Khamis, 21 Oktober 2010

Ketulusan Hati

Hari nie agak jiwang sikit post aku.Tetiba lak tangkap jiwang.Hahahaha!Bukan apa,cuma nak berkongsi rasa ngan korang sume.Sejauh manakah hati anak cucu Adam nie mampu menunjukkan dan mendapatkan ketulusan hatinya sendiri??Ketulusan hati bagi aku sangat liberal dan x mampu diukur dengan mata kasar.Hati yang tulus datang dari jiwa yang ikhlas dan suci murni.Ketulusan hati bukan sahaja perlu dalam sesuatu perhubungan,malah ketulusan hati kita dalam segala aspek kehidupan termasuklah semasa beribadat,melakukan amal jariah dan juga menjalani rutin hidup sehari-hari.Huh,kadang2 aku terfikir,untuk apakah kita perlu mempunyai hati yang tulus dalam semua benda??Cukuplah semasa kita beribadat dan melakukan amal jariah.Tapi ternyata aku salah.Orang2 disekeliling aku telah memberikan aku jawapan kepada soalan aku tadi.Kadangkala tanpa kita sedari perbuatan kita itu sendiri yang akan mengajar kita untuk menjadi lebih tulus dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Hearts With Roses Love

Ada satu kisah yang nak aku kongsikan pada semua dan aku harap dapat dijadikan iktibar buat semua.Kisah ini berlaku di depan mataku sendiri.Kecundangnya orang ini terhadap kekasih hatinya telah membuatkan dia lebih dekat dengan Allah kerana menyedari kesilapannya sehingga sanggup meninggalkan suruhan dan kewajipan sebagai umat Islam ketika dilamun asmara.Betapa sebelum itu dia sering ke surau tepat pada waktunya sebelum memulakan kelas tambahan.Tetapi setelah hati kekasihnya berjaya ditawan,seolah2 dia terlupa akan kewajipannya yang satu itu sehingga ternampak akan kesannya dalam hidupnya sendiri.Setelah kecundang,maka dia kembali memuhasabah diri dan disitu,ketulusan hatinya mulai terbit tatkala dia menyerahkan dirinya kepada Yang Maha Mengetahui dan sampai sekarang,alhamdulillah,dia berjaya mengekalkan ketulusan hatinya itu.


Kemudian aku mula berfikir lagi.Adakah benar lelaki yang baik, hanya untuk wanita yang baik??Dalam Al-Quran telah jelas mengatakan hal tersebut,namun hati kecil yang satu ini seolah2 tidak mahu mengerti.Lalu sekali lagi Allah telah membuka mataku untuk melihat lagi keadaan yang menyebabkan aku mengubah keraguanku itu dan mengakui kebenaran yang telah Allah nyatakan.Dalam hidupku ini telah kulihat pelbagai situasi yang menunjukkan bahawa lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik.Tidak mahu aku membuka kisah yang pernah kulihat ini tetapi cukuplah sekadar aku mengatakan bahawa awasilah perbuatan kita itu kerana terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata badan binasa!Perbuatan kita akan mencerminkan keperibadian kita lantas menunjukkan ketulusan hati kita yang sebenar2nya.Ketidaktulusan hati ketika menerima seseorang dalam hidup kita boleh menjadi duri yang sangat tajam dan hanya akan menyakiti kita kembali.Natijahnya,hidup akan sentiasa dirundung ketakutan dan kesengsaraan.Kenapa aku cakaap macam nie??Sebab perkara ini pernah terjadi dalam kalangan orang2 yang berada disekitarku.Bukan apa,aku sendiri pun belum tentu dapat memastikan bahawa diriku ini terhindar daripada melakukan perbuatan yang boleh menghurur-harakan diriku sendiri kerana aku hanyalah manusia biasa yang selalu khilaf!Oleh itu,aku ,menulis ini untuk mengingatkan diriku sendiri dan juga semua agar sedaya upaya memelihara perbuatan kita agar kita semua beroleh habuan yang baik.


Untuk lebih specific,jika sayang pada seseorang itu,maka tunjukkanlah dalam cara yang betul dan terimalah dia seadanya ia kerana menyukai seseorang itu haruslah kerana apa yang ada padanya dan bukan sekadar kebaikan dan kelebihan yang ada padanya..Jika hati kita bercelaru untuk menerima seseorang itu,maka hindarkanlah untuk menyatakan atau melakukan sesuatu yang boleh memberi harapan padanya kerana apabila kita melakukan hal yang sedemikian dan pada akhirnya kita bertemu dengan orang yang benar2 kita sukai,bukankah kita hanya akan melukai hatinya dan pastinya akan menimbulkan dendam!Jika kita terlalu benci pada seseorang yang menyukai kita itu,maka hindarkanlah perasaan benci itu.Disinilah ketulusan hati memainkan peranan yang penting dalam hidup kita.Benci-membenci itu merupakan suatu perkara yang ditegah oleh Rasulullah seperti yang disebut dalam hadisnya yang bermaksud,"janganlah kamu benci-membenci dan berpaling muka sesama manusia".Terimalah dia sebagai saudara sesama Islam jka kita tidak mampu untuk menerimanya dalam hati.

Namun bagaimana pula dengan orang yang setia menanti pada yang tidak tahu akan kehadiran mereka itu amat dinantikan oleh seseorang??Jika mereka tahu akan perkara tersebut adakah mereka akan menerima orang yang menanti mereka itu atas dasar simpati atau kerana mereka memang menyukainya??bukankah kedua2 dasar itu melibatkan ketulusan hati??bagi mereka yang menanti,sudah pasti ketulusan hati berpihak kepada mereka.Tetapi mungkinkah ketulusan hati juga yang akan mengecewakan mereka??Jawapan itu masih belum kutemui....


Jadi,kesimpulannya ketulusan hati adalah sangat liberal dan amat sukar untuk dinilai dengan mata kasar.Maka fahami dan selamilah erti sebenar2 ketulusan hati kerana aku sendiri masih mencari jawapan yang sebenar untuk perkara ini...Perjalanan belum berakhir tetapi baru sahaja bermula...

2 ulasan: