Rabu, 23 Mac 2011

My Superb Campus Life! (Part 2)

Arakian, setelah seminggu berlalu, maka minggu peperiksaan pun semakin bertambah menjadi hardcore dengan subjek-subjek yang hardcore. Tapi enjoy tetap enjoy. Hari Isnin, lepas je exam Law 3 yang sangat membarankan hati, jiwa dan raga setiap insan yang mengambil exam tu, Kelun yakni ex-roomate Mun sem lepas mengajak aku dan  Mun ke KLCC untuk membeli tiket konsert Bruno Mars (kalau Mun baca mesti meleleh air mata dia sekarang..hahahahaha~!). Dia suruh aku drive kereta Kery sebab dia tak ada lesen takot nanti kena tahan dengan polis pulak. Pada masa yang sama jugaklah, kawan-kawan kelas aku nie sibuk nak pergi tengok Hikayat Merong Mahawangsa kat Bukit Raja time tu jugak. Maka aku pun berada di persimpangan dilema sama ada untuk ikut Kelun or ikut classmates. Maka dengan bangga Encik Abdul Khaliq Nazeri pun berkata dia akan beli tiket pukul 3.30 petang dan waktu ketika itu baru sahaja menunjukkan jam 11.30 pagi. Maka kami dengan pantasnya bergegas ke KLCC walaupun pada awalnya kami mengahdapi kesukaran untuk mencari kereta Kery yang disorokkan nun di atas bukit sebelah perindu tu.

inilah tiket Bruno Mars yang dibeli Kelun . Gambar Ihsan Profile Picture Facebook Kelun 

Maka dengan tekad dan azam yang tinggi setelah mengharungi dugaan minyak hampir habis di tengah bandaraya Kuala Lumpur dan berbekalkan panduan berguna daripada pemandu pelancong Khairunnisa Kamli yang sudi menunjukkan selok-belok jalan, maka kami semua selamat tiba di Bukit Raja tepat jam 3.15 petang. Selesai sahaja tengok Merong Mahawangsa yang sememangnya best itu, aku, Mun dan Ira kini mempunyai satu lagi misi iaitu menghantar Kelun pulang ke rumah abangnya yang terletak di Kelana Jaya. Selesai hantar Kelun maka kami memulakan misi untuk mencari tempat mengisi tembolok yang menjerit kelaparan. Lepas sembahyang Maghrib di Seksyen 2, kami semua sepakat di kampung pening lalat untuk mencari tempat makan di Seksyen 13. Masalah utama: kat mana seksyen 13 tu?? Teknik mengagau sekali lagi digunakan untuk mencari dimanakah gerangannya seksyen 13 itu. Selepas pertempuran hebat dengan ahli di dalam kereta itu maka kami pun terjumpa dengan seksyen 13 itu berkat pertolongan daripada Mun yang tiba-tiba dapat cahaya petunjuk nak pergi ke situ.

Perjalanan hari itu tidak berakhir lagi. Usai makan, Mun kata dia nak try bawak kereta since Seksyen 13 ni pun tak banyak kereta lalu lalang. Aku yang telah kepenatan ,membiarkan saja niat suci Mun itu. Dibantu Ira sebagai instructor tidak berbayar dan separa terlatih, maka Mun pun dengan kembang hatinya memulakan pemanduan. Aku yang dah separuh baran kerana kepenatan terus menggelegak macam Gunung Merapi kat Indon tu dan akhirnya menggegarkan kereta itu dengan jeritan aku pada kekutan 8.9 skala richter macam kat Jepun tu, suruh Mun berhenti sebab aku takut nanti kena saman dengan mak bapak Ira and Acap sebab buat anak diorang cedera seumur hidup. Tak lupa jugak Kery dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kesimpulannya kes aku akan disebut begini:

1.Public Prosecutor v Nur Hidayah Ahmad Annual
2.The Estate Of Nur Azirah Yusof and Muhammad Asraf Muhammed Tahir v Nur Hidayah Ahmad Annual
3.Khairi Anwar Jailani v Nur Hidayah Ahmad Annual

HA! tak ke haru-biru dibuatnya.. Sampai tiga tuduhan aku kena pikul...Kopak dan muflislah aku macam tu. Oleh yang demikian, aku membuat keputusan untuk mengambil alih tempat sementara Mun itu dan terus membawa mereka pulang dengan selamat. Alhamdulillah..

Berlalulah sudah hari yang sungguh memenatkan. Esoknya pulak sadis sikit sebab kena saman dengan pak guard sebab tak bawak kad matrik time keluar pergi makan kat seksyen 7. Huahuahua... Sedih giler sebab kalau boleh aku nak kekalkan rekod bersih aku dengan pak guard UiTM. Baru aku nak buat status 'saya sayang pak guard UiTM', dah kena saman. Sabor jela! Dahlah malam yang sama jugak aku kena kejar dengan Kak Hafsah( Pengerusi Sekretariat Mahasiswa Mawar) sebab seludup Nazreev masuk dalam Mawar sebab nak shortcut keluar seksyen 7. Selama nie, aku tengok dak TESL selamba jek bawak laki masuk, so aku pun try jelah. Malang nasib sebab terserempak dengan Kak Hafsah je. Haih... Tak apalah, pengalaman indah jugak tu! Tapi kalau nak ingat balik memang sangat kelakar sebab Izzah dengan aku lari lintang pukang macam kena kejar hantu. Lepas tu siap buat muka tak kenal kat Nazreev dan biarkan dia dengan Mun dan Ira. Haahahahahahaha!

Sampailah ke akhir peperiksaan yakni hari akhir asasi, kami semua berkumpul di depan dewan Annexe tersayang untuk berbincang mengenai perkelahan kelas yang tak ada kesudahannya. Setelah konsultasi dengan semua orang, walaupun dalam keadaan dukacita sebab Mun tak dapat ikut bersama kerana hal yang tak dapat dia nak elakkan, kami semua memutuskan untuk ke Sungai Sendat atas undi majoriti. Dipendekkan cerita, aku pun dapat ikut bersama mereka dan kami semua bertolak jam 12.30 tengah hari berbekalkan nasi kukus yang kami bantai order kat akak dc sampai terkejut badak dia sebab beli banyak sekaligus. Pergi dengan Izzah, balik aku try naik dengan Khaliq sebab nak rasa dia drive apatah lagi drive kereta baru dia tu! Sampai kat sungai hujan lebat, tapi itu bukan penghalang untuk budak2 laki ni mandi. Selesai mandi dan bersuka ria, kami pun berangkat pulang. Yang bestnya, masa balik dalam kereta Khaliq just ada aku, Ira denagn Intan sebagai co-pilot. Apa lagi, memang kaw2 la Intan dengan Khaliq kena usik dengan aku and Ira. Tapi memang ada asasnya, aku dengan Ira punyalah semangat bercerita kat diorang dari belakang tapi dia dengan Intan sibuk berbisik kat depan lepas tu nak claim diorang dengar apa kitorang cakap. Buat malu aku je cerita dengan penuh semangat, rupanya diorang bercanda riang kat depan tu. Haih.... Maka terimalah usikan sadis daripada kami berdua!


Nie antara gambar yang kitorang ambik dekat sungai. ihsan Ziehan Athyrah..hahahaha!

Lepas sampai kat Shah Alam, diorang semua setuju nak makan dekat KFC dan lepas sejam lebih dekat KFC a.k.a dua jam, kami semua balik dengan separuh menaiki kereta Khaliq dan separuh lagi naik kereta Izzah. Yang bestnya, Izzah pelawa aku drive Perdana V6 diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~!!!!!!!! OMG!!! lagi sekali. Hahaha! Katanya dia pening sebab dia tak tidur dari malam sebelum exam ekonomi tu. Maka aku dengan berbesar hatinya menerima pelawaan yang datang sekali dalm seumur hidup aku tu. Oleh itu, dengan ini, aku nak ucapkan jutaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnn terima kasih kepada Cik Nur 'Izzah Azhani Binti Khairill Anwar sebab telah merealisasikan impian saya untuk memandu Perdana V6 idaman hati saya! Thanks so much Izzah!  Hari Sabtu akhirnya aku berpisah dengan mereka semua tapi aku sempat jumpa dengan Izzah dan Shira serta semua roomate aku je sebab yang lain pergi Tasik Shah Alam sebab diorang balik hari Ahad. Disitulah berakhirnya pertemuan LWA02G setakat ini...

p/s: Walaupun hanya 2 minggu terakhir sahaja aku sempat join korang dengan sepenuhnya, tapi aku rasa enjoy sangat sebab masa tu baru aku rasa hidup sebagai seorang mahasiswi! Sayang korang!!! Lagi satu aku tak akan lupakan kenangan bilaman Izzah selalu datang ke bilik aku dengan suara menggoda dan aksi2 menggoda dia tu, Mun yang selalu blur tiap kali masuk dalam bilik aku, dan Ira yang selalu ada sahaj idea nak sakat semua orang dalam bilik tu..

3 ulasan:

  1. omg!!..omg!!!... bruno mars..haha
    best ooo kalau dpt pergi..haha

    BalasPadam
  2. aslah: hahahaha!leh lah join geng mun nie..hahahaha

    kelun:tu la psl..memandangkan hak cipta tak terpelihara maka aku pun dengan bangga cilok..hahaha!

    BalasPadam