Isnin, 21 Mac 2011

My Superb Campus Life! (Part 1)

Sebelum habis asasi minggu lepas, aku rasa time tu lah aku paling enjoy sepanjang aku belajar kat UiTM or maybe sepanjang hidup aku rasanya. Masa tulah baru aku rasa hidup sebagai seorang remaja yang duduk di kampus. Hahahahaha! (Nie kalau mak aku tau nie mati aku!). Nevertheless, aku still enjoy hari-hari terakhir aku sebagai seorang pelajar asasi.

Perkara pertama yang aku paling enjoy doing it adalah bangun lewat sampai tengah hari lepas tu mengagau nak cari makan. Almaklumlah, kalau kat rumah bangun pagi je makanan dah siap atas meja tak pun ambik je dalam peti sejuk tu. Tapi kalau kat kampus siapa yang nak siapkan makanan ko kalau ko tak siapkan sendiri?? Mati kering jela ko kat situ.. Hahahaha! Masuk je hari selasa sebelum periksa itu, Mun dah start berkampung kat bilik aku dan kami semua dah anggap dia sebagai roomate tak rasmi kami semua. Jadi pagi-pagi (merangkap tengahari) kami dah mula mencari santapan untuk mengisi perut yang berkeroncong ini.

Destinasi utama :

maaple gambar nie cilok orang punya..sebab tu time malam

McDonalds seksyen 3, Shah Alam. Gara-gara mengidam untuk menyantap burger kami menghabiskan duit belanja untuk 3 hari kat situ saja. Sambil tu keluarkanlah nota Law 2 (konon-konon nak belajar sambil makan kat McD, sejuk sikit..) tapi malang tak berbau, sebaik sahaja aku bukak nota Law 2 dan bertemankan budak-budak sekolah SAAS yang baru je nak buat revision, dengan bangga Mun berkata, "Jom kita gie karok?? I-City yuk??" Maka aku pun dengan sukacitanya menutup nota dan terus mengorak langkah ke I-City dengan menaiki Seranas! Maka kami pun turut mengajak Encik Abdul Khaliq Nazeri bersekutu dengan kami untuk karok bersama since dia kata dia nak keluar beli buku. Dua jam karok cukup memuaskan hati~~hahahahaha~

Malam exam tu pulak yakni hari rabu malam, Mun memutuskan untuk tidur dibiliknya kerana dia takut tak sempat nak siap pagi esok. Lalu, nak dijadikan cerita, Ira, roomateku memutuskan untuk tidur dibawah tempat Mun selalu tidur tu kerana kat dia senang nak bangun study pukul 3 pagi nanti, kalau tidur kat atas katil nanti terlajak tidur. Lalu seperti yang dijanjikan, jam 3 pagi Ira bangun untuk study sambil mengeliat. Tiba-tiba.... Jeng jeng jeng... keletup! bunyi tulang jatuh dari tempatnya. Ira ingat tangan dia terseliuh mulanya tapi bila aku pegang kat belaklang dia, dia kata sakittttttt! Tambah mengerikan, dia kata "maybe tangan aku dislocate balik nie.." OMG!!!

lebih kurang macam niela keadaan ira

Maka aku dengan sorang lagi roomate aku dengan Fara pun memulakan misi mencari warden untuk membawa ira ke pusat kesihatan atau hospital berdekatan. Malangnya dek kerana kecuakan, maka kami pun gagal mencari rumah warden bertugas dan memutuskan untuk call sahaja warden tersebut. Sudahnya, warden tersebut suruh kami tunggu sehingga jam 8 pagi sebelum Ira boleh dibawa ke Pusat Kesihatan. Lalu dengan semangat menjawab soalan periksa kami yang sihat ini pun pergilah ke Dewan Annexe tercinta utnuk jawab soalan Law 2.

Habis je jawab soalan, Ira kata dia nak pergi Pusat Kesihatan balik sebab nak ambik surat rujukan pergi hospital untuk masukkan balik tulang tangan dia tu. Kami yang masih terkejut badak sebab Ira datang jawab periksa dengan tangan beranduh pun menemani Ira diketuai Izzah yang sudi menawarkan bantuan untuk membawa Ira dengan keretanya. Maka bermulalah pengembaraan yang dikenali sebagai Geng: Pengembaraan ke HTAR Bermula. Lepas beberapa jam menunggu kat HTAR tu, kami pun memulakan misi mencari makan untuk mengisi tembolok aku, Izzah, Mun, Nazreev, Ira dan Acap yang tak berisi apa-apa pun dari pagi. 

Lepas daripada hari itu, hubungan kami semua semakin akrab dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Mun sebagai penghuni tetap bilik aku dan Izzah yang hanya balik ke bilik dia untuk tidur sekejap,mandi,tukar baju dan sembahyang. Selebihnya dihabiskan bersama aku, Ira, Mun, Eika dan Fara yakni roomateku tersayang~! Hampir setiap hari kami akan makan malam di Nasi Lemak Cinta Sayang dan menu utama Mun: Sup Sayur manakala menu utama aku pulak: Sup daging.

To be continue.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan