Sabtu, 15 Januari 2011

Ingat-ingat

Sebenarnya aku nak cerita pasal benda yang lain sikit hari nie, but it turns out the other way. Sebabnya dari semalam aku perasan satu perubahan yang agak menakutkan dalam diri bapak aku which scares me a lot! Sejak akhir-akhir ni baru aku perasan yang bapak aku banyak lupa apa yang dia pernah cakap dekat aku. Tapi tak lah nampak sangat perubahan tu. Cuma yang paling aku terkejut sekali tadi dia ulang balik cerita yang sama dia cerita kat aku semalam and bila aku angguk dia tanya, "babah dah cerita ke benda nie dekat dayah??" Bukan apa, bapak aku nie bukan jenis yang pelupa kecuali letak barang kat mana tu memanglah dia selalu lupa. Aku pun selalu lupa benda tu. Tapi sekarang ni banyak dia lupa. Aku takut sangat. Aku takut dengan kata-kata orang pasal lupa nie. Ya Allah, hindarkanlah penyakit lupa dalam diri kedua orang tuaku dan panjangkanlah usia mereka sehingga dapat melihat aku berjaya dalam hidupku ini. Amin~

Ok lah, untuk tak nak menampakkan kesedihan dalam post ini, maka aku pun nak share dengan anda, anda dan anda semua satu benda yang aku baca kat facebook tadi. Link yang diletak oleh Wati2 @ Azwa Asham pasal memilih pasangan hidup kerana Allah S.W.T. Sangat menarik artikel tu. Benda tu aku rasa sangat memberi inspirasi untuk membentuk dan melenturkan rasa cinta yang datang dalam diri kita setiap kali kita jatuh hati pada seseorang. Pada pendapat aku sendiri, aku lebih suka memikirkan Allah setiap kali aku rasa suka pada orang. Sebabnya rasa damai yang sangat indah akan datang dengan semulajadi setiap kali aku berbuat begitu. Aku pun tak tahu apa erti sebenar benda tu tapi aku yakin mungkin itulah rasanya bila kita mencintai Allah dan tidak mustahil itulah rasa cinta Allah kepada kita setiap kali kita mencintaiNya. Tak percaya korang try sendiri! Selain itu, aku buat macam tu sebab aku takut kalau aku akan lari dari landasan yang betul apabila kita suka pada seorang manusia. Aku tak nak jadi obses atau menyanjung orang yang aku suka lebih daripada aku menyanjung Allah di mana sahaja. Aku takut perbuatan yang aku canang aku tak suka pada orang lain akan terjadi pada aku sendiri. 

Aku jenis orang yang suka bercakap dalam hati apabila aku nampak sesuatu yang berlaku depan mata aku. Aku jugak suka cakap dengan diri aku sendiri, berfikir, menganalisis, membuat kesimpulan dan memendam rasa dalam hati bila sesuatu yang baru berlaku kepada aku. aku belajar benda baru daripada pengalaman hidup kau sehari-hari. Oleh itu, aku harus kuatkan minda aku supaya  mengingati Allah setiap waktu agar aku tak terhanyut dibuai perasan dan rasa yang datang dalam diri. Supaya aku tak menjadi kata dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih. Aku tahu bukan senang nak suka orang yang kita temui kerana kita sama-sama mencari keredhaan Allah sebab kita akan lebih terdorong untuk jatuh hati pada keindahan fizikal orang tu. Oleh yang demikian, pada pendapat aku adalah lebih baik jika kita tetapkan hati kita untuk sentiasa mengingati Allah pada setiap kali kita rasa diri kita terlalu suka dan sayang pada seseorang itu kerana nescaya Allah akan membimbing hati kita dengan sendirinya sama ada lelaki itu tepat buat kita atau tidak.


Kadangkala kita jugak tak boleh nak tunjukkan yang kita terlalu riak dan angkuh dalam mengggambarkan betapa alimnya hidup kita nie. Cukuplah bercakap sekadar dengan niat untuk mengingatkan diri sendiri dan pada masa yang sama boleh beri pengajaran kepada orang lain atau dalam erti kata lain berhikmah. Sebab ada seorang hamba Allah ini yang kukenali dulu sangat memandang serong terhadap mereka yang berbuat dosa dan cenderung untuk memilh kawan yang tertentu. Tetapi akhirnya dia sendiri terjebak dalam dosa yang suatu ketika dulu dipandang serong olehnya. Tambah parah, perkara tersebut dibesarkan lagi di facebook dengan menunjukkan betapa dia menyayangi kekasihnya itu. Terkejut sungguh aku bila tengok kat wall boyfriend dia tu yang merupakan junior aku masa sekolah dulu. Jika Allah nak terbalikkan perasaan itu, sekejap je Allah boleh buat. Maka janganlah kita terlalu angkuh dan riak dalam menyebarkan ajaran Islam yang suci ini.

p/s: Aku juga ingin mengingatkan diriku sendiri kerana aku hanyalah manusia biasa yang lancang bertutur kata, mudah bereaksi dan tak lari dari kesilapan duniawi dan syarie..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan