga yang hanya buatkan kita rasa nak marah je. Namun satu hal yang sebenarnya dah lama aku nak perkatakan adalah betapa aku merindui semua kawan2 aku masa kat Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi dulu. Walaupun aku nampak macam happy je sepanjang aku belajar kat UiTM Shah Alam nie, tapi jauh di sudut hati aku, sebenarnya aku sangat mengharapkan suasana yang seruapa dan orang yang serupa ketika aku di zaman persekolahan dulu. Tapi memang mustahil untuk semua itu berlaku lagi kan.

Seronoknya masa persekolahan tak usah ceritalah. Walaupun aku bergaduh hampir setiap hari dengan kawan-kawan baikku tetapi itu semua tak menghalang aku untuk mengecapi nikmat persahabatan. Sebut sahaja sape-sape pun: kelly, dila, kudo, aina, mirul, naim, zie, yen, acap, anis dan ramai lagi lah, semuanya faham siapa aku dan karakter aku tanpa perlu aku terangkan kepada mereka. Diorang nie tahu natural behaviour aku, apa yang aku buat dan boleh buat dan apa yang aku tak buat, tak akan buat dan tak mungkin aku buat lagi! Memang susah nak carik kawan yang macam diorang nie. Yang selalu ada di saat aku memerlukan seseorang untuk memahami situasi aku. yang selalu ada di saat aku dalam kesusahan setiap masa. Yang ada di sisi gelap hidup aku. 

Dila, aku kenal dia masa form 2. Bila dah start duduk sama-sama baru aku tahu hati budi dia. Kalau aku tengah panas , dia tak akan cakap sepatah haram pun dengan aku sampailah aku betul-betul sejuk. Aku banyak belajar benda-benda baru daripada dia. AKu sebenarnya sangat cemburu dengan dia. Sebab bagi aku, dia selalu dapat yang terbaik dan benda yang menjadi idaman dan impian setiap orang. Sedangkan aku kena lalu jalan yang susah untuk dapatkan sesuatu. Contohnya kepandaian dia. Tapi aku tahu, itu semua kurniaan Allah untuk dia yang tidak mungkin dapat aku pertikaikan. She deserves for what she have done!Aku rasa dengan dialah yang paling banyak aku gaduh sampaikan dah tak terlarat dia nak layan karenah aku. Banyak dosa aku dengan dia. Maafkan aku dila sebab selama nie aku asyik tak puas hati jek dengan ko. Tak lama lagi dia pun dah nak fly tinggalkan aku. Jangan lupakan aku Dila. Aku tahu aku mungkin tak akan dapat lagi kawan macam ko -Nadhila Binti Noor Kamarul Anuar-

Kelly, kawan yang rasanya susah sangat nak buat korang marah. Kelembutan dan tutur kata dia jarang menyakitkan hati mereka yang mendengar. Aku je yang selalu sakitkan hati ko Kelly! Kalau tengok muka dia pun terasa sejuk jek hati tu. Memang selayaknya dengan gelaran hajah yang dipikulnya sejak tahun 2008. Sentiasa memberi aku semangat dan sangat tahan melayan karenah aku yang macam budak kecik yang sengal nie. Masa form 3 dulu dialah yang banyak ajar aku pasal matematik. Dia jugak lah yang pujuk aku setiap kali aku menangis sebab tak faham or tak dapat buat soalan matematik! Dia jugak lah yang ajar aku erti menjadi seorang yang positif dalam segala aspek tanpa dia sendiri sedari. Aku cemburu jugak dengan dia nie sebab dia sayangkan sangat kelas 4 dedikasi dia tu. Aku cemburu sebab aku tak dapat jadi orang dalam kelas yang dia ingat sampai macam tu sekali and most importantly aku tak dapat kelas yang macam kelas dia masa form 4 tu! Dahla aku tak sama kelas dengan dia masa form 4 tu jek. Masa tu la pulak dia dapat kebahagiaan dalam kelas. Macam mana aku tak terasa. Seolah-olah kelas dengan aku macam tak best je. Tapi bila aku dah dapat kelas macam tu masa kat UiTM nie, barulah aku faham keseronokkannya dan apa yang dia rasa masa tu. Maafkan aku sebab selalu menyusahkan ko -Nur Khaliesah Binti Jamadon-

Kudo, aku mula kenal masa form 2 jugak. Mula2 nampak macam pemalu, lepas beberapa bulan transformasi berlaku!hahahaha! rupa-rupanya boleh tahan gak gedik minah nie. Tapi gedik yang tak over! Sangat cantik dan aku juga mencemburui kecantikannya itu. Sangat pandai dalam Add Math dan menjadi tempat rujukan aku jugak nie. Maklumlah orang lembab Math! Yang paling aku tak akan lupakan adalah saat dia selalu bertanyakan khabar aku masa aku sakit dulu. Asal aku tak datang sekolah je mesti dia tanya. Bila aku down, dia tak putus2 memberikan aku motivasi dan pembakar semangat untuk aku lawan kesakitan. Sangat terharu masa tu.Aku juga rindu saat-saat aku selalu keluar berjalan dengan dia. Tak lama lagi dia pun nak fly tingalkan aku demi mengejar impian menjadi seorang doktor. Aku harap sangat dia tak akan lupakan aku sebab aku tak akan pernah lupakan dia walau apa pun yang terjadi -Liyana Binti Sheik Muhammad-

Mirul, perkenalan singkat aku dengan dia masa form 5 tak menghalang aku daripada menjadikan dia salah satu sahabat karib aku! Sangat senang untuk bercerita semua benda dengan dia dan yang penting dia juga sama seperti rakan-rakanku yang di atas itu; tidak mudah menilai tindak tanduk aku dan tahu apa yang aku tak akan buat! Kerana itu dia kujadikan sebagai sandaran ketika aku senang dan juga ketika aku susah kerana dia juga begitu. Tidak pernah lekang dengan sokongan motivasinya terutama sekali part nak bagi aku kurus! hahahaha!Terima kasih banyak-banyak -Muhammad Amirulfaiz Bin Muhammad Akhairi-

Aku sangat menyayangi mereka seperti aku menyayangi ibu dan bapaku sendiri!

Sabtu, 1 Januari 2011

Seuntai Kata Penghias Rasa

Saujana mata di Danau Toba,
    Tempat menghilang rasa gundah;
Lantera keceriaan menjelang tiba,
    Membawa seribu nikmat terindah.

Harum cempaka berbunga biru,
    Petik bunga tiga setangkai;
Maju ke depan semangat baru,
    Harapan disemai cita-cita di tuai.

Ke hilir sungai membawa bubu,
    Terjerat seekor ikan sembilang;
Indah nian mengulit kalbu,
    Lantas mencetus inspirasi gemilang.

Berenang pantas si ikan haruan,
    Ditangkap oleh Raja Kembayat;
Paradigma dianjak tanda kemajuan,
    Semoga kekal ke akhir hayat.

Bunga pandan dalam cerana,
    Terhindar dari buruan si ulat;
Hati-hati mengatur rencana,
    Biar tersusun penuh tersirat.
 
Bunga kemuning luruh di hulu,
    Bunga melur setangkai diri;
Tahun baru mengganti yang lalu,
    Pasakkan jati penanda diri!

p/s: Hari ini tergerak pulak saraf2 otak aku nak buat pantun,kalau cikgu2 masa kat jalan emapt dulu terbaca satu jek saya nak cakap,mintak maaf banyak2 cikgu,sebab da lama tak karang pantun,pembayang pun dah tak tersusun sangat!