Ahad, 9 Januari 2011

Impian,Anganan,Harapan~

Walaupun aku tahu tujuan aku tulis blog nie dah tersasar dari tujuan asal aku, tapi masih jugak aku nak tulis benda nie dalam post baru aku. Aku harap nanti aku dapat kembali ke tujuan asal kau tulis blog nie sebenarnya. Ok! Cukup dengan itu. Sekarang aku nak cakap pasal topik hari ini. Pernah tak korang ada angan-angan?? Angan-angan yang disulami dengan harapan lalu menjadikan ia sebagai satu impian! Aku pernah dan masih lagi begitu. Aku bukan nak cakap pasal impian biasa macam yang aku dah pernah cakap dalam previous post tu. Tapi inilah impian aku yang aku sulamkan dengan impian-impian aku yang lain dan jarang sekali diceritakan.

Aku sulam benang emas sayang dalam impian itu,
Aku songketkan selembar harapan dalam impian itu,
Aku hiaskan dengan sejuta anganan untuk impian itu.

Aku cantingkan warna dan corak yang indah sebagai pelengkap impian itu,
Walaupun terpaksa menunggu beribu tahun untuk kulihat hasilnya,
Mungkin akan luntur warnanya,
Tapi tak mengapa,
Kerana aku akan sentiasa peliharanya,
Sehingga ke hujung nyawa.

Kata orang sehari selembar benang lama-lama menjadi kain,
Begitu juga aku memintal kesetiaan,
Membentuk kain kasih yang tak reput dek hujan tak lekang dek panas,
Walaupun kutahu kain itu hanya aku yang maklum kecantikannya,
Walaupun aku tahu, kain itu mungkin tidak akan pernah sampai ke tangan penerimanya.

Walaupun nampak macam jiwang betul entry kali nie, tapi itulah yang aku pendam selama ini. Aku menangguk di air keruh. Kata semua, jangan membuang masa menanti pada yang tak pasti, tapi dah bertahun aku menanti dan aku masih lagi ingin menanti walaupun aku tahu mungkin ia akan menjadi belati untukku kelak. Kerana aku yakin dengan kata hatiku dan segala petunjuk yang diberi Allah.

p/s: Sebab itulah aku suka dengan batik sutera dan songket! Kerana aku merasakan dua benda itu sangat simbolik untuk kasih dan sayang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan