Selasa, 26 April 2011

Diri Yang Dirasakan Rendah

Bila dah besar panjang macam nie barulah aku mula rasakan macam-macam yang tak kena dengan aku. Biasalah, bila kita dah besar baru kita reti nak fikir pasal apa yang ada dan tak ada pada diri kita. kadang-kadang aku rasa lebih baik kalau semua orang tak ada dalam dunia ini dan hanya aku seorang je yang ada atas muka bumi ini supaya aku tak akan rasa rendah diri dengan sesiapa dan aku juga tak akan rasa bongkak dengan sesiapa pun.

Aku tahu manusia memang serba kekurangan dan kita perlu sentiasa belajar untuk mengurangkan kekurangan itu dan berubah ke arah yang lebih baik. Tetapi mengapa amat sukar kurasakan untuk mengelak daripada menjelmakan kekurangan diriku daripada menjadi sindiran tajam orang lain dan kutukan hati sendiri?? Mungkin juga kerana aku ini fkirannya pendek. Selalu beremosi dalam membuat sesuatu keputusan dan kenyataan. Tapi bagaimana pula dengan persoalan yang lain?? Satu yang selalu aku rasa, aku ini tidak layak untuk mempunyai sahabat sejati dan tidak layak pun untuk menyukai dan disukai!

Pertama, sebab aku selalu rasa aku bukanlah tergolong dalam kalangan orang yang akan dipandang orang. Kalau ada pun yang suka padaku, itupun setelah sekian waktu kenal dengan aku. Tapi selalunya perempuan saja yang boleh terima aku seadanya (tak ada maksud lain tau!). Aku tahu suatu hari nanti akan kutemu jua yang serasi denganku tapi aku takut dia yang suka padaku itu tak betah untuk bertahan sebab aku bukanlah jenis yang diimpikan oleh setiap lelaki!

Kedua, tolak tepi soal pilihan hati, sekarang pasal diri sendiri. Aku selalu rasa aku tak mungkin boleh jadi pandai macam orang lain walau macam mana aku belajar sekali pun. Aku tak akan nampak pandai dan akan sentiasa nampak bodoh walau macam mana aku cuba sekalipun! Sampai satu tahap aku rasa mungkin aku tak akan boleh hidup senang seperti yang aku impikan sebab hati yang tak pernah bersyukur ini selalu merasakan yang nasib tak pernah menyebelahiku padahal Allah dah kurniakan macam-macam untukku. Cuma ada sesetengah perkara yang betul-betul aku idamkan, tak berkesempatan untuk kumiliki.

Ketiga, sahabat sejati yang seakan jauh nyata dari mimpi. Apa maksudnya?? Maksudnya aku selalu rasa aku tak layak pun nak mimpi ada kawan sejati ataupun kawan rapat sebab aku ni tamak! Aku mahu dia kongsi semuanya dengan aku! Aku tak suka kalau dia rapat dengan orang lain! Aku tak nak dia buat benda yang aku tak suka. Maka dengan itu, aku lebih suka untuk menjarakkan diri agar aku tak ada kawan yang rapat supaya aku tak berperasaan seperti itu.

Oleh yang demikian, terserlahlah segala perkara yang membuatkan aku rasa rendah diri dan setakat ini aku masih dalam proses untuk menyingkirkan semua itu.

p/s: Susah rupanya jadi manusia atas muka bumi ini!

2 ulasan: