Isnin, 28 Mac 2011

Huh?Oh...Ha??Urm..Heeeeeissy!

Kalau latest post blog seniorku tersayang, Encik Amir Auxin cakap pasal enam perasaan masa dia balik rumah hari sabtu lepas, aku pulak nak cakap pasal perasaan aku yang lebih daripada enam tu dan aku sendiri tak pasti berapakah jumlah sebenar perasaan yang kualami ini. Sejak akhir-akhir ini, aku selalu alami pelbagai rasa dalam satu masa. Kalau dalam satu hari tu tak kisahlah sebab memang normallah untuk manusia ada pelbagai perasaan dalam satu hari. Kalau tak ada perasaan tu yang tak normal! Tapi apa yang aku rasa ini semuanya berlaku dalam satu-satu masa dan kadangkala ia sungguh menakutkan aku sendiri sebab aku takut aku tak dapat control and finally I will burst it out to others which I hate to do so! But, nevertheless, I'm still doing it without realising it.. Tapi kalau boleh memang aku tak nak buat sebab aku dah berazam untuk kurangkan emo aku tu.

Bila jadi macam ni, aku jadi cuak dengan diri aku sendiri. Apa yang aku rasa?? Basically, selalunya aku akan rasa tak puas hati, sedih, marah, cemburu, gembira, dan yang paling aku tak suka sekali susah hati tiba-tiba. It always turns out that semua perasaan tu akan mixed dalam satu masa yang sama! Tapi mungkin jugak disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan aku yang menyebabkan aku selalu susah hati tak tentu pasal. Maklumlah, I'm going to turn to 19 soon! hahahaha! Saja jek nak bagitau. Tak ada makna pun. Macam mana pulak dengan perasaan yang lain?? Takkanlah sebab hormon je aku alami semua perasaan tu sekaligus dalam satu masa?? Aku sendiri pun tak ada jawapannya. 

Terdapat pelbagai faktor luaran yang boleh menyebabkan keadaan ini berlaku (apasal macam ayat karangan je nie??). Pertama sekali mungkin itu memang lumrah diri aku sendiri yang aku tak pernah kenal pasti selama ini dan baru sekarang aku nak sedar. Kedua, mungkin disebabkan oleh perubahan cuaca yang tak menentu akhir-akhir ini (kejap panas, kejap sejuk, kejap panasejuk). Ketiga, mungkin juga perasaan mazmumah tu datangnya daripada bisikan syaitan yang sentiasa ada dalam pembuluh darah manusia ini. Entahlah. Aku sendiri pun tak tahu mana satu jawapannya. Cuma yang pasti sekarang ni aku macam malas nak online sangat sebab bila aku online je mesti semua perasaan tu jadi bercampur baur serentak! Paling kuat sekali perasaan tak puas hati dengan cemburu. Ada sahaja benda yang aku baca bila aku online facebook tu akan membuatkan aku tak puas hati dan cemburu. Lepas tu bila aku bukak benda lain pulak aku sedih tak tentu pasal lepas tu aku bantai gelak sampai nak pecah perut. Haihhhhhhhhhh dan haihhhhhhh lagi.. Lepas tu mulalah macam-macam perasaan lagi keluar bila aku online

Tapi bila tak online pun sama jugak. Ada je benda kat dalam rumah ni yang buat aku rasa macam-macam. Bila aku tengok tv or tengok drama korea kat laptop aku ni, mulalah aku nak rasa rendah diri campur dengan sedih lepas tu aku merajuk sendiri. APAKAH???Maka aku pun mengambil keputusan untuk mengadu segalanya kepada Yang Maha Pencipta kerana sesungguhnya Dialah yang mempunyai jawapan kepada masalah aku ini kerana Dia jualah yang mencipta diriku ini seadanya..

p/s: Tak nak rasa cemburu dengan tak puas hati sebab benda tu akan rampas semuanya daripada aku tapi benda tu jugaklah yang selalu jadi teman setia aku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan