Sabtu, 28 Januari 2012

Pekerjaan Paling Susah Di Dunia

Mungkin sebab dah makin dewasa membuatkan aku selalu fikir benda-benda yang orang dewasa selalu fikir. Walau bagaimanapun, saya tetap gadis berusia 12 tahun ok! Tahun ni nak ambil UPSR. HAHAHA! Bukanlah nak kata aku ni langsung tak buat kerja rumah bila cuti, tapi selalunya bila aku nak buat kerja tu, mak aku akan buat lagi cepat daripada aku terfikir nak buat benda tu. Cekap kan dia? Walaupun nampak macam mudah, tapi sebenarnya jangan sesekali membuat tanggapan bahawa mereka yang menjadi suri rumah itu kerjanya enteng. Pensyarah undang-undang Tort aku, Pn Nora J pernah berkata , "Don't ever say 'suri rumah je' about your mom's occupation because it is ten times harder to be a housewife than working outside the house". Ya, memang benar kata-katanya itu. Menjadi seorang suri rumah memerlukan jam waktu bekerja yang panjang. Bukan setakat 8-12 jam seperti pekerja-pekerja normal. Selagi anak-anak dan suami belum tidur, selagi itulah kerja mereka belum selesai. 


Sepanjang aku bercuti semester kali ini, didorong rasa ingin membantu yang datang tiba-tiba, aku lebih banyak meluangkan masa menjadi seorang suri rumah membantu ibuku. Kerja-kerja rumah seperti pergi ke pasar, membasuh, menjemur dn melipat baju, memasak dan mengemas rumah aku lakukan sedikit sebanyak demi meringankan sedikit beban ibuku. Apatah lagi kesihatannya tidak begitu mengizinkan untuk berlasak sangat. Namun ternyata, kepenatan menguasai diri! Melakukan kesemua kerja-kerja yang kusebut diatas dalam satu masa begitu memeritkan! Lagi penat daripada bangun pagi, panjat tangga fakulti  untuk pergi kelas dan balik kelas panjat tangga Mawar di waktu petang. Sedangkan aku tidak perlu berjalan jauh. Hanya di dalam rumah sahaja namun itu sudah cukup membuatkan aku letih di malam hari.

Lantas aku mulai terfikir akan keadaan ibuku yang saban hari mengasuh anak orang, melakukan semua kerja rumah sehinggalah ke malam hari tanpa lelah. Bermula dari jam 5.45 pagi dia bangkit untuk menyediakan sarapan buat ayahku yang keluar bekerja lepas Subuh sehinggalah jam 11 malam, dia masih bersengkang mata melakukan kerja-kerja rumah. Secara puratanya lebih 17 jam sehari dia bekerja di rumah! Sedangkan aku yang membantunya tak sampai berapa jam pun dah rasa penat sangat! Sebab itulah pernah di sebut bahawa Allah menjadikan wanita itu dengan bahu yang boleh memikul beban seberat dunia ini. Wanita adalah makhluk Allah yang paling lembut dan lemah namun punya kekuatan yang tersendiri! Cuba tengok ni:


p/s: Kena asah lagi kemahiran menulis ddalam Bahasa Melayu baku. Rasa seperti sudah luntur kemahiran itu padaku. Bahasa jiwa bangsa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan