Ahad, 8 Mei 2011

Mengait Kata Bersulam Ilham

Hari ini aku tergerak untuk menulis tentang karya-karya penulis-penulis novel di Malaysia. Ilham ini hadir tatkala aku sedang memandu pulang dari Kuala Lumpur ke Kajang. Hahahahaha! Tak boleh blah sungguh timing ilham nak datang ye~ Walau bagaimanapun, aku tetap nak tulis pasal benda ni kerana apabilas aku membandingkan jalan cerita ataupun plot sesebuah cerita dalam novel Inggeris ternyata lebih ironik dan lebih menarik. Plot yang dihasilkan oleh kebanyakan novelis Inggeris mampu memukau dan menarik perhatian pembaca seawal bab 1 dalam novel-novel yang dihasilkan.

Bukan niat di hati untuk mengagung-agungkan orang luar, tetapi sekadar mengambil inspirasi untuk kita bersama memperbaiki diri. Contoh yang paling ketara buat masa ini, bagi pendapat aku, dapat dilihat menerusi novel-novel John Grisham yang mampu menyelitkan unsur-unsur kemasyarakatan dan undang-undang pada masa yang sama. Tak ketinggalan juga novel-novel Jodi Picoult yang mampu membuatkan hati tersentuh dan pada masa yang sama juga mampu menarik seluruh imaginasi anda untuk turut merasai perasaan watak-watak yang digarap kemas dalam setiap karya beliau. Seorang lagi penulis yang aku begitu gemari karyanya ialah Khaled Hosseini. Khaled Hosseini ini merupakan seporang penulis yang berasal daripada Afghanistan dan karyanya yang paling aku gemari ialah novel yang bertajuk 'A Thousand Splendid Suns'. Melalui cerita ini, aku mendapat pelabagi informasi tentang hidup kaum wanita di Afghanistan sekitar tahun 1950-an hinggalah sekarang kerana mereka sangat berpegang teguh dengan adat resam dan budaya tempatan. Buku ini dua kali aku pinjam kat Perpustakaan Negara sebab aku mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan buku ini. 



Kisah ini memaparkan suka duka hidup seorang wanita yang bernama Maryam apabila dia lahir sebagai seorang anak luar nikah hasil hubungan sulit ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah keluarga bangsawan terkenal Afghanistan sekitar tahun 1950-an dengan salah seorang anak bangsawan tersebut yang sudah pun berkahwin. Dia dicemuh ibunya sendiri sehingga dia berasa malu untuk hidup diatas muka bumi ini. segalanya tentang hidup Maryam ini diceritakan sehinggalah ke hujung usianya.

Begitu juga dengan novel John Grisham yang bertajuk The Confession yang mengisahkan pengakuan yang dibuat oleh seorang pesalah seksual dan juga pembunuh disaat orang lain akan dihukum akibat kesalahan yang dilakukannya. Pesalah tersebut cuba untuk meyakinkan pendakwa raya dan juga hakim untuk menarik balik hukuman yang dijatuhkan ke atas mangsa keadaan tersebut. Menarik kan?



Apa yang aku cuba buktikan disini ialah, jika kita perhatikan, kebanyakan novelis moden di negara kita seakan-akan ketandusan idea untuk mencari isu-isu masyarakat yang lebih terkesan di hati pembaca. Plot yang dihasilkan seakan-akan cliche dengan novel-nevel yang telah dihasilkan sebelumnya dan jika penulis perempuan asyik dengan tema percintaan romantis ataupun konflik rumahtangga. Penulis lelaki pula tidak habis-habis dengan imaginasi mereka tentang aksi-aksi dan thriller tanpa diselitkan mesej serta plot yang boleh memberikan kelainan dari segi kompleks serta mampu membuatkan pembaca mendapat pelbagai informasi disamping mampu menjiwai jalan cerita tersebut. Dalam erti kata yang lebih mudah, kebanyakan novelis di Malaysia masih gagal untuk menjurus ke arah garapan karya yang lebih bermakna dan memberi kesan terhadap pembaca.

Namun, dalam kemelut ini terselit jua butir-butir bintang yang masih mampu memberikan sinar kepada bidang penulisan kreatif di Malaysia. Contoh novelis moden yang paling sesuai kurasakan ialah Ramli Awang Murshid dan juga Sharifah Abu Salem. Ramlee Awang Murshid sememangnya terkenal dengan penulisan bergenre thriller dan aksi serta fantasi yang menuntut ketajaman akal pembaca untuk berimaginasi. Karya-karya Ramlee Awang murshid biasanya mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana beliau memperuntukkan waktu yang banyak untuk menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai jalan cerita yang bakal dihasilkan.  Jika anda berksesempatan ataupun pernah membaca karyanya pasti anda seakan-akan tidak mampu membezakan yang fiksyen ataupun fakta kerana beliau menyulam plot ceritanya bersama fakta-fakta daripada hasil kajian beliau untuk 'menghidupkan' lagi jalan cerita tersebut. Kepada peminat novel beliau pastinya anda mengikuti perkembangan siri novel Bagaikan puteri yang kini sudah sampai ke siri kelimanya yang bertajuk Sutera Bidadari.






          





Sharifah Abu Salem pula terkenal sebagai seorang penulis novel dan juga penulis skrip drama TV yang berjaya. Karyanya sering berkisar tentang realiti kehidupan masyarakat dan pasti menerapkan elemen kekeluargaan yang sarat dengan permainan emosi. Pokok pangkalnya kualiti novel yang dihasilkan amat tinggi pada pandangan aku dan tidak hairanlah jika drama Trilogi Cinta yang diadaptasi daripada tiga novel sirinya mampu mencapai rating penonton sehingga 1.5 juta pada setiap siaran!

Kesimpulannya, aku pasti penulis kreatif di Malaysia punya idea yang segar dan bernas cuma masih belum dikembangkan ideanya menjadi buah garapan fikiran. Namun, suatu hari nanti sekiranya lebih banyak bengkel penulisan kreatif dan perbincagan sesama penulis diadakan untuk berkongsi pengalaman menulis diadakan, aku pasti karya novel di negara kita akan mencapai zaman kegemilangannya seperti zaman kegemilangan Ranjau Sepanjang Jalan, Salina dan Siti Nurbaya.




p/s: Tapi aku juga turut menyukai karya Anis Ayuni dan juga Aisya Sofea yang mampu menawan hati perempuanku~ Turut mencuit hatiku adalah karya garapan penulis baru Wana Amani.



Sabtu, 7 Mei 2011

Cerita Cliche Tapi Berlainan

Ouhhh What a tiring week! Dalam minggu nie je macam-macam hal jadi dalam hidup aku. Daripada hari Isnin sampailah ke hari Jumaat tak henti-henti perkara-perkara wow, uh dan ahh berlaku. Tapi yang paling best aku nak cerita kali ni adalah mengenai cerita kanak-kanak riang di tadika tempat aku mengajar tu.

As you all know and for those who don't know yet, aku ajar budak-budak nie baca Iqra' dengan Agama Islam. Maka setiap pagi kecuali hari Rabu mereka akan membaca Iqra' tu depan aku. Cuma seorang je yang dah masuk Iqra' 2. Yang lain masih lagi guna buku 1. Kalau time parents kita mengaji bahkan time kita sendiri mengaji dulu-dulu mesti ustazah/ustaz/tok guru kita pegang rotan dan kalau salah sebut lepas berkali-kali diajar memang kena sembur punyalah! Tapi lain sungguh dengan budak-budak zaman sekarang. Pantang ditegur sikit, mulalah nak menangis meraung!


Jujur aku katakan setakat ini aku dah rotan dua orang budak sebab dah dua hari aku ulang berkali-kali huruf yang sama, tapi tak boleh nak ingat dan baca. Yang perempuan tu dahlah tak ingat, nak bukak mulut pun susah bukan main. Tapi kalau bersembang atau bergaduh dalam kelas bukan main kuat lagi suara tu. Yang lelaki tu walaupun aku rotan dia tapi setitik pun dia tak menangis malah, aku bangga dengan dia sebab dia terus boleh ingat dan bezakan huruf kof dengan kaf. Rotan tu bukanlah aku pakai sebat je satu badan dia. Setakat rotan perlahan kat tapak tangan dia. Merah pun tak. Tapi tak payahlah cerita yang kena rotan, yang tak kena rotan tapi kena marah sikit je pun nak menangis jugak! Sebabnya dia main tibai je sebut huruf apa-apa yang terlintas kat otak dia masa tu tanpa fikir itu huruf apa. Mana tak hangin aku! Macam mana nak baca Al-Quran nanti kalau pakai tibai je baca??

Lagi satu yang aku terkejut, ada sorang budak tu siap hafal lagu Lucifer tu sebijik-sebijik. Terkejut aku mendengarnya! Aku pun tak ingat sangat lagu tu tapi dia hafal! Tapi bila suruh baca Iqra' slow je. Tak selancar dia nyanyi lagu Lucifer tu. Kalau masa buat amali solat, al- Fatihah pun tak hafal lagi! Nasib baik dia ni jenis yang cepat ingat tapi bila datang mood malas dia tu memang lambatlah dia baca. Memang cerita seumpama ini kedengaran cliche tapi ianya berbeza mengikut peredaran zaman. Betapa pengaruh lagu dan hiburan lebih terkesan di minda kanak-kanak daripada kalimah Al-Quran.

Begitulah ceritanya. walaupun cuma lapan orang sahaja yang mengaji dengan aku tapi bermacam-macam ragamnya. Walaupun begitu, mereka ini semuanya mempunyai potensi untuk menjadi pelajar cemerlang disekolah mereka kelak.

p/s: Skill dirving aku diuji apabila aku kena ulang alik dari Putrajaya ke Bangi dan sekitar kawasan perumahan Bangi sebab kena buat sevice transport untuk budak-budak ni. But I like~


Rabu, 4 Mei 2011

Seribu Rasa Menjadi Satu

Siang tadi aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon yang amat kunanti-nantikan selama dua bulan ini. Satu panggilan yang akan merealisasikan impian pekerjaan aku untuk cuti yang panjang ini. Disaat aku hampir berputus asa kerana tidak mahu utnuk terus meletakkan harapan pada sesuatu yang tidak pasti, bunga harapan aku kembali mekar dan mewangi~ Hahahahaha~

Nak tau apa itu?? Aku ditawarkan untuk menjadi seorang guru ganti di sekolah menengah lamaku sendiri!!! Ala-ala sirih pulang ke gagang gitu. Hahahaha! Gembira memang tak payanh nak cakaplah kan. Tapi terselit jugak perasaan sedih, takut dan risau. Asbabnya??


1. Aku masih belum dapat gaji di tempat aku bekerja kini.Sedangkan, aku cuma ada sampai minggu depan sahaja untuk terima tawaran jadi guru ganti tu. Maknanya aku cuma ada sampai hujung minggu ini sahaja untuk bagitau pada majikan aku sekarang yang aku nak berhenti sekaligus aku nak lah gaji aku untuk bulan lepas. Masalah di tempat kerja aku sekarang hampir kesemua pekerja yang ada berhenti. Bukan sebab dia tak bayar gaji tapi sebab mereka ditawarkan pekerjaan yang lebih baik. Begitu juga dengan aku. Serba salah aku dibuatnya. Aku takut majikanku itu tak nak bayar gaji aku sebab aku nak berhenti mendadak. Melepas gaji aku sebulan~

2. Aku takut juga jika tawaran untuk menjadi guru ganti itu hanyalah untuk sebulan sahaja. Ini akan membuatkan aku terlepas peluang untuk mendapat gaji setiap bulan. Kan ke namanya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...

3. Sedih juga turut kurasakan untuk meninggalkan adik-adik di tempat aku mengajar sekarang ini. They are fast learners. Hanya dalam masa sebulan sahaja mereka sudah mampu untuk mengingat tertib solat fardhu. aku bangga dengan mereka semua. Tapi impianku harus dikejar. Apatah lagi telah terbentang luas di depan mata!

Kesimpulannya, semua rasa seakan bergabung menjadi satu untuk satu peristiwa ynag membahagiakan hidupku untuk hari ini!

p/s: Excited untuk menjadi guru di tempat belajar sendiri. Hahahaha! Insya Allah. Amin~

Isnin, 2 Mei 2011

Virus Demi Virus

Wahhh sejak Prince William dengan Kate Middleton kahwin hari tu, rasanya ramai yang dah terasa nak kahwin jugak kan?? Ditambah pulak dengan kemunculan Prince Henry yang sangat tampan dalam kaca tv semua orang hari tu. Tapi kan, bukan setakat virus tu je yang berjangkit dekat aku, tapi ada virus-virus luar juga yang turut melekat sama kat badan aku ni. Virus apa?? Virus nak pergi London~ Reasons??

1. Aku akui Royal Wedding tu antara pembawa utama virus ini kat aku. Bila tengok kat dalam tv tu, perghhhhh cantiknya pemandangan kat sana. Lepas tu yang bestnya nampak sejuk je walaupun sekarang tengah spring! cuba tengok nie----------->



2.Sekarang nie aku tengok ramai sangat yang nak berjalan ke London tu. Ex-roomate aku nak pergi London bulan 6 nie, jiran aku pun nak jalan-jalan kat London bulan nie. Haihhhhhh nape la aku tak keje lagi.....Kan best kalau dah kerja lepas tu ada duit gaji yang banyak dan phewwww fly to London and Europe!

3. Pengaruh novel juga turut membawa virus ini terhadapku. Novel yang baru sahaja aku lepas habis baca tu memang separuh daripada jalan ceritanya berlatarbelakangkan tempat-tempat di sekitar London dan Nottingham. OHHHHHHH~!!! Menjerit-jerit batinku untuk ke sana. 

Macam ni, aku sebenarnya dah siap merangka-rangka plan yang aku nak buat dan reason kenapa aku harus ke London suatu hari nanti. Aku sangat berharap aku dapat ikut Pandu Puteri untuk ke Pax Lodge dan lepas tu bolehlah aku sightseeing London sekali sebab dia memang ada pakej untuk jalan-jalan kat London kalau dah duduk dekat sana. 

Ok lah.Cukuplah aku plan sampai situ sahaja. Kalau ikutkan hati memang banyak lagi aku nak tulis tentang angan-angan aku tentang perjalanan aku dari Malaysia menuju ke London. Kalau boleh, start dari airport sampailah ke sana aku nak tulis angan-angan aku tu tapi aku ada terbaca dalam majalah baru-baru nie yang mengatakan bahawa Islam melarang umatnya berangan kerana ianya perbuatan yang sia-sia. Maka aku nak ikutlah seruan itu walaupun aku sendiri kadangkala merasakan aku perlu berangan dalam sehari sebab dari anganan aku membina azam.

p/s: Jauh kurasakan perjalanan hidupku sebelum aku dapat ke sana dengan duitku sendiri. Yang tak bestnya nak mimpi pun aku tak dapat tau!

Selasa, 26 April 2011

Diri Yang Dirasakan Rendah

Bila dah besar panjang macam nie barulah aku mula rasakan macam-macam yang tak kena dengan aku. Biasalah, bila kita dah besar baru kita reti nak fikir pasal apa yang ada dan tak ada pada diri kita. kadang-kadang aku rasa lebih baik kalau semua orang tak ada dalam dunia ini dan hanya aku seorang je yang ada atas muka bumi ini supaya aku tak akan rasa rendah diri dengan sesiapa dan aku juga tak akan rasa bongkak dengan sesiapa pun.

Aku tahu manusia memang serba kekurangan dan kita perlu sentiasa belajar untuk mengurangkan kekurangan itu dan berubah ke arah yang lebih baik. Tetapi mengapa amat sukar kurasakan untuk mengelak daripada menjelmakan kekurangan diriku daripada menjadi sindiran tajam orang lain dan kutukan hati sendiri?? Mungkin juga kerana aku ini fkirannya pendek. Selalu beremosi dalam membuat sesuatu keputusan dan kenyataan. Tapi bagaimana pula dengan persoalan yang lain?? Satu yang selalu aku rasa, aku ini tidak layak untuk mempunyai sahabat sejati dan tidak layak pun untuk menyukai dan disukai!

Pertama, sebab aku selalu rasa aku bukanlah tergolong dalam kalangan orang yang akan dipandang orang. Kalau ada pun yang suka padaku, itupun setelah sekian waktu kenal dengan aku. Tapi selalunya perempuan saja yang boleh terima aku seadanya (tak ada maksud lain tau!). Aku tahu suatu hari nanti akan kutemu jua yang serasi denganku tapi aku takut dia yang suka padaku itu tak betah untuk bertahan sebab aku bukanlah jenis yang diimpikan oleh setiap lelaki!

Kedua, tolak tepi soal pilihan hati, sekarang pasal diri sendiri. Aku selalu rasa aku tak mungkin boleh jadi pandai macam orang lain walau macam mana aku belajar sekali pun. Aku tak akan nampak pandai dan akan sentiasa nampak bodoh walau macam mana aku cuba sekalipun! Sampai satu tahap aku rasa mungkin aku tak akan boleh hidup senang seperti yang aku impikan sebab hati yang tak pernah bersyukur ini selalu merasakan yang nasib tak pernah menyebelahiku padahal Allah dah kurniakan macam-macam untukku. Cuma ada sesetengah perkara yang betul-betul aku idamkan, tak berkesempatan untuk kumiliki.

Ketiga, sahabat sejati yang seakan jauh nyata dari mimpi. Apa maksudnya?? Maksudnya aku selalu rasa aku tak layak pun nak mimpi ada kawan sejati ataupun kawan rapat sebab aku ni tamak! Aku mahu dia kongsi semuanya dengan aku! Aku tak suka kalau dia rapat dengan orang lain! Aku tak nak dia buat benda yang aku tak suka. Maka dengan itu, aku lebih suka untuk menjarakkan diri agar aku tak ada kawan yang rapat supaya aku tak berperasaan seperti itu.

Oleh yang demikian, terserlahlah segala perkara yang membuatkan aku rasa rendah diri dan setakat ini aku masih dalam proses untuk menyingkirkan semua itu.

p/s: Susah rupanya jadi manusia atas muka bumi ini!

Ahad, 17 April 2011

Tolooooooooooooooonnnggglaaaah!

Setelah sekian laam aku tak menulis di blog tersayang ini, hari ini aku dah dapat petunjuk nak tulis apa untuk entry terbaru aku. Bukan apa, selama nie aku dah kekeringan idea setelah marathon tulis blog oleh aku yang berlangsung selama aku selesai pengajian Asasi Undang-Undang ini. Tapi hari ini post aku lebih kepada nak menegur sikitlah.

Bukan apa, aku sekadar nak menasihati diri aku dan juga yang lain (insyaAllah) untuk lebih bersikap seperti junjungan kita Rasulullah S.A.W yang selalu berfikir dan menyiasat sesuatu perkara secara menyeluruh sebelum  menyimpulkan sesuatu keadaan. Apa yang aku dapat lihat sekarang ramai muda-mudi zaman sekarang sangat mudah buat kesimpulan sedangkan dia bukannya tahu semua benda. Memang betul kita kena dengar kedua-dua pihak dalam apa keadaa sekali pun, tapi biarlah apa yang kita dengari itu diperhalusi sehalus-halusnya. Bagi aku biarlah kita cuba untuk lakukan terlebih dahulu apa yang kita fikir orang lain patut buat tapi diorang tak buat. Ini lebih baik daripada kita cakap je orang ini tak adil, sucks dan sebagainya tapi apa yang kita buat hanyalah menyatakannya di facebook, twitter dan blog tanpa ada sebarang perlakuan fizikal yang kita lakukan untuk mengubah perkara tersebut. Bercakap memang mudah, mendengar dakyah memang mudah, meyebarkan dakyah juga memang mudah pada zaman sekarang, TETAPI melaksanakan yang payah!

Perasan tak apa yang aku cakap nie ada kena dengan dengan politik?? Inilah isunya, menggunakan laman sosial khasnya dan teknologi amnya sebagai tempat melemparkan pandangan politik dengan mengutuk sistem politik itu dan sistem politik ini. Kadang-kadang aku rasa memang betul apa yang British buat dulu dengan menyekat hak untuk rakyat bersuara, Sebabnya bila dah dapat kebebasan untuk bersuara, sesuka hati sahaja mereka melemparkan pandangan yang sinis tanpa ada bukti menyeluruh. Hanya bersandarkan kepada bukti buruk yang mereka nampak. Benar kata orang, sejuta kebaikan sekalipun orang tak akan nampak tapi sebesar zarah kesilapan orang akan ungkit sampai mati. 

Sudahlah gunakan laman sosial untuk berekspresi tentang ketidakpuasan hati terhadap sistem kerajaan negara, bila orang memberikan pendapat sendiri, dikatakannya tidak menggunakan otak dalam memberikan pendapat dan senang-senang nak label orang dengan persepsi mereka sendiri. APA NIE??? Toloooooooooooooooooooonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnngggggggggggggglaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhh..
Macam mana nak ubah negara kalau diri sendiri pun tak boleh terima pendapat orang lain?? Inikah bakal pemimpin masa depan?? Pemimpin ikut kepala sendiri?? Andalah yang tentukannya!

Satu lagi, sekarang ni baru sahaja dikeluarkan statistik terbaru bahawa 1.9 juta Melayu layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pengundi dan daripada hasil tinjauan yang dilakukan, ramai muda-mudi sekarang yang kurang kesedaran tentang pentingnya mendaftar sebagai pengundi dan mengundi terutamanya dalam kalangan bangsa Melayu! Ini bukan aku yang cakap tapi statistik itu sendiri yang menujukkan hasil yang sebegini. Kalau tak percaya silakanlah tengok semula siaran berita dan akhbar-akhbar yang lepas ataupun korang boleh tengok link ini :




See??aku bukan bercakap atau omong kosong tapi berdasarkan bukti sahih yang tak payah susah-susah perah otak untuk berfikir! Kalau macam ini, layakkah korang nak cakap pasal ketidakadilan dalam kepimpinan sekarang kalau diri sendiri pun masih lagi terawang-awang! Aku tak nak dikatakan sebagai memalukan diri sendiri dengan mengeluarkan kenyataan seperti ini sebab aku masih belum layak mengundi.. hahahahaha! Tapi pokok pangkalnya aku merasakan diusia seperti kita ini, kita masih mentah untuk menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah. Apa yang kita boleh lakukan adalah dengan belajar bersungguh-sungguh dan bila tiba masa dan ketikanya gunakanlah pengalaman hidup yang telah kita dapati sepanjang kita melalui fasa hidup ini untuk mengubah mana yang perlu. itu pun tidak perlulah secara radikal, cukuplah sekadar melakukan mana yang termampu! Sekiranya semua orang melakukan dan melaksanakan apa yang dirasakan mampu membawa negara ke arah yang lebih baik sebelum berkata itu dan ini, aku pasti kita mampu membawa perubahan baik kepada negara! Lagi satu, biarlah perubahan yang ingin kita lakukan dan laksanakan itu tidak menyalahi norma dan undang-undang sedia ada!

p/s: Kalau nak cakap negara ini tidak ikut pentadbiran Islam yang sebenarnya, better watchout your statement sebab kalau negara ini ikut hukum hudud dah lama awok tu kena hukum tau sebab terang-terangan buat maksiat tayang diri dengan boyfriend!Jadi gunakan OTAK dulu sebelum berkonklusi ye!

Sabtu, 9 April 2011

Ketenangan Abadi

Aaarrrrghhh....Penatnya minggu ni. aku pun tak taulah apa yang penat sangat tapi yang penting aku memang penat! Untuk aku, macam-macam jadi dalam minggu ini sampai menitik air mata aku dibuatnya setiap kali aku sujud pada Yang Esa. Tekanan, gembira dan duka semuanya ada dalam minggu ini dan serasa macam jadi serentak pulak. Baiklah, untuk memotong hikayat saya yang selalunya panjang berjela mengalahkan hikayat 1001 malam ini, aku nak tanya kepada sesiapa yang terbaca @ memang nak baca @ buat-buat baca post ni, apa yang korang akan buat kalau korang rasa stres sangat?? Bila korang rasa macam berat sangat beban yang korang ada macam bawak batu besar kat atas bahu??

Aku selalunya memang akan menangis jela sebab itu memang hobi aku. Hahahahahahaha! Tapi satu lagi yang aku suka buat bila tengah tension sangat yakni baca Al- Quran. Walaupun taklah sedap mana suara aku baca dan taklah sehandal mana pun aku baca, but still aku rasa tenang sangat bila baca kalimah Allah tu. Walaupun tak faham apa yang dibaca (sebab tak bukak tafsir), tapi ketenangan yang diperoleh memang luar biasa! Itulah keajaiban ayat Al-Quran yang datangnya daripada Allah S.W.T.. Lagi satu, kalau aku tension aku suka gelak kuat-kuat! Lepas semua beban atas kepala dan bahu. Aku akan gelak sampai rasa puas padahal benda tu tak lah lawak mana pun. Sebabnya, kalau aku tak gelak nanti nampak sangat kat muka aku ketegangan yang melanda dan aku tak nak mak bapak aku tahu kalau aku tengah tension sebab nanti diornag pun tension.

Apa pulak cerita korang?? Share with me okay, so that I can learn from you!


p/s: Patutlah A'an cakap kat ziehan hari tu, 'kalau bosan Dayah akan suruh kau update blog'. Memang betul rupanya, kalau aku bosan aku akan update blog. Baru perasan..hahahahahaa!