Sabtu, 16 Oktober 2010

Manikam Kalbu Part 1

Okeydokey!post hari nie agak unik sikit sebab aku nak cakap pasal asal usul baju kurung.Kalau sekali jeling,memang macam bosan jek korang akan rasa pasal topik nie..Aku pun mula2 rasa macam tu jugak..tapi setelah aku terbaca satu novel yang menceritakan asal usul baju melayu nie,aku sangat mengkagumi sejarah penciptaan baju ini..tajuk novel tu memang Manikam Kalbu karya Faisal Tehrani..cerita pasal nie dah pun di buat drama pendek time hari raya hari tu kat TV3..tapi x la lengkap sangat sebab dia pendekkan cerita..

                                 

Baiklah..Terdapat pelbagai jenis baju kurung...baju kurung cekak musang,teluk belanga,pahang,kedah dan bermacam2 lagi..dan kalau korang sume nak tau,sebenarnya baju melayu yang di pakai oleh kaum lelaki tu pun sebenarnya dikenali dengan nama baju kurung pada awal kemunculannya..Dikisahkan bahawa pada ketika zaman kegemilangan kerajaan Melaka,sewaktu di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Syah @ Raja Besar yang menaiki takhta selepas penguasaan Raja Kechil,baginda telah bermimpi anakanda baginda,Puteri Kechil Cempaka Lana bermain2 di taman larangan ..Tapi yang menggusarkan hati baginda ialah pakaian yang dipakai oleh puterinya itu yang amat mencolok mata dan sangat aneh pada pandangan mata baginda.Dalam mimpi baginda tu,puterinya memakai baju kebaya berenda dengan jahitan polos at bahagian depan dan kat hujung lengan..kebaya tu ketat dan diganding dengan kain pendek(kalau orang sekarang kita panggil skirt!)berbelah daripada fabrik yg org sekarang kenali sebagai sifon.

Selepas terjaga drpd mimpi,baginda terus menitahkan supaya undang2 Melaka tentang adat resam dan budaya Melayu segera digubah supaya menjadikan akidah dan syariat sebagai teras undang2 tersebut tp still bercirikan kemelayuan..sebab baginda wat benda coz dia x nak cucu cicit dan sekalian keturunan org melayu berpakaian seperti apa yang dia lihat dalam mimpi dia..yang lebih menarik,baginda pun panggil la tukang tilik mimpi untuk bg tafsiran mimpi baginda,tkuang tilik tu tafsirkan bahawa pada enam atau tujuh ratus tahun akan datang(yakni zaman kita semua sekarang)orang Melayu sudah tidak punya baju dan semuanya seakan2 tidak berbaju!dipendekkan cerita,maka baginda pun menitahkan kepada semua rakyat bahawa satu pertandingan mencari tukang jahit diraja akan diadakan dan pemenang akan dihadiahi 200 000 dinar emas dan dirham perak,sebidang tanah di Kuala Sungai Baru,seorang hamba,lembu dan kambing sebanyak yang diperlukan serta yang paling penting,tajaan belajar seni busana atau seni jahit-menjahit di negeri asing dalam rantau Melayu dan luarnya.

Sebelum pertandingan tu bermula,Sultan Muhammad Syah nie pergilah berjumpa dnegan sorang alim ulamak yang bernama Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim.dia consult pasal ciri2 yang sepatutnya ada pada busana yang akan memenangi pertandingan tu nanti..Ciri2 tu adalah:
  1. tutup aurat
  2. kain x nipis
  3. x ketat
  4. punya identiti tersendiri n x tiru style org lain
  5. x boleh diubah2 gayanya
  6. x tonjolkan urat2 bdn @ kekuatan(utk lelaki)
Maka,tahulah baginda akan pemenangnya setelah mengetahui ciri2 baju yang sesuai utk dijadikan busana Melayu..Pemenang pertandingan itu jatuh kepada seorang penduduk biasa yang bernama Manikam Kalbu..dialah yang telah mereka baju kurung dan baju melayu yang kita pakai sampai sekarang..

oklah..sebab x nak bagi korang penat melangok post nie n akhirnya fed up nak baca..aku akn sambung post nie dalam Manikam Kalbu Part 2 pulak ye...see ya!ciao!

2 ulasan:

  1. I read dat book taw, when I'm f4.. It's so bored but when they wrote bout history of bju kurung, I think, bju kurung is amazing.. But, zmn skrg, bju kurung was changed into bju ketat...

    BalasPadam
  2. hehehehe...yeah...buku tu pun my friend yg bg mse my birthdya last year...mula2 mmg cm x de mood nak baca but i was amazed by the way he wrotes the story using classical malay language and what impressed me more is kajian yang dia wat untuk siapkan cite uh..

    BalasPadam