Seperti juga keris yang asalnya daripada besi yang dilentur oleh api yang panas, aku juga sering kali perlukan batu loncatan untuk aku terfikirkan sesuatu yang boleh dimuhasabahkan buat diriku. Sedar akan hakikat bahawa bukan semua perkara akan ada batu loncatannya, aku akan cuba sedaya upaya untuk muhasabah diri sendiri tanpa ada sesuatu untuk mengingatkanku selalu.
Apa-apa pun, aku cuma nak kongsi rasa tentang satu perkara yang cetusan ilhamnya datang daripada rancangan Sejuta Impian yang aku tengok tadi. Ada satu contestant yang ada banyak sangat ideas and he wish to grant it all and become a billionaire. Apa yang buat aku tertarik untuk segmen dia adalah komen Thiran Roshan, one of the judges for this show.
Thiran buka cerita pasal Thomas Edison yang owned his own electrical company based on invasion dia untuk create mentol. Thomas Edison tried 9999 times and only succeed on his 10 000th times. Tapi dia fokus untuk buat satu benda saja iaitu mentol dan dia tak habiskan masa untuk cuba banyak benda dalam satu masa. The point is, Thomas Edison hanya cuba untuk memastikan yang dia berjaya untuk melaksanakan idea yang dia mahu dengan sepenuh fokus terhadap idea tersebut. bagus jika kita mempunyai banyak idea yang bernas untuk dilaksanakan tetapi adalah lebih baik untuk kita fokus pada satu idea dalam satu-satu masa supaya kejayaan idea tersebut berada di tahap yang tertinggi dan segala kelemahan dapat diminimakan.
Perkara ini memberi aku satu inspirasi bahawa untuk berjaya itu bukannya mudah dan juga untuk berjaya di tahap tertinggi, tidak perlu bersikap tamak haloba dan terburu-buru untuk mencapai impian kerana tiada jalan yang mudah untuk berjaya. Apa yang harus kita lakukan adalah berusaha untuk menyempurnakan tugasan yang ada sebelum melompat untuk melaksanakan tugasan yang lain. apa yang penting juga (selain kerjasama, hahaha!) adalah sesuatu yang kita lakukan itu bukan sahaja akan membawa keuntungan kepada kita semata-mata tetapi akan membawa makna yang besar untuk masyarakat di sekeliling kita.
Perkara yang sama juga aku nampak berlaku pada peserta pertama untuk episod hari ini yang ingin mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang dan menempa nama sendiri dalam bidang seni reka fesyen tanpa memikirkan alternatif lain dan manfaat yang mampu di bawa kepada masyarakat umumnya. Jika di lihat pereka fesyen sedia ada yang telah pun berjaya menempa nama, jalan yang mereka lalui untuk sampai ke tahap ini bukanlah jalan yang singkat dan mudah di mana semuanya mampu dilaksanakan dengan mendapatkan sejumlah wang.
Usaha yang berterusan dan kesabaran adalah kunci yang paling utama sebagai asas kejayaan mereka. Kejayaan mereka itu bukan sahaja memberi pulangan balik kepada diri sendiri tetapi turut di rasai oleh seluruh masyarakat kerana kepakaran mereka dalam mereka cipta pakaian dengan gaya mereka sendiri mampu membawa revolusi seni fesyen di negara kita. Contohnya, Datuk Jimmy Choo yang mampu mereka kasut tinggi yang selesa dan selamat untuk dipakai wanita serta Jezmine Zaidan yang tampil dengan idea vintage untuk muslimah bergaya dengan sopan. Bukankah mereka telah meyumbangkan sesuatu yang berguna untuk masyarakat??
Konsep yang sama juga boleh diaplikasi kepada semua kategori kerjaya juga. Malah dalam kehidupan kita sehari-hari. Sama seperti seorang peguam yang berusaha menegakkan keadilan bagi mereka yang tertindas, seorang jurutera yang berusaha membina bangunan yang selamat untuk diduduki dengan ciri-ciri kesalamatan yang moden, seorang doktor yang cuba menyelamatkan nyawa pesakit hatta seorang tukang angkat sampah yang berjasa membersihkan persekitaran (ini dapat ilham tengok Upin Ipin- episod Bila Besar Nanti).
Pokok pangkalnya, jadilah seperti sebatang keris yang tajam. Kenapa keris??? Kerana keris merupakan senjata kecil namun mampu membawa manfaat besar menumpaskan musuh suatu masa dahulu. Walaupun di serang musuh yang lengkap dengan meriam, namun orang melayu tetap gagah menghunus keris dengan gaya yang tersendiri! Lihat saja kehebatan Taming Sari yang menjadi ingatan sehingga sekarang kerana keampuhannya. Asalnya sebatang keris itu cumalah besi yang dipanaskan dan di bentuk alurnya serta diketuk dan kemudian di panaskan berkali-kali sehingga menjadi senjata yang ampuh! begitu juga dengan diri kita. Bakat yang ada dalam diri perlu di gilap dan dilentur menjadi sesuatu yang boleh berguna kepada semua! namun usaha itu haruslah dilakukan berkali-kali agar kejayaannya mantap dan terbilang!
p/s: Harapnya suatu hari nanti dapat aku sumbangkan sesuatu untuk masyarakat dan kalau boleh negara as well~!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan