Sabtu, 6 Ogos 2011

Takdir Terputar

Mengambil iktibar sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, aku ingin berkongsi sebuah cerita yang mungkin ramai dah ketahui dan sedia maklum tetapi anggaplah sekadar muhasabah diri semula.

Kisah benar ini berlaku di waktu zaman nabi-nabi (nabi apa aku dah lupa sebab cerita ni dah lama sangat aku baca). Dikisahkan bahawa terdapat dua adik beradik lelaki yang tinggal di sebuah rumah dan yatim piatu (kalau tak silap aku). Si abang merupakan seorang yang sangat alim. Hidupnya sentiasa di atas tikar sembahyang dan tidak pernah sesaat lepa daripada mengingati Allah. Si adik pula merupakan seorang yang setiap hari dalam hidupnya melakukan maksiat dan dosa. 

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, terdetik dalam fikiran si adik yang jahil agama ini untuk merasa berada di tempat abangnya yang sentiasa bersujud dan mengingati Allah kerana dia telah bosan dengan kehidupan duniawinya yang penuh dengan maksiat. Si abang pula terdetik di hatinya untuk menjadi seperti adiknya yang menikmati keseronokan di dunia dengan anggapan bahawa amalannya sebelum  ini telah cukup untuk menampung saham akhiratnya nanti dan juga kerana dia telah bosan saban hari duduk di atas tikar sembahyang tanpa berbuat apa-apa untuk keseronokan dirinya di dunia.

Takdir Allah, maka kedua beradik itu berlari untuk mendapatkan satu sama lain demi menyatakan hasrat di hati masing-masing. Ketika si adik berlari menaiki tangga rumah menuju ke bilik abangnya, pada masa yang sama juga si abang berlari turun ke bawah mencari adiknya. Tatkala itu , ajal menemui mereka berdua apabila bertembung dengan satu sama lain di tangga rumah. Maka, si adik itu bakal ditempatkan di dalam syurga kerana kekeslannya dan kesungguhannya untuk bertaubat dan kembali ke jalan Allah, manakala si abang pula bakal ditempatkan dalam neraka kerana mencari jalan maksiat setelah seumur hidupnya dihabiskan dengan mengingati Allah. Begitulah takdir yang tertukar walaupun pada asalnya si adik bakal dicampak ke dalam neraka dan ganjaran syurga menanti si abang, tetapi kerana niat dalam hati masing-masing sebelum ajal menjemput mereka telah berjaya mengubah takdir masing-masing.

p/s: Sesungguhnya kami telah menganiyai diri kami sendiri, maka Kau ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah..

2 ulasan:

  1. eh dayah.. nie kalau tak silap aku la kn.. sbb aku pom prnh dngr jugak cite nie.. cm tmpt dorang mati aku ase mcm bkn kt tngga umah dorang.. yg adik tue dia prgi msjid sbb nk dptkn abng dia.. tp abng dia xde sbb abg dia prgi dptkn adik dia kt umah placuran xsilap aku.. mse adik dia xjumpa abng dia, dia truskn hajat dia nk brubah as u state la kn.. bgitu jgk abng dia.. dia pun melanggan placur kt situ after dia xjumpa adik dia tue. then dua2 bgunan tue runtuh.. xsilap aku gempa.. matilah kdua-duanya ditempat kjadian. adik dai mati di msjid abng dia mati dirumah placuran.. kalau xsilap aku la..

    BalasPadam
  2. oh yeh??ntahla...tp seingat2 aku dorg mati sebab bertembung satu sama lain..x taulah..mgkn btul jugak pe yg ko ckp tu sbb dh lme sgt ak bce cite nie...hahaha!

    BalasPadam