Selasa, 21 Jun 2011

Yang Terlepas Pandang

ahak ahak ahak uhuk uhuk~ banyak  betul habuk!!! euww siap ada telur labah-labah lagi!Nyah kau dari sini! Ok. Now it's better. Bukan sengaja nak biarkan blog ni jadi hutan dan semak samun atau rumah hantu, tapi lumrah hidup aku sepanjang tempoh aku tak update blog ni tak mengizinkan aku untuk terus berkarya (???) walaupun selalunya aku syok sendiri je dekat blog aku ni. So, I guess it's more like abandoning your own diary as if you put it in a box and keep it in a dark and ugly cupboard. But then, after attending a talk on last saturday, i got an idea to wirte again! 


Pernah tak kita terfikir macam mana boleh wujud frasa ketuanan melayu tu? atau pernah tak kita terfikir macam mana Tunku Abdul Rahman boleh fikir nak letak semua keistimewaan yang ada dalam perlembagaan persekutuan tu?? Semuanya berbalik kepada sejarah penjajahan British itu sendiri. For me, it's a surprising fact bila aku dengar perkara ini diceritakan dalam ceramah yang aku dengar malam Sabtu lepas. Bukan nak masukkan unsur-unsur politik atau perkauman tapi sekadar nak berkongsi ilmu yang baru diperoleh.


Percaya atau tidak, pokok pangkal kepada persoalan di atas bermula daripada detik ketibaan Francis Light untuk membuka loji di Pulau Pinang pada tahun 1786. Hal ini demikian kerana ketibaan Francis Lifght yang mewakili Syarikat Hindia Timur ke Pulau Pinang menjadi titik tolak kepada penjajahan British di Tanah Melayu. Jadi, persoalan tentang asal usul frasa ketuanan melayu itu sendiri ada simboliknya yang tersendiri semasa Francis Light hendak menuju ke Pulau Pinang.


Ketuanan Melayu


Seperti yang diceritakan oleh penceramah malam itu, berdasarkan kajiannya untuk tesis Ph.D beliau,semasa Francis Light hendak menuju ke Pulau Pinang, beliau telah melalui Lautan Hindi dan Teluk Benggala sebelum sampai ke perairan Seberang Perai. Semasa beliau melalui perairan-perairan tersebut beliau mendapati bahawa penduduk yang berada di peraiaran tersebut kulitnya berwarna gelap. Namun, setelah tiba di perairan Seberang Perai, beliau melihat penduduk yang berada di perairan tersebut kulitnya tidak putih tetapi tidak juga gelap yakni kulit sawo matang. Sama juga situasinya apabila beliau mendarat di Seberang Perai. Penduduk di tanah tersebut semuanya berkulit sawo matang dan apabila disiasat bangsanya ternyata mereka ialah bangsa Melayu yang menghuni keseluruhan tempat tersebut. Maka bermula dari peristiwa itulah tercetusnya frasa ketuanan melayu kerana kaum Melayulah satu-satunya kaum yang menghuni tanah ini sebelum British membawa masuk kaum Cina dan India.

Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan : Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan


Semasa Tunku Abdul Rahman ke London bersama peserta Rombongan Kemerdekaan, beliau telah berjaya berunding dengan pihak British dengan menggunakan peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa Francis Light membuka Pulau Pinang. Salah satunya, perkara pertama yang didengari oleh Francis Light ketika beliau berjalan-jalan di sekitar kawasan Seberang Perai yang baru dimilikinya. Perkara tersebut adalah azan yang berkumandang menandakan masuknya waktu solat bagi orang Islam. Hal ini telah membuktikan bahawa sebelum British datang menjajah Tanah Melayu, agama Islam telah lama bertapak di bumi bertuah ini. Maka adalah sewajarnya agama Islam dijadikan agama rasmi bagi persekutuan Tanah Melayu dan dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Hal ini diakui sendiri oleh wakil British ketika itu.

Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan : Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan


Sewaktu Francis Light tiba di Seberang Perai, beliau mendengar penduduk tempatan berbual dalam satu bahasa yang tidak difahaminya. Namun, setelah beberapa ketika mempelajarinya dan ketika beliau menghadap sultan Kedah untuk meminta kebenaran membuka loji di Seberang Perai, beliau bertutur dalam bahasa yang dituturkan oleh penduduk tempatan tersebut yakni Bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, sudah terang lagi bersuluh bahawa empunya Tanah Melayu ini iaitu kaum Melayu itu sendiri bertutur dalam bahasa Melayu dan amat wajarlah jika ia dijadikan sebagai bahasa utama dalam persekutuan ini.

Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan : Hak istimewa orang Bumiputra dan Raja-raja Melayu


Tunku Abdul Rahman juga turut menegaskan bahawa sewaktu Francis Light menghadap Sultan Kedah, beliau mengiktiraf Sultan Kedah sebagai pemerintah dengan memberikan sagu hati setiap bulan kepada Sultan Kedah atas penguasaannya di Pulau Pinang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa British pernah mengiktiraf hak istimewa Raja-raja Melayu sebelum hak tersebut dikurangkan satu persatu. Begitu juga hak Bumiputra sebagai penduduk asal Tanah Melayu yang banyak dinafikan oleh British sebelum ini. Maka sewajarnya hak ini dikemabalikan semula melalui Perlembagaan Persekutuan dan hal ini dipersetujui oleh semua.

Sebagai penamat kalam, kisah-kisah di sebalik sejarah ini bukanlah tidak kita ketahui, namun sering kali kita terlepas pandang akan perkaitannya dengan peristiwa-peristiwa penting yang lain. Penting untuk kita ketahui sejarah seumpama ini agar kita lebih memahami perihal yang telah tersurat supaya tidak akan timbul isu-isu yang boleh mengganggu-gugat kesejahteraan negara kita ini. Bersama menghayati sejarah!

p/s: Now, I have faith that I love History so much!





2 ulasan: