Ahad, 20 Mac 2011

Aksara Yang Tak Terungkap

Kisah ini bermula apabila seorang budak perempuan di zaman kegemilangan Melaka mengharungi suka dan duka kehidupannya di sebuah pondok pengajian yang sangat mahsyur di bumi Melaka ini. Diusia belasan tahun, budak perempuan ini menghadapi pelbagai rasa yang bercampur baur semasa melanjutkan pengajiannya itu. Namun, tekad dihatinya hanya satu iaitu menjadi bijak pandai yang terkemuka. Maka, ketika di pondok itu, budak perempuan ini bertemu dengan pelbagai jenis orang. Rakan-rakan sekelasnya sahaja sudah cukup memberikan variasi jenis orang yang selama ini tidak pernah dijumpai olehnya.

Pada awalnya, budak perempuan ini tidak begitu selesa dengan teman2 sekuliahnya kerana dia terlalu terbawa-bawa dek zaman kegemilangannya ketika di pondok awalnya dulu. Arakian, setelah beberapa lama ia berada disitu, maka terlihtalah ia sebuah ikatan persahabatan yang sangat utuh dan penuh berwarna-warni. Sebuah rasa yang tidak pernah terlihat olehnya ketika ia di pondok awalnya dulu. Di situlah dia belajar mengenali erti senuah kehidupan berdikari, erti jatuh dan bangun, erti terseliuh dan sembuh pendek kata erti sebuah persahabatan dalam erti kata sebenar-benarnya.

Purnama pun mengambang dan berlalu selama 3 kali pusingan ambangan, maka budak perempuan ini pun mulai terfikir akan masa depan yang akan dilaluinya setelah lengkap 12 purnama pengajiannya disitu. Perasaan sedih mulai menyelinap tatkala hati baru mengembang bahagia. Namun semua cubaan sedihnya dipatahkan oleh teman-teman akrabnya. Mula sahaja musim pengajian yang baru, warna hidupnya diserikan lagi dengan kehadiran pelbagai rencah hidup. Laksamana, Hulubalang, Penglipurlara, Inang-inang, Bendahara, Tukang Karat dan semua yang tak pernah dikenalinya sebelum ini kini menjadi sebahagian daripada hidupnya di musim pengajian yang baru itu. Maka bertambahlah kemeriahan hidupnya. Baru kini dia menyedari akan bakat-bakat terpendam yang ada disekelilingnya, khabar-khabar angin yang kencang bertiup dan paling digemarinya putik-putik cinta yang semakin berkembang mekar dalam alam pondoknya itu.

Siapakah laksamana, hulubalang dan semua yang disebutkan tadi?? Laksamana ini cemerlang orangnya, gemilang penampilannya, dan amat disukai semua guru-guru. Terkenal orangnya dek kehebatan dan kecekapannya menguruskan urusan harian. Hulubalang ini pula lincah menjalankan semua tugasan dan sejak dua menjak ini menjadi idaman setiap dara sunti. Penglipurlara ini pula melonjak kemasyhurannya setelah diberikan pendedahan bakatnya disuatu acara keramaian. Mulai digilai-gadis-gadis yang gemarkan lipurlaranya. Si Inang-inang pula dikenali kerana keayuan mereka. Seperti keadaan si penglipurlara, Inang-inang sangat digilai teruna-teruna yang memuja-muji kecantikan mereka. Bendahara pula gemar beramah mesra dengan semua orang dan kerana keramahannya itu ada juga yang mendengkikannya. Namun itulah lumrah dunia, setiap yang suka pasti ada dukanya, Tukang Karat pula tidak pernah lekang dengan hebahan-hebahan mutakhir lagi sensasi untuk hiburan semua!

 Lalu, setelah 12 purnama berlalu tibalah saatnya untuk mereka semua berpisah,. Walang dihati budak perempuan ini hanya Tuhan sahaja yang tahu. Betapa sedih untuknya meninggalkan rakan-rakan a.k.a teman sejatinya a.k.a teman susah dan senangnya kerana hidupnya disitu tiadalah bermakna jika tiada sahabat-sahabatnya itu. Namun, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. lambat laun pasti ia akan berlaku jua. Maka direlakan sahaja perpisahan ini dengan harapan agar mereka dapat berlayar semula untuk nertemu di hari muka. Dan dengan demikian, berlayarlah semuanya pulang ke tempat asal mereka meninggalkan kenangan abadi selamanya..

p/s: Tak tahu macam mana aku nak say farewell untuk semua rakan-rakan kelas LWA02G Asasi Undang -undang K.P.T.M  2010/2011, UiTM Shah Alam sebab rasanya macam kita tak akan berpisah pun (ayat orang tak boleh terima kenyataan!) dan buat semua rakan-rakanku disini, minta maaf banyak-banyak jika aku gagal menjadi kawan yang baik. Aku tahu aku tak layak untuk dikenang sebagai sahabat sejati, namun kenanglah aku sebagai orang yang pernah hadir seketika cuma dalam hidup anda semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan