Rabu, 27 Oktober 2010

Gerah Hidup

Sebelum aku nak mula cakap pasal post hari nie,aku nak ucapkan takziah kepada rakan sekelasku di UiTM Shah Alam,Abdul Khaliq Nazeri yang baru sahaja kehilangan nenda tercinta 2 hari yang lepas..Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman dan sentiasa dicucuri rahmatNya..Amin..Baiklah..Apakah yang dimaksudkan dengan gerah??Menurut kamus Komsas KBSM olahan Dr.Othman Puteh nie,gerah bermaksud kemalangan @ kecelakaan @ nahas.Seperti peristiwa yang baru dialami oleh sahabatku,kita smua tak lepas daripada mengalami kemalangan dalam hidup.Kemalangan itu sendiri membawa maksud yang sangat universal.Segala2nya harus kita tempuhi selama mana kita masih bernafas atas muka bumi nie.

Setiap orang ada kemalangan dalam hidup yang berbeza situasinya.Kadangkala kita kemalangan yang menimpa itu langsung tidak tercapai dek akal waras kita..Namun itulah takdir tuhan yang harus kita lalui dengan tabah.Dalam hidup aku,masih belum banyak gerah yang aku lihat sepanjang usia kehidupan aku dan aku tahu aku akan menghadapi dan melihat pelbagai lagi rintangan dan onak dalam hidup.Setakat ini,kemalangan yang paling berat menimpa hidup aku juga sama seperti sahabatku itu.Kehilangan nenek aku pada hari pertama dan kuliah pertama semasa aku memulakan pengajian di UiTM Shah Alam.Walaupun aku tahu,usianya yang sudah mencecah 82 tahun itu tidak memungkinkan dirinya untuk terus hidup lebih lama lagi walaupun kemungkinan itu tetap ada.Tapi,apa yang membuat aku terkilan,aku tidak sempat untuk membacakan walaupun sebaris ayat surah Al-Fatihah untuknya,apatah lagi membacakan surah Yaasin untuknya.Aku masih keuuzuran ketika itu.Sedangkan sepupu2ku yang lain sempat membacakan surah2 Al-Quran untuknya semasa nenekku terlantar sakit di ICU Hospital Putrajaya.Paling menyedihkan,ketika aku melawatnya di rumah mak cikku 2 hari sebelum dia koma semasa aku pulang bercuti sempena hari wesak.Walaupun keletihan selepas menjalani orientasi di UiTM,aku gagahkan diri aku untuk berjumpa dengannya.Nasib baiklah aku pergi juga bertemu dengannya kerana itulah kali terakhir aku mendengar suaranyaSebelum masuk waktu Maghrib hari itu,dia memanggil2 namaku.Apabila aku datang,dia memelukku sambil mengatakan "Hidayah,nani rasa dah sampai masa nie,jaga diri baik2,belajar betul2,jaga mama dengan babah,nani dah tak ada dah nie.."sambil mengerling kepada ibu dan ayahku dia juga sempat berkata,"mak dah tak ada nie Mah,Anuar.."Betapa pilunya hati aku..Aku menangis semahu2nya dalam pelukannya.Sungguh,semangatnya untuk hidup memang kuat.Arwah nenekku sempat berpesan kepadaku semasa aku mengkhabarkan kepadanya tentang tawaran yang aku terima untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan.dia cakap aku mesti belajar course tu dan jadik macam bapak dia,seorang majistret!Dia jugak berhasrat untuk melihat aku mengambil segulung ijazah dalam bidang undang2.Namun hasratnya tidak kesampaian..

Aku tahu,itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan mereka yang pernah kehilangan ibu bapa atau adik beradik sendiri.Pastinya lebih perit rasanya.Bagi aku,perkara yang paling banyak akan menimbulkan gerah dalam hidup ialah apabila kita mengingkari suruhan Allah S.W.T..Percaya atau tidak,telah banyak ornag2 seperti ini kulihat dan hidup mereka sentiasa dirundung malang.Ingatlah bahawa mereka yang mereka yang mengingkari suruhan Allah itu sentiasa termasuk dalam golongan orang2 yang rugi..Hurm,itu sahaja post untuk hari ini..Maaf kalau post ini mengguris hati sesiapa.Yang baik dan sempurna datang dari Allah..Yang kurang dan buruk itu datang dari kekhilafan diri aku sendiri sebagai seorang manusia biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan