Jumaat, 15 Oktober 2010

Cerita Kedai Kopi

Hurm...tajuk post hari nie x de kena mengena dengan tajuk lagu Malique uh..tp sebenarnya ada la jugak tempias2nya,but i'll do it as Hidayah's style..ok!lets not waste our time...before anything begins,let me define maksud cerita kedai kopi tu sendiri...korang semua mesti taukan ape benda yg slalu orang cakap kat kedai kopi??kalu x tau meh sini aku bagitau korang..

Cerita Kedai Kopi = cerita2 biasa dalam kehidupan sehari-hari.cth:gosip,kisah benar,kisah rumah tangga,dan
                                dan yang sewaktu dgnnya!

ha..so,itulah maksud cerita kedai kopi based on my opinion and my general knowledge...kalau ada yang x berpuas hati dengan maksud berita kedai kopi nie bolehla membeikan komen anda selepas ini yek..terima kasih..hahahaha!kenapa org panggil cerita kedai kopi??well,kebiasaanya,dulu2 kalau kat kedai kopi tu orang akn duduk dan bersembang sampai berjam2 bertemankan secawan kopi..cerita yang disembangkan selalunya cerita yang berkaitan dengan kehidupan mereka sehari-hari...kebiasaannya para nelayan yang baru pulang dari laut gemar melakukan aktiviti seumpama ini...yelah..kan dorg da pergi tangkap ikan sampai berhari-hari...bila da balik uh,tu la masanya nak cerita kat orang pengalaman dorang time kat laut tu ataupun nak dengar isu2 terkini..begitu juga halnya dengan pak cik2 n makcik2 yg masih menetap di kampung....

Tapi...aku tulis benda nie bukanlah sebab nak mengata orang or nak bagitau latest gossip in the town!tapi sebab nak share dengan korang rencah kehidupan yang berlaku sekeliling kita sekarang nie..sekarang nie macam2 benda dah terbalik..semalam aku pergi sekolah and sekali lagi macam2 cikgu luahkan perasaan...semuanya kerana anak2 murid yang x mendengar kata and parents yang percaya cakap anak lebih daripada cakap cikgu..Haih...guru itu kan pendidik...kalau dia tegur kita tu bukan sebab dia benci tapi sebab dia sayangkan anak bangsa dia...rasanya zaman mak bapak kita dulu,kalau kena rotan x berani pon cakap dengan parents..tapi sekarang..pantang cikgu marah sikit...sumenya repot kat mak bapak..parents pun bukan nak nasihat anak tu balik,eh,dia pun ikut sama pergi sekolah maki hamun cikgu balik!isk3..yang peliknya,parents yang serang cikgu sampai maki hamun tu bukannya uneducated persons,tapi semuanya kerja bagus2 and ada pangkat besar!Kalau keadaan semacam ini berterusan,apa akan jadi pada anak bangsa kita??bakal pewaris tanah air kita ini??adakah semuanya akan mengikut kata hati sendiri dan x memikirkan tentang orang lain??nauzubillahiminzaliq!so,aku include skali satu video utk semua...ini bukan setakat untuk guru jek tapi untuk lecturer pon sama..


Selain daripada itu,zaman teknologi berkembang dengan pesatnya,zaman ini jugalah makin berkembang satu fenomena yang pernah berlaku pada zaman nabi Allah Lut..yakni homoseksual...haih...sekarang nie sampai ada negara yang menghalalkan homoseksual!yang aku nak tekankan kat sini bukanlah pasal orang2 yang memang dah sah2 amalkan homoseks nie,tapi lebih kepada orang yang mempermainkan hal2 ini...sekarang nie kalau tengok kat fecebook ke myspace ke twitter ke,orang dah tanpa segan silunya mempermainkan isu ini...kalau bagi komen kat status or update status mesti ada yang ngaku dia gay la..tuduh orang tu gay la,lesbian la...bukankah itu sama sahaja dengan memfitnah dan fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh..dan lagi satu,setiap kata2 kita itu adalah doa..kalau da setiap kali update status mesti nak cakap diri uh mcm gay or les,lama2 Allah akan makbulkan diri tu jadi macam tu..nauzubillahiminzaliq!mahukah kita tergolong dalam kalangan orang2 yang dilaknat Allah??adab kita menggunakan akal fikiran,salah satunya ,adalah menggunakan akal kurniaan Allah untuk berfikir tentang nikmat yang Allah kurniakan kepada kita dan salah satu adab berkata2 ialah menuturkan kata2 yang berhikmah...aku akui,aku sendiri pun kadang kala terlepas kata dan oleh itu,aku ingin menasihatkan diriku sendiri dan semua yang membaca blogku ini agar sama2lah kita berubah ke arah yang lebih baik dan janganlah disebut2 isu2 laghaa macam tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan