Isnin, 6 Disember 2010

Yang Berlalu,Yang Kembali,Yang Menanti


Pertama sekali aku ingin mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1433 bersamaan dengan 2010 masihi kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia terutama sekali kepada keluarga, rakan2 dan semua yang mengenali diri ini. Tanpa kita semua sedari telah banyak perkara yang telah berlaku sepanjang tempoh tahun yang lalu dan barang diingat bahawa lebih banyak yang menanti untuk diselesaikan dan ditemui. Namun, pernahkah kita perasan tentang perkara yang akan kembali dalam hidup kita setiap tahun, setiap bulan, setiap hari, setiap masa dan setiap saat?? Kalau nak teliti sebenarnya ada banyak perkara yang seumpama itu. Contoh yang paling ketara ialah solat. Walau apa pun yang berlalu, tetapi solat tidak akan pernah berlalu dalam kamus hidup seorang manusia selama mana ia masih bernafas di atas muka bumi ini. Malah, solat akan sentiasa datang dan menjelma setiap waktu bila sampai masanya. Selain itu, tanggungjawab sebagai seorang pelajar juga akan tetap kembali kepada semua manusia tak kira yang masih menuntut di sekolah ataupun universiti kerana ilmu itu tiada batasannya terumtamanya ilmu Allah S.W.T. Setiap kali maal hijrah menjengah kembali, azam baru akan ditanam. Tapi pernahkah kita terfikir untuk terus menanam azam agar dapat menambah lebih banyak ilmu didada tanpa mengira usia?? Soalan itu juga kutujukan pada diri sendiri.



Tirai 1433 hijri ini juga hendaklah dibuka dengan penuh keceriaan agar menjadi pendorong kepada azam yang baru dibina kerana banyak perkara yang menanti di hadapan untuk diterokai. Untuk aku, tahun ini aku mengimpikan untuk mencapai perkara yang paling aku inginkan sejak dari kecil iaitu melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang sekaligus menunaikan amanat arwah nenekku yang baru sahaja berlalu pergi pada tahun 1432 hijri. Banyak yang aku perlu lakukan untuk itu. Aku juga berazam untuk menurunkan berat badan aku semaksima mungkin! (Azam yang selalunya tak pernah mencapai sasaran...). Patut ke aku beli jusmate5 ddr uh?? hahahahaha! Memang tak la kan. Aku akan lakukannya dengan cara aku sendiri (kalau berjaya aku leh promosi pastu kalahkan DDR!!). Aku juga nak cabar diri aku sendiri untuk sentiasa menjadi pelajar yang sentiasa berada dalam senarai dekan sepanjang tempoh pengajianku jika diizinkan Allah..




Untuk perkara yang berlalu pula, terlalu banyak yang pergi meningglkan aku dan seluruh ahli keluargaku pada tahun 1432 hijri. Nenda tersayang dan  pak cik yang sangat pemurah dan penyayang, mereka pergi menjadi tetamu Allah di alam barzakh di saat kami semua masih mendambakan mereka di samping kami. Namun Allah lebih menyayangi mereka. Tidak kurang juga dengan kegembiraan semester satu yang berlalu pergi  namun meninggalkan sesuatu yang tidak akan pergi dari diriku iaitu kenangan terindah,suka dan duka sepanjang perjalanan semester satu sebagai pelajar asasi undang-undang~!

Sebagai mengakhiri kalam, aku pasti cabaran yang menanti dalam tahun yang baru ini lebih menguji kesabaran dan keutuhan iman. InsyaAllah aku akn sedaya upaya pastikan diri aku bersedia untuk menghadapi  semua kemungkinan itu. aku akan cuba mengubah diriku ke arah yang lebih baik. Firman Allah dalam surah Ar-Ra'ad  yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mungubahnya sendiri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan