Rabu, 17 Ogos 2011

Hari Bila Dah Besar Part 1

Arakian... Maka tibalah diri yang tersendiri ini ke suatu zaman di mana manira sendiri telah mengalami perubahan dari segi fizikal mahupun mental dengan sedikit perincian di sini dan sana serta ilmu yang tertimba atas batu jemala manira. Walaupun tidak sebanyak mana, namun cukup untuk manira manfaatkannya. Zaman yang zahiriahnya seperti yang lain juga bertukar warna bertambah serinya apabila satu hari yang gemilang tiba buat manira. Hari yang menemukan manira dengan semua taulan manira yang kini berjaya!

Hari itu bermula dengan keterangan sang suria yang memanchor dengan terik (almaklumla nak kiamat dah..global warming makin meningkat~!). Manira yang kini mengenakan sepasang kanta yang bersentuh dengan iris mata manira ini kini boleh bebas memakai sun shades sebelum keluar ke mana-mana. HAHAHA! Sedang manira berjalan-jalan untuk menuju ke kereta selepas pulang beriadah di pagi hari (hari tu ambil cuti sebab nak rehat-rehat), manira terpandangkan sesusuk tubuh yang amat manira kenali.

"Bukankah suatu masa dulu hamba pernah bertemu dengan si empunya badan ini??" bisik separuh hati manira. (Apasal aku cakap dalam hati pun macam zaman Melaka je ni??HAHA!)

"Dia ni kan duduk belajar luar negara dulu?? dah balik le tu.." bisik hati manira yang separuh lagi. (Ha, yang ni moden, cakap KL!)

Lalu tanpa berlengah lagi, manira mendapatkan empunya tubuh yang kelihatannya seperti wanita dari Latin. (wahh, tajuk novellah lepas ni : Wanita Dari Latin~! auww). Ternyata, dialah sahabat manira yang ditunggu kepulangannya dari bumi eropah yakni Liyana Sheik! Kerana takut terlambat untuk masuk kerja di sebuah hospital kerajaan, maka manira digamitnya menuju ke tempat beliau mencurah bakti walaupun terdetik di hati manira 'bagaimana hendak pulang nanti??', namun diturutkan jua langkahnya itu tanpa berfikir panjang.

Maka setelah sampai ke destinasi yang dituju, manira dan teman manira itu menuju ke pejabatnya yang terletak di suatu sudut dengan papan tanda ' Klinik Pakar Kanak-Kanak'. Maka berbunga hati manira tatkala melihat rakan manira seorang ini telah pun berjaya mencapai impiannya untuk berdamping dengan kanak-kanak walaupun manira lihat kadangkala tekanan menguasai jiwanya yang celaru dek perubahan hormon badan. HAHAHA!

Memandangkan dirinya dihambat dengan bebanan tugas yang maha banyak, maka manira pun meminta izin untuk mengundurkan diri setelah berborak seketika bersamanya. Walaupun masih belum luruh resap rindu padanya, namun manira memahami dirinya yang kini telah menjadi sebahagian daripada pergantungan masyarakat di Malaysia ini. Setelah berpamitan, maka manira pun mula mengerah otak untuk mengatur langkah bagaimana hendak pulang ke tempat manira meninggalkan kereta manira sebentar tadi.

"Itulah, tadi tuan hamba tidak berfikir dahulu sebelum mengikut rakan tuan hamba itu, sekarang kan dah susah.." bisik separuh hati manira.

"Eleh, apa susah?? Call je teksi. Apa ada hal??" Cadang separuh lagi hati manira.

Sedang asyik manira melayan telefon bimbit di depan mata untuk mencari serangkai nombor telefon perkhidmatan teksi, tiba-tiba manira dikejutkan dengan tepukan di bahu manira oleh seseorang yang amat manira kenali. Kelly a.k.a Lisa~!!

"Laaa.. Kau rupanya! Kellllllllyyyyyyyyyyy!! lama giler tak jumpa kau! Kau buat apa kat sini?? Kau sakit ke?" Tanpa sebarang salam, manira terus menerjah shabat karib manira yang sudah lama tak ketemu itu.

"Hahaha! Mana ada aku sakitlah... Aku ingat nak jumpa Kudo tadi. Kau tahu tak Kudo kerja kat sini?? Dia sekarang dah jadi pediatrician." balas Kelly.

"Aku pun baru je tau tadi. Itu pun pasal aku nampak dia masa jalan kat Tasik Cempaka. Dia baru lepas joging, lepas tu katanya terus nak pergi kerja sebab dah lambat. Biasalah, doktor kan sentiasa terkejar-kejar! HAHAHA!" terang manira lagi.

"Ohhhh.. Jadi kiranya kau pun baru lepas jumpa dia lah ni?? Ke ko datang jumpa gynae? Manalah tau kot-kot ko kahwin tak ajak aku.." usik Kelly.

" Woiii!! Gynae? aku belum kahwin lagi lahhhh.. Aku jumpa dialah tu.. Aku ikut dia datang sini dengan kereta dia, sekarang ni aku merabai nak call teksi nak pergi ambil kereta aku kat Tasik Cempaka." balas manira.

"Hah, apa kata kalau aku bawak kau pergi ambil kereta ko kat Tasik Cempaka, lepas tu kita pergi breakfast sama-sama nak?" ucap Kelly lalu menawarkan diri untuk menumpanginya ke Bangi untuk mengambil keretaku.

Tanpa teragak-agak, maniraa bersetuju untuk menerima pelawaannya walaupun manira baru sahaja bersarapan bersama Kudo sebentar tadi. Namun, dek kerana sudah lama tak bertemu, peluang seumpama ini sudah pasti tidak akan dilepaskan! Batal juga hasratnya untuk bertemu dengan Kudo tadi. "Tak mengapalah , lain kali boleh jumpa" katanya bila ditanya manira persoalan tersebut. Setibanya kami di sebuah restoran selepas manira mnegambil kereta manira di Tasik Cempaka, kami terus kepada perbualan tentang kehidupan kami selama sepuluh tahun yang tidak diketahui perjalanannya kerana jarang ketemuan. Baru kini manira mengetahui bahawa di samping pekerjaan utamanya sebagai pegawai penyelidik di sebuah syarikat farmaseutikal yang terkenal, beliau juga membuka butik menjual jam tangan, baju dan beg tangan jenamanya sendiri! Wahh hebat sungguh teman manira yang seorang ini. Kecil-kecil cili api! Manira turut dipelawanya menjadi rakan kongsi. Kata putus yang manira berikan, sudah tentulah setuju! Manira juga telah lama menyimpan impian untuk membuka perniagaan seumpama itu.

Selain itu, manira turut menerima perkhabaran tentang beberapa teman manira yang lain. Antaranya, Nazrin yang kini telah membuka sebuah syarikat lukisan digital yang berkembang pesat dari hari ke hari disamping menjadi seorang jurutera bebas. Naim Zafri pula kini berjaya menjadi seorang doktor di sebuah hospital kerajaan (sebab dapat scholar JPA dulu hahaha!). Nadhila seperti yang telah kudengari sendiri daripadanya, beliau telah berjaya membuka firma kejuruteraannya sendiri setelah pulang dari UK beberapa tahun yang lalu. Hebat! Rasanya sekarang, semua hanya menunggu masa untuk membina masjid mereka sendiri dan aku pasti ada antara teman-temanku ini yang sudah atau sedang merangka ke arah tersebut.

Selesai bersarapan Kelly meminta diri untuk ke Kuala Lumpur bagi menguruskan hal berkenaan butiknya di Bangsar. Setelah berpamitan, manira pulang ke rumah untuk membersihkan diri dan berehat (cadanganya lahhh). Usai membersihkan diri, manira dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada teman sekuliah manira dahulu (dia dah buka firma guamannya bersama beberapa orang rakan manira yang lain) yang mengatakan bahawa  dia memerlukan bantuan manira untuk memberikan khidmat nasihat guaman kerana menurutnya klien yang datang kepadanya itu mempunyai jurus masalah yang manira lebih arif tentangnya. Maka, manira yang sudah lama tidak mempraktikkan ilmu nasihat guaman tidak dapat tidak turun membantu teman manira itu atas dasar persahabatan walaupun hari ini merupakan hari cuti manira memandangkan manira  sudah lama tidak bercuti selepas semester baru pengajian dibuka tahun lepas. Sebelum keluar rumah, manira disyarahi oleh bonda tercinta kerana katanya cuti pun tidak lekat bayang di rumah. Nak buat macam mana?? Sudah menjadi sebati dengan diri manira ini untuk mempraktikkan ilmu perundangan yang ada.

Sesampainya manira di firma guaman teman manira tersebut, alangkah terkejutnya manira apabila yang klien yang dimaksudkan teman manira sebentar tadi merupakan senior manira ketika di bangku sekolah dahulu! Tanpa berlengah, manira terus menegurnya yang jelas terkejut dengan kebetulan yang berlaku.

Manira: Eh kau Raja?? Kau buat apa kat sini?? Apa kau dah buat?? Kan aku dah kata aku tak nak tengok muka kau dekat law firm!

Raja: Kau niiii, aku belum bukak mukaddimah lagi kau dah terjah aku mengalahkan Nas Ahmad je.. Mana ada aku buat salah apa-apa pun. Aku nak saman orang lahh! Dia tipu company aku. Duit dah bagi barang tak hantar. Cuma masalahnya ada macam-macam benda yang macam unresolved pada hemat aku. Tu yang aku nak mintak nasihat guaman ni. Cik peguam depan aku ni kata kawan dia lagi pakar untuk bagi nasihat pasal perkara tu. Rupanya kau yang dikatakannya tu!

Manira: Ohhhhh. Aku ingatkan kau kena cekup sebab tipu duit syarikat ke, salah wiring bangunan orang ke.. HAHAHAHA!

Raja: Aku tak kerja jadi engineer la! Itu sampingan aku je. Full time aku sekarang aku bukak bisnes jual peralatan elektronik. Tapi aku bukak company online. Itu yang jadi macam bermasalah sikit bila nak saman orang ni. Macam ada benda yang tak settle je aku rasa.

Manira: Wahhh, kemain lagi kau ye.. Hurm, takpe takpe. Jom kita discuss benda ni kat bilik sebelah.

Selesai berbicarawara tentang perihal terbabit, Raja dijemput pulang oleh rakannya yang juga merupakan senior manira juga! Ihsan namanya (tapi katanya orang kenal dia dengan nama lain dalam name card dia. Nama Perancis dengar kabarnya.. Maklumlahhh belajar dekat Perancis. Mungkin nickname or nama manja kot??) Makin bergaya dia sekarang. Almaklumlah, jurutera perkomputeran yang berjaya! Kerja pun dengan syarikat antarabangsa. Poket mesti berkepuk. Manira sempat menghadiri majlis perkahwinannya bulan lepas. Tapi tak pula manira terserempak dengan Raja ni. Katanya nak kahwin bulan depan! Manira mesti hadir punyaaa! Nasib baik jumpa hari ini, kalau tidak mungkin hingga bercicit pun manira tak tahu perihal dirinya setelah beberapa tahun tidak mendengar khabar daripadanya.

bersambung..............


Tiada ulasan:

Catat Ulasan