Rabu, 6 April 2011

Target 25

Setiap hari ada sahaja benda yang aku rancang nak buat dalam hidup aku. Bak kata Ziehan, aku kalau berangan memang no. 1! Tapi kali ini, memang aku haraaaaaaaaaaaaap sangat dapat lakukannya sebelum umur aku cecah 25 tahun. Ada beberapa target untuk dicapai dalam tempoh waktu 6 tahun ini selain daripada menghabiskan degree dan master.


Melawat ke Pusat Dunia Pandu Puteri!


Sejak aku balik dari Girls' Summit hari tu, aku memang pasang impian untuk pergi melwat dan berjumpa dengan pandu puteri-pandu puteri yang lain di dunia di Pusat Dunia Pandu Puteri. Ada 4 Pusat Dunia yang boleh dikunjungi yakni di Mexico (Our Cabana), India (Sangam), London (Pax Lodge) dan di New Zealand (Our Chalet). Yang bestnya, kalau kita aktif dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan banyak hadiri kursus-kursus yang dianjurkan Pandu Puteri Malaysia, kita berpeluang besar untuk ditaja sepenuhnya ke Pusat Dunia tersebut untuk menghadiri conference atau forum. For me, memang best sangat especially bila dah tengok pemimpin-pemimpin muda yang dah pergi sana baru-baru ni.


Building
Sangam, India
Pax Lodge
Pax Lodge, London
Our CabaƱa, Mexico
Our Cabana, Mexico




Our Chalet, New Zealand



Jadi Kurus dan Ramping~~

Oh, yang ini memang selalu ada dalam list tapi susah sangat nak capai sebab selalunya tak serius. Tapi entah kenapa aku teringin nak cabar diri sendiri and torture myself untuk kurus dan ramping sebelum umur 25 tahun. Misi utama aku, kalau aku dah kerja after 23 years old, aku nak kumpul duit and use my wages for slimming package at slimming centre sekiranya aku masih lagi seperti sekarang atau lagi besar dari sekarang! Tak kisahlah, Keep Slim ke Slim World ke London Weight Management ke, janji aku kurus!

Pakai Baju Rekaan Hatta Dolmat!


Bila dah kurus, mestilah boleh bergaya dengan pelbagai gaya! Memandangkan dah kerja dan kalau diizinkan Allah ada poket yang penuh, aku memang nak pakai baju rekaan Hatta Dolmat untuk setiap event yang aku pergi. Aku suka sangat rekaan baju dia selain rekaan Jovian!


Jejak kaki di Terengganu


Gelaklah kalau korang nak gelak tapi memang aku dari kecik tak pernah sampai Terengganu dan aku memang sangat teringin nak sampai ke Terengganu dan jelajah semua pantai yang cantik kat sana. Susah sangat aku nak sampai ke sana atas pelbagai halangan dan rintangan yang sentiasa menghantui hidup aku sebagai manusia di atas muka bumi ini. Hahahaha! But i believe i will visit and have a holiday at Terengganu before 25!


Banyak lagi benda nak aku nak buat dalam tempoh 6 tahun ini, tapi ini antara yang utama yang aku nak buat dalam tempoh waktu tersebut. Semoga Allah memakbulkan impianku ini. Amin~

p/s: Harap-harapnya aku beroleh kerja yang lumayan sikit gajinya untuk aku tunaikan semua impianku ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan