Isnin, 28 Februari 2011

Biarkan Aku Begini

 Semalam hujan turun lagi.. Sedihkah dia?? Dia sendiri tiada jawapannya. Namun satu ynag pasti dia akan tetap begitu selama mana dia masih lagi belum ketemu den gan masa depannya yang lain dari itu. Dia punya pelbagai teman dalam hidupnya. Dia punya semua yang diperlukan. Pun begitu dia masih mahu lebih. Dia tetap bermimpi tinggi. Lalu, apabila terjatuh dia luka dengan parah. Tetapi dia belum serik walaupun selalu saja asanya hilang.

Kata diri kepada diri, "apa yang kau mahu dalam hidupmu??"

"Aku mahu kebahagiaan dalam hidupku"

Tanya diri kepada diri lagi, " Bukankah kau telah perolehinya?? Lalu mengapa kau masih begini?? Kau manusia tamak!"

"Aku tak minta lebih, aku hanya mahu seperti yang kuimpikan, tetapi aku selalu dapat yang lain walaupun bukan itu yang aku minta. Jadi salahkah aku hanya kerana aku mencari apa yang aku inginkan dalam hidupku??"

"Kau manusia tamak!"

"Biarkan saja aku begini. Kelak pasti akan aku temui"

__________________________________________________________________________________

Hari ini cerah! Semuanya riang. Hatinya juga begitu. Sekali lagi dia ketemu dengan semua kebahagiaanya di situ. namun sekejapan hatinya panas seterik mentari menyinar. Kenapa??

Kata diri kepada diri, " Hah, apa lagi yang tidak kena dimatamu sekarang wahai anak manusia??"

"Kebahagiaanku dirampas!"

"oleh siapa??"

"Oleh kebahagiaan orang lain! Sungguh aku benci padanya, kerana itu jualah dia berjaya merampas kebahagiaanku!"

"Tak perlu kau rasa begitu kerana ia berlaku kerana kesilapanmu jua yang tidak pernah benar-benar menghargai kebahagiaanmu itu saat ia masih ada bersamamu." kata diri kepada diri.

"Tapi aku hanya manusia biasa yang selalu alpa!"

" Begitu jua dengan kebahagiaanmu itu!"

" AAAAAAAAAAHHH!!! Aku tak kira, dia rampas kebahagiaanku dan biarkan aku keseorangan di sini. AKU BENCI PADANYAAAAAAAAAAA!"

" Kau fikir dia tidak benci padamu, wahai anak manusia?? Apa yang datang pasti pulang kepadamu!"

" Biarkan aku begini! Aku tidak perlu sesiapa dalam hidupku!Lenyapkan semua ini kerana ia sungguh menyiksaku! Sumpahku padamu, aku akan membuatkanmu hidup dalam kereseahan diburu rasa silap terhadapku!"

" Kau hanya manusia hina ynag tidak langsung layak untuk berkata begitu~!"

__________________________________________________________________________________

Pada suatu masa dan ketika, terdapat dua batang pokok yang hidup subur dan sejahtera. Salah satu daripada pokok itu berbuah dengan lebatnya dan sebatang lagi hanya berbuah dalam kadar sederhana. Pokok yang berbuah dengan lebat itu berasa sangat gembira kerana hari-harinya dipenuhi dengan hasil yang sangat memuaskan. Dia selalu membanggakan dirinya sendiri kerana mempunyai buah yang cantik dan masak dengan elok. Setiap kali orang melintasi pohon itu pasti akan dicanang cerita tentang pohonnya yang mampu menghasilkan buah yang manis dan segar. Berlainan pula ceritanya dengan pohon yang satu lagi itu. Musimnya berbuah tidak diketahui dan buahnya tidak pernah disentuh orang kerana berbuah diluar musim dan buahnya tidak sebagus pohon yang lebat buahnya itu.

Malang tidak berbau, ribut taufan datang membadai tanah bertapaknya kedua-dua pohon itu. Pada ketika itu, pohon ynag dibanggakan itu sedang lebat berbuah. Habis semua buahnya gugur ke bumi dan membusuk. Walaubagaimanapun, pohon yang sederhana buahnya itu terlepas daripada musibah itu kerana ketika taufan membadai tanah itu, pohon itu berada di luar musin berbuah kerana ia berbuah di luar musim buah biasa. Maka ia pun terselamat daripada bencana tersebut. Lalu, hilanglah kemegahan pohon yang subur itu kerana selepas taufan membadai, buahnya tidak lagi seperti dahulu; buahnya sentiasa ,masam dan banyak yang berkulat. Lebatnya juga tidak seperti dahulu. Akan tetapi pohon yang sederhana itu tadi kini berbuah dengan lebat dan subur. Sekiranya datang taufan membadai, ia tetap utuh dan teguh kerana akarnya yang menunjang memasak bumi dengan erat.

Kini, tinggallah pohon yang dimegahkan dulu itu kesepian kerana tiada lagi buah menggayutinya, tiada lagi cerita tentang kehebatan buahnya dan tiada lagi orang yang ingin melintasinya. Apa yang tinggal hanyalah anai-anai yang mereputkan setiap ranting dan dahan pohon itu. Akhirnya pohon itu reput dan menyembah bumi sebagai pohon mati yang tiada gunanya lagi untuk manusia..

Mungkin begitulah akhirnya hidupku.. Sepi tanpa sesiapa disampingku kerana kealpaanku sendiri..Tiada yang serasi denganku untuk tempoh yang lama..Tiada yang menjadikan aku istimewa dan mampu dikenang sebagai kenangan terindah dalam hidup mereka.. Tiada yang mahu berkongsi cerita hidupnya denganku dan tiada yang menarik dariku untukmu semua!

p/s:  tiba-tiba rasa macam tak nampak future sendiri...alone, lonely or surrounded??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan