Isnin, 18 Oktober 2010

Manikam Kalbu Part 2

Hari nie sambungan kepada yang hari tu...Tapi rasanya x yah lah aku elaborate panjang2 pasal cite uh coz rasanya dah ramai yang tahu pasal cerita nie and ada banyak blog yang cakap pasal cerita nie..cuma kepada sesiapa yang belum memiliki buku nie dan kepada sesiapa yang nak tahu apakah maksud disebalik rekaan baju kurung tu dan juga kepada yang dah baca cerita nie tapi nak baca gak(hahahaha!)aku akan ceritakan serba sedikit maksud yang diberitahu oleh Manikam Kalbu nie kepada baginda Sultan Muhammad Syah.

Nama rekaan:Baju Kurung
Simbolik:Dikurung oleh tuntutan syarak,dikurung adat,terkurung daripada sifat angkuh dan sombong
              (rekaannya labuh.longgar dan selesa)

Makna Butang Lima(kat baju melayu @ baju kurung lelaki):Rukun Islam
Makna Butang Satu(kat baju kurung perempuan):Akidah kita(Allah yang Satu)round neck tu melambangkan
                                                                           kita semua yg tinggal dalam satu bumi dan mengabdikan
                                                                           diri pada Allah yang satu.
Penggunaan Kain Kapas untuk Baju Melayu:Kain kapas sesuai untuk lelaki sebab x tipis dan boleh
                                                                    menonjolkan urat.
Baju Yang Tiada Bermanik:Besederhana dalam berpakaian
Cekak Musang:Mengingatkan kita kepada Ilahi
Jahitan Tulang Belut:Jahitan yang berjalin2 menunjukkan jalinan akal fikiran yang panjang
Warna Putih:Kesucian dan warna kegemaran Rasulullah
Warna Kuning:Warna raja dan maruah
Warna Hijau:Sifat yang benar
Warna Biru:Membawa rezeki
Biru Dan Hijau:Warna Pembuluh darah
Warna Hitam:Melambangkan kulit,berpadu mengandung adat,sikap terpuji hulubalang

Ha..tu la maksud2 baju rekaan manikam kalbu tu yang pada dasarnya berunsurkan diri kita sendiri serta kejadian kita di muka bumi ini..

Kalau nak tau gak,dulu cikgu BM aku pernah bagitau pasal cara2 memakai kain batik mengikut status korang...Kalau anak dara x silap aku,kepala kain batik tu sepatutnya disembunyikan di dalam,kalau orang yang dah berkahwin,kepala kain batik itu akan berada di depan dan untuk yang telah bercerai kepala kain batik tu akan berada di belakang...Semua nie diamalkan masa dulu2..sekarang nie dah x ramai yang amalkannya...semua pakai kepala kain mesti kat depan or belakang..Sekarang nie pun da ada bermacam2 jenis kain yang ornag pakai..paling top sekarang nie kain pario la!hehehehe...walau apa pun yang kita pakai,aku disini ingin mengingatkan diriku dan semua agar hendakalah sentiasa kita berpijak di bumi yang nyata kerana dimana bumi dipjak di situ langit dijunjung dan walau di mana pun kita menetap sentiasa ingat bahawa setinggi2 bangau terbang pastinya akan kembali ke belakang kerbau!



          

Sabtu, 16 Oktober 2010

Manikam Kalbu Part 1

Okeydokey!post hari nie agak unik sikit sebab aku nak cakap pasal asal usul baju kurung.Kalau sekali jeling,memang macam bosan jek korang akan rasa pasal topik nie..Aku pun mula2 rasa macam tu jugak..tapi setelah aku terbaca satu novel yang menceritakan asal usul baju melayu nie,aku sangat mengkagumi sejarah penciptaan baju ini..tajuk novel tu memang Manikam Kalbu karya Faisal Tehrani..cerita pasal nie dah pun di buat drama pendek time hari raya hari tu kat TV3..tapi x la lengkap sangat sebab dia pendekkan cerita..

                                 

Baiklah..Terdapat pelbagai jenis baju kurung...baju kurung cekak musang,teluk belanga,pahang,kedah dan bermacam2 lagi..dan kalau korang sume nak tau,sebenarnya baju melayu yang di pakai oleh kaum lelaki tu pun sebenarnya dikenali dengan nama baju kurung pada awal kemunculannya..Dikisahkan bahawa pada ketika zaman kegemilangan kerajaan Melaka,sewaktu di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Syah @ Raja Besar yang menaiki takhta selepas penguasaan Raja Kechil,baginda telah bermimpi anakanda baginda,Puteri Kechil Cempaka Lana bermain2 di taman larangan ..Tapi yang menggusarkan hati baginda ialah pakaian yang dipakai oleh puterinya itu yang amat mencolok mata dan sangat aneh pada pandangan mata baginda.Dalam mimpi baginda tu,puterinya memakai baju kebaya berenda dengan jahitan polos at bahagian depan dan kat hujung lengan..kebaya tu ketat dan diganding dengan kain pendek(kalau orang sekarang kita panggil skirt!)berbelah daripada fabrik yg org sekarang kenali sebagai sifon.

Selepas terjaga drpd mimpi,baginda terus menitahkan supaya undang2 Melaka tentang adat resam dan budaya Melayu segera digubah supaya menjadikan akidah dan syariat sebagai teras undang2 tersebut tp still bercirikan kemelayuan..sebab baginda wat benda coz dia x nak cucu cicit dan sekalian keturunan org melayu berpakaian seperti apa yang dia lihat dalam mimpi dia..yang lebih menarik,baginda pun panggil la tukang tilik mimpi untuk bg tafsiran mimpi baginda,tkuang tilik tu tafsirkan bahawa pada enam atau tujuh ratus tahun akan datang(yakni zaman kita semua sekarang)orang Melayu sudah tidak punya baju dan semuanya seakan2 tidak berbaju!dipendekkan cerita,maka baginda pun menitahkan kepada semua rakyat bahawa satu pertandingan mencari tukang jahit diraja akan diadakan dan pemenang akan dihadiahi 200 000 dinar emas dan dirham perak,sebidang tanah di Kuala Sungai Baru,seorang hamba,lembu dan kambing sebanyak yang diperlukan serta yang paling penting,tajaan belajar seni busana atau seni jahit-menjahit di negeri asing dalam rantau Melayu dan luarnya.

Sebelum pertandingan tu bermula,Sultan Muhammad Syah nie pergilah berjumpa dnegan sorang alim ulamak yang bernama Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim.dia consult pasal ciri2 yang sepatutnya ada pada busana yang akan memenangi pertandingan tu nanti..Ciri2 tu adalah:
  1. tutup aurat
  2. kain x nipis
  3. x ketat
  4. punya identiti tersendiri n x tiru style org lain
  5. x boleh diubah2 gayanya
  6. x tonjolkan urat2 bdn @ kekuatan(utk lelaki)
Maka,tahulah baginda akan pemenangnya setelah mengetahui ciri2 baju yang sesuai utk dijadikan busana Melayu..Pemenang pertandingan itu jatuh kepada seorang penduduk biasa yang bernama Manikam Kalbu..dialah yang telah mereka baju kurung dan baju melayu yang kita pakai sampai sekarang..

oklah..sebab x nak bagi korang penat melangok post nie n akhirnya fed up nak baca..aku akn sambung post nie dalam Manikam Kalbu Part 2 pulak ye...see ya!ciao!

Jumaat, 15 Oktober 2010

Cerita Kedai Kopi

Hurm...tajuk post hari nie x de kena mengena dengan tajuk lagu Malique uh..tp sebenarnya ada la jugak tempias2nya,but i'll do it as Hidayah's style..ok!lets not waste our time...before anything begins,let me define maksud cerita kedai kopi tu sendiri...korang semua mesti taukan ape benda yg slalu orang cakap kat kedai kopi??kalu x tau meh sini aku bagitau korang..

Cerita Kedai Kopi = cerita2 biasa dalam kehidupan sehari-hari.cth:gosip,kisah benar,kisah rumah tangga,dan
                                dan yang sewaktu dgnnya!

ha..so,itulah maksud cerita kedai kopi based on my opinion and my general knowledge...kalau ada yang x berpuas hati dengan maksud berita kedai kopi nie bolehla membeikan komen anda selepas ini yek..terima kasih..hahahaha!kenapa org panggil cerita kedai kopi??well,kebiasaanya,dulu2 kalau kat kedai kopi tu orang akn duduk dan bersembang sampai berjam2 bertemankan secawan kopi..cerita yang disembangkan selalunya cerita yang berkaitan dengan kehidupan mereka sehari-hari...kebiasaannya para nelayan yang baru pulang dari laut gemar melakukan aktiviti seumpama ini...yelah..kan dorg da pergi tangkap ikan sampai berhari-hari...bila da balik uh,tu la masanya nak cerita kat orang pengalaman dorang time kat laut tu ataupun nak dengar isu2 terkini..begitu juga halnya dengan pak cik2 n makcik2 yg masih menetap di kampung....

Tapi...aku tulis benda nie bukanlah sebab nak mengata orang or nak bagitau latest gossip in the town!tapi sebab nak share dengan korang rencah kehidupan yang berlaku sekeliling kita sekarang nie..sekarang nie macam2 benda dah terbalik..semalam aku pergi sekolah and sekali lagi macam2 cikgu luahkan perasaan...semuanya kerana anak2 murid yang x mendengar kata and parents yang percaya cakap anak lebih daripada cakap cikgu..Haih...guru itu kan pendidik...kalau dia tegur kita tu bukan sebab dia benci tapi sebab dia sayangkan anak bangsa dia...rasanya zaman mak bapak kita dulu,kalau kena rotan x berani pon cakap dengan parents..tapi sekarang..pantang cikgu marah sikit...sumenya repot kat mak bapak..parents pun bukan nak nasihat anak tu balik,eh,dia pun ikut sama pergi sekolah maki hamun cikgu balik!isk3..yang peliknya,parents yang serang cikgu sampai maki hamun tu bukannya uneducated persons,tapi semuanya kerja bagus2 and ada pangkat besar!Kalau keadaan semacam ini berterusan,apa akan jadi pada anak bangsa kita??bakal pewaris tanah air kita ini??adakah semuanya akan mengikut kata hati sendiri dan x memikirkan tentang orang lain??nauzubillahiminzaliq!so,aku include skali satu video utk semua...ini bukan setakat untuk guru jek tapi untuk lecturer pon sama..


Selain daripada itu,zaman teknologi berkembang dengan pesatnya,zaman ini jugalah makin berkembang satu fenomena yang pernah berlaku pada zaman nabi Allah Lut..yakni homoseksual...haih...sekarang nie sampai ada negara yang menghalalkan homoseksual!yang aku nak tekankan kat sini bukanlah pasal orang2 yang memang dah sah2 amalkan homoseks nie,tapi lebih kepada orang yang mempermainkan hal2 ini...sekarang nie kalau tengok kat fecebook ke myspace ke twitter ke,orang dah tanpa segan silunya mempermainkan isu ini...kalau bagi komen kat status or update status mesti ada yang ngaku dia gay la..tuduh orang tu gay la,lesbian la...bukankah itu sama sahaja dengan memfitnah dan fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh..dan lagi satu,setiap kata2 kita itu adalah doa..kalau da setiap kali update status mesti nak cakap diri uh mcm gay or les,lama2 Allah akan makbulkan diri tu jadi macam tu..nauzubillahiminzaliq!mahukah kita tergolong dalam kalangan orang2 yang dilaknat Allah??adab kita menggunakan akal fikiran,salah satunya ,adalah menggunakan akal kurniaan Allah untuk berfikir tentang nikmat yang Allah kurniakan kepada kita dan salah satu adab berkata2 ialah menuturkan kata2 yang berhikmah...aku akui,aku sendiri pun kadang kala terlepas kata dan oleh itu,aku ingin menasihatkan diriku sendiri dan semua yang membaca blogku ini agar sama2lah kita berubah ke arah yang lebih baik dan janganlah disebut2 isu2 laghaa macam tu...

Rabu, 13 Oktober 2010

Penangan MUET!

Hurm...walaupun sebenarnya aku buat blog ini untuk aku sedaya upaya jadikannya blog yang memberi informasi kepada semua yang membacanya,tetapi aku pun x leh nak elak daripada meluahkan perasaan aku kat blog nie..hahaha..okeh..besok aku akan menghadapi satu lagi peperiksaan yang amat penting in order to achieve my ambition!peperiksaan itu x lain dan x bukan,MUET @Malaysian University English Test!bukan apa..aku nie bukanlah jenis yang menjadikan English as their second language kat rumah,apetah lagi first language..semua blog org yg aku baca n succeed dlm muet nie sumenya jenis yg speaking kat rumah...haduihh..memang x dapat dinafikan yang practice makes perfect!kalu x cakap omputeh kat rumah,camne nak kuasainya kn???Jadi,aku pun hanya bercakap bahasa inggeris apabila aku berada kat luar atau dengan kawan2 aku bila dorang speaking...itu pon x lah sebagus mana pun...cuma dapat jugaklah peluang untuk bercakap dalam bahasa inggeris tu..Nasib baiklah UiTM adakan kelas utk preparation MUET nie....so,aku dapt gak la tahu macam mana ujian MUET ini diadakan..
   Pada awalnya memang aku x rasa ape2 sgt psl nie...esok pun cuma test speaking yg hny carry 15% jek..tapi,ntah macam mana,aku terpandang gmbr kawan aku kat fb n dye tlis 'muka org bahagia lepas MUET'..haduihh..pastu dia leh tag org rmai2 n cakap,'sorry,i was too hyper that i tagged everybody in this pic!'x leh bla tol..taulah dia memang jenis yang speaking kat rumah..x yahla nak tunjuk cnfdnt sgt ko tu leh lepas MUET!kalau sekali korang baca benda nie,mesti krang akan rasa aku nie jeles x tentu pasal...Yeah!aku memang jeles!sebab dialah aku x pasal2 cuak semacam...haduihhh...tapi at the end aku sedar...itu hak dialah nak cakap ap pun kan..freedom of speech!hahahaa!aku nie jek yg mangkuk!So,by the time i'm writing this,aku dah berjaya kembalikan keyakinan diri aku untuk buat test tu esok..insyaAllah,Allah akan sentiasa bersama aku dan membantuku...aminn~~

Selasa, 12 Oktober 2010

Me Mine!

Ok..hari nie punya post is all about myself,from the time i was born sampailah sekarang..kepada sesiapa yang dah tahu bacalah jugak(mne tau kalau ada extra info yg u all x tau..),untuk yang belum tau,now i akan bgtau!hahahaha!aku akan bahagikan hari nie punya topik into three parts:

1.My Kids World
2.Happening Time!
3.Grown Up
_______________________________________________
My Kids World

Dunia kanak2 ak x lah seindah mana pun...ak mula hidup atas muka bumi nie pda tanggal 18 haribulan April 1992(muda lagi ak rupanya!) and i was born in Kuala Lumpur...I'm the only child in my family tapi bukan spoilt ok?!hahaha!Then,lepas ak dilahirkan,ak dibawa oleh ibu dan bapaku menetap di Bangi..di sana ak dibesarkan sampailah umurku 2 tahun...lepas tu ak pindah sementara kat rumah nenek aku di K.L while waiting for rumah yang ak duduki sekarang untuk siap dibina.Masa duduk kat rumah nenek aku itulah masa kanak2 yang paling membosankan untuk aku...rumah dia sama je besar dengan rumah aku sekarang..tapi yang menjadi masalah tu apabila rumah yang x sebesar mana didiami oleh ramai orang!Nasib baiklah family aku x besar mana..Kalau tak,mau perang sabil tiap2 hari sape nak guna tandas dulu!hahaha!tapi masa duduk kat k.l la masa ak belajar banyak benda sebenarnya...Benda2 asas dalam kehidupan semuanay aku dapat masa ak duduk kat rumah nenek aku tu.
  I stayed there until i was 4 years old..Sempat jugakla aku masuk tadika kat sana  masa umur ak 4 tahun sampailah awal tahun 1997.Ada pengalaman lucu masa aku tadika kat sana..Aku ada seorang musuh tau(wah!,musuh ke??)..Nama dia ****** bt ***** **** ..hehehe~masalah cik kak nie,dia suka sangat lumba2 ngan aku...x kisah la kan..yang ak x tahan sangat nie berlagak nak mampus,dah tu asyik nak carik pasal jek dengan aku..Satu hari tu,aku pon da x ingat sebab apa,tapi yang pasti dia memang sakitkan hati aku sampai tahap gaban punyalah!Aku yang dah terseksa menhan segala tohmahan tu pon dnegan senang hati bagi penampar Jepun kat pipi dia yang x berapa mulus tu..hahaha~!kesian tu kesian gakla kat dia,tapi nak buat macam mana,dia yang over sangat!Lepas peristiwa tu,dia x berani pon nak tego aku lagi sampailah ak pindah ke Bangi nie kembali..
  Masa kat Bangi lak zman kanak2 ak adala sikit perubahan..aku masuk tadika kat KEMAS yg berhampiran dengan rumah aku..masa tula ak start belajar erti friendship dari bawah..sebab tu la masa interview kelas kat UiTM hari tu aku cakap friendship is beautiful!sebab segala2nya indah dalam satu2 friendship uh eventhough kita akan ada konflik dalam satu2 persahabatan tu,but still,we'll find it a beautiful moment later on bcoz we still be friends with our friends!itulah sbbnya friendship is beautiful!tambahan pulak,setiap barang yang cantik itu pasti akan ada pelbagai corak dan hiasan yang mewarnai benda uh dan stiap corak itu ada nilainya yang tersendiri..samalah jugak dengan friendship..

Hapenning Time!

Masa yang paling hapenning dalam hidup aku ialah zaman persekolahan!semua orang akan naik sekolah masa darjah satu yakni masa umur 7 tahun kan..samalah jugak dengan aku..Aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam..x ramai yang tahu sekolah nie kat mana...almaklumla..sekolah kampung jek...tapi walaupun sekolah kampung,semua kemudahan lengkap tersedia sebab sekolah nie da established..masa aku masuk sekolah tu,usia dia dah dekat 40 tahun da kalau x silap aku..Zaman inilah zaman kegemilangan aku!nakalnya aku kat sekolah mengalahkan budak lelaki...sepak terajang dengan budak lelaki itu perkara biasa masa aku kat sekolah nie..hehehe!Masa darjah 3,aku dapat offer jadi pengawas sekolah..wah!bila gangster besar dapat jadi pengawas...hahaha!dunia ini aku yang punya..Tapi bila aku jadi pengawas,aku taklah sejahat dulu sebab asal nak buat jahat je,cikgu da start pandang2 aku..ngahahaa!kemudian masa inilah aku mula rapat dengan seorang insan yg sehingga kini menjadi teman sejatiku dikala susah mahupun senang..dialah insan yang bernama Nur Izzatty Bt Idris..sekarang nie dia pun da fly ke Jordan utk melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan..Kalau tadi aku cakap aku gangster besar kan??rupa2nya dia nie lagi gangster dari aku...cuma,dia gangster dalam diam n pandai!
acam2 aku kena buli dengan dia sebab dia suka sangat kenakan aku dengan classmate kitorang uh..sekarang nie aku rasa dia yg tersangkut dengan mamat tu..ha,kan da kena balik!Walau apapun,dialah insan yang banyak membantu aku dalam pelajaran mahupun memberi semangat!
   Masa ak darjah 3 jugaklah aku terlibat dalam pertandingan2 yang berjaya menaikkan nama aku di sekolah time tu..Mula2 aku masuk pertandingan bercerita atau dalam bahasa org putihnya story-telling competition.Asalnya aku nie cuma bidan terjun jek sbb dengan tak semena2 kawan aku yang sepatutnya masuk pertandingan ini demam panas sampai x boleh bangun..Cikgu aku sampai menangis2 sebab tak tahulah apa akan jadik dengan ketiadaan ayam tambatan diorang dan cuma menggunakan bidang terjun nie..Akhirnya aku berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu dan mewakili zon Bangi ke peringkat daerah Hulu Langat...tapi sayang seribu kali sayang aku cuma berjaya mendapat tempat ketiga semasa di peringkat daerah..tapi x apelah..baru first time la katakan..Kemudian,masa ini jugalah aku mula melibatkan diri dalam aktiviti sukan seperti hoki dan bola jaring..ha!aku ingat lagi,masa ini mmg byk konflik aku dengan cikgu sebab aku terpilih untuk wakil sekolah dalam kedua2 sukan tu,tapi ynag menjadi masalhnya training untuk kedua2 sukan tu berlaku pada waktu yang sama..haih..masa tu aku baru jek berjinak2 dengan hoki,so,aku pun lebihkanlah latihan bola jaring daripada latihan hoki sedangkan kedua2 latihan tu dilakukan di padang yang sama yakni padang sekolah!Alangkah kecewanya hati aku apabila aku tau yang aku cuma pemain yang belum disenarai pendek sebagai pemain tetap sekolah..Lalu untuk mengubat kekecewaan di hati,cikgu hoki aku pun memujuk aku menyertai mereka semula dan aku pun berlatih dengan gigih dan berusaha semaksima mungkin untuk menjadi pemain sekolah dan aku berjaya!aku berjaya menjadi pemain sekolah dan sejak daripada itu,aku menjadi begitu berminat untuk mendalami sukan hoki..aku terus menjadi player sekolah sehingga darjah 5 sahaja sebab result ak mula mcm down,so parents aku suruh stop skejap aktiviti sukan or kokurikulum..
   Semasa darjah 6,sekali lagi hidup aku berubah 180 degree apabila aku dilantik menjadi penolong ketua pengawas merangkap penolong ketua murid di sekolahku..Memang aku x jangka langsung benda nie sebab aku memang banyak rekod2 yang x memungkinkan aku utk menyandang jawatan tersebut..bayangkan masa darjah 6 pon aku leh kena denda duduk kat luar kelas sebab x siap kerja rumah!masa darjah lima pulak ak x leh bilang berapa kali aku masuk bilik guru sebab main tembak2 dalam kelas!alih2 aku dapat jawatan sebesar itu,mau x terkejut badak???Tapi yang menjadi amasalhnya apabila tugas aku sebagai penolong ketua pengawas tu digandingkan dengan pengacara majlis utk setiap event kat skolah aku..haduihhh!pening palo den!walaupun ada Ketua Pengawas,tapi aku jugak yang cikgu suruh bagi ucapan untuk setiap acara sekolah..tukang wat skrip aku sape lagi kalau bukan the smartest student in the school,merangkap kawan baik aku,Izzatty!kesian gak kat dia sebab ada pape jek dialah yang cikgu arahkan untul wat skrip aku bercakap!Dan yang paling x leh blah masa hujung tahun aku dinobatkan sebagai Tokoh Kanak2 Perempuan peringkat sekolah aku sempena hari Kanak2 Sedunia Tahun 2004.huh!aku memang rasa aku x layak sebab bagi aku,Izzatty lagi layak..tapi Allah rewards her in other forms of rewards!Yang bestnya,majlis tu dah macam kenduri kahwin dah!dgn kompang segala!siap duduk kat bersanding kat atas pentas dengan Tokoh Kanak2 Lelaki uh..hahaha!kalau aku tengok balik gambar tu,memang kelakar coz muka aku macam hantu dikerjakan dek cikgu2 aku yang menyolek aku tebal2!well,itulah kenangan terindah aku masa kat skolah rendah..

Ooops!lupa pulak..aku jugak mendapat pendidikan agama di Sekolah Rendah Agama Sg Ramal Dalam..dari darjah satu sampai darjah enam..kat sini pon mcm2 pglmn aku dapat dalam meniti usia zaman persekolahan!siap kena tuduh panjat pagar lagi!hahaha!Satu pengalaman yang aku x boleh lupakan masa sekolah agama nie adalah pengalaman aku dapat RM50 daripada seorang ustaz baru kat sekolah aku..citenya mcm nie..aku msuk gak pertandingan bercerita kisah Al-Quran utk pertandingan amal islami sekolah2 agama..Ustaz baru tu mmg friendly dgn semua org n dia mmg slalu usik aku masa aku tgh training untuk pertandingan tu..nama ustaz nie pon aku dah x brapa ingat..Tapi budi baik dia akan sentiasa aku ingat..Masa hari pertandingan tu dia buat perjanjian dengan aku,dia kata dia akan bagi ak RM50 kalo ak brjaya dapat tempat pertama dalam pertandingan tu..tapi kalau ak x berjaya aku kena makan karipap mak cik kantin skolah agama tu sebnyak 50 biji!uwekkk..mmg x sdp pon karipap mak cik tu..Tapi malangnya aku kalah dalam pertandingan tu...matilah aku!!!kne telan 50 biji karipap mak cik kantin!Satu hari tu,ustaz tu panggil aku masuk kelas dia and dia bagi satu sampul surat.dia kata hadiah utk hari tu walaupun ak x berjaya..tapi masalahnya dia gelak2 sambil bagi smapul surat tu..aku ingta dia main2 bagi sampul kosong kat aku..Sampai je kat kantin masa rehat,aku nak pergi buang je sampul tu,tapi ak tergerak nak bukak dulu and betapa terkejutnya aku apabila mendapati kandungan sampul surat tu merupakan sekeping wang kertas bernilai RM50!aku x jadi rehta dan terus berpatah balik untuk jumpa ustaz tu tapi dia dah keluar...Lepas tu aku dengar cerita dia dah dapat tawaran kerja kat Jabatan Agama Islam Selangor and berhenti jadi ustaz kat skola agama tu..Frustnya aku sebab x sempat nak ucapkan terima kasih sebab sudi gak bagi duit tu walaupun aku kalah dalam pertandingan tu..Satu lagi ustaz yang aku x akan lupa jasanya ialah Ustaz Hakim!dialah yang berusaha menghalang aku daripada berhenti sekolah agama masa darjah 6 sebab aku nak concentrate la kononnya utk UPSR...tapi dia bagi alternative way utk aku ambil gak PSRA iaitu penilaian sekolah rendah agama..dia suruh aku duk umah n bljar kat rumah tapi aku akan ambil PSRA and dapat sijil berhenti..Kalau laha ustaz terbaca blog saya nie,addla saya kat facebook yek!teringin sggh nak jumpa ustaz lagi...sekarang nie aku tau dia mst dah kerja besar sebab dia dah sambung master mse last time ak dgr pasal dia..
   Maka aku pun melangkah setapak lagi dalam alam persekolahan ini yakni ke alam sekolah menengah!Aku bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat,Bandar Baru Bangi..Banyak sangat kenangan manis yang x dapat aku gambarkan semasa aku menjadi penuntut ilmu di sekolah ini..Masa form 1 aku menghadapi msalah sikit untuk menyesuaikan diri kat sekolah ini sebab x ramai kwn2 sekolah rendahku yang menyambung pengajian mereka di sini kerana kemasukannya adalah terhad kepada mereka yang memperoleh 4A 1B dalam UPSR..ak pon msuk sini cukup2 mkn jek iaitu 4A 1B..Namun aku bersyukur kerana ditempatkan di sekolah ini walaupun x ramai kawan..naik form 2 aku mendapat seorang lagi rakan karib iaitu Nadhila Bt Noor Kamarul Anuar..pada mulanya mmg segan2 n malu2 sbb x pnh knal pon sblm nie...tapi bila dah biasa,hlg shame2 cat tu!Kami sama2 menjejak mimpi(x leh bla ayat!),jadik pengawas sme2,blaja sama2 n harung ssh senang sama2..sekrang nie dia ada kat Kolej MARA Banting utk melaksanakan program persediaan sebelum ke luar negara bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan..hebat kan??Selain itu aku juga mempunyai ramai shaabat karib kat sekolah nie sperti Khaliesah Jamadon,Liyana Sheik,Izzati Hashim and Liyana Hazwani Zamri!Masa nie jugaklah aku mendapat guru2 yang x ubah seperti rakan karibku sendiri,membantu dan memberi sokongan sentiasa!terima kasih cikgu!Paling x akan aku lupakan Pn Nazilah kerana bertanggungjawab menyemai rasa cintaku terhadap Bahasa Melayu sehingga kini dan juga bertanggungjawab melatihku menjadi seorang pendebat sehingga kumpulan debat sekolah kami berjaya mendapat tempat ketiga yang juga merupakan hadiah hari jadinya semasa pertandingan debat peringkat negeri Selangor..Pn Hafizah juga tidak akan kulupakan kerana telah membimbingku dan rakan2ku sehingga sekali lagi kami berjaya mendpt tempat ketiga juga dalam pesta pantun peringkat negeri selangor 2009!Syabas cikgu berdua!Jasa cikgu x akan saya lupakan!
  Semasa sekolah menengah ini jugalah aku kehilangan seorang rakan yang sangat penyayang wlaupun ak berkali2 melukakan hatinya..Dia meninggal disebabkan oleh penyakit leukimia yang terlambat sampai ke pengetahuannya..semuanya disebabkan demam panas yang selalu dihidapinya dan dianggap demam biasa..Setelah melakukan ujian darah,ternyata penyakitnya telah smapai ke tahap 3..huhu..dia terpaksa mengambil PMR di hospital dalam keadaan menanggung sakit dan berjaya memperoleh 8A sementara aku yang sihat hanya berjaya memperoleh 7A 1B sahaja!Namun begitu,arwah Asyikin tetap bersemangat untuk menyambung pelajarannya ke tingkatan empat walaupun terlewat setahun kerana menjalani proses kemoterapi dan pembedahan sumsum tulang..Malng baginya kerana x sempat merealisasikan hasratnya itu kerana akhirnya pada bulan Mac 2009,arwah pergi meninggalkan kami ke Rahmatullah disebabkan oleh tindakbalas dalaman badannya..Oleh itu,aku nasihatkan kepada sesiapa yang selalu demam tu segera ke klinik utk wat pemeriksaan kesihatan sebelum terlambat..Kenangan yang aku x leh lupakan masa arwah masih hidup adalah 2 minggu sebelum kepergiannya ke Rahmatullah..Masa tu aku terserempak dengan dia yang kebetulan tinggal dlaam satu kawasan perumahan yang sama denganku..dia nak pergi ke kedai dan aku tegor dia..muka dia nampak kuning sangat masa tu n aku tny die,"shikin,ko demam lagi ke?"Tapi dia jawab"taklah!",sambil pndg bwh n dia langsung x pandang aku..Sempat dia berpesan pada aku untuk belajar bersungguh-sungguh untuk SPM yang akan menjelang dan dia sungguh bersemangat untuk masuk semula ke sekolah pd tahun ini...Begitulah kisahnya semasa aku di zaman persekolahanku..kalu nak cerita semua sekarang mau smapai esok pon aku x post bnd nie lagi!hahahaha!kalau ada masa aku akan ccerita lagi..buat selingan!

Grown Up!


Finally,aku dah pon smpai ke last part untuk post kali nie..Pada 27 hb Mei 2010,bermulalah satu lagi fasa baru dlam kehidupanku iaitu alam pengajian tinggi!Dengan berbekalkan keputusan 7A 2B semasa SPM,aku berjaya menempatkan diriku di UiTM utk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang amat kuminati iaitu Undang-undang..Aku disini untuk melaksanakan program Asasi Undang2 selama dua semester yakni setahun..aaah!aku akan merindui UiTM ini seandainya aku x dapat melanjutkan pelajaran di sini lgi selepas tamatnya program asasi ini kerana aku berada dibawah program asasi undg2 KPTM yg memrlukan aku untuk melakukan prosedur memohon universiti sekali lagi..huhuhuhuh!UiTM di hatiku!!!Pada awalnya aku bersungut juga kerana aku tidak mempunyai ramai kawan sekolahku disini dan aku juga meladeni perasaan kecewa kerana gagal untuk menyertai rakan2ku yang lain utk porgram ke luar negara..Tetapi,Allah itu Maha Mengetahui,maka di aturkan untukku sebuah kelas yang sangat membahagiakan diriku!itulah kelas LWA01G!  yang sangat happening!aku tahu mungkin selepas ini aku x mungkin x akan berpeluang untuk bertemu dengan kelas seperti ini lagi...semua orang2 didlamnya mmg nmpk mcm masuk air,tapi sangat meghargai erti friendship itu sendiri!kalau ziehan ada interpretation dye sendiri utk bebudak kals nie aku pon nk gak bg interpretation ak sendiri!meh sini tgk
first ak start dgn .........

1.Abdul Khaliq Nazeri =first time aku ckp dgn dia,dia kelentong aku baik punya!Boleh dia tukar cakap
                                     ngan acap kata dia orang Pahang and acap tu org Perak..pdhl dia yg org Perak..tp
                                     skang ak rasa dia banyak membantu aku terutamanya dlam hal2 berkaitan dengan
                                     information technology!

2.Asraf Tahir =pakej dgn khaliq..first mmg aku ingta dia nie bajet sombong..almaklumla...bdk STAR la
                       ktekan...hahaha!tapi sebenarnya dia baik la..prihatin dengan kawan2 dia..tapi satu jek yg
                       aku hangin sket...dia nie ske wat2 blur bila org kutuk dia...hatoyy!

3.Siti Murni Atiqah =inilah kawan baik aku kat UiTM nie...semua bnd aku akn share ngan dia..dia pon mcm
                                tu gak..sabar jek layan kerenah aku yang kkdg melampau!semoga aku x hlg kwn mcm
                                dia nie!

4.Nur 'Izzah Azhani =sangat prihatin dgn keadaan kwn dia n mudah gak panik!hehehe!tp aku suka dengan
                                 gaya dia..mcm ustazah skali tgk..tp bila gie kelas,rocks bebeh!kalau dia bentang
                                 presentation,aku sgt ske dgr cara dia bercakap n her english is superb!

5.Nur Farhan Ismail =what i can say about her is she is a perfectionist!semuanya msti teliti dan nmpk
                                 sempurna...tapi aku bersyukur dapat buat assgnmnt dgn dia sebab kerana sifat dia
                                 perfectionist tula ktorg sume leh dpt carry marks yg tggi!thanks An!

6.Nik Syafiqah =uhhhh!aku x tahu kenapa tapi i'm gonna miss her so much blia da x jmp lg nnt..gila2,masuk
                          air,n brave to do anything!bleh wat ak gelak sentiasa dengan mimik mke dia je..

7.Syafiqah Shafie =hah!nie lg sorang...kelam kabut dia sentiasa buatkan aku gembira kalau dengan dia..
                             cuba korang bayangkan ,ak jatuh kat laluan bas jln TAR,dia sempat lagi nak marah2 aku
                             kat tgh2 jalan tu..haduihhh!tapi aku gembiraa sgt sebab dapat kwn mcm dia..

8.Khairi Anwar =wlaupun rmai yg x ske dia masa mule2 dulu,tapi aku biasa jek dgn dia..aku tau dia mmg
                           suka wat hal sendiri..tapi later on,aku tau yg dia sgt sayangkan kawan2 dia sama macam
                           dia sayngkan family dia..

9.Nazihan Athirah =my lovely class rep!kerana dia jugaklah aku tergerak nak buat blog nie...huuu..
                              my mommaaa!!

10.Hazazi = kecek klate all the time!kekadang dia terlalu sensitif..tp dia ada lg byk pglmn yg bererti utk sume
                   dari aku!

11.Shahirah AliZaman =stalker ak forever!duduk dgpn bilik aku dgn nina,dia berjaya stalk aku dpn cermin
                                     haduihh...pastu kalo ak on9 kat bwh uh pon mst ada dye...haihh..tp aku suka
                                     mndgr nasihat dia yg x ptus2 untukku!

12.Nurul Amanina =Misz Nina klas ktorg...bkn sbb dia ske nyanyi lagu kisz nina uh tp sbb nme gelaran dia
                               Nina...sgt pendiam..ak rasa boleh bilang dgn jari aku dgr suara dia..tapi kalau kat bilik
                               dari jauh ak dah boleh dgr suara dia!hahahaha!

13.Muhammad Zaki =Mr diva!sme jek kepala ngan aku...kalau x mendiva sehari,tndy adala yg x kena
                                  ngan kami..sgt best kalau sembang dengan dia!!gonna miss him too when we finished
                                  our study at UiTM..

14.Nadia Kodri =aku masih igt lagi,dialah org pertama aku jumpa masa kami tgk kelas dulu..sgt penyayang
                           smpkan sanggup bandage kaki aku masa aku jatuh dulu...

15.Intan Fatihah =misterious girl...tapi sgt ceria n sexy too!

16.Nur Farah Ashikin =skali tgk cm lurus...tp sgt best bila sembang dgn dia sebab ada je tpik dia bkak!sgt
                                    pemurah!

17.Syakirah Shamsulzaman =rocks all the time n always with her hp!

18.Adibah =hidup ini adalah korea!apekah??hahaha...

19.Amirah Mohd Pauzi =mengggg!sgt ayu dan kata2ny pnuh berhikmah!

20.Rogayah Hassan =rocks star kot aku rasa...sangat funky!ini pon antara org yg boleh wat ak ceria
                                  sentiasa..

21.Daus,Shawn,Nazrieev,Ahad ngan Rizal =nape skali??sbb dorg slalu bersama n penetang hebat Mr Helmi
                                                                   one of our lecturer..kalau x dtg kals pon almost sme2!tp ahad
                                                                   dia ske dgn kehadiran 'bunga2' dlm hidup dia...

22.Ahmad Sadruddin =yg nie ak suka!comel sgt muka dia..hahaha!kalau tgh panas or senyum,mesti blushing
                                    muka dia!tapi jarang nak dgr dia cakap ngan ak n my gang...

23.Farhan Sapian Sauri =genius man in our class...kaki buku but yet sgt friendly!
                            

24.Fatin Atiqa =sgt periang..tp kalu skali dia sindir org...aduhhh!sgt berbisa...

25.Eira =mcm tutor utk ktorg esp time MTC 012 sbb dye de byk info..


                                                                  farhan,murni n me!
                                                                   murni and me!
                                                         farhan,nik,murni and izzah,my gang!
                                                                    khairi!
                                                                      khaliq n hazazi!
                                                           on the left r fatin atiqa n meng!
                                                                               ziehan n me!
                                                                           rogayah@aiya@loga!
                                                                           syafiqah!

                               zaki,izzah,jajie,acap,kerry(yg kat blkg uh),khaliq,mun.eika.ziehan,meng!
                                                                yang baju biru uh shira!

                

 So...itulah rakan2ku yg sgt kusayangi...semoga Allah sentiasa merhmati mereka walau dimana jua mereka berada..palaing aku tersentuh masa aku jatuh n terseliuh dulu...semua dtg mghulurkn bantuan..esp mun,an,izzah n nik!juga ak nkmmintak maaf sgt kat kery,mun ngan acap sbb slalu buat korg kacau bilau dgn karenah aku...sorry sgt2!my thousand thanks goes to mr khaliq nazeri sbb byk ajar aku psl komp!so..thats all for today..

Isnin, 11 Oktober 2010

My New Blog!

err...x nk speaking sgt but yeah!finally i have my own blog...aku reka blog nie disebabkan oleh kebosanan yg mle mlanda walaupun cuti semester nie baru jek start!entah ahntu ape yg masuk dalam badan aku nie sampai tergerak nak wat blog nie..hatoyy..tu la..dulu bukan main berlagak lagi cakap x suka baca  blog orang,sekarang ko yang buat blog sendiri..padan muka ko hidayah!hahaha!well..ak harap ak x biarkan blog ak nie jadik hutan belantara di belukar terdalam..ngahahaha!so,kepada sesiapa yang terbaca blog aku nie n nak bagi pendapat,bolehla kemukakan pendapat anda disini...jap de satu pantun:

         anak ayam ke dalam hutan,
              anak angsa riang berlari;
         sangatlah hamba mengharap bantuan,
              harap semua dapat memberi!

ha!ak wat sendiri aw tu...hehehe..thats all folks for today~!