Isnin, 7 Mac 2011

Terima Kasih Encik Penyelamat!

Ahad, 6/3/2011 bermula dengan penuh ceria. Tapi nak tidur pun tak boleh sebab setiap lima minit mak aku akan on alarm semulajadi dia tu suruh aku bangun sebab katanya nak pergi kenduri kahwin. Aku pun bangun dengan mamai2nya makan mihun goreng yang dia buat tu (tu sebabnya dia suruh aku bangun cepat2 sebenarnya!). Lepas tu, aku pun mulaknlah rutin biasa aku setiap kali nak pergi kenduri kahwin; gosok baju! Selesai gosok baju, aku pun mulakanlah langkah untuk ke bilik air dan menyucikan diri yang sememangnya busuk.

Selesai je mandi aku dikejutkan dengan perkhabaran dari ayah aku bahawa orang yang buat kenduri kahwin tu rupanya sedara kenalan ayah aku yang tak pernah dikenali. Maka mereka memutuskan untuk tak pergi ke majlis perkahwinan itu sebab tak kenal pun orang yang kahwin atau walimatulurusnya. maka aku pun memutuskan juga untuk duduk dalam bilik sambil melayan perasaan sehinggalah aku tertidur..

Tepat jam 2 petang mak aku bunyikan alarm dia lagi sekali untuk menyatakan yang sudah sampai waktu dan ketikanya untuk aku bangun dan bersiap untuk hantar mak cik aku pergi ke pondok moden untuk menghabiskan masa yang terluang di sana (nie cite betul bukan tipu tau!). Aku pun dengan separuh hatinya pergi jugaklah bersiap ala kadar.

Now here comes the sad moment.. Sedih ke?? Memang tak lah kan.. Selepas aku selesai hantar mak cik aku (yang mana amat menyeksakan untuk balik sebab mak cik aku macam tak bagi balik je) kami pun pergilah ke Dengkil untuk menikmati makan malam bersama pakcik dan mak cik tersayang serta kedua orang tuaku. Balik je dari makan malam itulah bermula segala-galanya. Kalau dah balik dari Dengkil, jalan yang paling dekat untuk balik Bangi adalah melalui Putrajaya. Sesampainya di MSC kat tepi PICC tu, ada satu bunyi benda putus yang aku dengari kat bawah kereta aku. Hati pun mula berbicara, "apa tu?? Oh, mungkin langgar plastik je kot.."

Tiba-tiba....


Keluar simbol bateri macam nie:

Mau tak terkejut badak aku! Bapak aku pun dah cuak.. Maka kami pun berhentilah kat tepi jalan tu. Bapak aku kata dia tak  nampak apa-apa pun yang tak kena kat kereta tu. Maka kami pun meneruskan jalan dengan harapan sempat samapi ke rumah. Malang tak berbau, memandangakn bapak aku terlepas simpang untuk balik maka kami terpaksa buat u-turn untuk cari jalan balik dan masuk je kat susur SKVE untuk balik bangi tu terus temperature naik dengan mendadak memaksa bapak aku untuk menghentikan kenderaan dalam gelap. Mak aku dengan aku cuak bagai nak mati sebab kat situlah selalunya jadi benda2 yang tak sepatutnya jadi. 

Berkat doa seorang ibu, tak lama lepas itu datanglah sebuah kereta polis peronda berhenti untuk 'menghulurkan' bantuan. Bapak aku yang tengah kalut bercakap dengan pak cik aku yang duduk kat Putrajaya untuk meminta bantuan pun layanlah polis tu ala kadar sebab tengah kalut punya pasal. Polis itu pun mulalah suluh-suluh apa yang patut dan dia bagitahu kat bapak aku yang tali enjin dah putus dan suruh bapak aku bawak kereta tu sampai dekat shell yang letaknya hanya 500m meter je dari tempat tu. Tapi sebab kereta tu panas sangat maka bapak aku terpaksa membuat keputusan untuk tunggu sampai enjin sejuk sikit.

Lepas dah sejuk sikit bapak aku pun mula gerakkan kereta tu slow2 tapi masih lagi tak boleh nak sampai ke shell depan tu sebab temperature naik dengan pantas! Tak lama selepas itu, datanglah seorang hamba Allah yang sudi nak menolong bapak aku nie. Katanya dia mekanik dan dia boleh tolong baiki dengan harga RM50. Tapi gayanya macam samseng je siap dengan calling2 lagi. Lalu bapak aku pun dengan pantasnya cakap, " ipar saya dah bawak mekanik untuk tolong saya, kejap lagi dia sampai". Maka dengan pantasnya bapak aku mengalihkan kereta yang dah sejuk sikit enjinnya itu sepantas mungkin ke shell berdekatan.

Di shell itu, ada lah pulak mat bangla yang kerja kat situ cakap dia ada nombor mekanik ynag boleh datang dalam masa 10 minit je at any time kalau tersadai kat shell tu. Aku dengan bangganya cakap, "sedara saya dah on the way dengan mekanik!" Bangla tu pun buat lah kerja dia balik. Tungu punya tunggu yang ditunggu tak juga kunjung tiba sampaikan kami terpaksa menunggu selama 2 jam sebelum bapak aku call balik pak cik aku yang konon-konon nak bawak mekanik yang claim dia tak dapat cari barang malam tu dan suruh dia tak payah datang la sebab bapak aku nak panggil mekanik lain. Maka bapak aku pun gunalah nombor yang diberikan mat bangla itu tadi dan mekanik itu berjanji untuk datang dalam masa 20 minit. Tak lama lepas tu, mekanik tu telefon dan cakap yang dia terpaksa carik barang dan mungkin ambil masa sikit.

Sekali lagi kesabaran kami semua diuji ditambah pula dengan hikayat sejuta satu malam mak aku yang tak sudah2 memasak telinga aku dan bapak aku. Sesampainya mekanik yang dijanjikan, alangkah terkejutnya kami semua sebab mekanik yang datang itu ialah orang yang sama dengan orang yang berhenti untuk menghulurkan bantuan yang kami semua sangka samseng jalanan tadi tu. Rupa-rupanya dia telefon kedai untuk tanya barang masa dia check kereta aku tadi. AHAHAHAHAHAHAHAHA!

Hanya dalam masa 10 minit je dia betulkan dan done! Terima kasih banyak2 Encik Mekanik yang menyelamatkan kami!

p/s: nasib baik sampai rumah sebelum tengah malam..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan