Sabtu, 2 Jun 2012

Segaris Pelangi Dikelilingi Awan Mendung

Kesian diari buruk saya nih. Terbiar memburuk dimamah hari. Eh? Hahaha. Mungkin begitu jugalah nasib diri ini bila sudah tidak diperlukan lagi. Terbiar sehinggalah ada yang masih sudi memandang kembali. Eh???? Apa-apa pun, hanya Allah yang tahu betapa hebat dugaan yang menimpa diri ini di samping pelbagai nikmat yang dikurniakanNya. Semester lepas hanyalah penghangat suasana setelah enam bulan otak membeku dalam kedinginan dan keasyikan cuti setelah tamatnya tempoh pengajian peringkat asasi. Satu demi satu dugaan datang macam orang yang datang beli tiket wayang box office. Cuma bezanya ini adalah wayang realiti hidup dan penonton yang datang bersilih ganti itu adalah dugaan dan kegembiraan yang akan datang setiap kali ada wayang baru dalam kehidupan.

Begitu  juga dengan hidupku. Bermula dengan cabaran dan dugaan yang menimpa ibuku yang harus akur dengan ketentuan Allah bahawa kelancaran pembedahan matanya tidak berjalan lancar seperti yang dijangkakan. 3 hari terlantar di hospital bermula dengan Hospital Putrajaya kemudian disusuli Hospital Selayang. Entah berapa banyak air matanya dan air mataku sendiri yang tumpah ketika mengenangkan nasib ibuku itu. Maafkan Dayah mama kalau sepanjang mama sakit, Dayah tak mampu jadi anak solehah dan terbaik buat mama. Alhamdulillah, cuti sebulan untuk semester 1 itu dapat kuhabiskan menjaga ibuku yang tersayang memandangkan dirinya tidak berupaya untuk membuat semua kerja rumah, kesan daripada pembedahan yang berlanjutan sebanyak dua kali itu.

Naik semester 2, macam-macam perkara yang tidak diduga hadir. Bermula dengan pengalaman duduk luar kampus selama seminggu diikuti dengan konflik rayuan kolej dan deposit sewa rumah (hahahaha yang ni sangat lawak bila difikir balik) sehingga kepada pengalaman berharga menjadi sebahagian daripada warga Sekretariat Mahasiswa Fakulti Undang-Undang dan juga Institut Pemimpin Muda UiTM. Paling tidak dapat dilupakan pengalaman hilang sesuatu yang berharga dalam hidup. Ya, aku diduga dengan kehilangan telefon bimbitku yang merupakan impian aku selama ini. Kehadirannya selama 3 bulan sahaja dalam hidupku masih belum cukup untuk aku menikmati kehadirannya. Namun, Allah lebih mngetahui apa yang terbaik untukku. Kecuaian diri ini sendiri yang menyebabkan kehilangan itu berlaku. Namun, trauma yang tinggal padaku kekal buat selamanya. Betapa aku menggunakan simpanan hasil titik peluhku bekerja selama 4 bulan semasa cuti panjang tempoh hari untuk membeli barang idamanku itu tersia begitu sahaja. Sedih, perit namun dengan kehadiran keluarga dan rakan-rakan sejati (ayu, shira, shasha,izzah, aliff and all of myclassmates) yang tidak henti-henti memberikan sokongan moral memberi ketabahn dalam hati ini. Thousands of thanks to all of you! Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan budi baik kalian semua.

Kalau nak cerita pasal pengalaman duduk luar yang teramatlah singkat tapi rasa macam bertahun itu memang boleh jadi lawak super spontan! Bayangkan bila 4 anak dara kena mulakan hidup baru dekat luar tanpa sebarang pengalaman beraksi seperti suri rumah sejati ke sana sini menguruskan barang keperluan rumah tangga? Tak kecoh dibuatnya? Gaya Selangor + gaya Melaka + gaya Negeri Sembilan + gaya Perak. Hah amek kau! Nasib baik tak masuk Sabah Sarawak, kalau tak dah boleh buat drama 1 Malaysia! HAHAHA! Perang emosi dengan geng lelaki kat supermarket Giant bila nak pilih senduk dengan periuk, lari lintang pukang bila hujan masa pergi pasar malam (konon-konon nak carik lauk ayam nak masak, tapi hehh x de ayam pun kat pasar malam tuh), berlawan dengan kuali dan sudip sambil masing-masing menunjukkan skil dan gaya memasak masing-masing, semua tu kitorang sempat buat dalam masa seminggu duduk luar! Paling aku rasa super spontan sangat bila semua gadis ayu 4 orang ni dengan berbaju kurungnya, di pagi hari yang mendung diiringi hujan rintik-rintik berlari tak menyempat lintas jalan bergadai nyawa semua sebab nampak bas Rengit datang. Hahahaha! Terus lupa time tu pakai kain sebenarnya (hilang control ayu!).

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman dan pengajaran yang dapat aku kongsikan untuk kali ini. kalau nak cerita dengan detail memang boleh buat novel Tsunami Rindu bagai. Ketentuan Allah untuk hidup kita sememangnya rahsia yang hanya dibongkar apabila tiba waktunya. Redha dan syukur dengan apa sahaja ketentuan yang diberikanNya adalah jalan terbaik untuk setiap muslim.

p/s: Ketika hadir rasa sayang dalam hati, itu jua diuji Tuhan dengan rasa perit sekali lagi. ketentuan yang lebih baik itu pasti, namun luka dalam hati hanya Allah sahaja yang mengerti apabila rasa yang sekian lama sepi muncul kembali, terpaksa kuhalau pergi atas rasa sedar akan diri..

1 ulasan:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    BalasPadam