Khamis, 31 Mac 2011

Cikgu Sehari + Pembahas Terhebat

Panas sungguh lately nie. Asal keluar rumah je mesti balik pening kepala. Tapi keluar tetap keluar. Hahahahaha! Cakap pasal hari ni, aku memang happy sangat because of two reasons; firstly, aku enjoy sangat being with debators BM and dua orang student redaksi sekolah aku dulu tak lain dan tak bukan SMK Jalan Empat kebanggaanku. Secondly, sebab hari ni tak pasal-pasal aku jadi cikgu sehari! Sebabnya, aku iring diorang pergi pertandingan tu kat Kajang Utama. Memandangkan aku dah tengok diorang berlatih dari minggu lepas lagi, maka aku pun tak nak lepaskan peluang untuk hantar dan iring diorang pergi pertandingannya sekali. Apabila aku mengiring mereka bersama dan ditambah dengan penampilan aku yang berbaju kurung hari ini menambahkan lagi keyakinan kepada semua yang berada di SMK Kajang Utama tu bahawa aku ini guru pengiring diorang!


Oleh yang demikian, aku menerima layanan sebagai seorang cikgu pengiring oleh semua cikgu yang ada kat situ. Pergi kantin pun mak cik kantin panggil cikgu. Hahahaahaha! Sampaikan semua student sekolah tu tunduk and bagi salam bila berselisih dengan ucapan "Assalamualaikum cikgu/ puan" (part puan tu memang tak boleh terima!) Debators maahad pun salam siap cium tangan lagi sebab ingatkan aku cikgu. Tapi nasib baiklah tak ada yang form 6! Semua form 4 kecuali sorang tu je form 5. Hahahaha! budak-budak debate sekolah aku pulak buat muka tak reti je bila diorang duk panggil aku cikgu. Tapi bila panggil aku selamba jek jerit kuat-kuat "akakkkkkkk!". Ah sudah, semua dok pakat pandang aku semcam je. Haihhhhhh, bikin kantoi jela diorang ni. Tapi fun giler dengan diorang. Ada je cerita-cerita or lawak-lawak bodoh diorang yang menghiburkan hati! Lagi satu yang bestnya, semua orang sopan santun je bila cakap dengan aku or bila aku tanya apa-apa kat diorang sebab diorang ingat aku cikgu yang datang untuk pertandingan ni. Mestilah nak jaga imej sekolah kan. Hahahaha! Tak sia-sia aku pakai baju kurung hari ni. Bukan baju kurung yang lawa-lawa pun, takat baju kurung pergi kelas kat UiTM tu je. Tapi, kalau dah pakai baju kurung selain baju kurung uniform sekolah, kat dalam kawasan sekolah tak payah la nak cakap ko tu student. Confirm orang tak percaya! Even cikgu sekolah aku sendiri tak kenal aku and instead, diorang ingat aku cikgu pelatih baru!Sebenarnya, aku happy juga disebabkan oleh kesempatan yang diberikan Tuhan untuk aku mengenali juniors aku yang aku kurang kenal selama ini. Mereka semua punya potensi untuk digilap bakat mereka sebagai pemabahas. Mungkin kekangan masa membataskan impak yang mampu diberikan oleh mereka hari ini.

I believe they can do better than that. They are awesome but maybe if they get more time to practice they will be super-duper awesome!  PM of the day, Amin, dia ada gaya yang tersendiri semasa berhujah. Mungkin dia perlu lebih banyak latihan untuk memahirkan dia dengan isi-isi hujah dan pastinya dia mampu memukau semua pembahas yang lain (terutamanya pembahas perempuan sebab masa izain laluan tadi, pembangkang perempuan suka bagi dia chance rather than kawan- kawan dia yang lain)! Amalina pulak ada suara yang mantap untuk berdebat. Dia jugak ada muka yang meyakinkan. dia pun sama juga macam Amin, perlu lebih banyak latihan dengan isi. Kalau dia ingat dan mahir dengan isi-isi dia, confirm judge tak pandang orang lain dah! Akhmal memang ada ciri-ciri pembahas yang boleh menggusarkan hati pembahas yang lain dengan jelingan dia je! Cuma, dia kena polish skill dia untuk putar belit fakta so that benda yang sama boleh nampak lain! Walau bagaimanapun, aku admit yang bukan mudah untuk handle position dia as the third minister sebab kena bidas semua bidasan and kukuhkan hujah dengan fakta yang lain. Khadijah pulak masih punya masa untuk memperbaiki skill bahas yang memang dah ada dalam diri dia. Adli, dengan suara yang garau-garau romantik dan boleh menjadi besar tu, aku pasti dia boleh buat orang nganga dengar hujah dia terutamanya izin laluan dia yang memang membunuh!

Apa-apa pun, aku harap mereka semua berjaya dalam apa jua perkara baik yang mereka lakukan. Yang paling penting, mereka harus tahu bahawa mereka sebenarnya punya bakat yang boleh digilap menjadi permata terunggul!

p/s: Goodluck untuk SPM for Amin, Akhmal, Amalina, Adli and Najwa! Untuk Khadijah selamat berjaya dalam pelajaran dan berusaha untuk tahun depan pulak! Untuk Shazwan pulak selamat menjadi ahli sidang redaksi yang berjaya and u're cool man! I like your way! Hidup student SMK Jalan Empat!



1 ulasan:

  1. Dijemput pasukan bahas sekolah Saudari untuk menyertai program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 bertempat di Bangi, Selangor.

    Untuk maklumat lanjut, bolehlah merujuk http://belajardebat.blogspot.com

    Terima kasih.

    BalasPadam