Ahad, 30 Januari 2011

Sedetik Lebih

Macam tajuk lagu Anuar Zain pulak ye. Tapi tak ada kena mengena pun dengan lagu tu. Entahlah, bila aku muhasabah diri aku sendiri, aku macam nak ubah segala-galanya tentang diri aku. Kadangkala aku rasa macam nak jadi jahat sangat, tapi aku tahu tak cium bau syurgalah aku jawabnya. Tapi aku selalu terfikir yang aku nak ubah rasa lembut hati aku yang selalunya memakan diri aku sendiri. Walaupun orang nampak aku macam kerek je all the time, tapi itu semua luaran je. Selalunya bila aku marah kat orang atau aku moody, aku akan rasa bersalah sampai terbawa-bawa dalam tidur. Bila aku fikir dan ikut dark side of my heart nie, aku teringin sangat nak jadi orang yang tak fikir apa-apa pun pasal orang lain dan biarkan saja semua yang dah jadi berlalu begitu saja tanpa ada apa-apa yang berubah.

Kadangkala juga aku teringin nak jadi seorang yang mampu menahan rasa amarah tanpa berlembut hati. Bukan lama tapi cuma sedetik lebih! Aku ingin berdiam seribu bahasa walaupun sedetik lebih. Walaupun aku tahu kelak perkara itu akan memakan diri aku sendiri kerana aku mungkin akan hidup dalam kesunyian tetapi aku rasa mungkin itu lebih baik daripada aku terus menyakiti hatiku dan hati orang lain.
Aku selalu mengimpikan supaya semua orang-orang disekelilingku memahami apa yang aku rasa. Kenapa aku jadi begitu, kenapa aku jadi begini. Semuanya itu bersebab! Aku belum sampai lagi ke tahap untuk marah dan merajuk tanpa sebab. Mungkin orang tak akan perasan apakah sebabnya tapi itulah hakikatnya. Jika aku berubah hari itu, pasti ada asbab di sebaliknya. Katalah apa sahaja pada diriku, namun itu tak akan merubah apa yang telah semula jadi berada dalam diriku.

Tapi aku sedar, Allah murka pada hambaNya yang berniat ke arah kejahatan. Lalu aku pasakkan dalam diriku agar mencipta suatu azam yang perlu kucapai dalam tahun ini juga! Azam itu adalah untuk menjadi seorang yang lebih ceria dan kurang bercakap walaupun cuma sedetik lebih... Bukan apa, aku selalu berasa terkhilaf setiap kali aku membuka mulutku ini. Setiap hari pasti akan ada hati yang kulukai. Oleh itu, aku perlu mendidik diriku untuk mengurangkan percakapan dan hanya bercakap perkara yang perlu. Ya Allah, bantulah hambaMu ini dalam mengubah dirinya sendiri!

p/s: Maaf kepada sesiapa yang selalu kulukai hatinya selama ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan