Ahad, 26 Jun 2011

Suatu Masa Dahulu

Memandangkan angin dan ribut taufan yang telah menyebabkan banjir idea melanda diriku sekarang, maka aku pun memulakan langkah untuk mengemaskini blog kesayanganku ini dengan topik yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek zaman untuk diriku sendiri. Cerita ini berkaitan dengan zaman sewaktu aku bersekolah menengah dahulu. 

Dipendekkan cerita, aku mula menjejak alam sekolah menengah pada tahun 2005 di SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. Sekarang ni, kalau sebut je nama sekolah tu dekat kawasan yang berdekatan dengan Bangi ni rasanya semua orang tahu. Maklumlah, dah dapat title Sekolah Berprestasi Tinggi baru-baru ni. Masa zaman aku masuk sekolah ni dulu ramai orang tak tahu pun akan kewujudan sekolah ni walaupun sekolah aku ni dalam kategori Sekolah Rancangan Khas (SRK)<----bukan Shah Rukh Khan tau~! Mungkin ramai yang mengetahui kewujudan Kelas Rancangan Khas dalam sesebuah sekolah menengah di mana pelajar-pelajarnya terdiri daripada mereka yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR ataupun PMR. Sekolah aku ini bukan sahaja ada kelas seumpama itu, malah kesemua kelas dan pelajarnya tertakluk di bawah program tersebut. Maka hanya mereka yang ditawarkan tempat sahaja layak masuk ke sekolah ini.

Tapi aku bukan nak cerita pasal sekolah aku ni sangat tapi lebih kepada apa yang aku lalui sepanjang keberadaan aku di sekolah itu dari tahun 2005-2009. Paling aku kenang sekali ialah sewaktu aku berada dalam tingkatan tiga. Masa tu satu sekolah excited sebab kitorang dapat sebuah bas untuk kemudahan pergerakan kami. Semua orang cari peluang nak naik bas tu sampaikan rombongan pertama yang diadakan selepas bas itu tiba disekolah kami menjadi sesuatu yang hot stuff untuk minggu tu padahal sebelum ni tak ada sape yang begitu minat nak ikut rombongan sekolah sebab pergi tempat dekat-dekat je. Betapa hebatnya penangan sebuah bas kepada rakyat SMK Jalan Empat!

Satu lagi pengalaman yang aku tak akan lupa sampai bila-bila adalah pengalaman aku pergi bertanding syarahan Bahasa Melayu untuk Karnival Tilawah Al-Quran peringkat daerah. Start dari tingkatan 3 aku di beri kesempatan untuk menjejakkan kaki ke peringkat seterusnya selepas peringkat zon Bangi. Sehinggalah aku berada di tingkatan 5. Selalunya sekolah aku akan hantar 3-4 orang saja untuk peringkat daerah sebab yang menang pun memang 3-4 orang je. HEHEHE~ Maklumlah, sekolah baru kan. Kurang latihan apatah lagi sekolah aku memang mementingkan prestasi akademik. Maka setiap kali aku pergi peringkat daerah, aku memang lone ranger la sebab aku sorang je peserta perempuan dari sekolah aku. Yang lain lelaki. Oleh itu, aku akan bersahabat baik dengan peserta-peserta daripada sekolah lain yang sama Zon dengan aku. Selalunya memang cliche setiap tahun untuk acara syarahan Bahasa Melayu perempuan; pesertanya akan datang dari SMK Jalan Empat dan juga SMKA Maahad Hamidiah yang akan mewakili zon Bangi.

Mahu tak mahu memang muka yang sama sajalah yang aku jumpa setiap tahun. Secara tak langsung kami menjadi kawan untuk mengisi masa senggang sebelum keputusan diumumkan. Ala-ala 1 Malaysia, 1 Zon gitu! Ibaratnya, kalau nak cari peserta Jalan Empat carilah dalam kelompok peserta Maahad Hamidiah. 

Satu lagi situasi ala-ala 1 Malaysia, 1 Zon yang ketara semasa pertandingan ini adalah ketika aku nak pergi untuk pertandingan yang sama peringkat daerah. Ketika itu, aku terpaksa menumpang rombongan peserta dari SMK Bandar Baru Bangi sebab sekolah aku hantar 3 orang sahaja dan tiada guru yang boleh menghantar kami dengan kereta disebabkan ramai yang pergi kursus ketika itu. Maka guru pengiring yang ikut kami tu memutuskan untuk tumpang sekaki naik bas dengan mereka sebab mereka bawak rombongan nasyid dan yang lain. Yang bestnya, bila aku diumumkan mendapat tempat kedua je pun hari tu, mereka turut bersorak sampai gegak-gempita dewan tu dibuatnya. Begitulah semangatnya kami sebagai satu pasukan walaupun berbeza sekolah. Macam-macam pengalaman best ada masa kami dalam perjalanan menuju ke tempat pertandingan di SMK Taman Tasik, Ampang. Paling best sebab ikut jalan Hulu Langat, jadi masa nak naik bukit tinggi sebelum turun ke Ampang tu bas mendak sampaikan semua cuak! Hahahaha! Yang nak 'jual minyak' dalam bas tu pun tak kurang hebatnya jugak~

Walau apa pun yang terjadi semua itu meninggalkan kenangan terindah untuk hidupku sepanjang  bergelar pelajar sekolah. Pengalaman demi pengalaman aku timba sepanjang proses itu. Aku harap pelbagai lagi pengalaman menarik bakal kutempuhi sepanjang aku bergelar seorang mahasiswa pula. InsyaAllah.

p/s: Bas tu sekarang nie dah remuk redam dah. Teringat pulak pengalaman pergi kem kat Beranang masa bas tu baru je digunakan. Pak cik driver tu memang hebat sebab dapat lalu jalan semak yang betul-betul sempit. Sampai sekarang aku gelar dia Pak Cik Hebat! Sayangnya dia dah tak bawak bas dah tak lama lepas tu..:(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan