Isnin, 26 Disember 2011

Antara Sabar Dan Kemahuan

Assalamualaikum and hai to my dearest diary! Since hari ni adrenalin meningkat dengan begitu mendadak sebab excited, maka excited jugalah perasaan untuk menaip di diari usang kesepian ini. Setelah hampir 2 tahun bertahan dengan telefon bimbit itu, maka tibalah masa untuk mencari penggantinya setelah ia tidak mampu untuk meneruskan tugasnya. Maka inilah peluang yang ditunggu-tunggu! Mendapatkan apa yang dihajatkan hati~ Samsung Galaxy S II~~~~~~

Sejak balik dari kedai phone tadi (which is sooo awesome sebab tauke kedai tu sangat pandai memikat hati!), I can't stop thinking and dreaming about this phone! Walaupun tadi aku punya choice di antara SII or Ace, tapi sebenarnya aku tak pandang sangat Ace tu bila dia dah sibuk cerita pasal kehebatan SII yang memang aku dah tau! Apatah lagi dia bagi aku test phone ni dengan tempoh masa yang agak lama tadi membuatkan aku rasa tak nak pulang balik dah kat dia tadi (padahal duit tak bawak punn)! Bertmbah gembira bila dia suruh test sendiri iPhone 4S tauke tu yang baru dibeli minggu lepas dan bandingkan dengan SII! OMG berganda nikmatnya! dapat main-main kejap dengan iPhone 4S. Bayangkan, tauke tu nak jual iPhone 4S dia dengan harga RM1800 je??? Sebabnya, dia nak beli Galaxy Note! Menyesal tak sudah dia sebab dah terbeli iPhone 4S tu dengan harga RM2k++



Tapi atas nasihat dan dorongan daripada kedua orang tuaku, akhirnya aku memutuskan untuk menangguhkan dahulu pembelian telefon bimbit baru sebab kata ayah aku, kalau nak beli biarlah beli yang kita berhajat walaupun kena tunggu lama sikit. Jangan beli barang tu sebab asal boleh je walaupun itu bukan yang kita hajati. It's okay to wait for a better ending kan?

p/s: Still can't get rid of the excitement! Ya Allah, permudahkanlah jalanku untuk memilikinya dan berikanlah aku kesempatan untuk itu. Amin.

Sabtu, 3 Disember 2011

Misi Menangis Di RumahMu

Tak nak cakap pasal berapa banyak labah-labah buat sarang kat blog ni dan dah berapa inci tebal habuk kat sini. Yang penting, aku cuma nak cakap yang dah terlalu banyak benda pending untuk dikemas kini kat blog ni dan masih tak terbuat. Tak mengapa, yang tu semua letak belakang dulu. Paling aku utamakan sekarang adalah misi jangka masa pendek (i.e minggu ni) yang masih belum tercapai. Macam mission impossible pulak (by the way, Mission Impossible 4- Ghost Protocol nak keluar dah bulan nieeeeeee!!! OMG TOM CRUISE KOT! keringlah poket aku T_T). 

Misi apa?? Misi untuk menangis di hadapan Allah yang Maha Esa di dalam rumahNya. Mesti ada yang kata, "eleh, kalau setakat nak menangis meratap je, dalam bilik pun boleh.." Memang betul, tapi in my personal view, rasanya lain bila menangis di rumah Allah. Ketenangan yang kita akan dapat tu hanya kita sorang je yang tahu. Kalau nanges dalam bilik, kang tetiba roomate masuk baru balik dari McD ke, kan dah distracted! Kantoi menangis pulak tu~! So, adalah lebih baik jika kita menangis sahaja di rumah Allah. 

"Sebab apa nak nanges - ko nie banyak cekadaklah dayah". For several reasons happened lately, it's unexplainable and tak tertahan lagi rasanya memikul di bahu. Walau apa pun alasannya, biarlah aku dan Penciptaku yang tahu. Cerita semua benda pada orang lain pun, mungkin mereka tidak akan faham signifikasinya, dan mungkin mereka beranggapan aku hanyalah gadis cengeng yang mencari publisiti murahan. Biasalah, manusia kan. Tak payah kata orang lain, diri kita sendiri pun tak akan rasa apa yang orang lain rasa sebab kita bukan orang tu. Macam mana sama pun situasi kita dengan dia, rasa yang masing-masing alami dan impaknya terhadap diri masing-masing akan berbeza.

Jadi, untuk meredakan beban yang rasanya menggayuti bahuku, jalan yang terbaik bagiku adalah pergi menemui Allah di rumahNya. Terbukti berkesan! 

p/s: Kena jugak buat dalam minggu nie~!

Ahad, 23 Oktober 2011

Cahaya, Ilmu dan Kejayaan

Pheww, nasib baik tak lupa password blog ni. Nampak sangat dah lama biar jadi hutan. Bila dah banyak sangat benda yang rasa nak cakap kat dalam blog ni, semua tak terbuat jugak sudahnya. Yang jadi mangsa, my loyal listener ni. Poor you my baby.. Tapi takpe, since dah dapat courage untuk spent time sekejap kat my baby ni, let's have a short review on what's happening in one month's time.

Paling latest, semalam memang meriah! Setelah beberapa bulan tak turun KL, semalam baru berkesempatan jalan-jalan kat KL kemabli dengan my friends. Most importantly, kalau datang dari Shah Alam mestilah turun dekat KL Sentral kan kalau naik bas. So, mesti akan nampak jugak Little India yang menghadap laluan pejalan kaki KL Sentral tu. Sumpah meriah gila!!! Aku ingatkan ada sale penghabisan stok atau event apa-apa ke kat sana sampaikan gerai-gerai jualan bertebaran di atas muka bumi macam kita nak raya. Rupanya aku lupa next week kan Deepavali~! Mestilah diorang pun nak shopping macam kita shopping raya. Apa yang paling buat aku ternganga mulut tengok adalah baju-baju punjabi suit atau salwar kameez yang amat amat amat amat amat amat (darablah dengan jumlah yang akan jadi infiniti) lah CANTIK. Tapi apakan daya, pitih dop ado.. Nganga jelah tengok ye. Kalau ada dah lama aku pun join sekali dengan diorang shopping. Silap hari bulan aku yang over dari diorang!






Tengok pun bukan sebarang tengok, nganga tu nganga jugak, tapi mesej di sebalik kemeriahan yang aku sebutkan tadi perlu kita semua hayati. Betapa kita beruntung kerana diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk hidup dalam kalangan masyarakat yang majmuk dan berbilang kaum supaya kita sama-sama dapat melihat kepelbagaian ciptaan Allah. Supaya kita dapat merasai nikmat berbaik sesama manusia dan supaya kita belajar menghormati antara satu sama lain walaupun mereka bukannya umat Islam. Maka bersyukurlah kita untuk dapat tinggal dan membina kehidupan di Malaysia ini :)

Dalam masa sebulan ini jugak aku banyak belajar perkara yang selama ini aku tak berkesempatan untuk mempelajarinya. Thanks kepada seluruh warga SCLC (Student Community Law Club) especially Kak Izza yang memberikan aku peluang untuk mempelajari cara melibatkan diri dalam sesuatu event. Program Secret Success Of The Golden Region yang dianjurkan pada hari Jumaat lalu sememangnya menjadi batu loncatan yang amat berguna buatku. Bukan sekadar menggalas tanggungjawab sebagai setiausaha sahaja, namun aku turut diberi peluang untuk menjadi lebih fleksibel ketika majlis sedang berlangsung. Tak dilupakan juga, program malam itu memang awesome! Bukan setakat belajar menguruskan acara, namun ilmu yang aku dapat pada malam itu tak kurang hebatnya walaupun sedikit. Betapa ceramah tersebut berjaya mengubah persepsi aku terhadap perniagaan dan juga tanggapan bahawa orang cina sentiasa potong jalan orang melayu untuk cari makan. Sebenarnya, macam yang Prof. Dr. Shad selalu cakap dalam lecture dia, orang Melayu selalu rasa inferior dengan diri sendiri dan tak boleh lari dari perasaan 'takut ditindas' oleh orang lain. Bagi beliau, orang Melayu tak perlu rasa macam tu because we are great in nature! Walau apa pun yang orang kata, kita tetap hebat dengan cara yang tersendiri.

Satu lagi benda best yang aku nak share is aku sebenarnya hampir tidak percaya dan gembira sebab setelah 19 tahun aku hidup akhirnya aku boleh baca tulisan selain tulisan roman! Tulisan bertuah itu tak lain dan tak bukan tulisan hangeul~! Thanks kepada Tiara 선생님 (seonsengnim) yang dah banyak bagi tunjuk ajar utnuk subjek bahasa ketiga aku ni. Gamsahamnida seonsengnim! Walaupun orang kata yang ambil bahasa Korea as third language kat sini mesti sebab sangap dengan K-Pop atau drama korea, tapi sebenarnya aku memang dari dulu lagi teringin nak belajar bahasa korea lepas aku terbaca satu artikel dalam majalah yang ajar sepatah dua bahasa korea. Masa tu tak de lagi fenomena drama dan lagu korea nih. Walau apa pun yang korang nak cakap, tapi aku still happy dengan apa yang aku belajar sebab aku percaya bahasa ini akan berguna juga kepada aku suatu hari nanti!

Well, rasanya sampai sini je dulu summary aku untuk this whole one month. Kalau rajin akan adalah update semasa. Tapi kalau tak mungkin lagi sebulan atau setahun atau sepuluh tahun lagi baru update.

p/s: hari ni pun kejayaan sulung aku duduk dalam bilik sepanjang hari tanpa ditemani sesiapa dalam bilik!



Isnin, 26 September 2011

Tatih Anak Kecil

Mesti semua orang pernah tengok macam mana anak kecil atau bayi bertatih kan? Selangkah demi selangkah dan mereka akan terjatuh seketika sebelum bangkit semula untuk melakar langkah yang baru dan maju ke hadapan. perkara yang sama juga berlaku kepada diri kita yang sudah cekap berlari ini. Setiap hari adalah satu langkah yang baru untuk kita pelajari dan semalam adalah satu kejatuhan sekiranya kita terkhilaf. Kita akan bangun semula dengan langkah yang baru dan maju ke hadapan pada keesokan harinya!


Seperti itu juga, kehidupan baruku bermula di sini. Setiap hari, akan ada perkara yang berubah dan semakin maju ke hadapan. Paling jelas, dari aspek minda dan cara berfikir. Peda hemat aku, setiap hari-hari yang aku lalui di dunia baruku ini akan ada perubahannya dari segi cara aku menilai seseorang dan cara aku mentafsirkan sesuatu perkara. Seperti tajuk baharu dalam buku, pelajaran tersebut berterusan dan pelbagai maklumat tambahan dijana otakku. Segalanya tampak menarik dan keterujaan untuk mencuba adalah sangat tinggi! Kalau boleh semua aku nak masuk! Siap berangan nak jadi MPP *ok yang tu over*! Tapi the worst part is, kemahuan untuk balik ke rumah setiap minggu masih menebal dalam qalbu.. Macam mana nak aktif kalau asyik nak balik. Well, I do love my home as much as I love myself!



Pun begitu, setiap hari aku akan bangun dengan satu azam untuk cabar diri aku sendiri dengan tidak pulang ke rumah sekurang-kurangnya 2 minggu. Walaupun sering kali dihalangi oleh pelbagai alasan yang menerjah benakku dengan tombak dan spears, tapi aku tetap menyalakan sumbu azamku setiap kali aku bangkit dari tidur untuk hari yang baru! Mampukah aku lakukannya?? Aku akan cuba lakukannya seperti tatih si anak kecil *_^~!

p/s: Rasa macam dah kering idea nak tulis kat blog ni. Atau lebih tepat lagi MALAS NAK MENAIP. Sekian, terima kasih.

Jumaat, 16 September 2011

Dunia Baru Di Bumi Yang Sama

Kalau tuhan tidak menjadikan perhambaan dan perbudakan,tentu tidak akan timbul keinginan hendak mengejar kemerdekaan.Memang kalau tiada kesakitan,orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan.Oleh itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan. (Hamka)

Ya. Sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan. Mungkin inilah yang harus kupegang selama aku ingin terus mencari dan menimba ilmu pengetahuan. Walau ke mana pun aku berlari atau melarikan diri, namun sakit dan pedih itu tetap akan mengekori ibarat bayang-bayang disiang hari. Kendatipun, aku tetap memanjatkan kesuyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah memberikanku peluang untuk sampai ke satu lagi alam baru di dunia ini sebelum ke persinggahan terakhir yakni hari akhirat.

Buat diriku sendiri, alam ini ibarat dunia baru di bumi yang sama. Jika dahulu aku menjejakkan kaki di sini dengan impian untuk meletakkan namaku dalam senarai pelajar sarjana muda, hari ini aku menjejakkan kaki di sana sebagai mahasiswi sarjana muda untuk universiti itu, Universiti Teknologi MARA. Serasa bagai melangkah ke suatu tempat dan persekitaran yang asing ketika aku dan rakan-rakanku disambut dan diraikan sebagai mahasiswa baru yang akan bersama mendaki puncak menara gading demi segulung ijazah! Berbeza ketika asasi dahulu, semuanya tampak biasa sahaja dan perasaan anak-anak sekolah itu masih menebal di jiwa masing- masing. Kini, segalanya lain daripada waktu itu. Semuanya nampak begitu menyeronokkan dan pada masa yang sama beban telah mula dirasai terpikul di atas jemala masing-masing.

Pada suatu sudut yang lain pula, duniaku yang dahulu berubah 360 darjah kerana banyak benda yang tidak kusangka berlaku dan banyak anggapanku meleset. Jika dahulu aku mempunyai tanggapan yang kurang baik terhadap seseorang, kini aku mampu merubah tanggapan tersebut sepenuhnya~! Namun, tak kurang juga yang selama ini tidak menjadi kudis bagiku, kini menjadi nanah terbesar untukku. Namun, Allah sudah pun membuat ketetapan seumpama ini untukku. Maka akan kuterima dengan sedaya-upayaku dan akan kuikhlaskan takdir ini untukku. Semoga takdir ini akan menjadi kenangan yang boleh membuatkan aku tertawa suatu hari nanti. InsyaAllah..

p/s: Hopefully aku boleh get along dengan my new classmates macam my previous classmates and may this G preserve the excitement and joy brought by the previous G! It's crucial because for me, classmates are the key to a good assignment, a good study environment and a good reason to come to class! hahaha!

Isnin, 29 Ogos 2011

Minal Aidil Wal Faizin

Salam Aidilfitri untuk semua!

Tahun ini memang terasa tak seronoknya beraya. Tak tahu kenapa tapi memang langsung takde mood nak beraya pun sampaikan aku kemas bilik pun ala kadar je. Selalunya time petang raya ni aku sibuk duk kemas bilik macamlah nak hias jadi bilik pengantin. Tapi sungguh bagai dikata, tahun ni memang langsung tak bersemangat nak raya. Mungkin sebab nenek dah tak ada untuk tahun kedua dan ditambah dengan kepergian pak cik sulung aku ke Mekah untuk menunaikan umrah dan beraya di sana sekali.

Sesungguhnya Eid-ul-Fitr itu sendiri bermaksud pulang ke fitrah asal. Setelah sebulan menahan diri di siang hari daripada melakukan perkara yang membatalkan ibadah puasa, maka kita akan pulang semula kepada rutin kita sehari-hari sebagai memenuhi fitrah manusia yang azali. Di samping itu, amalan bermaaf-maafan juga merupakan amalan yang digalakkan ketika menyambut Aidlifitri untuk menyucikan dosa sesama manusia setelah menyucikan diri di bulan Ramadhan. Indahnya aturan Allah untuk kita semua. Terpulanglah kepada kita untuk melaksanakannya atau tidak.

Di Malaysia, hari kemenangan kita disambut dengan begitu meriah sekali. Yang merantau pulang ke kampung halaman, dan yang tiada kampung halaman (macam aku ni) meraikannya dengan cara sendiri bersama sudara dan handai. rezeki buat yang kurang berkemampuan pula melimpah ruah seiring dengan amalan sedekah yang menjadi kebiasaan bagi kebanyakn penduduk Malaysia. InsyaAllah setiap rakyat di Malaysia ini merasai nikmat berhari-raya walaupun ada segelintir yang merasa hina dan dina. Namun, ingatlah, sekurang-kurangnya di Malaysia kita raikannya dengan keadaan yang harmoni. Bayangkan jika kita terpaksa berhari-raya dengan keadaan seperti di Palestin yang sampaikan nak solat Jumaat di masjid pun di sekat-sekat. maka dengan itu, berbanggalah dengan keharmonian ynag masih dikecapi di bumi bertuah ini dan lestarikanlah untuk selamanya kerana sesungguhnya kemerdekaan kita ini bukanlah mutlak. Sejajar dengan itu, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-54 buat seluruh rakyat Malaysia yang akan disambut pada Hari Raya Kedua nanti InsyaAllah.

p/s: Sedihnya bila tengok jiran-jiran seronok balik kampung berhari-raya sedangkan aku sendirian denagn ibu bapaku di sini. Tiada atuk dan nenek untuk menyambut hari bahagia ini bersama-sama..

Ahad, 28 Ogos 2011

Menjelang Syawal Dewasaku

Termaktub sudah dalam suratan hidup manira bahawa kali ini 1 Syawal yang bakal menjelma akan disambut dengan suasana yang berbeza. Kendatipun sibuk dengan pelbagai urusan duniawi yang tiada berpenghujung, manira tetap sempat meluangkan sepertiga masa yang di beri Allah untuk menambah saham ukhrawi di bulan yang mulia ini. Dalam kesibukan itu, terselit jua ceritera-ceritera perihal hidup rakan-rakan manira yang berwarna-warni untuk melengkapkan salasilah riwayat hidup manira ini. Ada yang berduka namun di sebalik duka itu terselit jua kegembiraan buat segelintir yang lain. Inilah yang dikatakan rona kehidupan. Luka buat kita namun ubat buat yang lain....

7 Hari Sebelum Aidilfitri...

Telefon pejabat manira yang berdering mematikan langkah manira untuk pulang. Sebuah panggilan di petang Ramadhan yang memang tidak diundang mengusutkan fikiran manira. Betapa manira perlu menghadiri kursus selepas seminggu Aidilfitri kelak. Ya. Panggilan telefon tadi datangnya daripada Dekan untuk memberi informasi awal kerana faksimili yang diterima daripada Canseleri baru sahaja sampai ke tangannya. Memandangkan manira akan menghadiri seminar di Cheras selama tiga hari dan kemudiannya akan terus bercuti untuk berhari raya, maka panggilan telefon lewat petang itu harus diadakan jua. Mujurlah manira telah menggantikan kelas untuk raya minggu lepas. Jika tidak, pasti terbeban untuk menggantikan kelas sempena manira bercuti raya dan juga kelas semasa manira berkursus. Pelajar-pelajar maniralah yang akan menjadi mangsa.

Usai menjawab panggilan telefon tersebut, manira terus menuju ke kereta dan singgah sebentar di bazar Ramadhan yang berhampiran untuk membeli sedikit juadah berbuka puasa sebagai persediaan sekiranya terperangkap dalam kesesakan jalan raya sehingga waktu berbuka tiba. Selesai membeli sedikit kuih cara berlauk kegemaran manira, kereta yang dipandu manira terus memecut laju untuk pulang ke rumah. Namun, malang tidak berbau, ketika manira hampir tiba di simpang yang menuju ke taman perumahan manira, manira terlanggar seorang pejalan kaki yang tiba-tiba meluru laju ke arah kereta manira. Tersirap darah manira apabila melihatkan keadaanya yang melambung hampir sekaki di udara dan terlentang di atas jalan berlumurkan darah. Seribu rasa menerjah sukma dan kalbu manira mengenangkan nasib pejalan kaki tersebut. Matikah dia? Hidupkah dia? Apa yang akan terjadi kepadanya dan manira jua kelak?

Tanpa berlengah, manira yang dibantu orang ramai yang melihat kejadian tersebut mengangkat pejalan kaki tersebut dan manira terus membawanya ke hospital berdekatan untuk diberi rawatan kecemasan secepatnya. Kata doktor mujurlah dia dibawa ke hospital dengan segera kerana tidak banyak darah yang hilang dari tubuhnya. Namun kecederaan dalaman yang dialaminya agak parah. Manira beruntung kerana hospital tersebut turut menempatkan rakan manira Liyana yang turut berada di situ atas panggilan kecemasan yang memerlukan khidmat pakarnya. Sementara menunggu semua hal siap diuruskan, manira dijemput oleh Liyana untuk berbuka puasa di kafetaria hospital tersebut. Sambil menunggu makanan tiba, manira yang masih terkejut dengan insiden tersebut meluahkan perasaan kepadanya sambil ditenangkan oleh Liyana dengan teknik psikologi yang dipelajarinya dahulu. Berkesan! Lalu untuk mengambil hatinya, manira bertanyakan tentang sebab dia masih berada di hospital kala ini. 

Menurut Dr. Liyana, ada seorang pesakitnya yang telah sembuh dari penyakit paru-paru berair kini kembali sakit. Namun hasil diagnosis yang dilakukan, kanak-kanak tersebut menghidap penyakit lain pula iaitu jantung berlubang dan khidmat pakar kanak-kanaknya diperlukan bagi mengesahkan hasil diagnosis tersebut. Khabarnya kanak-kanak tersebut masih lagi bayi dan baru sahaja berusia 5 minggu. Simpati manira melimpah demi mendengarkan perkhabaran tersebut. Lantas, tika itu juga manira menerima panggilan telefon daripada pihak polis yang mengatakan bahawa pejalan kaki yang dilanggar manira itu telah sedar dan ternyata dia sebenarnya sedang melarikan diri daripada dikejar polis kerana terlibat dalam satu rompakan kedai emas minggu lepas. Namun, yang menjadi beban di jemala manira sekarang adalah kesnya akan dibawa ke mahkamah selepas raya nanti dan manira akan dipanggil menjadi salah seorang saksi untuk kes tersebut. Haihhhh.. Sudahlah manira terpaksa berkursus selepas cuti raya kelak, kini bertambah satu lagi beban untuk menjadi saksi atas kes yang tidak manira tahu hujung pangkalnya.

Lalu, manira diminta untuk ke balai polis dan memberikan keterangan yang selanjutnya. Manira yang akur dengan prosedur tersebut segera menelefon bonda manira untuk memberitahunya akan kelewatan manira pulang ke rumah hari ini atas urusan kerja. Tidak manira khabarkan kepadanya lagi perihal yang terjadi kerana bimbangkan kesihatannya yang mungkin tergugat akibat tekanan darah yang tinggi sekiranya diperihalkan kejadian tersebut kepadanya. Tiba di balai polis, manira terpandangkan kelibat Izzah Azhani, sahabat lama manira yang kini telah mempunyai firma guaman dan juga sebuah pusat latihan keyakinan diri di Klang. Bukan sebarang peguam teman manira yang seorang ini! Pusat latihan keyakinan diri yang diasaskannya bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri golongan remaja dan juga mereka yang berkerjaya terutamanya dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Menarik tentang pusat latihan Izzah yang diberi nama Truconia Training Centre (Truconia = True Confidence By Nur Izzah Azhani) ini adalah setiap peguam baru yang bekerja di firmanya akan diberi latihan selama 3 bulan secara percuma di sini. Selepas itu, abrulah mereka akan diberi jawatan tetap di firma guamannya.

Berbalik kepada insiden pertembungan kami, Izzah menyatakan bahawa dia ke balai polis tersebut untuk menemani anak guamnya yang membuat laporan polis tentang pecah amanah dana syarikat oleh salah seorang eksekutifnya. Nak di jadikan cerita, anak guam kepada Izzah merupakan sahabat baik manira sendiri.

" Ini ke anak guam kau Izzah??" tanya manira dengan penuh rasa terkejut.

"Haah, yang nilah anak guam aku. Kenalkan, ini Amirulfaiz or you can just call him Mirul. Mirul, this is one of my best friend, Hidayah. She used to be a lawyer not long ago, but now she's a lecturer." Salam perkenalan dihulurkan Izzah buat aku dan Mirul yang memang telah lama berkenalan.

" Aku kenal lama dah dia ni Izzah!! Kawan susah senang aku ni.. Kan Mirul kan??"

"Yep. Betul tu Puan Izzah. Dayah nie dah lama saya kenal. Kami memang rapat dari sekolah menengah lagi. Tapi tak sangka pulak Puan ni kawan baik dengan Dayah." Sampuk Mirul menjelaskan situasi sebenar.

"Lahhhh... Kawan rapat rupanya! Kecik sungguh dunia ni." Izzah yang masih terkejut meluahkan rasa.

" Ko bukak bisnes apa sampai jadi kes pecah amanah nie?? Tak bagitau aku pun.." tanya manira, ingin tahu.

" Alahai.. Takde apa sangat pun, cuma bisnes keci-kecik je. Baru nak mu..." tanpa sempat Mirul menghabiskan ayatnya, Izzah menyampuk

"Bisnes kecik apanya Dayah... Dah sampai taraf international dah ni.. Company software games in 3D. Branding sendiri tu." sampuk Izzah menerangkan dengan terperinci latar belakang perniagaan anak guamnya.

"Pergh! Gila gempak ko Mirul! Macam ni punya besar bisnes ko tak bagitau aku langsung pun.. Sampai hati ko.."

"Eh eh. Janganlah camnie.. Aku memang nak bagitau ko, tapi masa tu aku macam tak sure lagi boleh jalan ke tak bisnes nie. Tu yang aku diam je dulu. Lagipun ko kan sibuk buat masters tiga tahun lepas. Tu yang aku tak nak kacau ko tu. HAHAHAHA!" pujuk Mirul meredakan keadaan.

Selesai berbicarawara di depan balai polis, kami pulang ke rumah masing-masing dengan janji untuk bertemu di hari raya nanti. Sebelum berpamitan, Izzah sempat berkhabar kepada manira bahawa Hakim Muda Nurfarhan akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya ketiga nanti di Johor Bahru. Katanya rumah terbuka tersebut disekalikan dengan kenduri aqiqah anak keempatnya yang baru sahaja dilahirkan 5 bulan yang lalu dan juga bersempena dengan kenaikan pangkat yang baru diterimanya seminggu sebelum Ramadhan menjelma tempoh hari. Gembira manira mendengarkan perkhabaran tersebut. Walaupun jemputan daripada empunya badan sendiri belum sampai ke telinga manira, namun hal tersebut sudah cukup menggembirakan hati manira kerana manira faham dengan bebanan tugasnya yang menuntut banyak masa dihabiskan di mahkamah.

Apa yang lebih menarik, kini Hakim Muda Nurfarhan atau lebih mesra dipanggil sebagai An, kini sedang dalam proses menghakimi inkues kematian rakan kami yang dikasihi Abdul Khaliq Nazeri yang dilaporkan hilang ketika memanjat Gunung Kilimanjaro untuk ekspedisi mendaki gunung berapi solonya. Namun, setelah dua minggu, pihak polis mendapati Khaliq sebenarnya telah pulang ke Malaysia dan dijumpai di dalam gaung berhampiran dengan kawasan Genting Sempah. Polis mempercayai terdapat unsur-unsur jenayah disebalik semua kekalutan yang berlaku. Kendatipun, kini bukti-bukti yang dijumpai pihak polis kesemuanya menjurus kepada kesalahan pengesahan mayat. Terdapat pemalsuan pengesahan mayat yang dipercayai dilakukan oleh salah seorang rakan kongsi perniagaannya dan kini mahkamah telah pun megesahkan bahawa mayat yang dijumpai di Genting Sempah tersebut bukanlah mayat Khaliq.

Kes tersebut menjadi isu yang hangat di Malaysia apatah lagi kredibiliti An diragui kerana beliau masih muda untuk menghakimi kes berprofil tinggi. Walaubagaimana pun, kes tersebut disabitkan sebagai kes jenayah dan rakan kongsi Khaliq telah didakwa atas tuduhan memberi laporan palsu dan cubaan membunuh kerana Khaliq dijumpai di dalam sebuah rumah usang dalam keadaan berlumuran darah. Kes ini turut diserikan lagi dengan kehadiran teman-teman kami yang mewarnai pasukan perbicaraan. Pasukan pendakwa raya diketuai oleh Acap selaku Timbalan Ketua Pendakwa Raya manakala pasukan peguambela diketuai oleh saudara Harshan atau lebih dikenali sebagai Shawn. Khaliq pula kini dilaporkan semakin stabil dan akan pulang ke Bidor untuk berhari raya dengan menggunakan pesawat peribadinya sendiri.

Nama Acap pula kini semakin meniti di bibir rakyat Malaysia sebagai calon Ketua Pendakwa Raya yang baru setelah kehandalannya di pasukan pendakwa raya dibuktikan melalui kes pembunuhan kejam sebelum ini. Bertemankan seorang isteri yang setia dan tiga orang anak, beliau kini giat menjalankan usaha membawa keadilan kepada semua rakyat terutamanya mereka yang tertindas. Selain kerjaya tetapnya sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Kuala Lumpur, beliau turut menawarkan khidmat nasihat guaman secara percuma di waktu senggangnya kepada mereka yang memerlukan terutamanya dari golongan yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan khidmat nasihat peguam.

Tersentak dari lamunan mengingati rakan-rakan manira tatkala mendengarkan laungan bonda manira yang berkicau kerana mengelamun walaupun telefon bimbit di tangan menjerit minta di angkat. Manira tersenyum seorang diri ketika melihat pemanggil yang masih setia di talian menunggu manira menghubungkan kami menerusi telefon. pasti ada sesuatu yang ingin diperkatakan Nadhila. Jika tidak masakan dia menelefonkan jauh malam begini.

Nadhila : Hello. Dayah ko busy ke? Aku nak ajak kau buka puasa esok. Ko free tak?? Esok ko tak mengajar kan?

Manira : Hello. Ha, Dila! Esok?? InsyaAllah boleh. Nak buka kat mana?

Nadhila : Aku ingat nak ajak kau makan dekat Curve, ada satu restoran ayam penyet best kat situ. Tapi kan.. Aku bawak anak aku sekali dengan husband aku. Ko ok tak?? Bukan apa, anak aku tu selalu tanya bila nak dinner dengan kau. Dah lama katanya tak jumpa dengan kau. Kebetulan suami aku pun tak kerja esok.

Manira : Ohhhh. Eh aku tak de hal punyalah. Bukannya aku tak kenal pun suami ko tu. aku pun rindu nak jumpa dengan anak ko tu! Yelahhh.. Tak lama lagi dia nak dapat adik baru.. Tak boleh nak bermanja-manja dengan mummy dia lagi.. HEHEHEHE..

Nadhila : Eh? Hahahaha! Lambat lagi.. Tujuh bulan lagi masa yang dia ada untuk bermanja-manja dengan aku. HAHAHA! Kalau macam tu, esok ak pick-up kau dekat rumah dalam pukul 5.30 macam tu. Aku takut jalan jam nanti tak dapat tempat pulak nak makan.

Manira : Oh okay! Aku tunggu kau esok. See ya~!

Nadhila : See ya~! Bye dayah..

Begitulah alkisahnya. Jika tidak bekerja, sesekali manira akan diundang atau mengundang teman-teman manira untuk berbuka puasa di rumah mahupun di luar. Keakraban yang ditonjolkan menjadi penanda aras ikatan persahabatan kami. Namun, syawal yang bakal menjelma kali ini membawa seribu satu makna buat manira kerana Allah telah mengizinkan manira untuk melihat rona kehidupan di alam dewasa sewaktu umat Islam berhari-raya. manira berharap dan sentiasa memanjatkan doa agar peluang seumpama ini tidak di tarik balik oleh Allah S.W.T di masa hadapan.

p/s: Cerita untuk Encik Khaliq itu diolah sendiri olehnya dan diubah suai mengikut keadaan. Kalau ikut jalan cerita dia lagi seram dari tu. Takut pulak nanti menjadi doa. Kalau jadi betul-betul sumpah seram! HAHAHAHA! Apa yang pasti, aku harap dapat beraya dengan korang semua bila kita dah kerja!