Ahad, 8 Mei 2011

Mengait Kata Bersulam Ilham

Hari ini aku tergerak untuk menulis tentang karya-karya penulis-penulis novel di Malaysia. Ilham ini hadir tatkala aku sedang memandu pulang dari Kuala Lumpur ke Kajang. Hahahahaha! Tak boleh blah sungguh timing ilham nak datang ye~ Walau bagaimanapun, aku tetap nak tulis pasal benda ni kerana apabilas aku membandingkan jalan cerita ataupun plot sesebuah cerita dalam novel Inggeris ternyata lebih ironik dan lebih menarik. Plot yang dihasilkan oleh kebanyakan novelis Inggeris mampu memukau dan menarik perhatian pembaca seawal bab 1 dalam novel-novel yang dihasilkan.

Bukan niat di hati untuk mengagung-agungkan orang luar, tetapi sekadar mengambil inspirasi untuk kita bersama memperbaiki diri. Contoh yang paling ketara buat masa ini, bagi pendapat aku, dapat dilihat menerusi novel-novel John Grisham yang mampu menyelitkan unsur-unsur kemasyarakatan dan undang-undang pada masa yang sama. Tak ketinggalan juga novel-novel Jodi Picoult yang mampu membuatkan hati tersentuh dan pada masa yang sama juga mampu menarik seluruh imaginasi anda untuk turut merasai perasaan watak-watak yang digarap kemas dalam setiap karya beliau. Seorang lagi penulis yang aku begitu gemari karyanya ialah Khaled Hosseini. Khaled Hosseini ini merupakan seporang penulis yang berasal daripada Afghanistan dan karyanya yang paling aku gemari ialah novel yang bertajuk 'A Thousand Splendid Suns'. Melalui cerita ini, aku mendapat pelabagi informasi tentang hidup kaum wanita di Afghanistan sekitar tahun 1950-an hinggalah sekarang kerana mereka sangat berpegang teguh dengan adat resam dan budaya tempatan. Buku ini dua kali aku pinjam kat Perpustakaan Negara sebab aku mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan buku ini. 



Kisah ini memaparkan suka duka hidup seorang wanita yang bernama Maryam apabila dia lahir sebagai seorang anak luar nikah hasil hubungan sulit ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah keluarga bangsawan terkenal Afghanistan sekitar tahun 1950-an dengan salah seorang anak bangsawan tersebut yang sudah pun berkahwin. Dia dicemuh ibunya sendiri sehingga dia berasa malu untuk hidup diatas muka bumi ini. segalanya tentang hidup Maryam ini diceritakan sehinggalah ke hujung usianya.

Begitu juga dengan novel John Grisham yang bertajuk The Confession yang mengisahkan pengakuan yang dibuat oleh seorang pesalah seksual dan juga pembunuh disaat orang lain akan dihukum akibat kesalahan yang dilakukannya. Pesalah tersebut cuba untuk meyakinkan pendakwa raya dan juga hakim untuk menarik balik hukuman yang dijatuhkan ke atas mangsa keadaan tersebut. Menarik kan?



Apa yang aku cuba buktikan disini ialah, jika kita perhatikan, kebanyakan novelis moden di negara kita seakan-akan ketandusan idea untuk mencari isu-isu masyarakat yang lebih terkesan di hati pembaca. Plot yang dihasilkan seakan-akan cliche dengan novel-nevel yang telah dihasilkan sebelumnya dan jika penulis perempuan asyik dengan tema percintaan romantis ataupun konflik rumahtangga. Penulis lelaki pula tidak habis-habis dengan imaginasi mereka tentang aksi-aksi dan thriller tanpa diselitkan mesej serta plot yang boleh memberikan kelainan dari segi kompleks serta mampu membuatkan pembaca mendapat pelbagai informasi disamping mampu menjiwai jalan cerita tersebut. Dalam erti kata yang lebih mudah, kebanyakan novelis di Malaysia masih gagal untuk menjurus ke arah garapan karya yang lebih bermakna dan memberi kesan terhadap pembaca.

Namun, dalam kemelut ini terselit jua butir-butir bintang yang masih mampu memberikan sinar kepada bidang penulisan kreatif di Malaysia. Contoh novelis moden yang paling sesuai kurasakan ialah Ramli Awang Murshid dan juga Sharifah Abu Salem. Ramlee Awang Murshid sememangnya terkenal dengan penulisan bergenre thriller dan aksi serta fantasi yang menuntut ketajaman akal pembaca untuk berimaginasi. Karya-karya Ramlee Awang murshid biasanya mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana beliau memperuntukkan waktu yang banyak untuk menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai jalan cerita yang bakal dihasilkan.  Jika anda berksesempatan ataupun pernah membaca karyanya pasti anda seakan-akan tidak mampu membezakan yang fiksyen ataupun fakta kerana beliau menyulam plot ceritanya bersama fakta-fakta daripada hasil kajian beliau untuk 'menghidupkan' lagi jalan cerita tersebut. Kepada peminat novel beliau pastinya anda mengikuti perkembangan siri novel Bagaikan puteri yang kini sudah sampai ke siri kelimanya yang bertajuk Sutera Bidadari.






          





Sharifah Abu Salem pula terkenal sebagai seorang penulis novel dan juga penulis skrip drama TV yang berjaya. Karyanya sering berkisar tentang realiti kehidupan masyarakat dan pasti menerapkan elemen kekeluargaan yang sarat dengan permainan emosi. Pokok pangkalnya kualiti novel yang dihasilkan amat tinggi pada pandangan aku dan tidak hairanlah jika drama Trilogi Cinta yang diadaptasi daripada tiga novel sirinya mampu mencapai rating penonton sehingga 1.5 juta pada setiap siaran!

Kesimpulannya, aku pasti penulis kreatif di Malaysia punya idea yang segar dan bernas cuma masih belum dikembangkan ideanya menjadi buah garapan fikiran. Namun, suatu hari nanti sekiranya lebih banyak bengkel penulisan kreatif dan perbincagan sesama penulis diadakan untuk berkongsi pengalaman menulis diadakan, aku pasti karya novel di negara kita akan mencapai zaman kegemilangannya seperti zaman kegemilangan Ranjau Sepanjang Jalan, Salina dan Siti Nurbaya.




p/s: Tapi aku juga turut menyukai karya Anis Ayuni dan juga Aisya Sofea yang mampu menawan hati perempuanku~ Turut mencuit hatiku adalah karya garapan penulis baru Wana Amani.



Sabtu, 7 Mei 2011

Cerita Cliche Tapi Berlainan

Ouhhh What a tiring week! Dalam minggu nie je macam-macam hal jadi dalam hidup aku. Daripada hari Isnin sampailah ke hari Jumaat tak henti-henti perkara-perkara wow, uh dan ahh berlaku. Tapi yang paling best aku nak cerita kali ni adalah mengenai cerita kanak-kanak riang di tadika tempat aku mengajar tu.

As you all know and for those who don't know yet, aku ajar budak-budak nie baca Iqra' dengan Agama Islam. Maka setiap pagi kecuali hari Rabu mereka akan membaca Iqra' tu depan aku. Cuma seorang je yang dah masuk Iqra' 2. Yang lain masih lagi guna buku 1. Kalau time parents kita mengaji bahkan time kita sendiri mengaji dulu-dulu mesti ustazah/ustaz/tok guru kita pegang rotan dan kalau salah sebut lepas berkali-kali diajar memang kena sembur punyalah! Tapi lain sungguh dengan budak-budak zaman sekarang. Pantang ditegur sikit, mulalah nak menangis meraung!


Jujur aku katakan setakat ini aku dah rotan dua orang budak sebab dah dua hari aku ulang berkali-kali huruf yang sama, tapi tak boleh nak ingat dan baca. Yang perempuan tu dahlah tak ingat, nak bukak mulut pun susah bukan main. Tapi kalau bersembang atau bergaduh dalam kelas bukan main kuat lagi suara tu. Yang lelaki tu walaupun aku rotan dia tapi setitik pun dia tak menangis malah, aku bangga dengan dia sebab dia terus boleh ingat dan bezakan huruf kof dengan kaf. Rotan tu bukanlah aku pakai sebat je satu badan dia. Setakat rotan perlahan kat tapak tangan dia. Merah pun tak. Tapi tak payahlah cerita yang kena rotan, yang tak kena rotan tapi kena marah sikit je pun nak menangis jugak! Sebabnya dia main tibai je sebut huruf apa-apa yang terlintas kat otak dia masa tu tanpa fikir itu huruf apa. Mana tak hangin aku! Macam mana nak baca Al-Quran nanti kalau pakai tibai je baca??

Lagi satu yang aku terkejut, ada sorang budak tu siap hafal lagu Lucifer tu sebijik-sebijik. Terkejut aku mendengarnya! Aku pun tak ingat sangat lagu tu tapi dia hafal! Tapi bila suruh baca Iqra' slow je. Tak selancar dia nyanyi lagu Lucifer tu. Kalau masa buat amali solat, al- Fatihah pun tak hafal lagi! Nasib baik dia ni jenis yang cepat ingat tapi bila datang mood malas dia tu memang lambatlah dia baca. Memang cerita seumpama ini kedengaran cliche tapi ianya berbeza mengikut peredaran zaman. Betapa pengaruh lagu dan hiburan lebih terkesan di minda kanak-kanak daripada kalimah Al-Quran.

Begitulah ceritanya. walaupun cuma lapan orang sahaja yang mengaji dengan aku tapi bermacam-macam ragamnya. Walaupun begitu, mereka ini semuanya mempunyai potensi untuk menjadi pelajar cemerlang disekolah mereka kelak.

p/s: Skill dirving aku diuji apabila aku kena ulang alik dari Putrajaya ke Bangi dan sekitar kawasan perumahan Bangi sebab kena buat sevice transport untuk budak-budak ni. But I like~


Rabu, 4 Mei 2011

Seribu Rasa Menjadi Satu

Siang tadi aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon yang amat kunanti-nantikan selama dua bulan ini. Satu panggilan yang akan merealisasikan impian pekerjaan aku untuk cuti yang panjang ini. Disaat aku hampir berputus asa kerana tidak mahu utnuk terus meletakkan harapan pada sesuatu yang tidak pasti, bunga harapan aku kembali mekar dan mewangi~ Hahahahaha~

Nak tau apa itu?? Aku ditawarkan untuk menjadi seorang guru ganti di sekolah menengah lamaku sendiri!!! Ala-ala sirih pulang ke gagang gitu. Hahahaha! Gembira memang tak payanh nak cakaplah kan. Tapi terselit jugak perasaan sedih, takut dan risau. Asbabnya??


1. Aku masih belum dapat gaji di tempat aku bekerja kini.Sedangkan, aku cuma ada sampai minggu depan sahaja untuk terima tawaran jadi guru ganti tu. Maknanya aku cuma ada sampai hujung minggu ini sahaja untuk bagitau pada majikan aku sekarang yang aku nak berhenti sekaligus aku nak lah gaji aku untuk bulan lepas. Masalah di tempat kerja aku sekarang hampir kesemua pekerja yang ada berhenti. Bukan sebab dia tak bayar gaji tapi sebab mereka ditawarkan pekerjaan yang lebih baik. Begitu juga dengan aku. Serba salah aku dibuatnya. Aku takut majikanku itu tak nak bayar gaji aku sebab aku nak berhenti mendadak. Melepas gaji aku sebulan~

2. Aku takut juga jika tawaran untuk menjadi guru ganti itu hanyalah untuk sebulan sahaja. Ini akan membuatkan aku terlepas peluang untuk mendapat gaji setiap bulan. Kan ke namanya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...

3. Sedih juga turut kurasakan untuk meninggalkan adik-adik di tempat aku mengajar sekarang ini. They are fast learners. Hanya dalam masa sebulan sahaja mereka sudah mampu untuk mengingat tertib solat fardhu. aku bangga dengan mereka semua. Tapi impianku harus dikejar. Apatah lagi telah terbentang luas di depan mata!

Kesimpulannya, semua rasa seakan bergabung menjadi satu untuk satu peristiwa ynag membahagiakan hidupku untuk hari ini!

p/s: Excited untuk menjadi guru di tempat belajar sendiri. Hahahaha! Insya Allah. Amin~

Isnin, 2 Mei 2011

Virus Demi Virus

Wahhh sejak Prince William dengan Kate Middleton kahwin hari tu, rasanya ramai yang dah terasa nak kahwin jugak kan?? Ditambah pulak dengan kemunculan Prince Henry yang sangat tampan dalam kaca tv semua orang hari tu. Tapi kan, bukan setakat virus tu je yang berjangkit dekat aku, tapi ada virus-virus luar juga yang turut melekat sama kat badan aku ni. Virus apa?? Virus nak pergi London~ Reasons??

1. Aku akui Royal Wedding tu antara pembawa utama virus ini kat aku. Bila tengok kat dalam tv tu, perghhhhh cantiknya pemandangan kat sana. Lepas tu yang bestnya nampak sejuk je walaupun sekarang tengah spring! cuba tengok nie----------->



2.Sekarang nie aku tengok ramai sangat yang nak berjalan ke London tu. Ex-roomate aku nak pergi London bulan 6 nie, jiran aku pun nak jalan-jalan kat London bulan nie. Haihhhhhh nape la aku tak keje lagi.....Kan best kalau dah kerja lepas tu ada duit gaji yang banyak dan phewwww fly to London and Europe!

3. Pengaruh novel juga turut membawa virus ini terhadapku. Novel yang baru sahaja aku lepas habis baca tu memang separuh daripada jalan ceritanya berlatarbelakangkan tempat-tempat di sekitar London dan Nottingham. OHHHHHHH~!!! Menjerit-jerit batinku untuk ke sana. 

Macam ni, aku sebenarnya dah siap merangka-rangka plan yang aku nak buat dan reason kenapa aku harus ke London suatu hari nanti. Aku sangat berharap aku dapat ikut Pandu Puteri untuk ke Pax Lodge dan lepas tu bolehlah aku sightseeing London sekali sebab dia memang ada pakej untuk jalan-jalan kat London kalau dah duduk dekat sana. 

Ok lah.Cukuplah aku plan sampai situ sahaja. Kalau ikutkan hati memang banyak lagi aku nak tulis tentang angan-angan aku tentang perjalanan aku dari Malaysia menuju ke London. Kalau boleh, start dari airport sampailah ke sana aku nak tulis angan-angan aku tu tapi aku ada terbaca dalam majalah baru-baru nie yang mengatakan bahawa Islam melarang umatnya berangan kerana ianya perbuatan yang sia-sia. Maka aku nak ikutlah seruan itu walaupun aku sendiri kadangkala merasakan aku perlu berangan dalam sehari sebab dari anganan aku membina azam.

p/s: Jauh kurasakan perjalanan hidupku sebelum aku dapat ke sana dengan duitku sendiri. Yang tak bestnya nak mimpi pun aku tak dapat tau!