Isnin, 18 Oktober 2010

Manikam Kalbu Part 2

Hari nie sambungan kepada yang hari tu...Tapi rasanya x yah lah aku elaborate panjang2 pasal cite uh coz rasanya dah ramai yang tahu pasal cerita nie and ada banyak blog yang cakap pasal cerita nie..cuma kepada sesiapa yang belum memiliki buku nie dan kepada sesiapa yang nak tahu apakah maksud disebalik rekaan baju kurung tu dan juga kepada yang dah baca cerita nie tapi nak baca gak(hahahaha!)aku akan ceritakan serba sedikit maksud yang diberitahu oleh Manikam Kalbu nie kepada baginda Sultan Muhammad Syah.

Nama rekaan:Baju Kurung
Simbolik:Dikurung oleh tuntutan syarak,dikurung adat,terkurung daripada sifat angkuh dan sombong
              (rekaannya labuh.longgar dan selesa)

Makna Butang Lima(kat baju melayu @ baju kurung lelaki):Rukun Islam
Makna Butang Satu(kat baju kurung perempuan):Akidah kita(Allah yang Satu)round neck tu melambangkan
                                                                           kita semua yg tinggal dalam satu bumi dan mengabdikan
                                                                           diri pada Allah yang satu.
Penggunaan Kain Kapas untuk Baju Melayu:Kain kapas sesuai untuk lelaki sebab x tipis dan boleh
                                                                    menonjolkan urat.
Baju Yang Tiada Bermanik:Besederhana dalam berpakaian
Cekak Musang:Mengingatkan kita kepada Ilahi
Jahitan Tulang Belut:Jahitan yang berjalin2 menunjukkan jalinan akal fikiran yang panjang
Warna Putih:Kesucian dan warna kegemaran Rasulullah
Warna Kuning:Warna raja dan maruah
Warna Hijau:Sifat yang benar
Warna Biru:Membawa rezeki
Biru Dan Hijau:Warna Pembuluh darah
Warna Hitam:Melambangkan kulit,berpadu mengandung adat,sikap terpuji hulubalang

Ha..tu la maksud2 baju rekaan manikam kalbu tu yang pada dasarnya berunsurkan diri kita sendiri serta kejadian kita di muka bumi ini..

Kalau nak tau gak,dulu cikgu BM aku pernah bagitau pasal cara2 memakai kain batik mengikut status korang...Kalau anak dara x silap aku,kepala kain batik tu sepatutnya disembunyikan di dalam,kalau orang yang dah berkahwin,kepala kain batik itu akan berada di depan dan untuk yang telah bercerai kepala kain batik tu akan berada di belakang...Semua nie diamalkan masa dulu2..sekarang nie dah x ramai yang amalkannya...semua pakai kepala kain mesti kat depan or belakang..Sekarang nie pun da ada bermacam2 jenis kain yang ornag pakai..paling top sekarang nie kain pario la!hehehehe...walau apa pun yang kita pakai,aku disini ingin mengingatkan diriku dan semua agar hendakalah sentiasa kita berpijak di bumi yang nyata kerana dimana bumi dipjak di situ langit dijunjung dan walau di mana pun kita menetap sentiasa ingat bahawa setinggi2 bangau terbang pastinya akan kembali ke belakang kerbau!



          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan