Sabtu, 2 April 2011

Awan-awan Larat dan Encik Mohd Ridhwan

Ok, aku tak tahu kenapa dengan diri aku sebab sekarang aku memang tak stabil dari segi emosi mahupun jasmani! Sekarang ni mood aku lebih kepada berbunga-bunga tak tentu pasal dan penuh dengan awan-awan larat yang tetiba datang entah dari mana entah. Seperti biasa mood ini disulami dengan angan-angan melampau yang sentiasa menghiasi rona hidup aku ini (tengok tak pasal-pasal keluar ayat mat bunga!). akhirnya blog ini jugak yang jadi mangsa. Tak apalah. Yang penting aku bahagia!

Aku rasa kemungkinan besar awan-awan larat ni muncul lepas aku mula tengok cerita You're Beautiful tu. Cerita korea tu memang best! Aku suka sangat jalan cerita dia dan yang penting aku memang suka tengok gelagat dengan riak wajah hero dia tu. Unik! Paling best kereta yang dia drive dalam cerita tu nampak sangat sesuai dengan dia. Oh! aku suka semuanya pasal cerita tu!! Daripada hero, heroin sampailah ke soundtrack dia pun aku suka jugak! Lagu dia semuanya sedap-sedap belaka. Oleh yang demikian, aku pun mulalah mereka-reka awan larat yang ada kat dalam otak aku sekarang ni. Biasalah, hidup Hidayah kalau tak berangan sehari boleh demam! 

Fenomena ini pula ditambah dengan rancangan-rancangan televisyen yang menambahkan lagi sarat awan-awan larat tersebut. Kalau diperhatikan sekarang ni kat TV3 kalau pagi-pagi banyak show untuk surirumah dan yang paling aku suka tengok Mahligai Cinta , setiap hari Khamis pukul 11.30 pagi. Sebab apa??? Ha nielah yang nak cerita ni. First, sebab aku memang suka tengok wedding event yang ada tema dan diuruskan oleh wedding organizer. Secondly, sebab pengacara show tu ialah Jovian Mandagie @ Encik Mohd Ridhwan! Nama melayu dia Mohd Ridhwan. aku pun baru tahu pasal ni bila aku terbaca kat satu blog orang masa aku cari info @ google pasal dia. Aku memang suuuuuuuuuuuuukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat dengan dia ni. Baju-baju rekaan dia sumpah cantik! Surprisingly, umur Jovian ni baru je 26 tahun tau! Sangat terkejut bila aku dapat tau. At the age of 26, he has everything that a man should have in his working life! Untung sape jadi wife dia ni. OMG! Hahahahahaha! Aku harap sangat aku dapat gunakan khidmat dia sebagai wedding planner bila aku kahwin nanti sebab based on apa yang aku tengok dalam  Mahligai Cinta tu and komen-komen client dia, kerja dia sebagai wedding planner memang superb! Tak rasa rugi walaupun bayar mahal sikit sebab memang dia akan realized impian pengantin serba-serbi. Dari baju sampailah pelamin!





Amacam?? Lawa tak?? Bagi aku memang lawa. It always been in my dream to wear his wedding dress during my wedding and also to use his service as a wedding planner. Tapi mampukah aku?? Hurm tak taulah macam mana.. Nampaknya kenalah kerja keras kalau nak jugak guna khidmat Jovian Mandagie ni. InsyaAllah.. Where there is a dream, there is a way!

p/s: Oh how i adore wedding so much! Nampak macam gatal but that's the fact! I love talking about weddings!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan