Jumaat, 21 Januari 2011

Teman Terulung

Dulu masa aku naik naik tingkatan satu, aku ada satu dilema. Nama dilema tu Antara Jalan Dua Atau Jalan Empat. Hati aku lagi berat untuk sambung sekolah menengah kat SMK Bandar Baru Bangi @ JAlan Dua sebab ramai kawan aku ada kar sana dan sebab sekolah tu tak lah nampak spooky macam Jalan Empat (sebab masa tu sekolah tu baru jek bukak and tak ramai students lagi). Lalu, atas nama anak yang solehah, aku pun ikutlah cakap mak aku untuk melanjutkan pelajaran tahap menengah aku di SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.

Aku akui, aku macam kena cultural shock sikit bila masuk kat sini sebab mostly kat sini semua orang pandai-pandai and anak orang kaya. Ambil masa jugaklah untuk aku setup diri aku kat sini. Aku masih ingat lagi, ada seorang cikgu lelaki yang semua orang cakap beliaulah yang paling handsome kat dalam sekolah tu oleh sebab matanya yang nampak macam pakai contact lens. Beliau mengajar subjek sivik yang pada masa itu diperkenalkan semula dalam sistem pembelajaran sekolah di seluruh Malaysia. First impression aku, cikgu nie memang kelakar. Bayangkan, masuk kelas setiap hari tak pernah pakai kemeja melainkan seluar track dengan tshirt sukan. Memang dia kelakar pun. Aku rasa semua orang suka dengan cara beliau mengajar. Yang paling aku respect kat cikgu nie sebenarnya beliau ada degree untuk ajar bahasa inggeris, tapi sanggup ambil opsyen sebagai guru sivik dan PJK sebab beliau kata beliau kena selalu keluar untuk aktiviti sukan kat luar.

Walaupun macam-macam cerita aku dengar pasal cikgu ni (not to mention here!), rasa hormat aku padanya tak pernah luntur walau sedikit pun. Bagi aku beliaulah wira kat Jalan Empat nie sebab dia berjaya menaikkan nama sekolah kami dalam persada sukan dnegan usaha gigih beliau melatih skuad bola dan sofbol Jalan empat sehingga berjaya menempa kejayaan tanpa mengira penat dan lelah. Aku rasa kalau beliau tak wujud di sekolah tu, mungkin nama kami tak akan dikenali dalam bidang sukan melainkan hanya dalam bidang akademik sahaja. Bukan aku tak tahu, skuad bola kami pernah disindir kerana tak pernah dikenali dalam mana-mana kejohanan. Masa itu team bola kami baru je nak naik namanya. Tapi berkat sentuhan cikgu ni, maka kami berjaya dikenali dalam arena kejohaan bolasepak MSSDHL malah sampai ke peringkat negeri pun dah.

Dari segi kebajikan pelajar, aku tak nafikan cikgu nie memang ambil berat tentang semua pelajar-pelajar. Walaupun dia selalu tak ada kat sekolah, tapi dia tetap ambil tahu tentang anak muridnya. adapun kadangkala cara dia kasar dalam menegur dan mendisiplinkan pelajar terutamanya pelajar lelaki, tapi dia tidak pernah berdendam dengan pelajar itu. Semua pelajar pun tidak pernah berdendam dengan dia sebbab kami rasa dia sayangkan kami. Dan kami juga menyayanginya.

Tapi, sekarang Jalan Empat sudah kehilangan wira mereka. Tiada lagi penyeri suasana. Tiada lagi legend kat sekolah tu yang mampu disayangi semua pelajar. Walaupun aku sudah tidak menjadi pelajar di sekolah itu, namun aku tetap merasa dukacita atas pertukarannya ke sekolah lain. Aku tak pasti mengapa dia bertukar walaupun aku tahu dia pernah menyatakan hasrat hatinya untuk bertukar ke sekolah lain suatu masa dulu. Namun aku pasti, ada sebab yang kukuh di sebalik itu. Semoga berjaya cikgu di sekolah yang baru! Selagi adanya Encik Muhammad Hanafi Bin Md Yaasin saya yakin pasti akan ada wira sukan handalan!

handsome kan??

p/s: Paling saya tunggu setiap minggu masa sekolah dulu ialah masa sivik. Tapi bila cikgu tak masuk frust jugaklah. Walaupun cikgu mungkin tak kenal dan ingat saya macam cikgu kenal dan ingat anis, arif,hilal,yusof,helmi dan yang lain, tapi saya tetap akan ingat cikgu sebagai salah seorang teman terulung saya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan