Jumaat, 16 September 2011

Dunia Baru Di Bumi Yang Sama

Kalau tuhan tidak menjadikan perhambaan dan perbudakan,tentu tidak akan timbul keinginan hendak mengejar kemerdekaan.Memang kalau tiada kesakitan,orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan.Oleh itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan. (Hamka)

Ya. Sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan. Mungkin inilah yang harus kupegang selama aku ingin terus mencari dan menimba ilmu pengetahuan. Walau ke mana pun aku berlari atau melarikan diri, namun sakit dan pedih itu tetap akan mengekori ibarat bayang-bayang disiang hari. Kendatipun, aku tetap memanjatkan kesuyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah memberikanku peluang untuk sampai ke satu lagi alam baru di dunia ini sebelum ke persinggahan terakhir yakni hari akhirat.

Buat diriku sendiri, alam ini ibarat dunia baru di bumi yang sama. Jika dahulu aku menjejakkan kaki di sini dengan impian untuk meletakkan namaku dalam senarai pelajar sarjana muda, hari ini aku menjejakkan kaki di sana sebagai mahasiswi sarjana muda untuk universiti itu, Universiti Teknologi MARA. Serasa bagai melangkah ke suatu tempat dan persekitaran yang asing ketika aku dan rakan-rakanku disambut dan diraikan sebagai mahasiswa baru yang akan bersama mendaki puncak menara gading demi segulung ijazah! Berbeza ketika asasi dahulu, semuanya tampak biasa sahaja dan perasaan anak-anak sekolah itu masih menebal di jiwa masing- masing. Kini, segalanya lain daripada waktu itu. Semuanya nampak begitu menyeronokkan dan pada masa yang sama beban telah mula dirasai terpikul di atas jemala masing-masing.

Pada suatu sudut yang lain pula, duniaku yang dahulu berubah 360 darjah kerana banyak benda yang tidak kusangka berlaku dan banyak anggapanku meleset. Jika dahulu aku mempunyai tanggapan yang kurang baik terhadap seseorang, kini aku mampu merubah tanggapan tersebut sepenuhnya~! Namun, tak kurang juga yang selama ini tidak menjadi kudis bagiku, kini menjadi nanah terbesar untukku. Namun, Allah sudah pun membuat ketetapan seumpama ini untukku. Maka akan kuterima dengan sedaya-upayaku dan akan kuikhlaskan takdir ini untukku. Semoga takdir ini akan menjadi kenangan yang boleh membuatkan aku tertawa suatu hari nanti. InsyaAllah..

p/s: Hopefully aku boleh get along dengan my new classmates macam my previous classmates and may this G preserve the excitement and joy brought by the previous G! It's crucial because for me, classmates are the key to a good assignment, a good study environment and a good reason to come to class! hahaha!

2 ulasan:

  1. ouhhh....Aslah....wishing you a very good moments and luck there too!!! aku percaya you'll shine in your own way~!

    BalasPadam