Rabu, 10 Ogos 2011

Eh, Macam Mana Nak Buat Ni??

Hari genap sembilan hari umat islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Begitu juga dengan ibadah solat Terawih yang masuk malam kesepuluh pelaksanaannya untuk tahun ini. Tapi biasalah, bila dah nak masuk pertengahan bulan puasa ni, mulalah yang malas nak pergi terawih. Tapi, alhamdulillah setakat ni belum la terasa malasnya sangat. Jadi malam ini pun seperti malam-malam yang kelmarin aku pergi ke masjid untuk menunaikan ibadah yang digalakkan dalam bulan puasa itu.

Sampai ke rakaat yang keenam, sebelum sembahyang, imam kata rakaat yang pertama untuk kali itu (yakni rakaat keenam; solat terawih kan dua rakaat satu salam~) akan ada sujud tilawah. Automatik semua jemaah bisik-bisik sesama sendiri termasuklah aku! "Macam mana nak buat sujud tilawah ni?", " nak baca apa??" dan macam-macam lagilah persoalan dalam kepala otak aku ni. Nasib baik akak kat sebelah aku tu bagitau macam mana nak buat sujud sejadah. Tapi bacaannya memang aku tak ingat langsung lah kan! 

To be precised, bukan aku tak tau atau tak pernah dengar pasal sujud tilawah. Masa sekolah dulu memang ada belajar pasal ni siap dengan bacaannya sekali. Tapi sebab tak di praktikkan maka kealpaan lah jadinya. Sujud tilawah ini juga dikenali sebagai sujud sajdah @ sajaddah @ sejadah dsb. Ia boleh dilakukan semasa solat ataupun di luar solat ketika selesai membaca ayat suci al- Quran yang mengandungi tanda sajdah. Semasa solat, selesai membaca ayat yang mengandungi tanda sajdah, maka teruslah bersujud dan kemudian bangun semula untuk meneruskan bacaan dan solat. kalau di luar solat, niatlah untuk sujud tilawah atau sajdah dan sujud sebentar. Bacaan untuk sujud tilawah ialah:


سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وّشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الخَالِقِينَ



Jadi begitulah ceritanya hari ini. Walaupun hari ini aku dah belajar satu perkara, namun aku tetap rasa malu dengan Allah sebab betapa masih ceteknya ilmu agamaku. Terasa diri ini jahil di sisi Allah. Namun, aku pasti semua ini adalah sebahagian daripada pengalaman untuk perjalanan hidupku yang insyaAllah, masih panjang.

p/s: Sungguh aku rasakan nikmat mencintaiMu dan ajaranMu Ya Rabb..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan