Isnin, 23 Januari 2012

Rencah-rencah LWB01G

Oh entahlah kenapa malam-malam buta ni, bila rasa tak boleh tidur menjengah diri (ayat bajet belajar dengan A. Samad Said), rasa terkenang pulak dekat kawan-kawan kelas untuk semester pertama program BLS ni. Lagipun, aku rasa agak menarik sikit untuk aku ceritakan dan abadikan karakter mereka dalam blog ni sebab manalah tau lepas ni masing-masing dah bawak haluan sendiri sebab nak masuk kelas lain. Berbeza dengan asasi dulu, sekarang ni boleh pilih kelas sendiri untuk setiap semester. Jadi kalau agak-agak tak puas hati dengan classmates sendiri tak payahlah susah payah nak bermasam muka, bertegang urat sampai habis belajar. Tukar je kelas lain untuk semester berikutnya. Oleh hal yang demikian, maka aku ingin mengabadikan karekter yang aku kenal dalam kelas baru aku walaupun huruf yang sama iaitu kelas LWB01G ( G = Gold) hahaha!

Untuk kali ini ada dua kategori yang aku bahagikan sendiri. Kategori pertama aku gelar sebagai Alumni G sebab mereka ini terdiri daripada rakan-rakanku dari kelas G sewaktu asasi dahulu. Ada 4 orang termasuk aku. Kategori yang kedua ialah kategori G's Alumni-To-Be. Sebab apa alumni-to-be? Sebab mungkin akan ada yang bertukar kelas lepas ni dan mungkin juga yang berpindah ke tempat lain. Aku pun tak pasti. Harap-harapnya semua akan berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan ini jua. InsyaAllah. Here's my evaluation on them:

Kategori Pertama: Alumni G

1. Khaliq = Oh well, dari dulu lagi aku memang dah rapat dengan dia. Tapi karekter dia agak lain sikit dalam kelas baru ni. Mungkin sebab kawan rapat dia dah tak ada dan mungkin juga dia kesepian. Kesepian? aku rasa itu tidak mungkin sebab dia dah lama ada girlfriend yang sentiasa menemani dia. Cuba teka siapa? Nama dia start dengan S. Dah tak payah fikir dah. Samsung S1 dialah. Kalau korang rasa dia tidur, cuba tengok sekali lagi. Dia sebenarnya tengah tengok phone dia. HAHAHAHA! Thanks to him too banyak benda yang aku susah nak buat jadi mudah dan dia memang baik macam yang semua orang rasa. Thanks Khaliq!

2. Shira = Dahulunya dalam kelas aku kenal Shira sebagai jiran depan aku sebab masa asasi semester 1 dialah jiran depan yang aku kenal lepas setngah semester habis. Terukkan aku? Seriously, aku sayang Shira soooo muchhh! Banyak kata-kata perangsang daripada dia yang aku tak pernah jemu nak mendengar. selalu buat aku tertawa dengan lawak selamba dia dan selalu buat aku tersentuh dengan keutuhan akidahnya! Paling best kali ni aku dapat lihat perkembangan soal hatinya~! Uuuuuu.. Itu yang paling menarik aku rasa! Aku gembira melihatnya gembira tetapi awas, jika ada yang cuba menyakitinya aku tidak akan memaafkan orang itu. 

3. Shawn = Ahah! Karpal Singh Jr. Walaupun dah ramai yang cakap benda ni, tapi aku nak jugak cakap sebab dia memang ada bakat nak jadi macam or better than Karpal Singh. Walau bagaimanapun, aku respect dengan pendirian dia untuk berdiam diri sekarang daripada menumpukan perhatian berdebat soal politik. Katanya masa belum sampai lagi untuk itu. Ya, aku setuju dengan pendapat itu. Tapi, sumpah Shawn pendiam giler sekarang dalam kelas. Aku terkedu sampai sekarang!

Kategori Kedua: G's Alumni-To-Be

1. Atif = Class rep yang memang dari awal nampak talented untuk jadi class rep (walaupun ada slight refusal daripada pihak dia). Dedicated dengan kerja dia. Walaupun aku tak kenal dia sangat sebab kurang bercakap dengan dia, tapi aku dapat rasa yang he'll be okay dengan semua orang if semua orang okay dengan dia. Mungkin ramai yang tahu dia dulu sekolah agama (which is one of the famous religious boarding school in Malaysia), tapi aku tahu lepas membuat sedikit penyiasatan (bukan stalking okay!) dan aku tak terkejut pun kalau karekter dia tak macam ustaz pun sebab student sekolah tu memang jenis yang berkaliber dan tak nampak macam ustaz pun (Dulu time sekolah adore group nasyid sekolah dia bila ada Majlis Tilawah Quran antara sekolah-sekolah). Well, sehingga post ini dikarang rasanya belum terlambat untuk say congratulations for the new relationship! Congrats Atif!

2. Tiq = First and foremost aku tak boleh terima kenapa vice class rep tak nak simpan no. telefon classmates?? Later on, aku mulai menyesuaikan diri dengan keadaan tu sebab kematangan aku mengajar untuk aku menerima setiap sifat orang-orang disekeliling kita yang berlainan dengan kita dan mungkin juga yang tak pernah kita jumpa selama ini. She's nice and ada talent untuk jadi lecturer sebab dari segi luaran, dia memang ada banyak info dan jugak cara dia berjalan memang macam lecturer habis! Oh! aku selalu frust dengan dia sebab bila aku sampai kat kelas mesti dia dah ada kat kafe. Tapi sesekali dapat datang awal daripada dia, pergh rasa kemenangan menguasai diri! HAHAHA!

3. Adila = Kerana dialah aku bangkit dari katil untuk menulis entry kali ini. Kenapa? Sebab aku tak pernah sangka akan berkawan dengan dia. Masa asasi dulu, aku ada satu stigma terhadap dia dan rakan-rakannya iaitu "Stay Away From Her and You'll be Safe". Kerek giler kan? Bukan apa, sebab dari kejauhan, dia tampak sungguh elegan dan tak selayaknya untuk orang yang biasa-biasa macam aku ni nak hai-hai bye-bye dengan dia. Rasa inferior mengusai diri aku sampai terbawa-bawa perwatakan diri dia sebagai seorang yang sombong sedangkan itu hanyalah rekaan aku semata-mata. Sumpah dia tak sombong! Mesra dengan semua orang macam dah kenal berpuluh tahun! Paling aku tabik pasal Adila ialah pengetahuan yang dimilikinya! Dia suka membaca. Untuk itu, aku sangat cemburu dengan tahap pengetahuannya dan senitasa berusaha memajukan diri untuk rajin membaca perkara-perkara am tapi benda baik selalunya susah untuk dibiasakan, betul tak? Adila, sorry for everything tau! Aku sayang kat kau sekarang dan sampai bila-bila insyaAllah.

4. Aina = Entah kenapa aku selalu rasa macam banyak sangat buat salah dengan dia. Rasa macam selalu je tak layan pertanyaan dia sedangkan apa yang dia tanya itu adalah suatu fakta yang penting! I'm sooo sorry Aina! Adorable girl in class, yet selalu nampak macam lonely. Mungkin sebab kawan baik dia ada dalam kelas lain. A smart girl and boleh nampak dia susah hati kalau tak siap kerja dengan betul lagi or bila dia tak faham tentang sesuatu perkara.

5.Shasha = First time jumpa dia masa interview untuk masuk UKM sebelum UPU's result keluar. Kitorang satu group masa interview tu. Tak sangka akan jadi rapat! Senang nak masuk dengan dia dan yang paling penting aku suka cara dia bekerja! Perfectionist! Aku perlukan orang macam ini untuk memastikan momentum aku membuat dan menghabiskan kerja sentiasa konsisten dan hasilnya akan mencapai tahap yang tertinggi! Pun begitu, aku nak mintak maaf sangat sebab rasanya dah banyak kali marahkan Shasha untuk sesuatu yang sepatutnya dia lakukan i.e mengingati pelajaran sebelum exam? HAHAHA. Seriously, i'm sorry for that Sha. You've been a great friend of mine this semester and hope it'll get longer.

6. Najmu = Oh jiran depanku! Mungkin aku selalu berlainan pendapat dengannya tetapi aku sangat kagum dengan kecekalan hatinya untuk menghindar marah. Walaupun marah atau sedih dia tak pernah tunjukkan dengan ketara. Inilah yang dikatakan didikan daripada rumah yang berkesan! Rajin untuk terus mendalami perkara yang berlainan dari minatnya. Keep it up dear!

7. Reko = Aku tau dia tahu ramai yang judge dia by first impression, begitu juga dengan aku. Mulanya aku memang tak nak layan langsung dengan karenah dia ni tapi lama kelamaan aku mula terima dia seadanya dia. Ada pendapat yang bernas walaupun selalu kantoi dengan pendapat-pendapat yang lawak je lebih. Tapi itulah yang menghibur hati. Berani bersuara dan aku pasti dia nak jadi ahli parlimen suatu hari nanti. Aku doakan dia berjaya. InsyaAllah! Cuma aku memang dah tak nak naik dah kereta dengan dia walaupun aku kena jalan kaki berbatu jauhnya. Simpang malaikat 44! Reko, bawak kereta baik-baik naaa..

8. Arif = Antara orang yang aku boleh bilang berapa patah perkataan je cakap dengan dia. Jadi tak banyak tentangnya yang aku tahu. Cuma aku juga yakin dia akan duduk sebaris dengan Reko di Parlimen kelak. He got that talent! Entah kenapa jauh di sudut hati aku, aku dapat mengesan yang dia juga punya informasi yang banyak! Sama macam Shawn, Dila dengan Reko!

9.Najmi = Ahh, aku suka stail dia jalan! ala-ala rock tapi macam balada sikit. Ah, pape jelah! Yang pasti suara dia mampu menandingi pembaca berita terkenal TV1 (sorry kalau tak kenal), Khalid Ismeth, eh eh silap Farid Ismeth! 

10. Muzammil = Ok yang ni aku boleh guarantee aku pernah cakap dua patah perkataan je dengan dia. "Hai Muzammil". Itu je. Nak dengar suara dia memang macam nak korek lombong emas lah kan. Cool dengan gaya tersendiri tapi sekali dia bukak mulut, pergh!! Semua terdiam dan kagum degan pendapatnya. Inilah contoh orang utnuk pepatah Inggeris, 'silence is golden'.

11. Shaz = Clique dengan Muzammil, anggun dengan gaya retro saban minggu. Luaran dan gaya bercakap memang macam rockers, tapi bila bergambar, manis orangnya! Harapnya dapat kenal dengan lebih rapat lagi in future.

12. Afiq = Ramai yang panggil dia abang besar bukan sebab dia besar tapi sebab dah besar. HAHAHA! Paling senior dalam kelas, aku tabik semangat dia nak belajar Law demi keluarga walaupun terpaksa start dari semester 1 sedangkan kalau sambung degree pentadbiran awam tinggal lagi setahun setengah je. * Oh saya tak tahu scandal dia siapa ye. tq*

13. Afifah = Selalu tak dapat cam dia bila dia pakai specs sebab dia sangat ayu berkanta lekap di kelas. Menurut kenyataannya di twitter, she's a daddy's brat. Patutlah ala-ala manja gitew. Harap sangat ada badan seramping dia tapi itu mustahil untuk berlaku sebab dia makan sangat sikit! *oh saya tak tahu scandal dia siapa ye. tq*

14. Faizura = Diam-diam ubi berisi. Itu ungkapan yang paling sesuai dengan dia. Sejuk mata memandang, sesuai kalau masuk rancangan Gadis Melayu kat TV9 dulu tu. Kalau masuk aku mesti vote untuk dia. Paling tak leh lupa masa dia pensan hari tu. Pergh! Kesian kat dia tapi thanks to her, aku dapat merasa naik ambulance!

15. Kuna = Kenal dia dari semester dua asasi sebab roomate dengan classmates aku, Eika. Gila k-pop walaupun tak obvious dalam kelas. Tegas dalam tawa. Pandai stalk orang jugak dia ni!

16. Ida = Mysterious tapi dalam hati ada taman! Slow je suara dia tapi selalu tersenyum! Buat kerja pun pantas juga dia ni. Like like like!

17. Nina = Girl dalam kelas ni yang paling kurang aku bercakap. Punya pendapat tersendiri tentang banyak perkara dan cara dia bercakap macam Fiza Sab Jahan pengacara Nona cum Wanita Hari Ini sekarang kat TV3.

18. Fasih & Izzati = Tak boleh pisahkan diorang dua ni. Sebab sampai sekarang aku kadang-kadang keliru nak sebut nama diorang dua orang bila dari jauh! Lawak dengan cara mereka sendiri dan genius dalam senyap! 

19. Aini = Lebih manis ketika bertudung, selalu cakap aku sebijik macam kawan dia yang juga satu platun dengan aku time kesatria. hehehe. Dari jauh aku dapat rasakan yang dia ni seorang yang penyabar based on cara dia berbual.

20. Sarah @ Cinet = Suka nama dia! Kecik comel je sampaikan bila dia berdiri sebelah aku pun kadang-kadang aku tak perasan. Kalau bercakap dalam kelas suara dia paling kuat! hehehehe. Aktif!

21. Nida = Suka dengan thoughts dia kat dalam twitter. Suka dengar dia berbahasa Inggeris dan paling penting she has a nice heart. Mesra dengan semua orang!

22. Arma = Sekilas pandang nampak macam sombong, tapi sebenarnya tak! Rajin dalam senyap dan selalu stres bila kena kutip duit kelas. Sorry dear!

23. Paan = Kata ramai orang dia ni buaya tembaga. Aku tak tau betul ke tak sebab aku bukan girlfriend dia. Nak tau kena tanya orang yang mungkin pernah mengaku menjadi mangsa dia. Itupun kalau ada lah. HAHAHA! Selalu dengar earphone dan kadang-kadang boleh tahan lawak dia.

24. Mimi = Comel sangat mata dia! Macam puss in boots! Nampak macam garang-garang by the way she talks tapi aku pasti tak segarang aku! HAHAHAHA

25. Intan = Korang kena dengar dia berpantun @ berdebat @ jadi mc. Sumpah sume laki boleh cair dengar dia cakap! Lemah lembut orangnya sesuai dengan perwatakan dirinya sebagai anak jati Terengganu!

Cukup 29 ahli keluarga LWB01G untuk semester kali ini. Ramai yang aku kurang kenal dengan lebih dekat sebab kurang interaksi antara kami. Aku harap akan ada kesempatan untuk aku kenal dengan lebih akrab kerana aku pasti they are stars shining on their own!

p/s: Maafkan segala salah dan silap aku sepanjang mengenali korang semua. Ada jodoh bertemu lagi!


2 ulasan:

  1. Thankz!Tiba2 rasa merah pipi.*blushing*

    BalasPadam
  2. xdapat aku describe rase bangge yang membuak dalam diri XD

    #lagu dalam blog ni wat aku tersentuh sambil2 bace post ni,sob2

    BalasPadam